Anda di halaman 1dari 21

PENGHARGAAN

Alhamdulillah,kami bersyukur kepada Allah S.W.T yang memberikan taufik dan

hidayahNya kerana dapat menyiapkan tugasan ini. Setinggi-tinggi penghargaan

diucapkan kepada Ustazah Afifah bt. Abu Bakar selaku pensyarah bagi matapelajaran

Pengajian Agama Islam kerana memberi sokongan, panduan dan tunjuk ajar yang amat

berguna.Terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan sekelas yang telah membantu

kami memberi bahan-bahan rujukan sehingga saya dapat menyiapkan tugasan ini.

Semoga segala usaha ini akan meningkatkan penguasaan ilmu dan penghayatan serta

mendapat keberkatan dari Allah S.W.T.

1
PENGENALAN

Setiap guru, khususnya guru Pendidikan Islam perlu meghayati etika keguruan
Islam. Ini kerana etika tersebut dapat mengikat diri dalam usaha memberi komitmen
terhadap tugas yang wajib dilaksanakan.

Guru Pendidikan Islam yang unggul ialah guru yang perlulah mempunyai ciri-ciri
yang positif . Guru sepatutnya sedar mereka adalah mudarris, mu`allim, murabbi, muaddib
mursyid dan da`i dalam usaha mendidik generasi masa kini. Guru yang mempunyai
keperibadian yang baik akan meninggalkan kesan yang positif dalam diri murid-
muridnya. Meskipun kini terdapat pelbagai bentuk pembelajaran seperti pembelajaran
jarak jauh dan pembelajaran secara on-line dan multimedia serta mempunyai pengaruhnya
yang besar, namun ia tidak dapat menafikan status dan peranan utama guru dalam
pembentukan sahsiah murid. Alat teknologi moden/pasca moden walau bagaimana
canggih sekalipun tidak dapat mengambil peranan guru. Faktor manusia tetap
diperlukan dalam proses pembentukan dan pematangan sahsiah murid. Sebab itu
banyak kajian dibuat tentang sifat-sifat yang perlu ada pada seorang guru yang baik dan
berkesan dalam pengajaran mereka untuk memastikan objektif pada hari tersebut
tercapai .

PENGERTIAN ETIKA

Menurut Kamus Dewan (1995) bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau
tingkah laku atau kesusilaan. Manurut Kamus Oxford (1994) pula ia bermaksud prinsip
moralatau set prinsip moral. Dari persepktif Islam pula , etika merujuk kepada tingkah
laku betul berasaskan Al-Quran dan Al-Sunnah hasil dari ketakwaan kepada Allah.
Etika boleh dianggap sebagai satu disiplin yang menilai betul atau salah. Etika
bergerak selari dengan akauntabiliti/tanggungjawab sebagai pekerja dan kakitangan.
Akauntabiliti setiap pegawai dan kakitangan kerajaan ialah untuk mengikuti dan patuh
kepada arahan dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

2
ETIKA KEGURUAN ISLAM

Bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap pencipta
(Allah), terhadap diri, terhadap ilmu, terhadap profesion, terhadap masyarakat dan
negara, terhadap murid, terhadap rakan sejawat dan terhadap ibu bapa pelajar serta
masyarakat dan negara.
Tergolong dalam kelompok guru pendidikan Islam (Guru Agama /Ustaz) yang
mempunyai sahsiah yang baik juga ialah guru pendidikan Islam yang mengamalkan
etika keguruan Islam yang standard. Kod etika berkenaan memperincikan secara
khusus sifat dan ciri tertentu yang menjadi garis panduan guru-guru muslim khususnya
guru pendidikan Islam yang baik personaliti mereka.

Ustaz Abdul Ghani Shamsudin bekas pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya,
telah merumuskan Etika Kerguruan Islam sebagaimana berikut:

a) Tanggungjawab Terhadap Allah

Etika guru muslim terhadap Allah ialah seperti berikut:


i. Seorang guru Muslim hendaklah sentiasa memantapkan keyakinan dan
keimanan kepada Allah di samping mengukuhkan hubungannya yang
berterusan denganNya.

ii. Sifat istiqamah, iltizam semangat berbakti dan beramal soleh hendaklah
menjadi amalan harian.

iii. Guru Muslim mustahak menghayati rasa khusyuk, takut dan harap
kepada Allah.

iv. Guru Muslim hendaklah prihatin untuk sentiasa mengagungkan syiar


agama Islam dan berusaha ke arah mendaulatkan syariat Islam.

v. Guru Muslim mesti melaksanakan kewajiban agama, menghindari


laranganNya dan menyempurnakan segala hak dan tanggungjawab yang
berkaitan dengannya.

vi. Guru Muslim hendaklah bersyukur kepada Allah di samping selalu berdoa
kepadaNya dengan membaca ayat-ayat Allah dan merendahkan diri ke
hadratNya.

