Anda di halaman 1dari 14

1.

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT 

Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri
seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh
ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. Sudah
pasti dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu
dicapai segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini.

                 Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu bentuk pemakanan yang seimbang dalam
kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, orang ramai lebih suka mengambil makanan yang bersifat mudah
seperti mengamalkan pengambilan makanan ringan ataupun makanan segera. Tidak kurang juga masyarakan kita hari ini
yang lupa kesan pengambilan makanan berlemak ataupun makanan yang mempunyai kandungan garam, gula atau
sodium glutamit yang tinggi. Hal ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi
ataupun kencing manis yang juga menjadi punca kematian tertinggi di negara kita. Orang ramai juga mesti menjauhi
amalan buruk seperti merokok atau meminum arak kerana kesannya amat membahayakan. Jelaslah, diet yang seimbang
membolehkan kita semua mencapai kehidupan yang ceria kerana semua nutrien yang diperlukan oleh badan diperoleh
menerusi pemakanan yang seimbang.

                 Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani oleh seseorang itu
lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti seperti bersukan, berekreasi, berjalan atau berlari
bersendirian atau bersama-sama keluarga ketika hujung minggu. Aktiviti senaman seperti ini diakui oleh pakar perubatan
mampu menjadikan sistem peredaran darah manusia lebih baik serta menjadikan sistem imunisasi mereka tinggi. Mereka
yang gemar bersukan biasanya memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas berbanding dengan orang yang jarang
bersukan. Jelasnya, semakin kerap senaman dilakukan maka semakin tinggilah tahap kesihatan seseorang itu kerana
minda yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas.

             Orang ramai juga perlu mengutamakan kebersihan diri pada setiap masa bagi memastikan mereka terhindar
daripada sebarang penyakit. Keperluan asas seperti menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat
yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup seharian. Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit, mereka juga
perlulah mengamalkan budaya mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih
sebelum makan, menutup makanan dengan baik agar tidak diharung lalat mahupun memilih gerai atau tempat makan
yang bersih semasa menjamu selera. Sikap sambil lewa masyarakat dalam aspek berkenaan mungkin boleh membawa
padah. Justeru, amalan sebegini harus diutamakan agar dapat membentuk gaya hidup yang sihat dalam kalangan
masyarakat.

                Pada masa yang sama selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan, masyarakat juga perlu menjaga
kebersihan persekitaran mereka. Persekitaran yang bersih perlu dijadikan amalan dan gaya hidup agar kita terhindar
daripada sebarang penyakit. Umpamanya, orang ramai digalakkan mengadakan gotong-royong untuk membersihkan
kawasan taman perumahan dengan membersihkan sampah-sarap atau memastikan kawasan persekitaran mereka
sentiasa bersih. Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa penyakit seperti nyamuk, lipas,
lalat dan sebagainya. Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah seperti pelapik pasu bunga
ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan ataupun ditukar. Dengan cara demikian, orang ramai akan dapat
menjauhkan diri mereka daripada pelbagai penyakit serta membentuk kehidupan yang sihat.

                Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka yang lebih terbuka
dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain didapati lebih bermakna kehidupannya berbanding dengan
individu yang suka bersendirian atau menyimpan masalah mereka. Sikap berkawan dan menghabiskan masa bersama-
sama mereka menjadikan keperluan psikologi manusia dipenuhi dengan efektif. Masyarakat digalakkan menjalin hubungan
komunikasi yang mesra bersama-sama rakan atau jiran tetangga. Hubungan baik yang berkekalan biasanya dapat
melahirkan satu bentuk kehidupan yang ceria dan menggembirakan. Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial manusia
perlu dipenuhi bagi memperoleh gaya hidup yang sihat ini.

                 Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh seseorang itu bagi menangani
tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu mampu menyelesaikan
pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh
cabaran terutama tekanan di pejabat memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita. Kepada mereka
yang menghadapi tekanan hidup, mereka mungkin boleh mendapatkan bantuan daripada pakar motivasi ataupun rakan-
taulan di sekeliling mereka. Hal ini perlu kerana tekanan yang dialami boleh menjuruskan seseorang pada perlakuan
negatif seperti mendera, menagih dadah atau melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan. Jadi, semakin positif minda
seseorang itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapainya kelak.

                Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua amalan yang dipaparkan tadi.
Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri
manusia sihat. Cuma sikap masyarakat yang masih memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah yang
menyebabkan pelbagai masalah kesihatan timbul kelak. Kita semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik
daripada mengubatinya.
 

2. Masalah Sosial Dalam Kalangan Pelajar

         Setelah umat mengorak langkah memasuki alaf baru yang penuh dengan pancaroba hidup, ibu pertiwi kita kini
mengalami revolusi gelombang ketiga iatu gelombang teknologi maklumat. Kerajaan telah merangka dan merencana
pelbagai formula dan strategi yang pragmatik lagi komprehensif dalam usaha untuk membolehkan negara Malaysia “
Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi” dengan negara-negara gergasi lain dalam era siber ini. Negara kita gagah dan
bangga dengan kejayaan yang kita tempa dalam bidang teknologi maklumat. Namun di sebalik tabirnya, kejayaan dalam
bidang teknologi maklumat ini turut meninggalkan pelbagai impak negatif yang menyebabkan masalah sosial dalam
kalangan pelajar meningkat saban hari. Persoalannya, apakah langkah-langkah proaktif yang dapat dilakukan untuk
menangani kemelut ini daripada bertambah parah?

