Anda di halaman 1dari 12

BOLA TAMPAR

Sejarah dan Perkembangan Bola Tampar


Pengenalan

Asal usul bola tampar telah mencetuskan perdebatan yang hangat. Walaupun

asal usulnya tidak jelas, adalah dipercayai bahawa permainan yang hampir sama

dengan bola tampar telah dimainkan beberapa ratus tahun dahulu di Amerika Tengah

dan Selatan serta di Asia Tenggara. Howard Keith (1942) di dalam bukunya Sports and

h melaporkan bahawa bola tampar di Amerika telah diubahsuai daripada

Fraust Ball yang diperkenalkan di Jerman pada tahun 1893. Begitu juga dengan

permainan Minton yang dibawa ke Amerika oleh David McConnaughly Jr. pada tahun

1895. Kedua-dua jenis permainan tersebut mempunyai ciri-ciri yang hampir sama

dengan bola tampar Morgan. Walau bagaimanapun, Morgan tetap berpendirian bahawa

beliaulah yang telah mencipta permainan bola tampar.

Permainan bola tampar mula diperkenalkan pada tahun 1895 di Gimnasium

Y.M.C.A., Springfields, Massachusettes, Amerika Syarikat oleh Prof.William J. Morgan

(1870-1942) sebagai suatu permainan rekreasi. Morgan sebagai seorang pengarah

fizikal telah dipertanggungjawabkan untuk mencipta suatu permainan rekreasi untuk

sekumpulan lelaki yang enggan bermain bola keranjang. Pada peringkat mula, bola

keranjang dipukul dengan tangan supaya ia sentiasa di udara. Kemudian jaring

diletakkan di tengah dan beberapa peraturan diwujudkan. Jaring ditinggikan kepada

tujuh kaki namun bermain dengan bola keranjang telah menyebabkan tangan pemain

menjadi sakit kerana menahan beratnya. Morgan seterusnya telah meminta

pertolongan syarikat Spalding untuk mencipta bola baharu yang dihasilkan dengan

menggunakan kulit anak lembu. Sejak itu, permainan ini terus diminati dan diterima oleh
Mesyuarat Pengarah Fizikal. Pada mulanya, bola tampar dikenali dengan nama

Mintonette dan diubah kepada Volleyball oleh Prof H. T. Halstead pada tahun 1896.

Populariti bola tampar bermula pada tahun 1900 apabila Kanada menjadi negara

pertama menerimanya dan kemudiannya diperkenalkan ke India pada tahun yang

sama. Sukan bola Tampar terus berkembang apabila ia diperkenalkan ke Cuba (1905),

China (1906), Jepun (1908), Puerto Rico(1909) dan Filipina (1910) sebelum ianya

diperkenalkan ke Eropah.

Semasa Perang Dunia Pertama, tentera Amerika Syarikat memperkenalkan

permainan bola tampar ke Eropah; Yogoslavia (1918), Czechoslovakia dan Poland

(1919) serta Rusia (1922). Secara beransur-ansur permainan bola tampar telah

berkembang daripada peringkat permainan berbentuk rekreasi kepada sukan yang

dipertandingkan. Pada tahun 1934, usaha pertama menubuhkan persatuan

antarabangsa dan komisi khas telah bermula. Pada tahun 1936, usaha diteruskan

semasa Sukan Olimpik Berlin tetapi telah diganggu oleh Perang Dunia Kedua.

Perkembangan tersebut telah menyebabkan banyak persatuan bola tampar ditubuhkan.

Persatuan Bola Tampar Amerika Syarikat ditubuhkan pada tahun 1928 dan diikuti oleh

Czechoslovakia, Poland, Rusia, Jepun dan Filipina. Perancis, Itali dan Belgium masing-

masing telah menubuhkan persatuan bola tampar pada tahun 1936,1945 dan 1946.

Pada tahun 1947, Federation Internasionale de Volleyball (FIVB), iaitu sebuah badan

rasmi bola tampar dunia ditubuhkan dengan 14 ahli. Presiden pertama badan tersebut

ialah Paul Libaud (Perancis) yang memegang jawatan selama 37 tahun.


Peraturan

Kawasan Permainan

Kawasan permainan merangkumi gelanggang permainan dan zon bebas.

Dimenesi

➢ Gelanggang permainan adalah sebuah segiempat tepat bersimetri berukuran

18x9m ,dikelilingi oleh satu zon bebas sekurang-kurangnya 3m lebar dan

dengan suatu ruang bebas dari sebarang gangguan yang tingginya sekurang-

kurangnya 7m dari permukaan permainan.