3
b) Tanggungjawab Terhadap Diri

i. Guru muslim hendaklah memastikan keselamatan diri sendiri, sama ada


dari aspek fizikal, emosional, mental mahupun moral.

ii. Prihatin terhadap kebersihan diri, pakaian, perawakan dan tempat tinggal.

iii. Memahami kekuatan dan kelemahan diri untuk boleh dimanfaatkan serta
ditingkatkan dari segenap aspek.

iv. Meningkatkan kesejahteraan diri agar dapat berkhidmat selama dan


sebanyak mungkin kepada Allah, masyarakat dan negara.

v. Melibatkan diri dengan program dan agenda yang boleh meningkatkan


kualiti profesion sebagai seorang guru.

c) Tanggungjawab Terhadap Ilmu

i. Memastikan penguasaan ilmu takhassus secara mantap dan mendalam.

ii. Beriltizam dengan amanah ilmiah.

iii. Prihatin untuk mengamalkan dan mengembangkan ilmu yang dipelajari.

iv. Sentiasa mengikuti perkembangan teknologi terbaru dalam pengajaran


ilmu yang berkaitan.

v. Dari semasa ke semasa guru Muslim hendaklah menelusuri sudut atau


dimensi spirituality Islam dalam pelbagai lapangan ilmu pengetahuan
vi. Sentiasa memanfaatkan ilmu untuk tujuan kemanusiaan, kesejahteraan
dan keamanan umat manusia sejagat

d) Tanggungjawab Terhadap Profesion

i. Seorang guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh
mencemarkan sifat profesionnya dan yang mana menyebabkan kurang
kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.

ii. Dia tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa
kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan
kewangan.

iii. Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah


menjalankannya dengan jujur.

4
iv. Seorang guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh
mencemarkan sifat profesionnya dan yang mana menyebabkan kurang
kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.

v. Dia tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa
kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan
kewangan.

vi. Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah


menjalankannya dengan jujur.

vii. Tanggungjawab utama seseorang guru ialah terhadap pelajarnya.


Kepentingan para pelajarnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain
seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian.

viii. Dia haruslah menumpukan perhatian dan pengajaran untuk semua


pelajar tidak kira bangsa, agama atau kepercayaan.

ix. Dia haruslah bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha
membentuk tingkah laku para pelajar ke arah matlamat-matlamat yang
diterima oleh masyarakat.

x. Dia haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap


pelajarnya.

xi. Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap
semua pelajar tidak kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama,
kepercayaan politik, tempat asal keluarga, intelek, akademik dan status-
status lain.

xii. Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu di kalangan


pelajar dan memandu mereka memperkembangkan potensi mereka dari
segi jasmani, intelek, daya cipta dan rohani.

xiii. Dia harus menghormati hak setiap pelajar supaya maklumat-maklumat


sulit mengenai diri para pelajar tidak diberitahu kepada orang atau agensi
lain yang tidak berkenaan.

xiv. Dia tidaklah harus bertingkah laku terhadap para pelajarnya begitu rupa
yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.

5
xii. Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan
kepentingan pelajar, masyarakat awam atau negara.

xiii. Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap para pelajarnya
supaya mereka dapat berkembang menjadi warga negara yang taat setia
dan beragama.

xiv. Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh
mengurangkan keyakinan diri para pelajarnya dan ibubapanya.

xv. Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh yang
baik terhadap pelajar.

xvi. Dia tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada para pelajarnya
untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa
waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran-bayaran yang
disahkan.
xvii. Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan
kepentingan pelajar, masyarakat awam atau negara.

xviii. Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap para pelajarnya
supaya mereka dapat berkembang menjadi warga negara yang taat setia
dan beragama.

xix. Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh
mengurangkan keyakinan diri para pelajarnya dan ibubapanya.

xx. Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan


kepentingan pelajar, masyarakat awam atau negara.

xxi. Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap para pelajarnya
supaya mereka dapat berkembang menjadi warga negara yang taat setia
dan beragama.

xxii. Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh
mengurangkan keyakinan diri para pelajarnya dan ibubapanya.

xxiii. Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh yang
baik terhadap pelajar.