         Bertitik tolak daripada manifestasi itu, ibu bapa sebagai saudara yang terdekat kepada anak-anak sememangnya
memainkan peranan yang signifikan sebagai nakhoda kapal dalam membentuk peribadi anak-anak mereka. Dalam
mengharungi arus pemodenan yang kian deras ini, ibu bapa era ini hendaklah menunjukkan model dan postur yang baik
kepada anak-anak mereka supaya tidak digelar bagai “ Ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul”. Ibu bapa
sendiri seharusnya menunjukkan teladan yang baik dan tidak melakukan perkara yang negatif di hadapan anak-anak
mereka kerana “ Bagaimana acuan, begitulah kuihnya.” Anak-anak kecil ini juga diibaratkan sebagai kain putih yang tidak
mengenal apa-apa dan terpulanglah kepada ibu bapa untuk mencorakkan mereka. Oleh itu, ibu bapa hendaklah
memberikan    ajaran dan didikan agama yang mantap kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi bak kata pepatah
Melayu, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Bagi membendung masalah ini, jalinan kemesraan antara suami isteri
juga mesti kukuh, agar segenap perhatian dan kasih sayang dapat diberikan kepada anak-anak yang menempuh alam
remaja. Dalam konteks yang sama, ibu bapa sewajarnya menyediakan tempat tinggal yang selesa kepada anak-anak
mereka. Biarlah berkereta sederhana, tetapi tempat tinggal seharusnya diberi keutamaan, agar anak-anak dapat
membesar dalam suasana yang selesa dan harmoni. Ibu bapa juga hendaklah sering meninjau dan memantau kelakuan
dan kegiatan yang dilakukan oleh anak-anak mereka ketika berada di luar rumah. Memang menjadi lumrah bahawa ibu
bapa bertanggungjawab untuk memasang telinga dan tajam hati untuk mengawasi gerak-geri si anak. Permehatian ini
bukanlah sekadar bermusim, sebaik-baiknya berterusan. Sehubungan dengan itu, ibu bapa juga mestilah menyemaikan
benih-benih nilai murni ke dalam sanubari anak-anak supaya mereka dapat bertindak dengan    rasional dengan
berpandukan norma-norma masyarakat. Secara tuntasnya, ibu bapa sememangnya memainkan peranan yang dominan
dalam mengatasi fenomena yang kian meruncing ini.

         Sementelahan itu, sekolah sebagai rumah kedua kepada para pelajar hendaklah memainkan peranan sebagai
mata dan telinga dalam membendung masalah ini. Pihak sekolah perlu menyelami dan memahami apa masalah yang
dihadapi oleh para pelajar pada masa kini. Menurut kata Dr.Sun Yat San, “ Antara pekerjaan yang paling susah ialah
memahami dan mengerti. Apabila telah faham dan mengerti, segala pekerjaan mudah sahaja untuk dilaksanakan”. Jadi
tidak hairanlah dengan memahami masalah yang menempa para pelajar, guru-guru dapat menerangkan kepada para
pelajar faktor-faktor berlakunya masalah tersebut dan seterusnya langkah-langkah untuk mengatasinya. Penerangan
walaupun tidak mendalam tetapi akan memberi kesan yang mendalam kepada para pendengar. Guru-guru mata
pelajaran Pendidikan Moral, Agama Islam, dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan pula hendaklah memberikan
didikan moral serta agama kepada para pelajar. Nescaya seseorang yang mempunyai pegangan agama yang kukuh tidak
akan goyah untuk melakukan perbuatan yang negatif meskipun diajak dan dipujuk oleh rakan-rakan sebaya mereka.
Pihak sekolah juga haruslah mengadakan ceramah untuk mendedahkan kepada para pelajar tentang implikasi-implikasi
buruk apabila terlibat dalam gejala negatif. Pendedahan ini diyakini dapat menyedarkan para pelajar supaya menjauhkan
diri daripada anasir-anasir yang negatif. Unit bimbingan dan kaunseling sekolah pula perlu kerap mengadakan sesi
kaunseling dengan para pelajar yang mempunyai masalah disiplin untuk membentuk jati diri yang ampuh dalam jiwa
mereka. Jika usaha ini tidak berjaya,    pihak sekolah perlulah memanggil kedua-dua ibu bapa pelajar terbabit untuk
mengatasi masalah ini agar tidak terus menjadi duri dalam daging. Pendek kata, pihak sekolah hendaklah
menyumbangkan tenaga dalam usaha untuk mengatasi permasalahan global ini.

         Seterusnya, usaha untuk menangani masalah disiplin dalam kalangan pelajar haruslah bermula daripada individu
berkenaan. Para pelajar haruslah mempunyai kesedaran diri supaya dapat mengikiskan sikap-sikap negatif yang terdapat
dalam diri mereka. Pelajar sendiri juga hendaklah menginsafi kesilapan diri dan beriltizam untuk menjadi insan yang salih
dan kamil agar dapat menjadi    mentor kepada masyarakat yang lain. Seiringan itu, para pelajar boleh membuat refleksi
diri untuk mengetahui kelemahan diri dan berusaha untuk membaikinya. Seseorang pelajar itu juga haruslah berhati-hati
dalam pergaulan seharian. Hamka, seorang ahli falsafah pernah berkata, “Pergaulan mempengaruhi didikan otak,
pergaulan membentuk kepercayaan dan keyakinan. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang yang
berbudi, orang yang kita dapat manfaat daripadanya”. Berdasarkan kata hikmat ini, jelaslah bahawa pergaulan penting
untuk mempengaruhi akhlak dan peribadi seseorang individu. Sekiranya seseorang pelajar itu tersalah memilih rakan yang
rosak akhlak, maka buruklah impaknya. Akibatnya, pelajar itu akan terpengaruh dengan perbuatan rakannya yang tidak
baik. Justeru, para pelajar haruslah bijak memilih rakan dan menjauhi kumpulan yang berakhlak buruk, yang dapat
mempengaruhi mereka dengan gejala negaitif. Para pelajar juga perlulah mngisikan masa senggang mereka dengan
perkara yang berfaedah. Menurut pepatah Arab, “Masa itu umpama pedang, jika kamu tidak memancungnya, pasti masa
akan memancung kamu”. Daripada kata-kata tersebut, jelaslah kepada kita bahawa masa amat berharga dan haruslah
kita menggunakan masa yang terluang dengan berfaedah. Hal ini secara tidak langsung dapat menghindari pelajar
daripada terjerat dengan kegiatan yang negatif. Tegasnya, kesedaran diri dalam pelajar adalah amat penting, sebagai
langkah alternatif untuk membendung gejala sosial daripada menular.

         Jika kita menyelak akhbar tahun 1980-an dan sebelum itu, kita tidak akan menemui berita tentang salah laku
pelajar yang sanggup merompak, menagih dadah, meragut, berlumba haram, merogol, malah jauh sekali berbunuhan.
Walau bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini, kejadian seperti ini sudah menjadi perkara yang semakin hangat
diperdebatkan di seantero ibu pertiwi kita malah telah menjadi tajuk perbualan yang kian hebat dibincangkan, bermulalah
dari meja besar syarikat sehinggalah ke meja kedai kopi. Ironinya, di manakah pelajar ini memperoleh idea untuk
bertindak? Salah satu sebab yang tidak dapat dinafikan ialah faktor media. Media massa sepatutnya menyiarkan
rancangan yang bertemakan kebudayaan dan bukannya rancangan dari barat yang berunsurkan keganasan dan negatif.
Dalam hal ini, Lembaga Penapis Filem perlu lebih peka untuk mengelakkan babak yang berunsur negatif disiarkan ke
udara. Lantaran itu, media massa elektronik haruslah sentiasa menyiarkan iklan tentang kesan-kesan buruk gejala sosial
di televisyan, melalui radio ataupun internet. Media massa bercetak juga boleh memaparkan kemudaratan yang dibawa
apabila pelajar terlibat dalam gejala sosial di halaman surat khabar, majalah dan ensiklopedia. Natijahnya, media massa
haruslah memainkan peranan sebagai penggerak utama untuk memastikan pelajar berada di landasan yang betul.

