Definisi Inflasi

Inflasi ialah kenaikan tingkat harga umum bagi barang dan perkhidmatan yang berlaku secara menyeluruh dan berterusan. Kadar inflasi menentukan ukuran kestabilan tingkat harga umum. Harga umum ialah harga purata semua barang dan perkhidmatan yang dipasarkan dalam negara.

Punca-punca Inflasi:
1. lebihan perbelanjaan semasa ekonomi dalam keadaan guna tenaga penuh. 2. kenaikan kos pengeluaran. 3. kenaikan harga import.

Kesan Inflasi terhadap ekonomi:
1. Menaikkan harga barangan eksport.

2. Penurunan kuasa beli wang.
3. Penurunan taraf hidup masyarakat. 4. Penurunan pendapatan benar individu. 5. Meningkatkan kos hidup masyarakat.

Kadar Inflasi dan Indeks Harga
1. Indeks harga pengguna (IH) mengukur tingkat harga umum. 2. IH bagi tahun asas (tahun yang dijadikan asas perbandingan) ditetapkan sebagai 100. Jika IH tahun baru = 105, kadar inflasi = [(IH tahun baru − IH tahun asal) / IH tahun asal] x 100% = 5/100 x 100% = 5%.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful