Anda di halaman 1dari 2

JA 8213, KM 16,

Kg.Bukit Durian,
75460 Melaka.
27 Mei 2011
Kehadapan sahabatku, Maira

Apa khabar agaknya saudari di sana? Semoga keadaan saudari serta keluarga tersayang sihat
dan sentiasa bahagia. Saya di sini bahagia bersama keluarga.

Saya baru sahaja menerima surat saudari semalam. Saya juga ada mengikuti rombongan
seperti saudari. Jika ada kesempatan semasa cuti sekolah, saya akan mengajak keluarga saya
ke sana. Untuk pengetahuan saudari, saya mengikuti lawatan ke kolam renang di Maktab
Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Ghafar Baba, Jasin dan ke Universiti Teknikal Malaysia
(UTeM). Saya ke kolam renang pada 25 Mei 2011 dan ke UTeM pula pada 26 Mei 2011.

Pada peringkat awal, hanya 44 orang pelajar perempuan dan 44 orang pelajar lelaki sahaja
yang akan pergi ke MRSM Tun Ghafar Baba. Namun, oleh sebab tidak mendapat sambutan
hangat, Ustazah mewajibkan semua pelajar pergi. Kami pergi ke sana mengikut giliran lelaki
dan perempuan. Pelajar akan pergi daripada jam 9.00 hingga 11.00 pagi manakala pelajar
lelaki pula daripada jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Semasa di sana kami diajar
berenang oleh jurulatih yang dilantik khas oleh pihak sekolah.

Sebelum masuk ke dalam kolam, kami dikehendaki melakukan warm up untuk


mengelakkan kekejangan kaki dan otot.Selesai melakukan warm up, kami akan masuk ke
dalam kolam yang sedalam 12 meter. Tetapi kami hanya dibenarkan mandi hingga 3 meter
sahaja. Pada peringkat awal, kami diajar gerakan kaki, kerana gerakan kaki sangat penting
untuk melakukan aktiviti renang.

Kami juga dibahagikan kepada dua kumpulan kerana hanya 30 orang pelajar sahaja
dibenarkan sekali masuk. Satu kumpulan diberikan masa selama satu jam sahaja. Namun
pelajar sesi satu tidak mahu naik selepas tamat sesi mereka. Setelah beberapa kali di beri
arahan, akhirnya mereka naik dan memberi peluang kepada pelajar sesi kedua pula. Bagi
pelajar yang tidak berenang, mereka dibenarkan merendamkan kaki sambil memerhatikan
para pelajar yang lain berenang. Pelbagai aksi dan gelagat oleh mereka. Ada juga yang ambil
kesempatan berlumba berenang.

Tepat jam 11.00 pagi para pelajar naik dan mengemaskan diri masing-masing. 15 minit
kemudian, kami bertolak pulang ke sekolah. Semasa pelajar lelaki sampai, kami sudah bersiap
sedia untuk menaiki bas. Para pelajar sangat gembira sehinggakan ada yag tida mahu pulang.
30 minit kemudian, kami sampai di sekolah dan kami segera bergerak ke kantin untuk makan.
Pada keesokan harinya pula, sebanyak satu bas ke Akademi Laut Malaysia (ALAM) dan
dua bas ke UTeM. Satu bas untuk pelajar perempuan dan satu lagi bas pula untuk pelajar
lelaki. Walaubagaimanapun, ada beberapa orang pelajar perempuan yang dikehendaki ke bas
pelajar lelaki kerana kerusi tidak mencukupi. Sepanjang perjalanan, kami berbual menyatakan
perasaan yang sangat teruja dan membayangkan apa yang akan kami dapat, dengardan lihat di
sana. Selepas setengah jam perjalanan, kami sampai di UTeM dan kedatangan kami di sambut
oleh seorang pengurus. Kemudian, kami dibawa ke bilik kuliah untuk mendengar sedikit
kuliah dan kami dipamerkan hasil kerja para pelajar. Sungguh menarik dan kreatif karya yang
dihasilkan oleh mereka. Seterusnya, kami dibawa melawat ke makmal-makmal yang terdapat
di fakulti tersebut. Saya terlupa mahu beritahu, fakulti yang kami lawat ialah Fakulti
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK).

Antara makmal yang kami lawati ialah Makmal Keselamatan,


Menarik sekali makmal-makmal disana. Pada pandangan saya, makmal yang paling menarik
ialah makmal terakhir yang kami lawati kerana di sana kami berpeluang untuk mencuba
menggunakan i-Pad. Perisian di dalam i-Pad sangat menarik dan saya berasa sangat bertuah
kerana dapat mencuba menggunakan i-Pad. Para pelajar juga sangat seronok. Di i-Pad juga
terdapat satu program yang bernama Photo Booth di mana kami boleh mengambil gambar dan
terus diedit.

Selain itu, kami juga ada melihat robot yang dihasilkan oleh para pelajar. Kami juga
ditayangkan dengan video yang menunjukkan bagaimana robot itu berfungsi dan di hasilkan.
Menurut penerangan yang diberikan, penghasilan robot memerlukan kepantasan, kepandaian
dan kekreatifan seseorang. Pada pandangan saya, penghasilan robot amat mencabar dan
benarlah seperti yang diterangkan kepada kami. Hal ini demikian kerana, para peserta diberi
masa selama 3 jam untuk memprogram robot mereka. Berdasarkan video yang ditayangkan,
saya boleh melihat para peserta agak tertekan untuk memprogramkan robot mereka.

Selepas itu, kami menaiki bas dan menuju ke Kafeteria Pelajar 1. Disana, kami menikmati
hidangan makan tengah hari. Setelah itu, kami pulang ke sekolah dengan ilmu penuh di dada.
Saya berniat mahu belajar di situ jika mempunyai peluang. Kamu juga boleh belajar di UTeM
jika kamu berminat kerana pelbagai jurusan yang di tawarkan di sana. Kalau saya tidak
tersilap, sebanyak enam jurusan yang ditawarkan di sana.

Sampai disini sahaja warkah saya untuk kali ini. Semoga kita bertemu lagi di warkah
seterusnya. Sampaikan salam rindu saya kepada keluarga kamu.

Salam rindu,

Anda mungkin juga menyukai