         Di samping itu, kerajaan juga memainkan watak yang penting dalam menangani fenomena ini. Kerajaan
seharusnya bertindak tegas, bukan hangat-hangat tahi ayam dalam usaha untuk menutup pusat-pusat perjudian dan
pub-pub haram yang menyumbang gejala sosial kepada pelajar. Pusat-pusat hiburan lain yang masih “halal” perlulah
dibatal lesen perniagaan jika mereka membenarkan pengunjung di bawah umur memasuki premis perniagaan mereka.
Jika alam di sekolah indah, disambut dengan alam yang menyenangkan di luar, sekurang-kurangnya masalah sosial tidak
seruncing sekarang. Selain itu, kerajaan hendaklah menguatkuasakan undang-undang dan mengenakan hukuman yang
setimpal ke atas individu yang didapati terlibat dalam gejala sosial yang melanggari Akta Undang-Undang Negara. Pihak
polis pula haruslah meningkatkan rondaan dan pemantauan di sekitar bandar dan taman perumahan yang sering dilanda
kes gejala sosial. Semuanya bertujuan untuk menggerunkan masyarakat yang melibatkan diri dalam gejala sosial, sama
ada pelajar mahupun belia yang melebihi umur 18 tahun. Kerajaan juga hendaklah melancarkan kempen-kempen
kesedaran dan ceramah bergerak sehingga ke seluruh pelosok negara. Kempen-kempen dan ceramah ini haruslah
dipertingkat dan diperluas ke kawasan-kawasan pedalaman.    Usaha-usaha ini bertujuan untuk membuka mata para
pelajar tentang impak-impak negatif apabila melibatkan diri dalam gejala sosial. Jabatan Rukun Tetangga juga perlu
diwujudkan di setiap taman perumahan supaya kes-kes sosial dapat dikawal dan keamanan penduduk dapat dijaga. Hal
ini secara langsung dapat membanteras gejala-gejala sosial yang berlaku di sekitar taman perumahan. Walau
bagaimanapun, masyarakat setempat hendaklah berganding bahu dengan pihak kerajaan seperti kata pepatah, “Bagai aur
dengan tebing” untuk menangani masalah ini sepenuhnya. Masyarakat perlulah mengamalkan sikap “Menjaga tepi kain
orang” dengan melaporkan gejala-gejala sosial yang berlaku kepada pihak berkuasa supaya tindakan yang lebih lanjut
dapat diambil. Kerjasama antara masyarakat dan kerajaan diyakini dapat membuahkan hasil yang lebih bermakna dan
bererti.

         Kesimpulannya, masalah sosial dalam kalangan pelajar perlu dipandang serius oleh ibu bapa, masyarakat dan
pucuk pimpinan. Dalam usaha untuk menrealisasikan konsep Wawasan 2020, kita tidak mahu generasi pelapis ini, yang
bakal mewarisi kepimpinan nagara dipenuhi oleh mereka yang tidak berdisiplin. Oleh itu, semua pihak haruslah
menggembleng tenaga untuk menangani kemelut ini sebelum bertambah parah, demi melahirkan pelajar yang berakhlak
dan bersahsiah baik. Hal ini adalah kerana, pelajar-pelajar inilah yang bakal menjadi peneraju negara pada masa
hadapan bak kata pujangga, “Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara”.

3. Merealisasikan impian ibu bapa

Kebahagiaan dan kejayaan adalah satu perkara yang amat berharga dan tidak boleh dibeli dan dimiliki dengan wang
ringgit.Malah,kebahagiaan dan kejayaan juga merupakan penawar yang amat mujarab.Semestinya setiap individu
mempunyai keinginan dan impian untuk mencapai kebahagiaan dan kejayaan terutamanya sepasang insan yang bergelar
ibu dan bapa.Sudah menjadi lumrah hidup bahawa setiap ibu bapa mempunyai harapan yang menggunung terhadap
anak-anak.Namun,pujangga ada mengatakan yang "kejayaan tidak datang bergolek".Oleh itu,anak-anak perlu berusaha
sebaik mungkin dan berdiri teguh dengan menggalas tanggungjawab atau misi untuk merealisasikan impian ibu
bapa.Tetapi,bagaimanakah cara untuk merealisasikannya?Sesungguhnya,"di mana ada kemahuan di situ ada
jalan".Terdapat pelbagai uslub dan minhaj yang boleh dilakukan oleh anak-anak untuk mengorak langkah menuju ke arah
kejayaan tersebut.

Antara perkara yang boleh dilakukan ialah menghormati dan mentaati kedua ibu dan bapa kita.Sejak kecil lagi,ibu dan
bapa kita telah menjaga dan membesarkan kita persis "menatang minyak yang penuh".Mereka telah mencurahkan kasih
sayang yang secukupnya dan bersabar dengan kerenah kita.Oleh itu,kita perlulah menghormati dan mengenang jasa
mereka.Sebagai seorang anak yang mithali,kita seharusnya mendoakan kesihatan dan keselamatan kedua ibu bapa
kita.Kita tidak boleh menderhaka kepada mereka seperti bercakap dengan nada yang lantang dan menggunakan bahasa
yang kesat.Dalam Al-Quran ada menyatakan bahawa"keredhaan Allah terletak kepada keredhaan kedua ibu
bapa".Potongan ayat ini jelas menekankan bahawa keredhaan kedua ibu bapa itu amat penting daripada segala-
galanya.Malah,keredhaan juga boleh diumpamakan sebagai kunci ke arah kebahagiaan dan kejayaan hidup.Sekiranya
kita hidup dengan penuh keredhaan,nescaya kita semakin hampir untuk merealisasikan harapan kedua-dua permata hati
kita.

