Anda di halaman 1dari 8

1.

0 Teori Perkembangan Piaget

Guru memainkan peranan yang penting dalam mengendalikan pengajaran


dan pembelajaran supaya apa yang disampaikan kepada pelajar dapat diterima
dengan mudah. Oleh itu sebagai seorang guru, kita seharusnya dapat memahami
setiap tindak tanduk , gaya dan perlakuan setiap pelajar kita supaya kita dapat
menyesuaikannya dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan teori perkembangan Jean Piaget, beliau mendapati


kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu dalam proses perkembangan
yang dilalui. Menurut beliau lagi, perubahan daripada satu peringkat ke satu
peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-kanak mencapai tahap
kematangan yang sesuai dan terdedah kepada pengalaman yang relevan. Tanpa
pengalaman-pengalaman tersebut, kanak-kanak dianggap tidak mampu mencapai
tahap perkembangan kognitif yang tinggi. Maka, adalah menjadi tanggungjawab
guru untuk memastikan setiap pelajar di dalam kelas mendapat ilmu yang berguna
kerana pada waktu inilah pelajar-pelajar pada peringkat tertentu akan menyerap
seberapa banyak pengetahuan yang diberikan untuk mencapai tahap
perkembangan kognitif yang tinggi.

Diantara 4 tahap perkembangan yang dibincangkan, tahap perkembangan


kognitif yang ketiga iaitu Tahap Operasi Konkrit ( 7 hingga 12 tahun) adalah
merupakan tahap yang perlu diberikan perhatian yang khusus. Ini kerana pada
waktu inilah, kanak-kanak mula memasuki zaman persekolahan. Pada waktu ini
mereka mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi yang mendorong mereka untuk
sentiasa bertanya kepada orang yang lebih dewasa atau guru mereka ketika mereka
berada di sekolah. Oleh itu sebagai guru, mereka perlu menyediakan bahan
mengajar yang menarik supaya dapat menarik minat kanak-kanak untuk terus
belajar dan memupuk perasaan ingin tahu. Secara tak langsung, ianya dapat
merangsang pemikiran kanak-kanak dan membantu mereka mencapai tahap
perkembangan yang seimbang. Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran
juga perlu mengandungi aktiviti dimana pelajar boleh bermain sambil belajar dan
juga berinteraksi dengan rakan sebaya.

1
Pada peringkat operasi konkrit, pelajar sebaiknya diajar dengan perkara-
perkara yang maujud supaya mereka mudah faham. Oleh itu guru boleh
mengunakan realia, gambar rajah dan lain-lain sebagai alat bantu mengajar semasa
proses pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu menggunakan bahasa yang
mudah untuk mereka fahami bagi mengelakkan kekeliruan kepada pelajar supaya
proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar. Selain itu, para
guru perlu memupuk pelajar dengan motivasi intrinsik serta menggalakkan mereka
melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran demi untuk menggerakkan proses
asimilasi dan akomodasi.

2.0 Keperluan Hierarki Maslow

Pelajar memerlukan motivasi untuk berjaya dalam pelajaran mereka. Dalam


usaha untuk mencapai motivasi dalam pelajaran, guru memainkan peranan yang
penting sebagai motivator. Seorang guru yang baik mesti mempunyai motivasi yang
dinamik, cekap dan sentiasa berusaha untuk memajukan serta meningkatkan
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.  Guru yang bermotivasi juga
mempunyai tenaga untuk menjadi penggerak kepada pelajar-pelajarnya.

Pelajar yang bermotivasi ialah pelajar yang mempunyai minat untuk belajar
bagi mencapai matlamatnya.  Mereka boleh berdikari dan suka memberikan
pandangan dan pendapat dalam kelas.  Pelajar-pelajar seperti ini mempunyai
semangat dalam dirinya untuk mencapai kecemerlangan akademik dan juga dalam
hidup keseluruhannya.  Oleh itu pengajaran dan pembelajaran  yang berkesan di
sekolah boleh dicapai melalui guru dan pelajar yang sentiasa bermotivasi.

Mengikut teori hierarki Maslow, keperluan-keperluan manusia itu


berperingkat-peringkat.  Sesuatu peringkat keperluan yang lebih tinggi tidak mungkin
diperolehi sebelum keperluan yang lebih rendah peringkatnya dipenuhi terlebih
dahulu.  Pada peringkat yang paling asas terdapat keperluan hayat ataupun
keperluan fisiologi.  Setelah keperluan ini dipenuhi baharulah keperluan
keselamatan, diikuti keperluan kasih-sayang, seterusnya peringkat penghargaan
kendiri atau penghormatan diri dan peringkat tertinggi atau puncak bagi keperluan
manusia adalah peringkat keperluan bagi penyempurnaan kendiri. 

