Anda di halaman 1dari 8

SULIT

02/1
Bahasa
Melayu
Kertas 1

1 jam 30 minit
UNIT PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

SMK RAJA MUDA MUSA TELUK INTAN

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

TINGKATAN 2

BAHASA MELAYU

Kertas 1

1 jam 30 minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Bagi tiap-tiap soalan,
pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang
disediakan.

Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak

[Lihat sebelah
SULIT
Soalan 1 - 7

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1 Kerajaan akan terus _________________ lagi bidang pendidikan untuk melahirkan


modal insan yang cemerlang dan berkualiti.

A Mengembangkan
B Memperkukuh
C Memantapkan
D Memperluas

2 Nahas kereta api yang ___________________ nyawa seorang ibu dan dua anaknya di
Sungai Petani menjadi berita panas di Malaysia.

A Mencabut
B Membabitkan
C Melibatkan
D Meragut

3 Umaisarah yang baru dijumpai setelah sesat selama 19 hari di Gunung Tahan telah
______________ pelbagai soalan oleh wartawan.

A Dihujani
B Dicurahi
C Dilontari
D Dibanjiri

4 Semua peminat lagu Melayu asli _______________ apabila mendengarkan kemerduan


suara Milla mendendangkan lagu “Bunga Tanjung”.

A Terharu
B Terpegun
C Tersentak
D Terkejut

5 Pandangan Aminah ditumpukan sepenuhnya pada api pelita minyak tanah yang
_____________ di hadapannya.

A meliuk-liuk
B melambai-lambai
C melenggok-lenggok
D melentik-lentik

6 Menteri Kewangan Malaysia akan ________________ belanjawan negara pada setiap


akhir bulan Ogos.

A Melaporkan
B Membincangkan
C Membentangkan
D Mencadangkan
7 Banyak __________________ jahitan disampaikan oleh pereka fesyen terkenal,
Rizalman kepada tetamu yang hadir dalam rancangan tersebut.

A Tatatertib
B Tatacara
C Tatasusila
D Tatahias

Soalan 8 - 14

Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan,
kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah
ditandakan dengan D.

8 Hasbullah membisu seribu bahasa apabila ditanya oleh gurunya yang bermisai tebal itu
A B
kerana dia terasa takut. Tiada kesalahan.
C D

9 Para pemimpin-pemimpin Malaysia telah menyusun pelbagai rancangan pembangunan


A B
yang strategik untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di negara ini. Tiada kesalahan.
C D

10 Kebanyakan pelajar di sekolah ini berjaya melanjutkan pelajaran di institusi pengajian


A B
tinggi awam mahupun swasta kerana mencapai merit yang ditetapkan oleh pihak
C
universiti. Tiada kesalahan.
D

11 Cara hidup Leman condong kepada budaya kebaratan kerana beliau lama tinggal di
A B C
London. Tiada kesalahan.
D

12 Sinar lampu neon yang terang-benderang menyuluhkan sekitar Bandaraya


A B C
Kuala Lumpur menyebabkan bandar tersebut sentiasa hidup pada waktu malam.

Tiada kesalahan.
D

13 Orang muda pada milenium ini tidak mengetahui sakit senang hidup pada zaman
A B
penjajahan Jepun yang memerintah dengan zalim. Tiada kesalahan.
C D

14 Melangit tekak Julie berasa gatal-gatal selepas makan rebusan keladi yang dimasak
A B C
oleh emak tengah hari tadi. Tiada kesalahan.
D
Soalan 15 - 17

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul .

15 I Hassan dinaikkan ke pangkat sarjan memandangkan jasanya yang besar dalam


membanteras musuh negara.
II Aiman orang yang pangkat, masakan hendak memilih saya sebagai suri
hidupnya.
III Haikal tidak memilih pangkat atau kedudukan dalam pergaulan hariannya
walaupun dia berasal daripada keluarga bangsawan.
IV Ziera pangkat ibu saudara pada saya walaupun usianya muda.

A I, II dan III
B I, III dan IV
C II, III dan IV
D I, II, III dan IV

16 I Pada waktu malam pun Bandaraya Ipoh terang seperti pada siang hari.
II Kesalahannya sudah terang apabila dia ditangkap oleh Pegawai Pencegah
Rasuah Kuala Kangsar baru-baru ini.
III Perdana Menteri telah terang tujuan Perkampungan Hadhari itu dijalankan
kepada masyarakat di negara ini.
IV Setelah hari terang, kumpulan pendaki itu meneruskan misi mereka untuk
menawan puncak Gunung Kinabalu.