6
xxiv. Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan
kepentingan pelajar, masyarakat awam atau negara.

xxv. Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap para pelajarnya
supaya mereka dapat berkembang menjadi warga negara yang taat setia
dan beragama.

xxvi. Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh
mengurangkan keyakinan diri para pelajarnya dan ibubapanya.

xxvii. Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh yang
baik terhadap pelajar.

xxviii. Dia tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada para pelajarnya
untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa
waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran-bayaran yang
disahkan.

xxix. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau
pengajaran persendirian.

xxx. Dia tidaklah harus memaksa kepercayaan keagamaan, politik


persendirian terhadap para pelajarnya.

xxxi. Dia tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa
para pelajar atau ahli-ahli masyarakat dalam menjalankan tugas-tugas
profesionnya.

xxxii. Dia tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru-guru lain.

xxxiii. Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia haruslah


menggunakan cara-cara yang sah sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan).

xxxiv. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-


membesarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam
profesion perguruan.

e) Tanggungjawab Terhadap Pelajar/Murid

i. Guru muslim hendaklah lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan


pelajar dari hal-hal lain.

ii. Bersikap adil terhadap setiap seorang tanpa mengira faktor-faktor


7
jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama.

iii. Menampilkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat
memberikan contoh yang baik kepada pelajar.
iv. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam kelas sendiri atau
dalam mata-mata pelajaran yang diajar dalam kelas tanpa sebarang
bayaran.

v. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian,


lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau
seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya.
vi. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam kelas sendiri atau
dalam mata-mata pelajaran yang diajar dalam kelas tanpa sebarang
bayaran.

vii. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian,


lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau
seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

f) Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat

i. Guru muslim hendaklah mengelakkan diri daripada membuat sebarang


kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang
guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh
menjatuhkan maruah seseorang guru.

ii. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan
sebagai guru.

iii. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin


dan bersungguh-sungguh dan mengekalkan kemajuan ikhtisas dan
sosial.

iv. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang


baru dalam profesion perguruan.

v. Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion


perguruan.

8
g) Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negara

i. Mengelakkan diri daripada meyebarkan sesuatu ajaran yang boleh


merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang
boleh bertentangan dengan Rukunegara.

ii. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu
dan membimbing mereka untuk menjadi warga negara yang taat setia,
bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua
dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.

iii. Menghormati masyarakat tempat mereka berkhidmat dan memenuhi


segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa
sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
iv. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu
bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.

v. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan tahap kehidupan


morality, kebudayaan dan kecend ikiawanan masyarakat.

vi. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh
masyarakat dan menjalani kehidupan harian dengan baik.

h) Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa

i. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak


mereka.

ii. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di


antara institusi pendidikan dengan rumahtangga.

iii. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai
keadaan rumahtangga atau anak mereka sebagai sulit dan tidak akan
membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak
mengetahuinya.

iv. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak


mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa
secara teliti dan bijaksana.

9
v. Mengelakkan diri daripada penggunaan atau dipengaruhi oleh kedudukan
sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.

vi. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan


sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa
atau penjaga mereka.

PERANAN GURU PENDIDIKAN ISLAM

Guru adalah agen pendidikan yang berkesan (Muhammad Uthman el-Muhammady,


1991 dIm. Ahmad Mohd. Salleh, 1997). Walau sebaik mana pun sesuatu sistem
pendidikan itu, jika guru yang mengajar bukannya guru yang berkesan bermakna apa
yang disampaikan/diajar tidak akan difahami murid - tidak mencapai matlamat pe-
ngajaran. Oleh itu, guru, khususnya guru-guru Pendidikan Islam, perlu mengukuhkan
lagi peranan mereka masing-masing. Kategori peranan guru Pendidikan Islam terbahagi
kepada lima kategori berikut:

Apabila menceburi diri bidang perguruan dan pendidikan, guru perlu sedar dan
mengenal dirinya sebenar. Dalam bahasa Arab, guru boleh diterjemahkan dengan
berbagai istilah, seperti mu’allim, muaddib, mudarris, murabbi, mursyid, da`ie dan
sebagainya yang menunjukkan kepelbagaian peranan seorang guru yang BAIK. Berikut
dijelaskan secara ringkas maksud kepelbagaian peranan seorang guru Pendidikan Islam
yang baik itu :

Guru seba gai Mu 'allim

Mu'allim adalah kata nama pelaku (Isim Fa’il) yang muncul dari kata
terbitan/masdar ta'lim (pengajaran yang benar). Mu`allim ialah guru yang mengajar
ilmu yang benar. Surah al-Baqarah ayat 31 menerangkan penggunaan kalimah
mu`allim yang membawa makna mengajar perkara yang benar:

   


   
 
  

10
Maksudnya: “Dan Dia (ALLAH) mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda)
seluruhnya, Kemudian mengemukakannya kepada para malaikat lalu berfirman:
"Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu golongan yang benar.”