2
Pada peringkat pertama iaitu keperluan fisiologi, para guru sepatutnya
memberikan perhatian dan mengambil berat kepada tanda-tanda yang menunjukkan
apa-apa kekurangan daripada segi fizikal pelajar itu.  Sebagai contoh jika guru
mendapati seorang pelajar itu tidak bersemangat di dalam kelas akibat tidak
mendapat makanan yang cukup maka guru perlu segera menangani masalah
pelajar tersebut. Sekiranya keperluan ini tidak dipenuhi pelajar akan kurang
bermotivasi atau berminat terhadap pelajaran. 

Seterusnya guru perlu menjadikan bilik darjah adalah tempat yang selamat
untuk pelajar menimba ilmu pengetahuan. Guru perlu sentiasa peka keadaan dalam
bilik darjahsupaya tidak wujud pelajar yang megancam keselamatan pelajar lain.
Guru juga tidak boleh menghukum pelajar dengan cara yang kasar seperti
menyepak, melempang dan sebagainya kerana cara ini akan membuatkan pelajar
berasa tidak selamat ketika berada di sekolah.

Disamping itu, guru hendaklah mewujudkan perasaan kasih sayang diantara


pelajar dan pada masa yang sama juga membantu pelajar mewujudkan perasaan
kasih sayang dan menghargai diantara rakan sekelas mereka. Melalui cara ini,
pelajar akan merasakan mereka diterima, dihormati, serta dihargai oleh anggota lain
dalam komuniti yang kecil dan mereka ada hak milik keanggotaan dalam komuniti
tersebut.  Secara tidak langsung, proses pengajaran dan pembelajaran berjalan
dengan baik, harmonis, lancar, dan berkesan  kerana masing-masing individu telah
dapat memenuhi keperluan kehendaknya. 

Peringkat penghargaan kendiri penting kepada setiap pelajar. Dalam


peringkat ini guru perlu memberikan tugasan, yang sesuai untuk diterokai serta yang
mampu dan boleh dilaksanakan oleh pelajar.  Sebagai contoh, pelajar mesti
digalakkan untuk menghasilkan ciptaan berdasarkan idea-idea dan minat sendiri.
pelajar akan merasakan diri mereka penting apabila sesuatu tugasan yang diberi
dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. 

Ini dapat memupuk diri pelajar untuk lebih berkeyakinan seterusnya


keinginan dan minat mereka untuk terus belajar dan berjaya makin meluap-luap. 
Seseorang guru juga perlu berusaha dan memastikan  jangan ada pelajarnya yang
gagal atau tercicir kerana jika perkara ini berlaku, mereka ini akan merasakan
penghargaan dirinya amat rendah.

3
Guru harus membantu menyuburkan minat, bakat, juga kebolehan pelajar
dengan menjadi pembimbing atau fasilitator kepada mereka.  Contohnya di sekolah,
terdapat banyak ruang atau peluang-peluang yang diberi atau disediakan kepada
pelajar-pelajar untuk mencapai peringkat penyempurnaan kendiri seperti pemilihan
aktiviti oleh pelajar sendiri, rancangan belajar yang bebas dan juga sesi bimbingan
kaunseling.  Melalui aktiviti-aktiviti tersebut pelajar dapat mencapai peringkat
penyempurnaan kendiri dengan cara belajar dengan tekun, bersungguh-sungguh,
serta melipatgandakan usaha ke arah mencapai kecemerlangan.

Bagi memenuhi keperluan mengetahui dan keperluan estetik pula, guru boleh
melibatkan pelajar dalam kajian untuk melatih mereka proses mencari maklumat dan
membentuk pemikiran reflektif. Pelajar juga perlu digalakkan supaya lebih
melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dapat mengembangkan otak kanan
mereka seperti dalam bidang drama, muzik dan sebagainya bergantung kepada
minat mereka.

3.0 Teori Kecerdasan Pelbagai

Howard Gardner telah memperkenalkan lapan jenis kecerdasan pelbagai bagi


setiap individu yang berbeza. Teori ini dapat membantu para guru dalam
melaksanakan dan mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan di sekolah. Setiap murid adalah unik dan belajar dengan cara berlainan,
oleh itu menjadi tugas setiap guru meningkatkan potensi diri, harga diri, kreativiti dan
motivasi murid melalui pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan.

