Anda di halaman 1dari 1

KAITAN BERSOSIAL DAN KESIHATAN

Bersosial adalah satu aktiviti yang dilakukan dengan berinteraksi dengan dunia luar. Pelbagai
cara yang boleh dilakukan untuk bersosial iaitu dengan beriadah, bersukan, ataupun lebih
mudah dengan berada di luar rumah. Berdasarkan pemerhatian dan teori, seseorang itu
akan menjadi lebih sihat dan aktif dengan bersosial. Hal ini ada kebenarannya kerana dengan
bersosial, seseorang itu akan melakukan aktiviti fizikal secara tidak langsung.

Kesihatan amat berkait rapat dengan aktiviti fizikal di samping amalan pemakanan seharian.
Seseorang yang bersosial akan bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain seperti
beriadah. Salah satu aktiviti riadah ialah dengan bersiar-siar. Oleh itu, sudah tentu kita akan
berjalan semasa melakukan aktiviti ini. Secara tidak langsung, seseorang itu telah melakukan
senaman fizikal. Dalam kajian sains juga telah membuktikan bahawa melakukan aktiviti
fizikal dapat melancarkan pengaliran darah seseorang. Pengaliran darah yang baik dapat
membekalkan kadar oksigen yang secukupnya dalam tubuh badan.

Bersosial juga boleh didefinisikan dengan melakukan aktiviti ‘outdoor’ ataupun aktiviti luar
rumah. Aktiviti ‘outdoor’ yang ditekankan di sini ialah pergaulan dengan orang lain.
Pergaulan yang baik dengan orang sekeliling akan dapat memberi kesan yang baik kepada
rohani ataupun perasaan seseorang. Emosi yang stabil memainkan peranan penting dalam
kehidupan. Seseorang yang terganggu emosinya tidak dapat berfikir dengan waras dan
kesihatannya juga akan terganggu. Oleh itu, cara untuk menstabilkan emosi adalah dengan
berinteraksi dengan orang lain. Interaksi dalam pergaulan dapat berlaku dengan cara
berbual atau berbincang. Perbualan atau perbincangan yang mengandungi unsur humor
akan menjadi lebih baik dan menarik kerana ia dapat mengubati stress. Ketawa akan
memberi kebaikan kepada tubuh badan kerana otot-otot tubuh akan mengendur dan semua
gejala penyakit yang berkaitan dengan ketegangan dapat dikurangkan.

Anda mungkin juga menyukai