Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
1
LOMPAT TINGGI
PENGENALAN
Ia merupakan salah satu acara padang yang
memerlukan para peserta melompat melepasi palang.
Palang tersebut diletakkan di antara dua tiang tegak.
Dalam pertandingan, palang akan dinaikkan setelah
peserta berjaya melepasi ketinggian palang yang
diletakkan.
Dalam abad ke-19, peserta lompat tinggi melompat dan
mendarat di atas tanah yang berumput dengan
menggunakan gaya gunting, iaitu dengan cara
membelakang.
Gaya ini banyak mendatangkan kecederaan kepada para
peserta.
2
Gaya yang paling kerap diaplikasikan oleh para
atlet bertaraf antarabangsa ialah gaya Fosbury.
Peserta yang menggunakan gaya Fosbury Flop
telah berjaya mencatatkan rekod dalam acara
lompat tinggi.
Gaya Fosbury dicipta oleh Dick Fosbury pada
tahun 1968.
Gaya Pelana paling mudah dipelajari oleh murid-
murid sekolah rendah dan kedua berkesan dari
aspek kejayaan para atlet.
3
FASA LOMPAT TINGGI
i. Penujuan (run-up) – Larian menghala ke palang
ii. Lompatan/ lonjakan (take – off) – tindakan kaki
untuk menaikkan badan
iii. Melepasi palang / layangan (clearence) – Gaya
dan kedudukan badan ketika berada di udara dan di
atas palang.
iv. Pendaratan (landing) – sentuhan badan dan
bahagiannya dengan tempat mendarat.
4
GAYA LOMPAT TINGGI
Gaya Gunting
Gaya Pelana
Gaya Guling Timur ( Eastern roll)
Gaya Guling Barat (Western roll)
5
Gaya Gunting
Pelompat menuju ke palang secara bersudut dan
melonjak dengan kaki yang berada di luar dari palang.
Semasa melepasi palang, pelompat berada dalam
keadaan duduk berlunjur.
6
Rajah: Teknik lompatan gaya Gunting
7
GAYA GULING TIMUR
Pelompat menuju ke palang secara
lurus dari hadapan (90 darjah).
Semasa melonjak, kaki bebas dihayun
secara tegak ke hadapan badannya dan
pelompat melepasi palang secara
mengiring.
8
Rajah: teknik lompatan gaya Guling
Timur
9
GAYA GULING BARAT
Penujuan ke palang adalah secara bersudut seperti
dalam gaya Gunting.
Pelompat melonjak dengan kaki yang lebih dekat
dengan palang.
Kaki lonjakan berada dalam keadaan bengkok
semasa pelompat “berguling” selari dengan palang
untuk membuat pelepasan.
10
Rajah: Teknik lompatan gaya Guling Barat
11
GAYA PELANA
Gaya ini hampir sama dengan gaya Guling Barat.
Pelompat menuju ke palang secara bersudut.
Ketika melepasi palang, muka pelompat
memandang ke bawah dan keadaan badannya
seolah-olah meniarap di atas palang.
12
Rajah: Teknik Gaya Lompatan Gaya Pelana
13
Rajah: Teknik Gaya Pelana Mendarat
15
RAJAH: GAYA FOSBURY FLOP
16
RAJAH: GAYA FOSBURY FLOP SEMASA
MENDARAT.
17
LATIHAN ANSUR MAJU LOMPAT
TINGGI GAYA PELANA
18
(b) Berjalan tiga langkah dan ulang latihan (a)
sambil menghayun kedua-dua belah tangan.
Latihan ini dapat membantu agar lonjakan
tindakan kaki bebas dan hayunan tangan dapat
dipadukan supaya semuanya berinteraksi secara
automatik.
19
c) Rentangkan tali dan berdiri merusuk tiga langkah
dari tali itu. Berjalan tiga langkah (mulakan dengan
kaki lonjak) dan tending kaki bebas ke atas paras tali.
Selepas beberapa percubaan, latihan ini hendaklah
dibuat secara berlari dan melibatkan hayunan tangan
seperti didalam latihan (b).
Latihan ini akan membantu pelompat memberikan
sepenuh perhatian kepada penujuan dan lonjakan
semasa membuat lompatan.
20
(d) Rentangkan tali hingga ke paras pinggang
dan ulangi latihan (c). Selepas melonjak dan
badan berada di atas paras tali, pusingkan badan
dengan merendahkan bahu supaya bergolek di
atas tempat mendarat atau tangan dan kaki bebas
mencecah kawasan mendarat. Latihan ini akan
membantu pelompat melepasi palang atau tali
semasa membuat pendaratan.
21
(e) Rentangkan tali pada paras pinggang. Berlari
sejauh lima langkah, diikuti dengan suatu lonjakan
hingga melepasi tali dan pelompat mendarat dengan
baik.
Latihan ini merangkumi semua fasa lompatan. (Empat
fasa semuanya)
22
(f) Latihan lompat tinggi gaya Pelana
menggunakan alatan yang sebenarnya (tiang dan
palang lompat tinggi) serta membuat lima atau
tujuh langkah larian yang pantas.
