Anda di halaman 1dari 4

ULASAN VIDEO PARADIGM PIONEERS OLEH JOEL ATRHUR BARKER

Kejayaan sebuah negara dan bangsa amat dipengaruhi oleh perubahan yang dilakukan oleh

negara tersebut. Kejayaan ini dibuktikan oleh negara maju seperti Jepun yang mengamalkan

konsep anjakan paradigma. Anjakan paradigma dapat difahami sebagai ‘ubah kaedah atau ubah

cara lama’. Ubah adalah tukar ataupun ganti, manakala cara adalah kaedah, pemikiran,

pendekatan dan teknik. Paradigma adalah reka bentuk tingkahlaku untuk memahami perubahan.

Malah paradigma sering digunakan untuk menyelesaikan masalah dalam batasan kita.

Pengaplikasian konsep anjakan paradigma akan menyebabkan impian akan terlaksana. Konsep

anjakan paradigma tidak dapat dipisahkan dengan penggunaan teknologi, rekacipta dan inovasi.

Paradigma sentiasa wujud setiap hari, walau bagaimanapun perubahan itu dipilih oleh individu

yang ingin melakukan perubahan.

Sejarah pendekatan paradigma dipelopori oleh Pioneer dan Shifter. Pendekatan paradigma

Shifter menjelaskan satu kumpulan yang telah melakukan perubahan setelah sesuatu

pembangunan telah berlaku. Perubahan yang berlaku dapat diterangkan dalam rajah di bawah.
Terdapat 3 fasa yang ditunjukkan dalam rajah di atas. Fasa a merupakan fasa penyelesaian

masalah yang mengambil masa yang lama untuk diselesaikan memandangkan pemahaman yang

masih cetek tentang peraturan-peraturan baru yang wujud. Fasa b menjelaskan proses

penyelesaian masalah dapat dilakukan dengan cepat melalui pengetahuan, penambahbaikan dan

kefahaman untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Manakala fasa terakhir iaitu fasa c

menambil masa yang lama dan proses yang perlahan untuk menyelesaikan memandangkan

masalah yang dihadapi semakin sukar. Anjakan paradigma berlaku pada akhir fasa a dan di awal

fasa b.

Paradigma Pioneer menerangkan perubahan yang dilakukan oleh kelompok manusia

yang sanggup mengambil risiko untuk membangunkan sesuatu kawasan yang tidak dihuni oleh

penduduk sehingga kawasan tersebut menjadi maju. Ironinya, jalan baru yang dibuka oleh

pelopor ini sendiri, tidak mengetahui sebab-sebab kawasan tersebut tidak membangun

sehinggalah mereka melakukan anjakan paradigma. Paradigma ini memiliki beberapa ciri.

Pertama gerak hati, diikuti keberanian dan ketiga komitmen masa. Menurut Pioneer

gerak hati adalah sesuatu idea yang tepat tanpa data untuk membuktikannya. Contohnya kepada

pengusaha Mcdonald, Ray Cross yang telah melakukan perubahan terhadap perusahaan

makanan segera dan menjadi perintis keapda restoran makanan segera yang lain. Manakala

keberanian mejayakan idea dan membuat keputusan terhadap sesuatu mesin yang sebelum ini

tidak memberikan keuntungan kepada pihak lain. Dalam hal ini keyakinan sahaja tidak

memadai. Seterusnya komitmen masa adalah perkara penting dalam perubahan. Perubahan

mengambil masa yang lama sebelum mendapatkan hasil. Keadaan ini menuntut komitmen

yang tinggi daripada perintis paradigma.


Terdapat beberapa langkah yang boleh digunapakai untuk menjadi Paradigma Pionner. Pertama,

individu atau organisasi perlu mendapatkan idea di luar sempadan kebiasaannya. Kedua,

memahami keperluan dengan memecahkan peraturan yang lama di samping memahami

kecemerlang yang telah diperolehi sebelum ini untuk mencapai kejayaan pada masa akan datang.

Peraturan baru turut boleh diperolehi daripada pihak luar. Ketiga, melalui idea baru yang baru

diterima, individu atau organsasi perlu meningkatkan pembacaan dari kebiasaan untuk

mendapatkan ilmu-ilmu baru yang sesuai dengan keperluan bertujuan meningkatan kemahiran

dan amalan dari tahap sedia ada. Keempat, mengaplikasikan anjakan paradigma amat sinonim

dengan kegagalan demi kegagalan yang berlaku, justeru jangan biarkan kegagalan menguasai

dan menghentikan perilaku perintis yang telah dijalani. Kelima, paradigma memerlukan

penambahbaikan dan pencambahan idea dengan mendengar apa yang diutarakan oleh individu

yang ada dipersekitaran seperti pekerja, pelanggan, pembekal, pesaing dan sesiapa sahaja yang

wujud dalam paradigma kita.

Cd 2

Seringkali perubahan tidak dapat diterima oleh seseorang, syarikat mahupun masyarakat. Hal ini

dikatakan demikian kerana manusia mempunyai set peraturan dan undang-undang yang

tersendiri. Perubahan yang dilakukan biasanya akan sentiasa ditolak dan ditolak kerana

masyarakat atau kelompok itu masih belum memahami perubahan yang dilakukan.

Usaha melakukan perubahan mestilah dimulakan dari peringkat yang paling asas atau pun

kosong. masyarakat atau negera tidak boleh taksub dengan kejayaan lampau yang telah

diperolehi. Sejarah membuktikan keunggulan masyarakat Swiss yang mahir dalam pembuatan
enjin jam akhirnya berubah apabila kepakaran mereka dikalahkan oleh masyarakat Jepun dengan

jenama Seiko yang membuat “reverese engineering” terhadap teknologi Qartz. Jelasnya, mereka

terlalu selesa dan leka dengan paradigma lama dan tidak mahu menerima idea baru yang lebih

bernas. Begitu juga dengan kecemerlangan Mc Donnald setelah difaincaiskan pada tahun 1952

telah mendorong kepada pembukaan lebih banyak syarikat makanan yang lain seperti KFC.

Perubahan yang dilakukan pada hari mungkin mustahil pada hari ini tetapi biasa pada masa akan

datang.

Anda mungkin juga menyukai