Guru boleh mengenalpasti kekuatan murid dalam kecerdasan pelbagai


dengan cara memerhati tingkah laku murid semasa mereka belajar, mengetahui
aktiviti yang digemari mereka pada waktu lapang dan juga melalui laporan prestasi
murid. Guru boleh merangka aktiviti mengikut kecerdasan murid dan setiap aktiviti
perlu memenuhi kriteria bagi setiap kecerdasan. Sebagai contoh, bagi kecerdasan
visual – ruang, guru boleh memberi peluang kepada murid untuk mereka cipta model
3-D untuk projek sekolah dan seterusnya menyuruh mereka untuk menerangkan
tentang projek mereka. Aktiviti begini secara tak langsung melatih mereka membina
kecerdasan intrapersonal tanpa mereka sedari.

4
Disamping itu, guru boleh memaksimakan potensi persekitaran dalam bilik
darjah untuk kegunaan murid mereka. Guru boleh mewujudkan satu sudut di dalam
bilik darjah yang mengikut tema kecerdasan contohnya seperti sudut bacaan yang
dilengkapi dengan bahan-bahan yang mearik minat semua pelajar. Guru juga boleh
menghias bilik darjah dengan maklumat-maklumat yang boleh dihargai oleh setiap
kecerdasan. Sebagai contoh, dengan menggantungkan formula matematik di
sekeliling bilik darjah atau menampal bendera bagi setiap negeri beserta dengan
nama negeri. Perkara-perkara tersebut akan meningkatkan lagi minat untuk belajar
dan secara tak langsung dapat memberi lebih kefahaman kepada pelajar.

Bagi pelajar yang mempunyai kecerdasan muzik, guru boleh menggabungkan


pengajaran dengan menggunakan muzik dan lagu sebagai alat untuk meningkatkan
motivasi murid untuk belajar. Bagi setiap matapelajaran banyak sumber yang boleh
digabungkan dengan kecerdasan pelbagai pelajar bagi meningkatkan minat untuk
mereka terus belajar. Dengan mengaplikasikan teori pelbagai kecerdasan ini dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, para guru akan dapat melahirkan pelajar yang
‘multi-talented’ yang bakal meneruskan aspirasi negara.

4.0 Kecerdasan Emosi

Kecerdasan emosi pelajar memainkan peranan yang penting dalam


menjayakan pencapaian akademik mereka. Emosi bukan sahaja memberi kesan
terhadap pencapaian akademik mereka malahan juga turut terkesan terhadap
tingkahlaku, kejayaan profesional, sosial, dan kesejahteraan fizikal mereka.
Beberapa elemen perlu dititikberatkan oleh guru dalam membentuk kecerdasan
emosi pelajar yang seimbang.

Tanggungjawab  menjana kecerdasan emosi dalam bilik darjah sangat


bergantung kepada kebijaksanaan guru. Para guru dapat membantu murid menjana
kecerdasan emosi mereka dengan menerima setiap pelajar tanpa syarat tertentu.
Peranan ini wujud apabila guru  mengamalkan sikap terbuka dan memandang positif
terhadap semua pelajarnya. guru perlu menunjukkan sikap tidak pilih kasih serta
sentiasa bersedia untuk mendengar dan menerima pandangan semua pelajarnya
dengan hormat.

5
Sekiranya pelajar melakukan kesalahan, guru perlu memberi teguran dengan
cara yang berhemah dan mengelakkan daripada memarahi pelajar di depan pelajar
lain. Perbuatan tersebut akan menyebabkan pelajar berasa malu dan membuatkan
emosi pelajar terganggu.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, para guru perlu mewujudkan


perhubungan yang mesra dengan pelajar. Di dalam bilik darjah, guru perlu
mempamerkan muka yang manis dan ceria supaya pelajar tidak berasa takut untuk
melibatkan diri dalam proses pembelajaran. Unsur jenaka dan bergurau yang
diselitkan oleh guru semasa perbincangan akan menjadikan situasi lebih
menyeronokkan. Hal ini dapat mengurangkan rasa ketegangan di kalangan pelajar
dan menarik minat untuk belajar.

Guru seharusnya sentiasa memelihara kestabilan emosi pelajar melalui


kesediaan mereka dalam menerima dan mendengar keluhan dan masalah yang
dihadapi oleh para pelajar. Akan timbul ketidakadilan apabila guru hanya melayan
para pelajar yang sering dan pandai mengemukakan soalan dan idea serta
berkeupayaan berkomunikasi dengan berkesan berbanding pelajar yang gugup,
tidak pernah mengeluarkan idea serta pasif. Sebagai guru, mereka perlu lebih
prihatin kepada gerak laku pelajar mereka terutama ketika di dalam bilik darjah.

