Anda di halaman 1dari 1

smkengkilili.

com

Peraturan Bilik Darjah


Contributed by Cikgu Chong YL/Hiew LS/Aniza Yusuf
Wednesday, 21 January 2009
Last Updated Wednesday, 21 January 2009

PANDUAN UNTUK DIIKUTI PELAJAR KETIKA BERADA DI BILIK DARJAH. 1 Semua pelajar mesti
berada di dalam bilik kelas pada jam 6.55 pagi. Guru tingkatan akan mengambil kedatangan pelajar. 2
Semua pelajar mestilah menjaga kebersihan bilik darjah masing-masing. 3 Ketua kelas dan penolongnya
bertanggungjawab menyediakan jadual tugas kelas masing-masing dan memastikan tugas harian dijalankan dengan
sempurna 4 Pelajar-pelajar yang bertugas pada hari itu akan menjalankan tugas kelas pada waktu pagi
sebelum loceng pertama dibunyikan. 5 Bakul sampah perlu dikosongkan sebelum sesi pengajaran dan
pembelajaran bermula 6 Setiap pelajar bertanggungjawab supaya kerusi dan meja yang dikhaskan
untuknya tidak diconteng atau dirosakkan. 7 Semua pelajar bertanggungjawab menjaga alat-alat dalam
bilik darjah.Ketua tingkatan mesti melaporkan kepada guru tingkatan dengan segera jika berlaku sebarang kerosakan.
8 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan menggunakan kapur tulis dan menulis di papan hitam kecuali diarah
berbuat demikian oleh guru. 9 Apabila guru, pengetua atau pelawat masuk ke bilik kelas, pelajar hendaklah
bangun dan mengucapkan selamat atau memberi salam. Pelajar mestilah mengucapkan “Terima kasih”
setelah guru, pengetua atau pelawat meninggalkan bilik kelas. 10 Pelajar dilarang membuat bising dan
mengganggu ketenteraman bilik kelas. 11 Semasa pelajaran sedang berjalan, pelajar tidak dibenarkan
keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran guru. Sewaktu pertukaran guru juga pelajar tidak dibenarkan keluar. 12
Pelajar yang hendak masuk ke bilik darjah di mana guru sedang mengajar dikehendakki mengetuk pintu terlebih
dahulu dan meminta kebenaran masuk. 13 Apabila guru tidak ada di dalam bilik kelas, Ketua Tingkatan
bertanggungjawab menghubungi guru tersebut atau guru gentian sekiranya guru mata pelajaran tidak hadir. 14
Pelajar-pelajar perlu memastikan suis kipas dimatikan apabila meninggalkan bilik kelas samada untuk ke makmal
atau waktu pendidikan jasmani 15 Pelajar-pelajar digalakkan menghias bilik kelas masing-masing dengan
alat-alat pembelajaran, poster-poster dan carta yang sesuai dan menarik yang seringkali ditukar. 16 Bilik
kelas mestilah berada dalam keadaan bersih, papan hitam mesti dibersihkan, meja dan kerusi diatur sebelum waktu
balik. 17 Keselamatan diri adalah tanggungan pelajar sendiri. Pelajar mestilah sentiasa menjaga
keselamatan diri semasa menjalankan aktiviti di dalam bilik kelas. Kemalangan akibat kelalaian sendiri tidak dapat
ditanggungjawab oleh pihak sekolah.

http://smkengkilili.com Powered by Joomla! Generated: 2 June, 2011, 00:40

Anda mungkin juga menyukai