Menurut Tengku Ghani Tengku Jusoh (2002), al-Ta'lim bermaksud: Mengajar;


iaitu menjadikan seseorang individu memiliki ilmu pengetahuan dan proses tersebut
berlaku secara berperingkat-peringkat. Al-Ghazali mengatakan ta'lim adalah proses
menguasai ilmu yang meningkatkan manusia daripada taraf haiwan kepada taraf manusia.
Manusia sememangnya memiliki sifat-sifat yang turut dimiliki oleh haiwan antaranya
hawa nafsu, bermusuhan, dan sukakan kebendaan; dan pada masa yang sama
manusia mempunyai sifat mereka sendiri seperti berakaI, beriman, bijaksana dan
sebagainya (Saedah Siraj, 2001).

Didalam sistem pendidikan sedia ada, para guru perlu memperkemaskan lagi
peranan mereka dalam memberi ilmu kepada murid. Ini kerana, ilmu ini akan dijadikan
panduan oleh murid dan juga perisai kehidupan untuk mengawal unsur-unsur
kehaiwanan yang secara semulajadi ada dalam diri manusia (termasuk murid) dan juga
meningkatkan akhlak mereka. Mengenai perkara ini, Saedah Siraj (2001) mengatakan
bahawa seorang individu yang tahu menggunakan dengan baik dan betul unsur-unsur
kemanusiaannya akan dapat mengawal unsur-unsur kehaiwanan yang ada dalam
dirinya, maka ia akan menjadi manusia sebenar dengan memiliki akhlak yang mulia.
Sebaliknya, tambah beliau, jika seseorang itu tunduk kepada seluruh unsur haiwan
yangada di dalam dirinya, maka perbuatan, kelakukan, pemikiran serta rohnya juga
adalah sama tarafnya dengan haiwan.

Oleh itu, dalam pembangunan bangsa yang berasaskan ilmu pengetahuan


dewasa ini, guru, selain berperanan membentuk akhlak murid, mereka juga berperanan
sebagai mu'allim, perlu memberi tumpuan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan
(Wan Mohd. Nor Wan Daud, 1991). Dalam hal ini, guru perlu menguasai ilmu
sebagaimana berikut:

i) Ilmu Bidang: ialah ilmu yang kita dianggap pakar dalam bidang
ber kenaan dan it ulah ilm u y ang k it a ajar k an k epada or ang
lain. Dinisbahkan kepada guru Agama, maka ilmu agama lah bidang

11
kita. Justeru guru agama mesti dalam pengetahuannya tentang agama
serta permasalahannya dan mantap kefahamannya. Jika guru sains,
maka pengetahuan sainsnya mesti baik. Demikianlah dengan pelajaran
lain. Sekirannya guru tidak menguasai bidangnya sendiri, ia tidak dapat
menyampaikan pengajarannya dengan baik dan berkesan serta tidak
dapat menjawab persoalan yang dikemukan oleh murid kepadanya.

ii) Ilmu Fardhu Ain: bukan berkmaksud hukum-hukum bersuci, solat,


puasa, zakat dan haji. Ini ialah Asas Fardhu Ain. Fardhu Ain di sini
bermksud ilmu tentang tanggungjawab setiap orang Islam, termasuk
mengetahui haram halal dan sebagainya. Seorang peniaga harus
mengetahui apa perkara yang boleh diperniagakan dan apa yang dilarang
oleh Islam. Sebagai pegawai apa yang perlu ia lakukan terhadap
pejabatnya dan orang yang di bawahnya. Guru pun demikian
juga. Adakah mengajar sahaja atau ada kerja-kerja lain yang perlu
dilakukan. Jika tidak dilakukan seperti yang ditetapkan apa akibatnya. Ini
semua memerlukan ilmu agama khasnya yang bekaitan dengan amanah
dan tanggungjawab.

iii) Ilmu Alat pula bermaksud ilmu yang perlu bagi menjalankan tugas
dengan lebih sempurna. Ini juga berdasarkan kepada bidang masing-
masing. Kerani misalnya memerlukan kemahiran menaip, simpan kira
dan lain-lain. Guru memerlukan ilmu yang berkaitan dengan pengajaran,
iaitu psikologi, pedagogi, sosiologi, prinsip-prinsip pengajaran,
perkaedahan, penilaian, kepimpinan, bahasa dan lain-lain.

