Anda di halaman 1dari 32

NOVEL HIKMAH

KOMSAS TINGKATAN 1
Aspek kajian novel
• Sinopsis
• Tema
• Persoalan
• Watak dan perwatakan
• Latar
• Plot
• Pengajaran
SINOPSIS
• Amri ketua pembuli di sekolahnya. Dia
dan kawan-kawannya selalu meminta
wang perlindungan daripada murid-murid
junior. Tiada siapa pun yang berani
mengadu tindakan Amri. Cikgu pun tidak
dapat mengambil tindakan kerana tidak
ada bukti.
• Walau bagaimanapun Sapura seorang
pengawas sekolah berani mengadukan
hal kepada guru disiplin apabila
ternampak salah laku Amri. Akibatnya,
Amri dihukum sebat. Amri berdendam
dan merancang untuk mengenakan
Sapura.
• Amri berubah sikap apabila di rumah. Dia
anak yang baik dan menyayangi ibunya.
Amri dan ibunya hidup dalam kesusahan
kerana bapa Amri tidak bertanggungjawab
dan selalu meminta wang daripada
ibunya. Sikap ayah Amri yang panas
baran dan ganas itu menyebabkan Amri
memberontak.
• Amri melepaskan kemarahannya dengan
membuli murid-murid lain. Bagi Amri,
orang lain pun perlu merasai sama rasa
sakit hati yang ditanggungnya.
• Amri mengenakan Sapura dengan
menyebabkan Sapura terjatuh ke dalam
bendang. Sapura dan basikalnya
diselaputi lumpur.
• Apabila pulang ke rumah, Amri mendapati
ibunya cedera di dahi akibat perbuatan
ayahnya. Ibu Amri pitam.
• Kesusahan Amri diketahui oleh Sapura
apabila Sapura datang ke rumah Amri
untuk mengadu kenakalan Amri kepada
ibunya.
• Kejadian itu menyebabkan Sapura
memahami punca kenakalan Amri. Rasa
marahnya menjadi simpati. Sapura ingin
menolong Amri.
• Petang itu Amri berbasikal ke pekan yang
jauhnya sepuluh kilometer untuk membeli
ubat. Ketika ingin pulang, seorang
pemuda meminta pertolongan daripada
Amri.
Pemandangan di tepi sawah
• Rupa-rupanya Amri terperangkap.
Pemuda itu dan kawan-kawanya ingin
menyamun Amri. Apabila tidak berjaya
mendapat wang, mereka membelasah
Amri dan membuang ubat yang dibeli oleh
Amri.
• Amri kemudian dibantu Sapura yang
menjerit memanggil polis.
Gejala buli
• Sapura dan ayahnya membawa Amri ke
hospital. Sebelum itu mereka berdua
sudah membawa ibu Amri ke hospital
untuk mendapatkan rawatan.
• Sejak kejadian itu, Amri dan Sapura
bersahabat baik. Amri sudah insaf dan
tidak membuli lagi, malah dia menjadi
pembela kepad murid-murid yang pernah
dibuli olenya sebelum ini.
Rawatan pesakit luar
• Ayah Amri pula dipenjarakan kerana
terlibat dengan perjudian haram dan
dadah. Dia insaf dan memohon agar
diberi peluang oleh Amri dan ibunya. Amri
dan ibunya sedia memaafkan ayahnya
dan mereka setia menanti kepulangan
ayahnya. Amri tidak berdendam lagi dan
semakin bijak mengawal emosi.
Penjara

