14 Azab Tinggal Solat
14 Azab Tinggal Solat
Dalam peristiwa israk, Nabi s.a.w. melihat satu kumpulan orang yang tegap dan sihat, tiba-tiba
masing-masing mengangkat batu besar dihempapkan ke kepalanya.Kepala pun hancur. Kemudian
kepala itu pulih seperti sediakala, lalu mereka mengangkat semula batu dan dihempapkan ke kepala
mereka...Demikian berlaku berulang kali.Nabi s.a.w. bertanya kepada Jibril, "Siapakah mereka itu,
wahai Jibril?
Jibril berkata, "Mereka itu ialah di antara umatmu yang melalaikan solat lima waktu.'
*Berusaha la mencukupkan solat lima waktu, tidak sepatutnya kita memberi seribu satu alasan
kerana masa yang diambil untuk bersolat itu hanya sedikit dibanding pahala menunaikannya yang
sebesar2 pahala. Malahan solat lima waktu ni diibaratkan tiang agama, macam mana tiang nak
kukuh kalau tak dibina dengan sempurna?????
Buat renungan kita bersama, barang siapa yang meninggalkan solat fardu, seksanya umpama..
Subuh:
Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun.
Zuhur:
Dosanya seperti membunuh seribu orang Islam.
Asar:
Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah.
Maghrib:
Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri.
Isyak:
Allah berseru kepada mereka, “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi reda engkau
tinggal di bumi-Ku dan menggunakan nikmat-nikmat-Ku.” Segala gerak-gerinya seperti pakai, makan, tidur
adalah berdosa kepada Allah.
OHISLAM: SAMA-SAMALAH KITA PERBAIKI DIRI DAN BERPESAN-PESAN KEPADA
KEBAIKKAN..