Selaku mu'allim, dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru sewajarnya


mempunyai niat yang ikhlas; mengetahui dasar-dasar pendidikan dan strategi mengajar
yang berkesan; memberi rangsangan motivasi kepada para murid dan memaharni
kaedah-kaedah pengurusan bilik darjah yang berkesan untuk memudahkan proses
pengajaran dan pembelajaran. Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, Imam al-
Ghazali menekankan supaya para guru mengajar dengan niat untuk menyelamatkan
para muridnya daripada seksaan api neraka; mengajar bukan untuk mendapat upah
atau pun apa-apa ganjaran di dunia, sebaliknya bertujuan mendekatkan diri kepada
Allah; tidak memandang remeh ke atas ilmu yang disampaikan, sebaliknya, meyakininya
dengan penuh bermakna; memberi perhatian kepada murid yang lemah dalam muridan;

12
selain mengamalkan ilmu yang disampaikannya kepada murid. Wan Bakar Wan Dagang
(1991) menambah, guru Pendidikan Islam perlu berusaha meningkatkan penguasaan
ilmu pengetahuan; sentiasa mencari pendekatan pengajaran yang boleh menimbulkan
minat murid serta menanam minat dan penghayatan terhadap agama; cintakan agama;
mewujudkan ciri-ciri tamadun Islam di dalam dan di luar sekolah; sentiasa memelihara
dan meningkatkan kecekapan ikhtisas dalam bidang perguruan sama ada melalui
pengkajian, menghadiri kursus, mesyuarat, persidangan, seminar dan lawatan (Ahmad
Mohd Salleh, 1997).

Guru sebagai Muaddib


Salah satu peranan utama guru adalah bertindak sebagai mua'ddib (Syed
Muhammad Naquib al-Attas, 1986; Zawawi Hj. Ahmad, 1992). Berhubung perkara ini,
Rasulullah saw mengatakan bahawa Allah swt sendiri yang telah mendidik baginda
dengan sebaik-baik pendidikan. Syed Muhammad Naquib aI-Attas (1986) lebih
menekankan peranan guru sebagai muaddib berbanding murabbi dan mu'allim. Beliau
menggunakan perkataan ta'dib untuk menjelaskan erti pendidikan. Menurut beliau,
pendidikan Islam adalah lebih tepat berorientasikan kepada istilah ta'dib. Ini kerana
peranan guru yang paling menonjoI, menurut beliau, adaIah sebagai muaddib.
Terdahulu, al-Ghazali dalam menghuraikan konsep ta’dib oleh guru, mengatakan
bahawa ta'dib adalah:

“ Proses mendisiplinkan kedua-dua aspek spiritual dan fizikal manusia, yang


turut melibatkan perkataan, perbuatan, kepercayaan dan niat seseorang; dan
proses ini juga melibatkan penguasaan ilmu pengetahuan; dan perubahan sahsiah
bertujuan mencapai akhlak yang mulia - proses ini melibatkan menahan nafsu dan
disiplin yang tinggi (riyadah).”

13
Abdullah Nasih 'Ulwan (2002) mengatakan guru-guru dalam kategori ta'dib perlu
sedar dan insaf bahawa mereka sebenarnya menjadi ikutan dan teIadan murid, Oleh
kerana itu, menurut Abdul Raof Dalip (1985, 1993) , guru-guru tersebut perIu:

i. Menanam dalam dirinya dan juga muridnya rasa cinta dan taat kepada
Allah;
ii. Menanamkan kepercayaan yang benar di dalam jiwa murid;
iii. Mendedahkan dan memahamkan murid mengenai jenis-jenis ibadah
yang wajib dilaksanakan; dan

iv. Menaikkan semangat murid serta menimbulkan minat mereka untuk


mempraktiskan ajaran agama sehingga menjadi kebiasaan kepada
mereka.

Menurut Husain Mazhahiri (1993), Ibrahim Amini (1997) dan Abdullah Nasih
'Ulwan (2002), sebagai mua'ddib, guru wajib memiliki sejumlah sifat-sifat terpuji; dan
sifat terpuji yang paling utama adaIah zuhud dalam proses mendidik - bukan kerana
inginkan balasan kebendaan (wang, pangkat) dan penghormatan masyarakat tetapi
semata-mata bertujuan untuk mendapat keredaan Allah.