23
Rajah: Latihan ansur maju (a) dan (b) – latihan
menghayun kaki bebas
24
Rajah: Latihan ansur maju (c) – bergerak tiga langkah
dan melonjak
25
Rajah: Latihan ansur maju (d) dan (e)- melepasi tali dan
mendarat.
26
KESALAHAN YANG BIASA DILAKUKAN
DALAM LOMPAT TINGGI GAYA PELANA
28
Berlari anak atau pantas beberapa langkah kehadapan
dan kemudian melengkung beberapa langkah ke kiri
( jika melonjak dengan kaki kiri). Sekiranya pelompat
melonjak dengan kaki kanan, dia haruslah melengkung
ke kanan. Latihan ini hendaklah dibuat berulang-ulang.
29
OBJEKTIF LATIHAN
Untuk melatih murid-murid ini supaya dapat berlari
lurus dan melengkung
30
Rajah: berlari lurus dan melengkung
31
Latihan II
Seperti dalam latihan I, apabila pelompat
melangkah tandaan di bahagian melengkung,
dia mestilah melonjak dengan serta-merta ke
atas. Kemudian kedua-dua belah tangannya
dihayunkan ke atas (siku dibengkokkan) dan
badan dipusingkan di udara dengan lutut kaki
bebas menyilang badan. Pelompat mendarat di
atas kaki lonjak sambil menghadap tempat
permulaan.
Latihan ini berupa latihan penujuan, lonjakan dan
memusing badan di udara.
32
Rajah: Latihan penujuan, lonjakan dan memusing badan di
udara.
33
Latihan III
34
Rajah: Latihan membetulkan penujuan, lonjakan dan
memusing badan.
35
Latihan IV
36
Rajah: Latihan melentikkan badan, melepasi halangan dan
mendarat.
37
Latihan V
38
Rajah: Latihan berlari pantas dan menentukan tandaan
untuk melonjak
39
PRINSIP UTAMA LOMPAT
TINGGI
40
3. Untuk mengambil bahagian dalam sesuatu
pertandingan, selain daripada persediaan dari segi
fizikal, peserta juga hendaklah bersedia dari segi
mental, kerana semasa pertandingan, peserta harus
menumpukan perhatian sepenuhnya kepada acara itu.
41
4. Peserta hendaklah mengambil langkah dengan
cukup dan tepat sebelum membuat lonjakan dalam
sesuatu lompatan.
5. Peserta hendaklah mengenakan pakaian dan
peralatan selengkapnya termasuk kasut atau spikes
yang sesuai dan dan mematuhu aturan dan undang-
undang yang telah ditetapkan untuk acara ini.
42
6. Dalam apa-apa jua keputusan, peserta hendaklah
menerima dengan penuh semangat kesukanan, tanpa
mempertikaikan keputusan pegawai pertandingan dan
keupayaan peserta lain.
7. Peserta boleh mengambil bahagian dalam seberapa
banyak pertandingan yang boleh demi meningkatkan
prestasi dari masa ke semasa tetapi jangan pula sampai
membebankan diri.
43
8. Amalkan sikap ingin terus maju setelah melibatkan
diri dalam acara ini, dan jika boleh mempunyai cita-
cita untuk mencapai kejayaan hingga peringkat yang
lebih tinggi
44
PERATURAN ASAS ACARA LOMPAT
TINGGI
45
4. Peserta yang gagal melompat melintasi palang
sebanyak tiga kali berturut-turut (tanpa diambil kira
di paras mana kegagalan itu berlaku) akan terkeluar
daripada pertandingan.
5. Seseorang peserta berhak meneruskan
lompatannya ( walaupun semua peserta yang lain
gagal ) sehingga dia tidak dapat meneruskannya
lagi mengikut peraturan.
46
6. Ketinggian lompatan diukur secara menegak dari
paras tanah hingga ke bahagian tengah di sebelah atas
palang. Lihat rajah berikut:
47
RUMUSAN
Kepentingan latihan dalam sukan termasuklah
olahraga padang seperti lompat tinggi merupakan
suatu yang seharusnya diberikan perhatian oleh para
jurulatih, guru pengawas dan atlet itu sendiri. Ini
kerana tanpa latihan yang sistematik, pencapainnya
tidak mungkin pada tahap yang maksimum terlaksana.
sebenar
48
Latihan kemahiran serta fizikal diperlukan oleh setiap
atlet. Bentuk dan jenis latihan adalah berbeza-beza
mengikut jenis acara serta tahap dan umur atlet.
Dalam melakukan mana-mana aktiviti pergerakan
sukan, pemanasan badan mestilah dilakukan terlebih
dahulu sebagai langkah pencegahan terutamanya dari
segi kekejangan, otot terkoyak atau luka yang mungkin
berlaku apabila atlet memasuki latihan atau pertandingan
sebenar.
49
SEKIAN
TERIMA
KASIH
SYHIBIN BIN JAPAR
50 JABATAN PJK