TEMA
• Tentang kepincangan dalam keluarga
yang menyebabkan anak mem-
berontak dan berubah tingkah laku.
Huraian Tema
• Amri adalah anak yang baik dan
bertanggungjawab. Sikap ayahnya yang
kejam dan tidak bertanggungjawab
menyebabkan Amri berubah sikap.
Ayahnya terlibat dalam perjudian dan
dadah, sering merampas wang dan
barang kemas ibunya. Amri berasa marah
dan melepaskan tekanan marahnya
dengan cara memeras ugut pelajar yang
lemah dan meminta wang perlindungan.
Persoalan 1
• Tanggungjawab bapa terhadap
kesejahteraan keluarga.
– Kegagalan baba melaksanakan
tanggungjawab akan menyebabkan keluarga
porak peranda. Bapa Amri tidak
bertanggungjawab dan kejam sehingga
sanggup memukul ibunya. Keaadaan ini
menyebabkan Amri berubah sikap menjadi
budak nakal.
Persoalan 2
• Kasih sayang ibu terhadap anaknya.
– Emak Amri sangat sayang dan mengambil
berat terhadap Amri. Segala keperluan Amri
sedaya upaya dipenuhi walaupun dia sendiri
dalam keadaan lemah.
Persoalan 3
• Prihatin dan simpati terhadap insan yang
memerlukan.
– Sapura dan ayahnya bersimpati akan nasib
yang menimpa Amri dan ibunya. Mereka
menghantar ibu Amri yang cedera di dahi dan
Amri yang cedera dipukul ke hospital.
Persoalan 4
• Saling memaafkan kesilapan lampau.
– Amri sedar dan insaf kesalahannya terhadap
Sapura. Sapura memaafkan Amri. Begitu
juga bapa Amri yang sudah dihukum dan
insaf atas kesilapannya. Amri dan emaknya
sudah memaafkannya.
Nyatakan tema Novel Hikmah

• Tentang kepincangan di dalam keluarga


yang menyebabkan anak memberontak...
– Amri seorang yang baik dan
bertanggungjawab
– Berubah sikap menjadi pembuli
– Disebabkan oleh bapanya yang kejam dan
tidak bertanggungjawab
Nyatakan 3 persoalan
(1)
• Tanggungjawab seorang
...bapa.................... . Jika dia tidak
bertanggungjawab kesannya ..keluarga
porak peranda............................................
– Bapa Amri seorang yang ...kaki judi dan tidak
bertangungjawab..
– Kesannya, Amri ..memberontak.................
(2)

• Kasih sayang seorang ...ibu.....................


– ......Ibu Amri............................sangat sayang
kepada ....Amri............................ .
(3)

• Prihatin
– (Siapa).Sapura dan bapanya.... .........
bersimpati terhadap .....Amri......(siapa)
– Mereka menghantar ........Amri.. dan
.........ibunya..... ke hospital kerana
.......cedera.........................
Watak dan perwatakan
Watak & perwatakan
Amri Sapura
• Nakal di sekolah • Bertanggung jawab
• Berbudi bahasa di rumah • Manja di rumah
• Asalnya pelajar yang rajin • Pengawas yang berdedikasi
• Kaki buli di sekolah • Menjaga disiplin sekolah
• Perasaannya tertekan kerana • Bahagia bersama keluarga
masalah keluarga • Akhirnya menjadi kawan baik
• Akhirnya menjadi kawan baik Amri
sapura
Watak & perwatakan
Ibu Ayah
• Setia kepada suami • Culas terhadap
tanggungjawab keluarga
• Penyabar dengan • Panas baran dan suka
karenah suami memukul isteri
• Dimasukkan hospital • Dipenjarakan kerana
kerana dipukul suami menagih dadah
• Amat mengharapkan • Tidak endah nasib
keluarga bahagia keluarga
Latar
Latar tempat Latar masyarakat
• Bandar • Masyarakat pelajar
• Sekolah • Polis
• Kampung • Kaki tangan perubatan
• hospital
pengajaran
• Kita harus membantu golongan yang
memerlukan
• Pelajar harus tekun belajar sehingga berjaya
• Pengawas harus membantu pihak sekolah
mengawal disiplin pelajar
• Masyarakat harus perihatin dengan
permasalahan di persekitarannya
• Pihak sekolah harus proaktif membasmi gejala
buli di sekolah

Anda mungkin juga menyukai