Bagaimana pun, Husain Mazhahiri (1993) dan Ibrahim Amini 2001) mengatakan
dalam soal menerima balasan kebendaan (ganjaran-upah-gaji) dalam proses mendidik
murid, tidak bermakna guru tidak boleh menerima ganjaran daripada usaha mereka.
Apa yang perlu difahami di sini ialah kemuncak matlamat kerja yang dilakukan
seharusnya tidak diukur berdasarkan kepada pencapaian kebendaan (berapa tinggi
ganjaran yang diterima) kerana ini akan membahayakan peningkatan diri dari aspek
spiritual, kemuliaan individu yang berilmu di sisi Allah akan tercemar apabila mereka
mengajar sesuatu ilmu bertujuan hendak memperoleh balasan kebendaan (ganjaran-
upah-gaji). Ini kerana menyampaikan sesuatu kebenaran ataupun ilmu Allah merupakan
tugas dan tanggungjawab yang wajib dilaksanakan oleh individu-individu yang berilmu;
dan bukan hanya dengan diberi ganjaran barulah mereka mahu melaksanakan tugas
dan tanggungjawab mereka. Individu-individu tertentu yang dekat dengan Allah seperti
nabi dan rasul tidak pernah, walaupun sekali, mengharapkan sebarang balasan
kebendaan apabila menyampaikan sesuatu kebenaran ataupun ilmu Allah. Dari aspek
kualiti pengajaran pula, kualiti pengajaran guru-guru (yang mengajar sesuatu ilmu
bertujuan hendak memperoleh balasan kebendaan-ganjaran-upah-gaji) akan menurun
apabila mereka tidak menerima ganjaran tinggi yang mereka harapkan.
14
Selain dari itu, ini juga akan membahayakan pencapaian murid kerana; kualiti
pembelajaran menurun apabila kualiti pengajaran guru menurun; dan kualiti spiritual
murid di sisi Allah terjejas apabila kemuliaan guru-guru mereka tercemar di sisi Allah.

Menurut Husain Mazhahiri (l993) dan Ibrahim Amini (2001) sifat-sifat terpuji
mua'ddib yang lain adalah; Pembersihan atau penyucian diri - para pendidik perlu
membersihkan jiwa mereka dari segala bentuk kekotoran (dosa) seperti riak, hasad,
'ujub dan pemarah, selain para guru perlu memiliki kebersihan lahiriah (antaranya
makan makanan yang suci dan bersih; menjaga kebersihan diri; memakai pakaian yang
bersih) dan berperibadi mulia.

Dalam soal ini, Muhammad Uthman el-Muhammady (1991 dIm.Ahmad Mohd


Salleh, 1997) mengatakan para guru perlu menjaga kehebatan dan kehormatan diri
mereka pada pandangan masyarakat. Ini boleh dilaksanakan dengan menjaga peribadi,
bersikap merendah diri dan tahu mengambil hati orang lain. Guru juga tidak boleh
melibatkan diri dalam suasana yang boleh menjatuhkan maruahnya sama ada dalam
cara berpakaian, perbuatan atau percakapan.

Guru Pendidikan Islam perlu menjadikan diri mereka sebagai sumber teladan
utama kepada para murid kerana selain berperanan sebagai mu'allim, murabbi dan
mua'ddib, para guru pendidikan Islam adalah individu-individu yang sangat berpengaruh
dalam pembentukan akhlak murid (Abdul Raof Dalip, 1993).

Guru seba gai Mudarris

Mudarris bermaksud guru yang mengajar dan menyampaikan maklumat kepada


orang lain. Guru ini boleh jadi orang Islam dan bukan Islam. Kalau dia orang Islam,
boleh jadi yang taat atau yang tidak taat. Perkara yang diajar boleh jadi yang baik atau
pun tidak baik. Yang mengajar ilmu sihir pun mudarris, demikian juga yang mengajar
ilmu salah atau ajaran sesat. Semua mereka ini termasuk dalam kategori
mudarris. Bagaimanapun dalam kontek perbincangan kita ialah guru adalah mudarris
yang menyampaikan ilmu yang benar yang sesuai dengan peranan guru seterusnya
iaitu guru juga sebagai mu`allim.

15
Guru sebagai Murabbi

Murabbi berasal daripada kata terbitan, tarbiyyah (pendidikan). Hasan


Langgulung (1995) merujuk perkataan tarbiyyah dalam Al-Qur 'an: Surah Al-Isra` ayat
24:

   


     
   

Maksudnya : Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh


kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya,
sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil” .

Tengku Ghani Tengku Jusoh (2002) mengatakan tarbiyyah adalah mencurahkan kasih
sayang, memelihara, mendidik, mengembangkan, menyuburkan dan membesarkan.

