Anda di halaman 1dari 16

V Kemahiran menulis terbahagi kepada

tiga peringkat iaitu:


PERINGKAT
MENULIS

PRAMENULIS MENDIRIKAN
PELAHIRAN
ASAS
PERINGKAT
PRAMENULIS
V Merupakan tempoh masa murid disediakan dengan
pelbagai aktiviti menulis sebelum mereka dapat
menulis huruf mengikut cara yang betul dan kemas.

V Penumpuan dilakukan pada latihan otot tangan dan


jari serta koordinasi tangan dan mata murid.

V Latihan menulis secara sistematik dan bebas perlu


dirancang bagi membantu murid menguasai bentuk
sesuatu lambang huruf denganbetul dan tepat.
V Kepelbagaian kaedah latihan menulis juga perlu bagi
mengelakkan timbulnya rasa bosan pada murid.

V Antara latihan pramenulis adalah seperti berikut:


i. Latihan pergerakan tangan mengikut arah yang
betul.
ii. Gerak bebas mengikut bentuk huruf atau
mewarnakan huruf.
iii. Latihan pergerakan mata melalui aktiviti menulis
huruf di udara atau di atas meja.
iv. Latihan koordinasi tangan dan mata dalam
membentuk corak campuran garisan dan bulatan.
PERINGKAT
MENDIRIKAN ASAS
V Murid boleh dilatih untuk membentuk lambang-
lambang tulisan secara bebas di atas kertas kosong
yang tiada sebarang tulisan.
V Murid juga boleh dilatih untuk menulis dan
membentuk huruf pada halaman buku bergaris
empat.
V Penekanan juga harus diberikan dari segi kawalan
tulisan yang bertujuan untuk menghasilkan tulisan
yang kemas dan teratur.
V Antara latihan mendirikan asas ialah:
i. Latih tubi menulis huruf secara berurutan.
ii. Menulis perkataan dalam buku latihan bergaris
empat.
iii. Menulis perkataan dengan memberikan tumpuan
pada bentuk, saiz dan jarak yang betul.
iv. Melukis gambar dan menulis berdasarkan gambar.
PERINGKAT
PELAHIRAN
V Murid digalakkan untuk melahirkan fikiran mereka
sendiri secara bertulis. Aktiviti tersebut dijalankan
bagi membuktikan murid telah pun menguasai
kemahiran menulis setiap huruf dan abjad dan
seterusnya menulis ayat-ayat.
V Latihan boleh dibuat secara terkawal melalui
penggunaan bahan rangsangan seperti gambar atau
perkataan (murid menulis dan membina ayat sendiri).
V Latihan yang boleh dijalankan di peringkat pelahiran
adalah seperti berikut:
i. Membina ayat bagi melengkapkan cerita.
ii. Meluaskan ayat dengan menambah frasa yang
sesuai.
iii. Menulis jawapan bagi soalan kefahaman.
iv. Menulis rencana yang dibacakan oleh guru.
v. Menulis karangan berdasarkan tajuk yang
disediakan.
vi. Menyusun semula ayat dan perenggan.
¢ Peringkat-peringkat penulisan tersebut boleh
diperincikan seperti yang berikut:
ë ëë
-merupakan peringkat permulaan kanak-kanak
belajar menulis.
 
ëë
-kanak-kanak mula melakarkan sesuatu,
terutamanya gambar-gambar tertentu dan dapat
menjelaskan gambar yang dilukisnya.
-sekiranya mereka mampu melukis bentuk yang
boleh dikenali, mereka juga boleh mula menulis
bentuk-bentuk huruf tertentu.
ë
 ë
-kanak-kanak mula belajar menulis nama mereka
sendiri atau menulis huruf-huruf tertentu.
-mereka juga boleh mengeja perkataan yang
diketahuinya secara rambang.
-mereka juga akan lebih kerap menulis, membuat
eksperimen dalam penggunaan huruf, menulis lebih
daripada satu perkataan, penggunaan huruf besar
dan kecil secara sesuka hati dan mula memberikan
perhatian pada jarak huruf dan perkataan serta
ruang antara garisan.
 

ëë
- murid mula menulis perkataan mengikut bunyi.
-mereka telah tahu menggunakan huruf konsonan
dan vokal bagi membina perkataan.
-tulisan mereka juga sudah dapat dibaca dan
difahami.
-keyakinan mereka untuk menulis frasa dan ayat
pendek juga akan bertambah.
 
 ëë
- murid mula menulis ayat-ayat pendek.
-mereka mula memikirkan cara mengeja sesuatu
perkataan bagi membina ayat mudah dan boleh
menuliskan lebih daripada satu ayat mudah.
-pada peringkat yang lebih tinggi, mereka mampu
untuk membina ayat-ayat bagi membentuk satu
perenggan.
O  
ë ë ë ë ë 
ë
-kemahiran menulis murid berada pada tahap maju
pada peringkat ini.
-mereka mampu memilih perkataan yang tepat dalam
ayat, menghasilkan perenggan secara teratur dan tahu
menggunakan tanda baca secara tepat.
-struktur ayat juga lebih luas dengan menambah
maklumat dalam teks dengan menggunakan idea dan
pendapat sendiri.
V Menulis merupakan proses yang berurutan daripada
satu peringkat ke peringkat yang berikutnya.
V Berikut merupakan peringkat-peringkat semasa
menulis:
1. Pramenulis Ȃ menyusun idea melalui sumbang
saran, pembacaan, membuat peta minda dan
membina frasa.
2. Menulis draf Ȃ mencatatkan idea mereka di atas
kertas(pendapat dalam bentuk ayat menggunakan
tulisan yang tepat dan padat).
3. Membaca draf Ȃ membaca draf karangan yang telah
ditulis bagi mengesahkan hasil kerja mereka.
^. Mendapatkan maklum balas rakan Ȃ memberikan
karangan kepada rakan untuk dibaca atau
mencadangkan sesuatu yang lebih baik bagi
meningkatkan hasil kerja.
5. Menyemak semula Ȃ semak semula karangan yang
ditulis serta membuat pembetulan mengikut
cadangan yang telah diberikan.
6. Mengedit Ȃ edit karangan iaitu dari segi teknikal dan
kesalahan ejaan.
7. Penulisan akhir/ penerbitan Ȃ murid menghasilkan
karangan sebenar untuk diserahkan kepada guru
atau untuk diterbitkan.