KPLI Sains (M) 2006 Pendahuluan • Surah ini mempunyai 7 ayat. • Ia surah ke 107 di dalam Al-Quran. • Ia diturunkan di Makkah. • Surah ini walaupun agak pendek tetapi mempunyai isi kandungan yang padat. Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin. maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya; (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya). Keterangan Surah Al-Ma’un • Orang yang mengusir anak yatim dan tidak suka memberi makan orang miskin adalah termasuk golongan orang mendustakan hari pembalasan atau agama Allah. • Islam menyuruh penganutnya supaya bersedekah kerana amalan tersebut banyak memberi kelebihan kepada umat Islam. • Allah menyediakan neraka Wailun untuk orang sembahyang yang lengah (lalai) hatinya dari sembahyang ( tiada berhadap hatinya kepada Allah) serta riak lagi enggan berzakat. • Riya ialah melakukan suatu amal perbuatan tidak untuk mencari keredhaan Allah akan tetapi untuk mencari pujian atau kemasyhuran di masyarakat. • Kusyuk di dalam solat amatlah penting supaya solat itu tidak menjadi sia-sia. • Zakat mestilah ditunaikan supaya tidak dimurkai Allah s.w.t.