➢ Untuk pertandingan dunia FIVB ,zone bebas hendaklah berukuran sekurang-

kurangnya 5m dari garisan tepi dan 8m dari garisan belakang.Ruang bebasnya

hendaklah sekurang-kurangnya 12.5m tinggi dari permukaan permainan.

Permukaan Permainan

➢ Permukaan mestilah rata ,mengufuk dan sekata.

➢ Untuk pertandingan dunia FIVB ,hanya permukaan kayu atau bahan sintetik

sahaja dibenarkan .Semua permukaan mestilah terlebih dahulu diluluskan oleh

FIVB.

➢ Permukaan permainan mestilah bebas dari sebarang punca-punca yang boleh

menyebabkan kecederaan kepada pemain .Adalah tidak dibenarkan bermain di

atas permukaan yang kasar atau licin.

➢ Bagi gelanggang dalam dewan,permukaan permainan mestilah berwarna cerah

.Untuk pertandingan dunia FIVB ,warna putih bagi garisan dan warna yang

berlainan bagi gelanggang permainan dan zon bebas adalah diperlukan .

➢ Bagi gelanggang terbuka di luar ,kecuraman 5mm semeter dibenarkan untuk

pengaliran air.Garisan gelanggang yang diperbuat daripada bahan pejal tidak

dibenarkan.

Peralatan

➢ Peralatan permain terdiri daripada jersi,seluar pendek dan kasut sukan.

➢ Jersi,seluar pendek dan stokin mestilah seragam ,bersih dan sama warna untuk
satu pasukan.Semasa pertandingan dunia FIVB untuk dewasa,warna kasut
mestilah seraga untuk sesuatu pasukan tetapi jenamany boleh berbeza warna.
➢ Kasut mestilah ringan dan mudah lentu dengan tapak getah atau kulit tanpa
tumit.
➢ Jersi pemain mestilah bernombor dari 1 hingga 18 terangkum.
➢ Nombor-nombor tersebut mesti dilekatkan pada tengah bahagian depan dan
belakang.
➢ Warna nombor mestilah jelas dan muda dibeza daripada warna jersi dan

mempunya ketinggian minimum 10cm di depan dan 1cm di belakang.Lebarnya

jalur yang membentukkan nombor-nombor tersebut hendaklah sekurang-

kurangnya 2cm.
Bola➢ Bola hendaklah berbentuk sfera, diperbuat daripada suatu lapisan kulit yang
mudah lentur dengan satu pundi getah atau bahan yang serupa di dalamnya.

➢ Warna: Seragam dan cerah

➢ Ukur lilit : 65-67 cm

➢ Berat: 260-280 gram


➢ Tekanan di dalam : 0.30-0.325g/cm
2
Pertukaran Yang Dibenarkan
➢ Jika kedua-dua pasukan tiba untuk sesuatu perlawanan dengan memakai jersi

yang sama warna ,maka pasukan tuan rumah mesti tukar jersinya .Di

gelanggang berkecuali ,pasukan yang disenaraikan terdahulu pada jadual

pertandingan mesti menukar jersinya.


➢ Referi pertama boleh membenarkan seorang atau beberapa orang pemain:
 Bermain tanpa kasut
 Menukar jersi yang basah semasa selangan set atau selepas penggantian
pemain,dengan syarat jersi baru itu mempunyai warna,corak dan nombor
yang sama. ➢ Dalam cuaca yang sejuk ,referi pertama boleh membenarkan pasukan

bermain

dengan pakaian latihan,dengan syarat mempunyai warna dan corak yang sama

bagi keseluruhan pasukan dan dinomborkan dengan betul.

Objek dan Pakaian yang Dilarang

➢ Adalah dilarang memakai objek-objek yang boleh menyebabkan kecederaan

atau memberi sesuatu kelebihan yang tidak semula jadi kepada pemain.

➢ Pemain boleh memakai cermin mata atau risiko sendiri.


➢ Adalah tidak dibenarkan memakai pakaian seragam yang tidak mempunyai

nombor yang rasmi atau warna yang berbeza daripada pemain lain.

Kesalahan-kesalahan Dalam Memainkan Bola

➢ Pukulan Empat Kali

 Sesuatu pasukan didapati melakukan kesalahan jika memukul bola sebanyak

empat kali (tidak termasuk bola yang dihadang) sebelum menghantarkannya

semula ke pihak lawan.

➢ Bola Dipegang

 Kesalahan berlaku jika seseorang pemain didapati tidak memukul bola dengan

jelas atau memegang dan melambung bola.