Selain itu juga guru haruslah melatih pelajar mengawal dan mengendalikan
emosi dengan bijaksana dengan cara membimbing pelajar menyedari dan
memahami keadaan dan situasi apabila dalam keadaan marah, sedih, dan tertekan.
Dengan cara ini seseorang pelajar dapat mengawal emosinya dengan baik. Cara ini
secara tak langsung dapat mengelakkan perubahan tingkah laku pelajar yang
negatif seperti ponteng sekolah.

Kesimpulannya, para guru harus menyedari, memahami dan


mengimplementasikan elemen dalam membentuk kecerdasan emosi pelajar dalam
semua mata pelajaran yang diajar. Elemen kecerdasan emosi ini bukan sahaja
digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran sahaja tetapi yang penting
sekali adalah sewaktu berinteraksi dengan pelajar. Guru harus bijak dalam
memastikan elemen ini diaplikasikan dan dalam masa yang sama mampu

6
mengerakkan pelajar dalam kecemerlangan akademik dan pembangunan diri
pelajar.

5.0 Personaliti

Ciri-ciri personaliti digunakan untuk menilai personaliti seseorang. Personaliti


merangkumi unsur-unsur individu yang diwarisi seperti kecerdasan, saiz badan dan
juga unsur-unsur yang ditentukan oleh alam sekitar termasuk perangai, cara dia
bertingkah laku, bercakap dan bertindak balas. Dengan mengenalpasti personaliti
para pelajar, guru biasanya akan dapat mengimplementasi gaya pengajaran dengan
lebih berkesan ke atas diri pelajar sama ada mereka tergolong dalam kumpulan
introvert, ekstrovert dan ambevert.

Pelajar yang mempunyai personaliti ekstrovert biasanya tidak mempunyai


masalah dalam bilik darjah kerana mereka adalah golongan yang aktif. Guru perlu
memberikan lebih tumpuan kepada pelajar yang mempunyai personaliti introvert
kerana mereka lebih pasif. Dalam hal ini guru perlu bijak menggunakan ruang dan
peluang untuk mendapatkan tindak balas daripada mereka.

Guru boleh memulakan pembelajaran dan pengajaran dengan aktiviti yang


mudah agar pelajar tersebut berasa yakin pada diri sendiri. Mereka akan cuba
untuk menjawab setiap soalan kerana mereka yakin dengan jawapan mereka dan
guru secara tak langsung telah dapat melibatkan mereka secara aktif dalam proses
pembelajaran. Dengan itu, pelajar tersebut akan lebih bersedia untuk aktiviti yang
lebih sukar pada masa ke masa. Oleh itu, penting untuk guru menanamkan sifat
yakin kepada diri sendiri serta sanggup mengambil risiko. Disamping itu guru juga
perlu menyediakan latihan yang mudah setimpal dengan kebolehan mereka supaya
mereka sentiasa bermotivasi untuk belajar.

Selain itu, guru juga perlu melibatkan pelajar dalam aktiviti berkumpulan.
Bagi pelajar introvert, guru boleh melantik mereka sebagai ketua kumpulan di mana
dia terpaksa berinteraksi dengan ahli-ahli lain di dalam kumpulannya dan belajar
untuk mengawal keadaan di dalam kumpulan tersebut. Aktiviti sebegini lama

7
kelamaan akan dapat mengubah personaliti mereka daripada pendiam kepada lebih
aktif.

Semasa di dalam kelas, guru perlu lebih tegas dengan mengambil tindakan
kepada pelajar yang mengejek pelajar introvert dengan perkataan seperti ‘si lembab’
dan sebagainya. Kata-kata ejekan ini akan melemahkan lagi semangat mereka dan
seterusnya akan membawa kepada masalah lain di dalam bilik darjah. Selain itu
guru juga boleh bercakap secara personal dengan mereka dan menggalakkan
mereka untuk menyertai aktiviti sukan, kelab dan permainan di mana mereka
mempunyai peluang untuk bergaul dengan rakan-rakan yang lain.

Akhirnya, sebagai guru perlu sentiasa berusaha dan bersikap kreatif untuk
membantu pelajar menangani masalah dan meningkatkan konsep kendiri mereka.
Konsep kendiri yang positif tetap akan membantu seorang introvert menjadi lebih
bersifat sosial dan optimistik dalam pandangan hidupnya. Sesungguhnya peranan
dan tanggungjawab seorang guru itu sangat besar dalam mendidik dan membentuk
para pelajar untuk menjadi orang yang berguna kepada bangsa, agama dan negara.

Anda mungkin juga menyukai