Seterusnya,kita perlu menanam azam untuk belajar bersungguh-sungguh.Kita perlu mempunyai semangat jati diri dan
tidak mudah berputus asa.Sekiranya kita gagal sekali,tidak bermakna kita gagal untuk selama-lamanya
kerana    kegagalan itu bukan titik noktah,sebaliknya satu permulaan yang baharu untuk mengecapi kehidupan yang lebih
kondusif.Kita seharusnya berdiri semula dan belajar daripada kesilapan supaya tidak mengulanginya pada masa kelak
seperti

pepatah melayu,"sekali kena,dua kali pasti beringat".Selain itu,golongan cendekiawan juga ada mengatakan,"mana ada
perjuangan yang patah".Kita perlu berpegang teguh dengan pendirian diri dan teruskan perjuangan.Sekiranya perjuangan
dan pengorbanan ibu bapa dalam membesarkan kita dapat dikira,sudah pasti kita tidak termampu untuk membalasnya
semula.Namun,apa yang kita boleh lakukan ialah memberi mereka sebuah kejayaan yang mampu membanggakan
mereka.Hal ini kerana sebuah kejayaan mampu menunjukkan bahawa segala pengorbanan dan kepayahan yang
ditanggung oleh ibu bapa selama ini mendatangkan ganjaran yang amat berharga.

Selain itu,kita haruslah mendisiplinkan diri demi kedua ibu bapa kita.Kita mestilah memperkasa diri dari segi jasmani
mahupun rohani.Kita perlu mempraktikkan diri dengan sentiasa menepati janji dan tidak menangguh-nangguhkan
pekerjaan.Tambahan pula,kita juga perlu memantapkan diri dengan aktiviti-aktiviti kerohanian seperti tadarus Al-Quran
dan meninggalkan perkara-perkara yang lagha dan keji seperti seks bebas,mencuri dan menghisap dadah.Marcapada
ini,kejadian seperti pergaulan bebas,kelahiran anak luar nikah dan sebagainya yang berlaku dalam kalangan anak-anak
sudah acap kali berkumandang di telinga seolah-olah sudah menjadi satu budaya.Adakah kita mahu ibu bapa kita
kecewa?.Betapa hancurnya hati mereka jika mendapat tahu anak-anak mereka terlibat dalam gejala yang tidak
bermaruah ini?."Tepuklah dada,tanyalah selera".Tetapi,jika kita mempunyai kesedaran dan mampu berfikir secara
rasional,sudah pasti gejala kebejatan sosial ini dapat dihindari.Fenomena kebejatan sosial ini merupakan faktor dominan
yang mengekang kejayaan dan kebahagiaan yang ingin dikecapi.Jadi,kita perlulah menghindarinya.

Tambahan pula,kita mestilah membina karier dan kerjaya sendiri.Sesungguhnya,setiap ibu bapa mengharapkan anak-
anak mereka mempunyai pekerjayaan yang baik dan prasana yang sempurna.Oleh itu,kita perlu membina karier yang
mantap dan mampu meringankan beban ibu bapa.Raut wajah keriangan di wajah ibu bapa izhar kelihatan apabila melihat
anak-anak mereka berjaya dengah gahnya dalam kerjaya.Sekiranya kita minat untuk berkarya,kita perlulah mencari
inisiatif bagi mengembangkan lagi bakat yang sedia ada seterusnya berusaha dengan gigih bagi mencapai visi dan misi
yang ditetapkan,Namun,kita janganlah bersikap"kacang lupakan kulit" apabila sudah masyhur kelak.Dengan ini,kita bukan
sahaja dapat mencapai kejayaan,tetapi dapat juga mencoret kebahagian dalam hidup ibu bapa lantas menjana sebuah
institusi kekeluargaan yang fatamorgana.

Hubungan silaturahim yang erat dan akrab perlu diwujudkan supaya suasana harmoni dan perasaan kasih sayang antara
ibu bapa dan anak-anak dapat dijalinkan.Walaupun kita terlalu sibuk dalam kerjaya,kita tetap perlu mencari
kesenggangan waktu untuk bersama-same ibu bapa untuk melakukan aktiviti kekeluargaan.Kita boleh membawa ibu bapa
melancong ke tempat-tempat yang menarik seperti Australia,Paris dan sebagainya.Tujuannya ialah untuk mengeratkan
lagi hubungan antara ibu bapa dan anak-anak.Hal ini kerana ibu bapa sentiasa berharap dan menginginkan anak-anak
mengasihi dan meluangkan masa bersama-sama.Jadi,kita dapat menyayangi mereka seperti mereka menyayangi kita.

Imtiha,ibu bapa mempunyai impian dan harapan yang menggunung terhadap anak.Sebagai anak,kita seharusnya mencari
ikhtiar untuk merealisasikan impian mereka inio.Oleh itu,kita perlulah menunaikan janji dan tanggungjawab yang digalas
dengan bersungguh-sungguh dan bukan hanya "menanam tebu dibibir"    

4. Kesan negatif kemasukan pendatang asing ke Malaysia

Ekonomi Malaysia kebelakangan ini berkembang dengan pesat. Projek pembangunan raksasa berjalan dengan lancar.
Sebagai hasilnya, wujudlah peluang pekerjaan yang meluas dan timbul masalah kekurangan tenaga kerja. Jadi, Malaysia
kini menjadi tumpuan pendatang asing yang ingin mencari rezeki lumayan. Namun kemasukan pendatang asing tanpa izin
yang banyak telah menimbulkan pelbagai masalah.

Masalah utama ialah kesulitan yang dihadapi oleh kerajaan untuk membanteras kemasukan pendatang asing tanpa izin
ini. Pihak polis, tentera, dan Jabatan Imigresen terpaksa bekerja keras untuk memberkas mereka. Mereka ditahan dan
ditempatkan di kern tahanan sementara. Kedutaan asing pula kurang bekerjasama. Kedutaan asing enggan mengeluarkan
dokumen perjalanan sementara kepada rakyatnya supaya mereka dapat dihantar balik. Kedutaan asing juga enggan
membiayai kos penghantaran pulang. Hal ini menyebabkan banyak tenaga, wang, dan masa kerajaan terbazir dalam
usaha mencegah kemasukan pendatang tanpa izin.