Peranan guru Pendidikan Islam sebagai murabbi melibatkan proses mendidik,


memelihara dan membentuk murid sehingga wujud rasa kasih sayang dan saling
percaya mempercayai antara mereka. Antara ciri-ciri guru-murabbi menurut al-Ghazali (tt)
adalah:

i. Menyayangi murid dan memperlakukan mereka seperti anak sendiri;


ii. Sentiasa menasihati murid dalam segala hal termasuk pembelajaran dan
perlakuan mereka;

iii. Menjaga disiplin murid dengan menggunakan “Pendekatan Mencegah


dan Menegur Secara Baik” terhadap perlakuan maksiat dan juga
menggalakkan perlakuan makruf secara kasih sayang.

Bagi Ahmad Mohd Salleh (1997) pula, antara ciri-ciri guru murabbi adalah:

i. Mengutamakan keselamatan dan kebajikan murid;


ii. Bersikap adil terhadapmurid tanpa mengira latar belakang keluarga,
keupayaan akademik, danekonomi;

iii. Merahsiakan maklumat sulit murid kecuali kepada yang berhak; dan
iv. Bersedia membimbing murid serta menunjukkan cara berpakaian,
pertuturan dan tingkah laku sebagai contoh yang baik kepada murid.

16
Guru sebagai Mursyid

Mursyid dari perkataan [arsyada]. Mursyid adalah kata pelaku (isim fa`el). Ini
sinonim dengan perkataan [ahda] yang bermaksud memberi petunjuk. Dengan itu,
perkataan mursyid bererti orang yang memberi petunjuk . Ini juga menunjukkan peranan
seorang individu yang memberi petunjuk atau seorang individu yang menunjukkan
hidayah (petunjuk) kepada murid adalah bertepatan dengan tujuan profesion keguruan
Pendidikan Islam itu sendiri.

Abdul Halim Muhammad (2003) mengaitkan antara Giri-Giri mursyid dengan peri
bahasa "melentur buluh biarlah dari rebung" dan hadis Rasulullah saw yang
menyarankan supaya mendidik anak mengerjakan solat seawal usia tujuh tahun. Nasih
'Ulwan (1989) memetik ayat Al-Qur'an yang ada kaitannya dengan sifat-sifat mursyid
guru Pendidikan Islam antaranya:

  
    
     
    
   
   

Maksudnya: Dan (Dia berkata): "Hai kaumku, Aku tiada meminta harta benda kepada
kamu (sebagai upah) bagi seruanku. Upahku hanyalah dari Allah dan aku sekali-kali
tidak akan mengusir orang-orang yang telah beriman. Sesungguhnya mereka akan
bertemu dengan Tuhannya, akan tetapi aku memandangmu suatu kaum yang tidak
mengetahui". (Surah Hud:29)

Berdasarkan dua ayat Al-Qur' an di atas, ikhlas adalah sifat yang paling utama
bagi seorang mursyid. Ini bermakna, guru yang mursyid ialah guru yang sedia menjadi
seorang penasihat yang ikhlas.

Berhubung dengan peranan guru sebagai mursyid , murabbi, mu'allim dan


mua'ddib, Hussain Mazhahiri (1993, 1994) dan Ibrahim Amini (2001) mengatakan
bahawa pendidik yang telah berjaya membimbing muridnya dan berjaya menghidupkan
roh mereka adalah satu kejayaan yang sangat besar kerana dapat membentuk
golongan murid yang berakhlak mulia khususnya dan masyarakat amnya.

17
Guru seba gai Da`ie:

Da`ie : bermakna orang yang mengajak orang lain berbuat kabajikan. Ini maknanya
guru bukan sahaja menyampaikan pelajaran, tetapi juga mengajar dan mengajak
muridnya melakukan kebajikan dan meninggalkan kejahatan. Dengan itu guru haruslah
terdiri daripada orang yang melakukan kebajikan dan menjauhi diri daripada segala
bentuk kemungkaran yang boleh menjatuhkan martabatnya. Dengan erti kata lain guru
perlu berusaha membentuk diri sebagai contoh terbaik kepada anak muridnya. Hal ini
akan lebih memudahkan proses pemebentukan sahsiah murid.

Guru perlu berusaha sedaya upaya mencontohi peribadi Rasulullah s.a.w.


kerana baginda telah dinobatkan oleh Allah sebagai contoh terbaik (model terbaik) untuk
seluruh umat manusia sebagaimana Firman-Nya dalam Surah Al-Ahazab ayat 21:

      


    
  

Maksudnya : “Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah s.a.w. contoh teladan yang
baik bagi kamu (iaitu) bagi orang yang men gharap (rahmat) Allah dan (kedatangan)
hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.”

