Anda di halaman 1dari 3

Tugas dan tanggungjawab Setiausaha Kokurikulum

 Memastikan keseimbangan agihan ahli pelajar dalam setiap persatuan,


kelab, unit dan pasukan.
 Menyediakan jadual mesyuarat agung dan perjumpaan bagi semua unit
kokurikulum.
 Menentukan tempat – tempat perjumpaaan.
 Mengadakan taklimat tentang tatacara pengurusan kokurikulum bagi
setiap penasihat.
 Menyediakan buku penyeliaan dan buku laporan bagi semua penasihat
kokurikulum.
 Memastikan kelicinan perjalanan setiap unit kekurikulum dan memeriksa
buku laporan yang disediakan
 Membuat laporan aktiviti – aktiviti kokurikulum yang dijalankan, termasuk
masalah – masalah yang timbul, kepada PK KOKO dan PK HEM.
 Menilai aktiviti – aktiviti kokurikulum dan mengambil tindakan susulan
demi meningkatkan taraf dan kualiti pengurusan.
Untuk Penasihat Kelab/ Persatuan/ Sukan dan Permainan

Tanggungjawab Undang –Undang

Penasihat aktiviti kokurikulum dikehendaki bertanggungjawab dikehendaki


bertanggungjawab segala keselamatan murid semasa menjalankan aktiviti
kokurikulum. Jika berlaku kemalangan atau kecederaan kerana kecuaian,
penasihat boleh didakwa di bawah Akta Undang – Undang Sivil, Justeru itu,
penasihat hendaklah memastikan perkara – perkara berikut dipatuhi demi
mengelakkan sebarang kecuaian yang boleh menimbulkan masalah yang tidak
di ingini.
 Melaksanakan aktiviti kokurikulum mengikut rancangan serta mematuhi
peraturannya.
 Memastikan aktiviti kokurikulum tidak akan membawa kecederaan pelajar
yang terlibat.
 Memastikan alatan, kemudahan dan tempat yang digunakan untuk
menjalankan aktiviti kokurikulum adalah sesuai dan selamat.
 Memberi arahan dengan jelas dan mengawas semua peserta supaya
mereka mematuhi arahan itu. Elakkan menimbulkan sebarang tindakkan
kekasaran, khasnya kekasaran yang di suruh lakukan mungkin membawa
kecederaan.
 Mendapat kebenaran ibu bapa sekiranya aktiviti kokurikulum dijalankan
diluar sekolah.
 Elakkan mengarah pelajar melakukan aktiviti yang bertentangan dengan
agama atau budayannya.
 Tidak menyuruh pelajar melakukan sebarang aktiviti luar daripada
kemampuan atau boleh menjejaskan kesihatan mereka.
 Pastikan aktiviti kokurikulum yang dijalankan tidak akan menimbulkan
gangguan awam.
 Bantuan kecemasan harus disediakan pada bila – bila masa yang
diperlukan.

Anda mungkin juga menyukai