Keselamatan sosial kita juga terancam. Ada antara pendatang asing tanpa izin ini merupakan penjenayah yang
dikehendaki oleh pihak berkuasa di negara asal mereka. Mereka melarikan diri ke Malaysia supaya terlepas daripada
serbuan pihak berkuasa negara asal mereka. Malangnya, mereka terns melakukan jenayah di Bini. Kes-kes rompakan,
pembunuhan, dan rogol sering berlaku. Mangsa akan menanggung trauma sepanjang masa. Malahan sesetengah taman
perumahan dimasuki pencuri setiap mal am buat satu tempoh yang panjang. Hal ini menyebabkan penduduk tempatan
hidup dalam ketakutan. Kes-kes penjenayah warga Indonesia ditembak mati dalam serbuan polis bukanlah kes yang luar
biasa lagi. Malah tentera kita terpaksa dikerah ke Semporna, Sabah, untuk menghadapi lanun Filipina yang
menggunakan senjata canggih untuk melakukan rompakan pada siang hari.

Penyakit-penyakit berbahaya juga akan merebak dengan meluas. Buruh asing yang sah akan dikenakan pemeriksaan
kesihatan. Sebaliknya, pendatang asing tanpa izin tidak berbuat demikian. Banyak antara mereka berasal dari kawasan
mundur di negara asal mereka. Kesihatan mereka kurang terjamin. Ada antara mereka menghidap AIDS, tibi, penyakit
kelamin, dan sebagainya. Akibatnya, rakyat kita menjadi mangsa. Statistik telah menunjukkan bilangan rakyat yang
menghidap penyakit tibi meningkat semula. Banyak pendatang asing tanpa izin juga disahkan sebagai pembawa kuman
HIV dan hepatitis. Hubungan mereka secara seksual dengan pelacur tempatan akan mempercepat jangkitan AIDS.

Kedatangan pendatang asing, khususnya yang tanpa izin, juga mendatangkan masalah perumahan. Mereka akan
mendirikan kawasan perumahan secara haram. Sesetengah kumpulan pendatang asing ini pula membuka kawasan hutan
sebagai kawasan perumahan mereka. Kawasan setinggan ini tidak teratur dan kekurangan kemudahan asas, seperti
sistem pembuangan sampah dan air kumbahan. Oleh itu, pencemaran alam sekitar akan berlaku. Selain itu,
pembangunan negara pada mas a akan datang juga terbantut kerana kemunculan setinggan ini. Imej negara kita juga
terjejas kerana ini menggambarkan kelemahan pentadbiran kerajaan serta pengagihan ekonomi yang tidak seimbang.
Terdapat juga kawasan perkampungan haram yang mewah, lengkap dengan bekalan elektrik, dan air.

Hak rakyat kita juga sedikit sebanyak terjejas. Pihak majikan lebih suka mengupah pendatang asing tanpa izin dalam
sektor perladangan, pembinaan, dan pembantu rumah kerana gaji mereka jauh lebih murah. Hal ini pasti menjejaskan
peluang pekerjaan rakyat kita sungguhpun bukan semua rakyat kita berminat dalam bidang pekerjaan ini. Selain itu,
banyak antara mereka melibatkan diri dalam perniagaan, misalnya membuka gerai makanan, menjual barang kemas,
lampu hiasan, batik dan sebagainya. Malah ada antara mereka yang menjadi kaya-raya, berumah besar tanpa membayar
cukai pendapatan. Pada ketika nilai wang kita jatuh dengan teruknya, peluang pekerjaan rakyat semakin sempit. Hal ini
memang tidak adil kepada rakyat kita.

Kita memerlukan tenaga asing dalam pembangunan negara. Namun kehadiran mereka, terutamanya golongan tanpa izin,
juga menimbulkan masalah. Kerajaan perlu menangani masalah ini dengan serius supaya rakyat kita tidak menjadi
minoriti di tanah airnya sendiri.
 

5. Kepentingan membaca

'Membaca jambatan ilmu',itulah ayat yang sering kita dengar sama ada di kaca televisyen mahupun di corong-corong
radio.Amalan membaca merupakan amalan yang sangat mulia. Bahkan,Islam sendiri menggalakkan umatnya
membaca.Hal ini dapat dibuktikan melalui penurunan surah Al-Alaq yang menyeru manusia supaya membaca.Kita
digalakkan membaca kerana membaca mempunyai banyak kelebihan dan faedah yang berguna kepada kita.

Antara kelebihan membaca ialah kita dapat mengetahui sesuatu ilmu pengetahuan dengan lebih mendalam.Sebagai
contoh,apabila kita tidak mengetahui tentang sesuatu perkara,kita disarankan membaca kerana membaca dapat
meluaskan pengetahuan kita.Daripada sifar maklumat,kita dapat menjadi seorang yang hebat dalam maklumat
tersebut.Secara tidak langsung, kita dapat meningkatkan ilmu pengetahuan di samping mengembangkan minda supaya
lebih bermaklumat.

Melalui pembacaan juga,kita dapat meningkatkan perbendaharaan kata .Penguasaan kosa kata yang tinggi memberikan
bonus kepada setiap individu yang membaca.Hal ini kerana penguasaan kota kata dapat memudahkan individu tersebut
mengeluarkan hujah yang bernas ketika berbahas,berpidato mahupun menyampaikan syarahan.Selain dapat mematahkan
hujah pihak lawan dengan efisien, peghujah juga dapat menarik minat para pendengar untuk terus setia mendengar
hujahnya.Hal ini adalah suatu hal yang amat baik kepada penghujah tersebut.

Seterusnya,amalan membaca juga dapat mematangkan fikiran kita kerana dengan membaca, kita akan dapat mengetahui
segala maklumat daripada seluruh pelosok dunia daripada sebesar zarah sehinggalah kepada maklumat yang paling
besar.Malah,Isu semasa juga dapat dikuasai dalam waktu yang singkat sahaja hanya melalui pembacaan.Hal ini dapat
mengelakkan diri kita daripada digelar bagai katak di bawah    tempurung.

Pembacaan juga dapat mendedahkan kita kepada pelbagai bentuk teknologi moden dan ciptaan daripada dunia
luar.Sebagai tamsilan,kita boleh membaca mengenai kehebatan negara Jepun mencipta teknologi dengan tenaga dan
keupayaan mereka sendiri.Apabila kita melihat dan mengkaji tentang teknologi daripada negara matahari terbit itu, sudah
tentu kita akan dapat mencipta teknologi yang lebih hebat daripada teknologi mereka.Dengan berpandukan maklumat
yang sedia ada, kita sudah pasti dapat mencipta sesuatu teknologi yang lebih terbaru dan tidak pernah dicipta oleh
sesiapapun.Hal ini dapat melahirkan modal insan yang kreatif,inovatif dan berintegriti.