Sehubungan itu, Nasis 'Ulwan (2002) mengatakan: Keteladanan dalam


pendidikan adalah metod berkesan yang paling meyakinkan keberhasilannya dalam
mempersiapkan dan membentuk anak di dalam moral, spiritual dan sosial. Hal ini kerana
pendidik adalah contoh terbaik dalam pandangan anak, yang akan ditirunya dalam
tingkah lakunya, disedari atau tidak, bahkan tercetak dalam jiwa dan perasaan suatu
gambaran pendidik tersebut, baik dalam ucapan atau perbuatan, baik material atau
spiritual, diketahui atau tidak diketahui.

0leh kerana itu, tidak kira sama ada guru berperanan sebagai mu 'allim, murabbi,
mua'ddib mahupun da 'i, tidak boleh tidak, sepertimana yang disepakati juga oleh pakar-
pakar pendidikan, mereka perlu menyediakan diri sebagai qudwah hasanah (model
terbaik) kepada murid kerana sifat tersebut adalah salah satu daripada sunnah Rasul
dengan Rasulullah saw sebagai modelnya yang terbaik.

18
RUMUSAN

“Etika Keguruan Islam” dan “Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia” adalah
saling berkait. Kalau kedua-duanya dipatuhi dan diamalkan akan membantu
keberkesanan pangajaran guru. Keberkesanan bermaksud pengajaran guru berkenaan
mencapai puncak matlamat yang digariskan.

Meskipun ciri dan sahsiah guru yang baik telah dicapai namun itu tidak pula
bermakna pengajaran mereka dengan sendirinya berkesan. Pengajaran guru sama ada
berkesan atau tidak bergantung kepada beberapa faktor yang berkaitan degan proses
pengajaran guru dan pembelajaran murid.

Guru-guru pendidikan Islam haruslah terdiri dari orang-orang yang benar-benar


memahami, menghayati dan memperjuangkan cita-cita Islam yang syumul dan
merangkum. Dengan keikhlasan dan semangat Islam yang membara guru dapat
mengatasi kekurangan alat teknologi untuk menghasilkan keberkesanan pengajaran
mereka.

Cabaran yang dihadapi oleh para guru dalam mengajar murid-murid zaman ini
bukanlah suatu yang mudah. Guru berhadapan dengan kenakalan remaja yang semakin
serius. Ibu bapa harus ikut serta dalam memudahkan kerja guru-guru di sekolah.
Kerajaan wajar peka dengan keperluan persekolahan dan pembelajaran generasi baru
yang semakin canggih dan pelbagai. Masyarakat juga mustahak memainkan peranan
sebagai pemangkin kejayaan guru dan murid dalam pembelajaran mereka. Tanpa
kerjasama semua pihak proses pendidikan tidak akan berjaya menghasilkan generasi
yang baik.

19
BIBLIOGRAFI

Abdul Raof Dalip (1985), November 17 - Disember 13). Peranan guru agama dalam
pendidikan. Kursus ikhtisas guru-guru Agama Islam Kementerian Pendidikan Malaysia,
Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

Abdul Raof Dalip (1993). Teknik pengajaran dan pembelajaran Pengetahuan Agama
Islam di sekolah menengah . DIm. Ismail Abd. Rahman (Ed), Pendidikan Islam Malaysia.
Bangi, Selangor: Penerbit UKM.

Abdullah Basmih, 1985, Tafsir Pimpinan Al-Rahman Kepada Pengertian al-Quran ,


Kuala Lumpur : Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri,

Abdullah Ishak, ( 1989), Sejarah Perkembangan Pelajaran Dan Pendidikan Islam ,:


Al- Rahmaniyah, Kuala Lumpur.

Abdullah Nasih Ulwan. (2002). Pendidikan Anak-anak Dalam Islam . Terjemahan


Ahmat Semait. Syed. Pustaka Nasional Singapura.

Ahmad Mohd. Salleh (1997) Pendidikan Islam: Falsafah, Pedagogi dan Metodologi .
Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ahmad Mohd.Salleh, 1997 Kuala Lumpur: Pendidikan Islam, Asas Dinamika Guru.
Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti,

Al-Syaibany, Omar Muhamad al-Toumy (1979). Falsafah pendidikan Islam (Terjemahan:


Hasan Langgulung ) , Jakarta: Bulan Bintang.

Hasan Langgulung (1991). Pendidikan Islam menghadapi abad ke 21. Shah Alam: Hizbi

Hasan Langgulung, Prof Dr. (1995) Pendidikan Islam Dan Peralihan Paradigma .
Kuala Lumpur: Pustaka Aman.

20
21