Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PARIT BUNGA

GERAK GEMPUR
Bab 1 – Tingkatan 1
Soalan 1 berdasarkan pernyataan di bawah

Penyelidik UKM menjumpai barangan tinggalan purba di Tapak


Arkeologi Lembah Bujang, Kedah - Berita Harian

1 Apakah kepentingan penemuan barangan purba di atas kepada kajian sejarah tempatan?
A Dapat mengetahui cara pentadbiran sesebuah negara
B Dapat gambaran tentang peradaban sesebuah masyarakat
C Dapat mengetahui kekuatan sesebuah kerajaan
D Dapat menilai kekayaan hasil bumi sesebuah negara

Soalan 2 berdasarkan rajah di bawah


Ucapan
Kaedah
mendapat Temu bual
maklumat
sejarah Cerita dalam cerita

2 Apakah kelemahan kaedah di atas ?


I Mudah dipercayai
II Terdapat kebenaran
III Mudah ditokok tambah
IV Mempunyai unsur mitos
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV
3 Ahli sejarah akan membuat tafsiran, pertimbangan, dan pemilihan terhadap sampel sejarah yang
diperolehnya sebelum ia menjadi fakta sejarah.
Apakah tujuan UTAMA ahli sejarah berbuat demikian ?
A Untuk membuktikan kebenaran fakta sejarah
B Bagi memudahkan penulisan sejarah
C Dapat mengkelaskan peristiwa-peristiwa sejarah
D Dapat merakamkan peristiwa-peristiwa sejarah

Soalan 4 berdasarkan petikan di bawah

..........Maka setelah bertemulah segala rakyat antara dua pihak itu,


lalu berperanglah terlalu ramai seperti yang dalam Hikayat Iskandar
itu.
Sulalatus Salatin Sejarah Melayu

4 Pada pandangan anda, mengapakah sumber di atas tidak boleh dianggap sebagai fakta
sejarah ?
A Disampaikan melalui kaedah lisan
B Diperoleh melalui kaedah bertulis
C Diperoleh secara kronologi
D Mengandungi mitos dan lagenda

Soalan 5 berdasarkan peristiwa di bawah

Lawatan Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein, Perdana Menteri


Malaysia Kedua ke Negara China pada tahun 1974 dianggap
sebagai sejarah kerana mempunyai nilai sejarahnya sendiri

5 Peristiwa di atas dianggap bermakna kerana


A melibatkan peristiwa bersifat antarabangsa
B disimpan sebagai rekod untuk rujukan ahli-ahli sejarah
C membawa erti yang paling penting kepada individu, masyarakat, dan negara
D mewujudkan hubungan diplomatik dan perdagangan antara kedua-dua negara

Soalan 6 berdasarkan situasi di bawah

Kota A Famosa dibina oleh orang Portugis di bandar raya


bersejarah Melaka.Kota ini membuktikan bahawa orang
Portugis pernah datang dan menjajah Melaka

6 Berdasarkan situasi di atas, apakah yang dikatakan sebagai ciri sejarah ?


A Fakta sejarah mestilah tepat dan dibuktikan melalui sumber
B Sesuatu peristiwa yang berlaku mestilah ada sebab dan akibatnya
C Sejarah mesti berdasarkan peristiwa masa lalu
D Sejarah mesti mempunyai tarikh dan tafsiran

7 Zuraidah ditugaskan untuk menghasilkan Kajian Sejarah Tempatan mengenai sumbangan


seorang tokoh di kawasannya.Sumber pertama yang boleh digunakan oleh Zuraidah untuk
menghasilkan kajian tersebut ialah
I minit-minit mesyuarat
II surat persendirian
III buku harian
IV kajian tentang dirinya yang telah diterbitkan
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

Jawapan : 1.B 2.C 3.A 4.D 5.C 6.A 7.A


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PARIT BUNGA
GERAK GEMPUR
Bab 2 – Tingkatan 1

1 Penempatan awal manusia bermula di gua di kawasan persisiran pantai dan pedalaman.
Kegiatan UTAMA penduduk di kawasan persisiran pantai ialah
A berinteraksi dengan masyarakat luar
B menangkap ikan dan memungut hasil hutan
C bercucuk tanam dan mencipta peralatan yang lebih baik
D mengutip siput geweng dan batu kawi

Soalan 2 berdasarkan pernyataan di bawah ini

o Gua Cha
o Gua Madai

2 Tinggalan sejarah di dalam gua-gua di atas memperlihatkan ciri-ciri Zaman Paleolitik.


Apakah ciri-ciri tersebut ?
I Lukisan purba
II Peralatan tembikar
III Peralatan batu
IV Kubur lama
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

Soalan 3 berdasarkan rajah di bawah

Zaman Paleolitik Zaman Mesolitik


Q R
3 Kedua-dua Q dan R dalam rajah di atas mempunyai perbezaan.
Apakah perbezaan di antara Q dan R ?
A Manusia zaman Q tidak lagi tinggal di gua batu
B Manusia zaman R tidak lagi memburu binatang
C Manusia zaman R mula menggunakan api untuk memasak
D Manusia zaman R mula membuat tembikar daripada tanah liat