    Wawasan 2020 yang bakal menjelang juga turut menekankan kepentingan ilmu.Bahkan,wawasan cetusan mantan
perdana menteri yang keempat itu juga bermatlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai negara perindustrian.Tanpa
ilmu,mustahil untuk negara kita mencapai wawasan tersebut.Namun,bagaimanakah kita hendak dapatkan ilmu?Sudah
tentu dengan membaca.Hanya membaca sahaja dapat membongkar segala rahsia alam dan isi kandungannya.Seperti
kata pepatah,membaca adalah nadi ilmu.

Tuntasnya, amalan membaca dapat menyumbangkan pelbagai ilmu yang bervariasi kepada para pembaca merangkumi
semua aspek ilmu.Dengan membaca,segala persoalan dalam dijawab.Membacalah kunci kepada segala ilmu.Oleh
itu,generasi muda pada hari ini hendaklah mempraktikkan amalan membaca dalam kehidupan mereka agar generasi
berilmu dan berminda kelas pertama dapat dijana sesuai dengan pepatah yang mengatakan, remajalah pencorak
kegemilangan sesebuah tamadun, dan kegemilangan sesebuah tamadun itu bermula daripada pembacaan.

6. Usaha-usaha memupuk semangat kejiranan

         Dasawarsa ini, semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat Malaysia berada pada paras yang rendah lebih-
lebih lagi mereka yang tinggal di bandar. Antara faktornya ialah mereka terlalu sibuk menguruskan urusan seharian dan
lebih suka mengambil sikap tidak menjaga tepi kain orang kain. Justeru, kita perlu membuka mata dan telinga dalam
usaha untuk memupuk semangat kejiranan.

         Dalam menyemarakkan semangat kejiranan, aktiviti gotong-royong merupakan aktiviti yang sangat membantu. Hal
ini kerana melalui aktiviti gotong-royong hubungan silaturrahim dapat dieratkan kerana pada masa inilah jiran-jiran akan
berkumpul tanpa mengira kaum dan agama. Tambahan pula, sikap berat sama dipikul ringan sama dijinjing akan ditanam
dalam diri masing-masing secara tidak langsung.

         Selain itu, amalam rumah terbuka juga dapat dijadikan sebagai salah satu usaha dalam memupuk semangat
kejiranan. Walaupun pada masa kini perkhidmatan katering bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan namun dengan
adanya semangat kejiranan, kita boleh mengadakan rumah terbuka dengan bantuan jiran seperti memasak beramai-
ramai, mengemas rumah dan sebagainya. Hal ini juga membawa kepada perpaduan antara rakyat seiring dengan
gagasan yang diperkenalkan sendiri oleh perdana menteri, Datuk Seri Najib iaitu gagasan satu Malaysia.

         Acara sukan yang dianjurkan sendiri oleh sesuatu kawasan kejiranan juga boleh memupuk semangat kejiranan.
Acara ini akan melibatkan penyertaan oleh semua jiran dengan mengadakan berbagai-bagai jenis sukan dan permainan
seperti berlari di dalam guni, mencari gula-gula dalam tepung dan sebagainya. Hal ini secara tidak langsung menjadikan
mereka seperti aur dengan tebing yang sentiasa bersama-sama sama ada susah ataupun senang.

         Komunikasi dan sikap mengambil berat terhadap jiran juga penting. Melalui komunikasi kita akan mengenali jiran
dengan lebih rapat. Hal ini kerana jika kita mengalami sebarang kesusahan atau musibah pasti kita akan meminta tolong
daripada orang yang terdekat dan pastinya orang yang paling dekat dengan kita ialah jiran. Kadang kala kita juga harus
mengamalkan sikap menjaga tepi kain orang kerana segala masalah dapat diatasi dengan segera. Namun sikap ini
janganlah diaamalkan dengan berlebihan kerana boleh mengundang pergaduhan dan permusuhan.

         Tuntasnya, semua pihak perlu bekerjasama dan bersatu padu dalam memupuk semangat kejiranan. Semangat
kejiranan yang jitu membawa kepada kesejahteraan dan keharmonian seterusnya negara menjadi aman damai tanpa ada
persengketaan lebih-lebih kita hidup dengan pelbagai kaum di bawah satu bumbung. Urusan seharian juga dapat
dijalankan tanpa ada tekanan. Semangat kejiranan sangat penting kerana bulat air kerana pembentung bulat manusia
kerana muafakat.

7. KARANGAN SATU MALAYSIA


2010-11-09 10:45
USAHA-USAHA MEMPERKUKUH PERPADUAN KAUM RAKYAT MALAYSIA  
 
Sejak 31 Ogos 1957, penduduk Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum hidup bagai aur dengan tebing.
Walaupun menyedari hakikat bahawa rambut sama hitam, hati lain-lain , namun masyarakat yang berbilang kaum ini
hidup dengan aman dan damai. Oleh itu, pelbagai pihak perlu memegang pada kekuatan jata negara, yakni “Bersekutu
Bertambah Mutu”untuk mengeratkan perpaduan kaum di Malaysia. Perpaduan kaum di Malaysia seyogianya menjadi
kebanggaan Negara kita.   
Sebenarnya, kita bolehlah mengadakan aktiviti gotong-royong di taman-taman perumahan untuk memupuk perpaduan
kaum rakyat di Malaysia. Masyarakat yang berbilang kaum akan keluar untuk bekerjasama membersihkan taman-taman
perumahan. Melalui aktiviti kemasyarakatan ini, mereka dapat lebih mengenali antara satu sama lain melalui perbualan
dan berinteraksi kerana tak kenal maka tak cinta. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir pernah menegaskan bahawa
bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat; perpaduan merupakan kekuatan negara. Oleh sebab itu,
saya percaya bahawa jika kita mengamalkan prinsip berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, kita dapat menikmati
pembangunan nusa tercinta ini bersama-sama.  
Selain itu, kita juga boleh mengamalkan amalan kunjung-mengunjung ke rumah rakan-rakan yang berlainan bangsa
sempena hari-hari perayaan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.
Kebudayaan antara kaum dapat difahami dengan lebih mendalam sekali gus dapat menjana tahap kefahaman dan
membina masyarakat yang saling menghormati. Amalan rumah terbuka juga boleh dipraktikkan untuk memupuk
perpaduan kaum rakyat Malaysia dengan amalan saling memaafkan sesama insan. Oleh itu, sikap buang yang keruh ,
ambil yang jernih ternyata mampu menjalinhubungkan semangat perpaduan yang tersedia utuh.  
 Seterusnya, pihak kerajaan sentiasa membuat anjakan paradigma demi memperkuat jalinan kemesraan rakyat dengan
mengadakan banyak aktiviti pada peringkat taman-taman perumahan. Dengan langkah bestari itu, kita dapat memupuk
perpaduan kaum rakyat Malaysia. Misalnya, sambutan hari keluarga dan jamuan tahunan yang diadakan oleh organisasi
atau pertubuhan kerajaan dapat mempererat hubungan antara pemimpin dengan penduduk tempatan. Selain dapat
mendengar rintihan hati rakyat, pemimpin turut dapat menjadi suri teladan sebagai agen perpaduan. Saya yakin, orang
ramai yang berbilang kaum akan lebih mempercayai dan meyakini kewibawaan pemimpin dan saling menghormati antara
satu sama lain. Cara ini pasti ini akan mengurangkan pertengkaran dan perselisihan faham antara kaum.  
 
