Permainan ketingting yang juga dikenali sebagai permainan ‘tengteng’ dan ‘ciak
tingting’ merupakan salah satu warisan kebudayaan Melayu yang masih popular hingga
ke hari ini. Walaupun pengaruh permainan moden seperti ‘video game’ dan ‘monopoli’
memberi ancaman kuat kepada permainan tradisional, permainan ketingting masih
menjadi aktiviti kanak- kanak.
Permainan ketingting yang tidak lenyap akibat arus pemodenan ini telah
diamalkan khususnya oleh masyarakat luar bandar yang masih memelihara warisan
nenek moyang mereka. Di samping itu informasi mengenai ketingting boleh didapati di
internet dan buku-buku rujukan permainan tradisional. Melalui sumber-sumber tersebut
masyarakat di serata dunia dapat mengetahui dan memahami ciri-ciri permainan
ketingting dan sekaligus mengenali warisan kebudayaan masyarakat Melayu.
1
BAHAGIAN A : KERTAS KONSEP PERMAINAN TRADISIONAL KETINGTING
1.0 SEJARAH
Apabila kanak-kanak Rom melihat latihan tersebut , mereka mula meniru latihan
pahlawan-pahlawan mereka dengan mencipta dan mengubahsuai permainan
ketingting. Struktur latihan pahlawan tersebut berubah wajah menjadi sejenis
permainan yang menarik di kalangan kanak.kanak. Mereka mengubahsuai dengan
mengurangkan jumlah keluasan petak dan memudahkan permainan dengan sistem
pemarkahan mereka sendiri
Permainan ketingting ini berbeza di kebanyakan negara dari segi jumlah dan saiz
petak, cara bermain dan alat-alat yang digunakan. Tetapi, dua ciri asas permainan ini
yang universal ialah ‘petak segi empat’ dan skil ‘melompat’. Walaupun pelbagai teori
dan sumber mengatakan bahawa ketingting berasal dari tempat-tempat yang berbeza
namun masyarakat di setiap negara menganggap permainan tersebut sebagai warisan
tradisi nenek moyang mereka.
2
Berdasarkan rujukan internet, selain daripada gelaran ketingting, ciak tingting
dan tengteng, permainan ini juga mempunyai beberapa gelaran lain mengikut negara
masing-masing. Antaranya adalah seperti berikut :
Argentina - Rayuela
Aruba - Pele
Bolivia - La Thunkuna
Jerman - Templehupfen
Netherlands - Hinklebaan
Vietnam - Pico
3
2.0 TEMPAT ATAU KAWASAN PERMAINAN
Kawasan berumput atau padang tidak sesuai untuk permainan ini kerana
kesukaran melukis petak dengan menggunakan kapur. Tambahan pula, kor yang
dibaling akan terselindung di celah-celah rumput dan akan menjejaskan proses
permainan.
4
120 cm
40 cm
60 cm
Ukuran petak gelanggang ini lazimnya tidak perlu di ukur dengan mana-mana
saiz yang rasmi. Petak ini boleh dilukis oleh kanak-kanak yang bermain dengan saiz
yang mereka kehendaki.
5
Ketingting biasanya dimainkan oleh kanak-kanak yang berumur 6 hingga 15
tahun. Jumlah pemain pula tidak terhad dan sekurang-kurangnya dua orang pemain.
Kanak-kanak perempuan dan lelaki amat menggemari permainan ini kerana
permainannya menyeronokkan dan menguji stamina dan kecekapan seseorang
pemain.
Walaupun tahap umur ataupun saiz badan tidak menjadi penentu kemenangan
dalam permainan ketingting, biasanya kanak-kanak gemar memilih pemain-pemain
yang seusia dengan mereka.
6
moden. Ini adalah kerana peralatannya yang terdiri daripada barang-barang yang boleh
dikitar semula senang diperolehi dan selamat digunakan.
Rajah 4 : Crayon
o Setiap pemain perlu ada ceper, kor, gundu atau batu yang boleh terdiri
daripada sebarang bahan, bentuk, saiz dan warna .
7
o Contohnya : batu, penutup botol, duit syiling, beg berisi biji saga, kulit
siput, butang, pundi kacang.
8
III. Tangan dan kaki pemain tidak boleh terpijak garisan petak semasa melompat
ataupun ketika mengambil semula ceper mereka.
IV. Seseorang pemain diberikan 3 peluang sahaja apabila membuat pemilihan
‘rumah’. Semasa pemilihan ‘rumah’ sekiranya ceper jatuh di atas garisan
ataupun ‘rumah’ pemain lain, pemain dianggap ‘mati’ dan akan memulakan
semula permainan dari awal.
V. Pemain boleh melompat di ‘rumah’nya tetapi tidak di ‘rumah’ pemain-pemain
lain dan tidak boleh lupa memijak mana-mana petak kecuali ‘rumah’ pemain lain.
Pemain yang tidak mematuhi mana-mana peraturan di atas akan hilang satu pusingan.
Permainan akan tamat setelah semua petak dimiliki oleh para pemain atau pemain itu
sendiri ingin menamatkan permainan. Pemain yang memiliki ‘rumah’ yang paling
banyak akan dianggap pemenang.
Pemain mesti membuang ceper ke dalam petak 1 dahulu dan pemain akan
melompat terus ke petak kedua dengan menggunakan satu kaki.kemudian
diteruskan ke petak berikutnya mengikut turutan nombor.
9
Sekiranya semasa mencampak ceper, ceper terkena pada garisan ataupun
terkeluar daripada petak, maka giliran akan diberi kepada pemain seterusnya.
10
b) Aspek perkembangan pendidikan kerohanian dan moral
a) OBJEKTIF
Memenuhi sukatan pelajaran dan tugasan kerja kursus pendek Pendidikan
Jasmani Asas.
Meningkatkan kemahiran mengelola sesuatu aktiviti yang berkhususkan
pendidikan jasmani dalam kalangan bakal guru.
11
Memupuk kesedaran tentang kepentingan permainan tradisional dalam
pendidikan kanak-kanak di sekolah.
Memastikan permainan tradisional warisan nenek moyang kita terus kekal
dalam kalangan generasi baru.
Borang skor pemarkahan bagi permainan tradisional ketingting ini dalam bentuk
petak gelanggang ketingting.
Bertujuan untuk menanda rumah dan markah yang telah dimiliki oleh peserta
13
A
14
C
15
KESIMPULAN
Permainan ketingting yang tergolong dalam permainan luar rumah yang sesuai
untuk perkembangan rohani dan jasmani seorang kanak-kanak. Ciri-ciri permainan
ketingting yang menggunakan gerakan otot mampu melahirkan badan yang sihat dan
otak yang cerdas.
16
Mengawal gerakan badan dan mematuhi peraturan yang diamalkan di dalam
permainan ketingting ini boleh mendidik seseorang kanak-kanak mendisiplinkan diri
apabila berada di rumah dan juga tempat-tempat awam.
RUJUKAN
http://wwwmaribelajar.blogspot.com/2008/09/ketingting.html
http://www.penangmalays.my/bm/index.php?option=com_content&view=article&id=70&Itemid=94
http://malaysiana.pnm.my
http://www.scribd.com/doc/37701764/Permainan-Teng-Teng
http://paichorwan-tradisional.blogspot.com/2010/08/teng-teng-ketingting.html
Nani Nenon, Permainan, Lagu & Puisi Kanak-kanak Siri Prasekolah. Pahang.
17
Publication sdn.bhd. 2005
18