4 Apabila manusia mula mengenali logam, pelbagai peralatan telah dicipta.


Kegiatan UTAMA manusia zaman ini ialah
A mula menternak dan bercucuk tanam
B mula mengeluarkan mata wang daripada logam
C mula tinggal di tepi sungai dan mengutip hasil hutan
D mula menjalankan kegiatan perdagangan

Soalan 5 berdasarkan pernyataan di bawah

Beberapa pelabuhan awal telah muncul di


Semenanjung Tanah Melayu setelah adanya
aktiviti sejak Zaman Neolitik

5 Pelabuhan-pelabuhan awal yang dimaksudkan itu ialah


I Jenderam Hilir
II Sungai emas
III Kuala Selinsing
IV Batu Buruk
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
Soalan 6 berdasarkan senarai di bawah
Barang- barang pertukaran
o Kulit siput laut
o Hasil-hasil hutan
o Barang-barang tembikar

6 Siapakah yang terlibat dalam aktiviti pertukaran barangan di atas ?


A Orang Paleolitik dan orang Mesolitik
B Orang Mesolitik dan orang Neolitik
C Orang Mesolitik di pedalaman dengan orang Mesolitik yang tinggal berhampiran dengan
laut
D Orang Neolitik yang tinggal berhampiran laut dengan orang Mesolitik yang tinggal di
pedalaman

7 Manusia pada Zaman Neolitik dipercayai merupakan golongan yang memulakan interaksi
sesama sendiri.
Faktor UTAMA yang menggalakkan mereka berinteraksi sesama sendiri ialah
A perkembangan dalam pengangkutan
B taraf hidup yang semakin meningkat
C kemajuan dalam sistem tulisan
D keinginan untuk berhubung

Jawapan : 1.B 2.C 3.D 4.D 5.A 6.C 7.A


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PARIT BUNGA
GERAK GEMPUR
Bab 3 – Tingkatan 1

1 Kehadiran pedagang-pedagang asing membawa kepada perdagangan bercorak antarabangsa


seperti yang berlaku di Pelabuhan Merbok, Kuala Muda Kedah.
Apakah bukti yang menunjukkan pelabuhan ini bercorak antarabangsa ?
I Pelabuhan ini menjadi kawasan perdagangan utama yang menghubungkan kawasan
Timur dan Barat
II Di pelabuhan ini terdapat barang dari India, China, Arab, dan Parsi
III Kewujudan candi di Batu Pahat berhampiran Merbok Kuala Kedah
IV Catatan Pelayaran Ibnu Batutta
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

Soalan 2 berdasarkan senarai di bawah

o Srivijaya
o Majapahit

2 Antara yang berikut, manakah ciri-ciri persamaan yang terdapat di antara kedua-dua kerajaan di
atas ?
A Dipengaruhi oleh agama yang sama
B Sering berlakunya perang saudara
C Memperoleh pendapatan daripada perdagangan
D Mempunyai pertalian yang rapat

Soalan 3 berdasarkan rajah di bawah


Kerajaan awal di Tanah Melayu

Kedah Tua Majapahit

3 Apakah yang menyebabkan kedua-dua kerajaan awal di atas terkenal dengan kemajuannya ?
A Kekuatan ketenteraannya
B Terpengaruh dengan Hindu-Buddha
C Keberkesanan sistem pentadbiran
D Kesuburan tanahnya

Soalan 4 berdasarkan senarai di bawah

o Kuala Selinsing – Perak


o Santubong – Sarawak
o Bukit Emas – Kedah

4 Antara yang berikut, manakah berkaitan dengan tempat-tempat di atas ?


A Kawasan perlombongan emas
B Kawasan penanaman rempah
C Pusat penyebaran agama Hindu
D Pelabuhan perdagangan

5 Antara yang berikut, manakah faktor-faktor yang membawa kepada perkembangan Kerajaan
Srivijaya ?
I Mengamalkan sistem pentadbiran berpusat
II Keadaan tanah yang subur dengan iklim yang sesuai
III Dasar perluasan kuasa melalui kekuatan tentera
IV Menjalinkan hubungan baik dengan kerajaan China
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

Soalan 6 berdasarkan rajah di bawah

Kerajaan agraria Kerajaan maritim

Saling bergantungan

6 Bagaimanakah kedua-dua kerajaan ini saling bergantungan ?


A Kerajaan agraria menyediakan angkatan tentera untuk mempertahankan kerajaan maritim
B Kerajaan maritim telah mendapatkan khidmat nasihat berkaitan pentadbiran daripada
kerajaan agraria
C Kerajaan agraria membekalkan keperluan makanan dan hasil hutan kepada kerajaan
maritim
D Kedua-dua kerajaan saling bekerjasama mempertahankan negara daripada ancaman
musuh

7 Beberapa pelabuhan awal telah muncul di Asia Tenggara sejak Zaman Sebelum Masihi.
Mengapakah berlaku sedemikian ?
A Kemudahan yang disedakan
B Kedudukan di tengah-tengah jalan perdagangan
C Kegiatan perlanunan dapat dibendung
D Pelabuhannya dalam dan canggih

Jawapan :1.A 2.C 3.C 4.D 5.C 6.C 7.B

Anda mungkin juga menyukai