Di samping itu, kita juga dapat memupuk perpaduan kaum di Malaysia dengan menghantar anak-anak ke sekolah
kebangsaa . Dengan cara ini, kita akan dapat melahirkan pemuda-pemuda yang tidak mempunyai masalah perhubungan
dan pergaulan antara kaum yang berlainan. Pergaulan mesra dan semangat bersatu padu yang dijalin ini sudah mampu
menjadi tiang kukuh untuk membuktikan bahawa rakyat Malaysia patuh pada Rukun Negara. Hal ini sangat penting untuk
memupuk perpaduan kaum di Malaysia dalam sanubari anak-anak sejak bangku sekolah kerana melentur buluh biarlah
dari rebungnya. Semua kekangan untuk mempererat perpaduan kaum akan dapat diselesaikan jika anak-anak telah
mempelajari cara-cara untuk berinteraksi dengan orang yang berlainan kaum sejak kecil.  
 
Tuntasnya, semua pihak haruslah menggembleng tenaga dan bekerjasama untuk memupuk perpaduan kaum rakyat di
Malaysia. Hal ini penting supaya negara dapat berkembang maju dengan lebih lancar bawah dasar 1Malaysia yang
diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Saya yakin dan percaya bahawa rakyat Malaysia
mengenali peribahasa ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Oleh itu, kita yang sudah melalui zaman
prakemerdekaan yang perit dan pahit haruslah mengisi kemerdekaan dengan penuh semangat perpaduan kaum. Ingatlah
wahai rakyatku bahawa semangat perpaduan harus disemai dan diingati sampai bila-bila agar Wawasan 2020 menjadi
realiti, bukannya fantasi semata-mata.

8. Kes penderaan kanak2


2010-11-12 22:05
        Sedasawarsa ini,sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia dari segenap empat penjuru dunia mengenai kes
penderaan kanak-kanak di negara ini.Isu ini sering dipolemikkan di segenap dada-dada akhbar tidak kira media cetak
mahupun media elektronik.Kes ini amat membimbangkan negara kerana hampir setiap hari ada saja kes penderaan
kanak-kanak yang dilaporkan.Masalah ini seakan duri dalam daging bagi negara kerana,dikhuatiri gejala penderaan
kanak-kanak ini akan menular.Pihak berwajib haruslah mencari konklusi bagi permasalahan ini kerana , jangan sampai
ada nyawa yang melayang barulah pihak tersebut menjalankan tugas.Ia seumpama sudah terhantuk baru tengadah.Tiada
ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit,sistematik dan pragmatik harus dijalankan hingga ke
akar umbi bagi membasmi masalah ini.

        Antara faktor yang mendorong kepada kes penderaan kanak-kanak ialah tekanan hidup.Kos sara hidup yang
semakin meningkat saban hari membuatkan ibu bapa yang tidak seberapa pendapatannya berasa naik minyak dan naik
angin.Akibatnya,

anak-anak dijadikan mangsa bagi melepaskan tempias kemarahan

yang membara di hati.Ibu bapa tidak harus menjadikan anak-anak sebagai mangsa ini kerana anak umpama emas yang
merupakan aset berharga dalam keluarga.Cara menangani masalah ini ialah dengan berjumpa kaunselor atau pakar
kaunseling yang bertauliah agar masalah ini dapat diselesaikan dengan cara yang bijak dan berhemah.

        Faktor yang kedua ialah, masalah rumah tangga.Dewasa ini,pasangan rumah tangga sering bertengkar.Dalam
masa yang sama,pertengkaran mereka membawa kepada masalah penderaan kanak-kanak.Mereka menjadikan anak
mereka sebagai mangsa keruntuhan rumah tangga mereka, sedangkan anak mereka tidak bersalah.Anak-anak juga
sering menerima penderaan bukan sahaja dalam bentuk fizikal bahkan mereka juga didera dalam segi mental mereka.Hal
ini tidak harus dibiarkan begitu sahaja.Pihak berwajib harus mengambil tindakan kepada mana-mana ibu bapa yang
mendera anak mereka kerana    jika dibiarkan, kita umpama melepaskan anjing yang tersepit.

        

         Faktor lain dalam berlakunya kes ini ialah , kurangnya sifat dan ilmu keibubapaan.Ramai pasangan yan masih
muda yang telah mendirikan rumah tangga kurang fasih akan cara mendidik anak-anak mereka .Segelintir daripada
pasangan muda yang mempunyai anak sekitar enam tahun sering memukul anak mereka .Hal ini kerana, anak mereka
hanyalah melakukan sedikit kesalahan akan tetapi di perbesar-besarkan.Ini adalah kerana kurangnya sifat dan ilmu
keibubapaan.Anak umpama kain putih dan ibu bapalah yang harus mencorakkannya

dan bukanlah membinasakannya.Perbuatan mendera    anak juga umpama menconteng aang ke muka sendiri.Ini
kerana,jika di tahui imum diri kita sendiri yang akan malu.Oleh itu,disarankan kepada pasangan yang ingin mendirikan
rumah tangga perlulah mendapatkan kursus keibbapaan terlebih dahulu.

