Anda di halaman 1dari 2

PAJERI NENAS

Bahan
1 biji nenas
3 s/b rempah kari ikan [bancuh ngan air sikit]
3 s/b kerisik
2 s/b brown sugar atau gula biasa
1 biji kelapa [2 cawan santan pekat]
1/2 cawan minyak
garam

Bahan tumbuk
1 labu bawang besar
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 paket udang kering

Bahan tumis
5 biji bunga cengkih
2 sm kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

Cara:
1. Nenas dibuangkan kulit dan matanya. Potong kecil.
2. Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bahan tumis  dan bahan tumbuk sehingga wangi.
3. Masukkan rempah kari yg telah dibancuhkan. Kacau rata.
4. Masukkan nenas  sambil dikacau rata. Masaklah hingga naik minyak.
5. Masukkan santan, gula, garam  dan kerisik.
6. Biarkan reneh sampai mendideh dan pekat dan naik minyak.
7. Hidangkan dengan nasi minyak atau nasi putih.