➢ Sentuhan Dua Kali

 Kesalahan juga berlaku apabila seseorang pemain memukul bola dua kali

berturut-turut atau bola itu menyentuh beberapa bahagian badan secara

berturut-turut (kecuali pukulan penerimaan bola pertama).

➢ Menyeberangi Jaring

 Semasa mengadang, seseorang pengadang boleh menyentuh bola pihak lawan

tanpa mengganggu pemain pihak lawan sebelum atau semasa pihak lawan

membuat pukulan serang.


Kemahiran Asas
1. Kemahiran servis

Servis dilakukan untuk memulakan permainan.Servis dilakukan dari bahagian

belakang luar gelanggang.Terdapat dua jenis servis,iaitu servis bawah tangan dan

servis atas kepala.


S
ervis

Atas KepalaKawasan kontak bola dalam

servis bawah tangan adalah pada bahagian

lengan.

 Kaki dominan di belakang .


 Fleksi kedua-dua belah lutut.

 Pegang bola pada aras atas pinggang.

 Ayun tangan dan kontak bola pada aras pinggang.

 Pukul pada bahagian bawah bola.

 Tangan memukulke arah sasaran.


2. Kemahiran menyangga

Menyangga ialah kemahiran mengawal bola yang diterima. Kemahiran ini juga

bertujuan untuk menaikkan atau melambungkan bola ke udara.

 Fleksi

kedua-dua belah lutut.

 Luruskan kedua-dua belah tangan di hadapan badan.

 Kontak bola pada lengan tangan.

 Kedua-dua belah tangan ikut arah pergerakan bola.


3. Kemahiran mengumpan

Mengumpan ialah kemahiran melambungkan bola ke udara bagi membolehkan

rakan sepasukan melakukan rejaman.

 Fleksi kedua-dua belah lutut.


 Kedua-dua belah tangan di atas kepala.
 Kontak bola di hadapan dahi.
 Luruskan siku dan lutut serentak.
 Kedua-dua belah tangan arah ke sasaran.

4. Kemahiran merejam

Merejam ialah kemahiran untuk mematikan bola dalam gelanggang pihak lawan

bagi mendapatkan mata.Pemain perlu memukul bola dengan tapak tangan dengan

kencang ke kawasan pihak lawan.

 Bergerak ke arah bola.


 Lompat dengan kedua-dua belah kaki.
 Kontak bola dengan tangan lurus.
 Pukul pada bahagian atas bola.
 Fleksi kedua-dua belah lutut semasa mendarat

5. Kemahiran menghadang

Mengadang ialah kemahiran untuk menghalang rejaman yang dilakukan oleh pihak

lawan.Kemahiran ini memerlukan kuasa otot kaki semasa melakukan lompatan


 Badan dan tapak tangan menghadap jaring.
 Lompat dengan kedua-dua belah kaki.
 Luruskan kedua-dua belah tangan ke atas.
 Jarakkan jari-jari tangan.
 Mata pandang arah pergerakan bola.
 Fleksikan kedua-dua belah lutut semasa mendarat

Latihan Ansur Maju

Latihan Membuat Servis

Latihan servis patut dilakukan pada permulaan,petengahan dan akhir sesi latihan untuk

menyesuaikan diri pemaindengan suasana permainan sebenar.

1.Servis dilakukan ke arah dinding melepasi garisan 7m.Latihan dimulakan padajarak 3m,6m dan

seterusnya 9m.Latihan diadakan secara berseorangan (Rajah5.2)


2.Servis dilakukan secara berpasangan daripada garisan tepi gelanggang.Pemain

melakukan servis secara bergilir-gilir. (Rajah 5.3 )


3.DAlam latihanini,servis dilakukan secara berpasangan dan bola dipukul melepasi jaring.Servis

bermula pada jarak 3m,6m dan 9m (Rajah 5.4 )

4.Untuk latihan ini,tali direntang 1 meter di atas jaring.Servis dilakukan secara


berpasangan dan bola mesti melepasi ruang antara paras atas jaring dan tali 1
meter tersebut (Rajah 5.5 )
5.Pemain melakukan servis dan menghantar bola ke gelanggang lawan yang

telah
dipetakkan dan dinomborkan 1-6.Pemain melakukan servis sercara
berseorangan mengikut giliran dan menghantar bola ke petak-petak tersebut
mengikut turutan nombor dari 1 hingga 6 (Rajah 5.6 )
6.Servis dibuat melepasi jaring dan dihantar ke tempat yang ditetapkan ,iaitu di

tempat rakannya berdiri.Rakan pasangan ditugaskan mengutip bola dan bertukar

peranan setiap lima servis.Bola yang dikutip dileret ke arah pembuat servis

(Rajah 5.7)

Anda mungkin juga menyukai