        Faktor dan sebab yang seterusnya ialah,kurang dan cetek dalam ilmu agama.Disebabkan kurangnya pengetahuan
dalam bidang agama ibu bapa kurang peka dalam cara mendidik anak yang betul.Dalam agama islam Allah s.w.t telah
menetapkan cara mendidik anak-anak dengan cara yang betul.Rasulullah s.a.w merupakan ikon yang baik dalam ilmu
keibubapaan .

Hal ini kerana,Nabi Muhammad s.a.w berjaya mendidik anak-anaknya dengan berjaya tanpa menggunakan
kekerasan.Oleh yag demikian,langkah yang dapat diambil ialah mencari ustaz ataupun ustazah untuk mengajarkan kita
dalam cara mendidik anak-anak dengan betul.Sesungguhnya usaha merupakan kunci kejayaan.

        Secara holistiknya,ibu bapa perlulah bersikap llemah lembut dalam mendidik anak-anak .Pihak berkuasa juga
perlulah menggubal undang-undang sedia ada agar gejala dan masalah penderaan kanak-kanak dapat diminimakan .

Kita haruslah bersikap berat sama dipikul ringan sama dijinjing .Selain itu , kita juga haruslah bersikap ke bukit sama
didaki ke lurah sama dituruni dan insyaAllah

usaha dan kerjasama kita akan berjaya.


9. Punca pembuangan bayi
2010-11-05 19:12
            Dasawarsa ini,sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang
semakin gah di persada dunia.Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang
beronal yang dicetuskan oleh masyarakat kita sendiri.Penyakit pembuangan bayi sudah menjadi isu kritikel di negara kita
sejak kebelakangan ini.Dalam pada itu,isu pembuagan bayi seringkali keluar dimedia cetak dan media elektronik yang
mengemparkan masyarakat kita.Apakah punca berlakunya penbuangan bayi ini?Oleh itu,punca dan penyelesaiannya akan
mewarnai fokus perbincangan yang akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama.

            Pada realitinya,memang tidak dapat dinafikan bahawa membuangan bayi adalah cara paling mudah dilakukan
oleh pasangan yang melakukan penzinaan dan hamil.Dalam hal ini,kebanyakan kes perempuan yang dipersalahkan dan
terpaksa

menanggung beban diatas perbuatan tersebut.Punca yang paling jelas berlaku gejala pembuangan bayi ini adalah kerana
berlakunya anak luar nikah.Tatkala ingin menyembunyikan perbuatan dusta itu mereka sanggup membuang bayi dengan
harapan diberi peluang menjalani kehidupan yang baru.Hal ini turut diakibatkan oleh mereka tidak sanggup diejek dan
dicaci oleh masyarakat setempat.

            Namun demikian,suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingan ialah sikap masyarakat yang tidak
prihatin,hanya berpeluk tubuh,dan mengabaikan isu itu turut menjadi punca gejala ini semakin manular.Masyarakat
bersikap demikian kerana manganggap isu ini adalah sesuatu yang memalukan.Terdapat juga,ahli masyarakat yang
hanya menunding jari terhadap golongan remaja.Pada pandangan mereka inilah pencetus berlakunya pembuangan bayi
kerana pergaulan bebas.Lebih-lebih lagi remaja yang suka berlepak dan membuang masa dengan sia-sia dianggap
sebagai sampah masyrakat.Sebagai masyarakat, kita sepatutnya memberi teguran membina kepada remaja
tersebut.Selain itu,kesilapan yang paling nyata ialah sikap wanita dan lelaki yang melakukan penzinaan sesuka
hati.Mereka tergolong dalam kalangan yang kurang pendidikan agamanya.Selepas itu,masing-masing hilang rasa
tanggugjawab ke atas apa yang mereka lakukan hingga sanggup mengorbankan anak.

         Pada pandangan saya,ibu bapa juga harus dipersalahkan dalam hal ini.Peranan ibu bapa dalam mendidik anak-
anak sangat besar.Bukankah sudah dikatakan,"anak itu umpama kain putih"?Ibu bapalah yang bertanggungjawab
mencorakkan masa depan mereka.Hari ini banyak ibu bapa sibuk bekerja untuk menjadi kaya hingga meraka lupa
mengawasi anak mereka.Sebagai akibatnya,mereka tidak sempat mengawasi anak-anak.Anak-anak pula diberi wang
yang banyak.Apa lagi,digunakanlah wang itu untuk melakukan perkara yang tidak bermoral.Satu lagi punca pembuangan
bayi berlaku disebebkan ibu bapa tidak memberikan pendidikan agama yang    cukup kepada anak-anak.Malahan ada
yang menganggap pendidikan agama tidak penting.Sebagai akibatnya,iman anak

mereka rapuh hingga tidak tahu    membezakan yang baik dan yang buruk.Namun,kalau ibu bapa memberikan
pendidikan agama yang cukup,iman anak-anak akan kukuh ,maka mudahlah mereka berfikir tentang dosa dan
pahala.Mereka tidak mudah terjebak dalam perbuatan yang tidak bermoral.Bagi umat islam al-Quran mesti dijadikan
panduan.Bukankah Allah berfirman,kalau kita berpegang pada perintah-Nya hidup kita akan selamat.

         Umum mengetahui bahawa hukuman yang kurang berat juga menggalakkan kes-kes pembuangan bayi ini.Ibu
bapa mangsa bayi yang dibuang tidak di kesan bersungguh-sungguh sehinggah masalah penjagaan bayi diserapkan
bulat-bulat kepada pihak hospital dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.Hukuman yang dikenakan hanya penjara dan denda
yang mampu dilaksanakan oleh pesalah.Slain itu,galakan

daripada badan tertentu yang sanggup memelihara mangsa ini juga menggalakkan ibu bapa membuang anak-anak
mereka.Mereka berpendapat terdapat golongan yang menyayangi anak mereka dan memelihara anak mereka dengan
baik.Kebanyakan ibu bapa yang menyayagi anak-anak mereka berperasaan demikian.Ini juga antara faktor berlakunya
penbuangan bayi.

         Jika semua masyarakat berganding bahu,ibarat ke bukit sama di daki,ke lurah sama dituruni,insyallah perkara ini
akan dapat dibenteras dan berkurangan dari masa ke semasa.Disamping itu,ibu bapalah watak utama dalam
mencorakkan sahsiah anak-anak mereka.Masalah pembuangan bayi ini pasti dapat ditangkis sekiranya wujud kesedaran
dan tanggungjawab.Igatlah wahai remaja rasulullah s.a.w pernah bersabda"akhlak yang buruk merosakkan amal seperti
cuka merosakkan madu."