A I, II dan IV
B I, III dan IV
C II, III dan IV
D I, II, III dan IV

17 I Malaysia telah melancarkan satelit yang pertama iaitu MEASAT pada tahun
1996.
II Dengan termeterainya perjanjian dagangan tersebut, ia dapat melancarkan
perhubungan dan memudahkan pemindahan idea berlaku antara kedua-dua
buah negara.
III Ibu bapa perlu memberikan didikan awal agar anak-anak dapat melancarkan
bertutur.
IV Pihak Tentera Bersekutu tidak teragak-agak melancarkan serangan ke atas Iraq
bagi menakluki negara tersebut yang kaya dengan sumber petroleumnya.

A I, II dan IV
B I, III dan IV
C II, III dan IV
D I, II,III dan IV

Soalan 18 - 21

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan
penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika
tiada kesalahan.
18 ”Emak kurang periksa ke mana adik kamu menghilang. Mungkin juga ke rumah Amir
atau rumah Hairi,” kata emak kepadaku.

A rumah Amir dan rumah Hairi


B rumah Amir atau ke rumah Hairi
C ke rumah Amir atau ke rumah Hairi
D ke rumah Amir atau rumah Hairi

19 Tok Bomoh itu dihukum penjara 3 tahun disabit kesalahan menipu pesakitnya.

A bersabit menyalahkan menipu


B bersabit kesalahan menipu
C sabitan kesalahan menipu
D disabit kesalahan menipu

20 Orang-orang Kampung Sendawa telah diyakinkan oleh Yang Berhormat Dato’ Zainal
tentang projek ternakan udang galah yang dilancarkan baru-baru ini.

A meyakinkan oleh
B diyakini oleh
C diyakin oleh
D diyakinkan oleh

21 Muzaffar dikehendaki mengembalikan semula borang yang telah lengkap diisi ke guru
biasiswa dengan kadar segera untuk diproses.

A kepada guru biasiswa


B pada guru biasiswa
C di guru biasiswa
D ke guru biasiswa

Soalan 22 - 24

Pilih ayat-ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir
dengan ayat yang dicetak tebal.

22 Pelbagai aktiviti serta ceramah motivasi diadakan melalui Program Khidmat


Negara (PLKN) bagi melahirkan modal insan yang terbilang.

A Pembentukan modal insan yang terbilang melalui Program Latihan Khidmat


Negara (PLKN), memerlukan pelbagai aktiviti serta ceramah motivasi dilakukan.
B Melalui Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), pelbagai aktiviti serta ceramah
motivasi diadakan bagi membentuk modal insan yang terbilang.
C Bagi membentuk modal insan yang terbilang melalui Program Latihan Khidmat
Negara (PLKN), ada pelbagai aktiviti serta ceramah motivasi.
D Melalui pelbagai aktiviti serta ceramah motivasi, Program Latihan Khidmat
Negara (PLKN) diadakan bagi melahirkan modal insan yang terbilang.
23 Penggunaan senjata nuklear oleh tentera Amerika Syarikat dalam peperangan di
Iraq menjadikan negara itu seperti padang jarak padang tekukur.

A Iraq menjadi seperti padang jarak padang tekukur hanya apabila berlaku
peperangan yang menggunakan senjata nuklear oleh tentera Amerika Syarikat.
B Senjata nuklear yang digunakan oleh tentera Amerika Syarikat dapat menjadikan
Iraq seperti padang jarak padang tekukur.
C Untuk mengelakkan Iraq daripada menjadi seperti padang jarak padang tekukur,
penggunaan senjata nuklear oleh tentera Amerika Syarikat perlu dihentikan.
D Sebagai akibat penggunaan senjata nuklear oleh Tentera Bersekutu semasa
peperangan di Iraq, negara itu menjadi seperti padang jarang padang tekukur.

24 Kecuaian pemandu dan sikap pantang dicabar merupakan faktor utama


terjadinya kemalangan di jalan raya.

A Kemalangan jalan raya berlaku disebabkan oleh sikap lalai dan pantang dicabar
yang ada pada diri pemandu itu sendiri.
B Pemandu yang tidak mematuhi peraturan jalan raya sering menyebabkan
berlakunya kemalangan.
C Kemalangan jalan raya sering dikaitkan dengan sikap pemandu yang ingin
berlumba-lumba di jalan raya.
D Kelalaian sewaktu di jalan raya telah meningkatkan kadar kemalangan jalan raya
di kalangan pemandu.

Soalan 25 - 27

Pilih ayat-ayat yang betul.

25 I Bila selesai kerjanya di sawah, Pak Din pulang ke rumah.


II Gulungan tikar mengkuang itu diletakkan di belakang almari supaya tidak sakit
mata memandang.
III Mereka tersenyum kambing apabila mendengar seloroh Pak Samad.
IV Kita mestilah ikut resmi padi, semakin berisi semakin menunduk.

A I dan II
B II dan III
C I, II dan IV
D II, III dan IV

26 I Ular sawa yang panjangnya lima meter itu sudah melulur seekor anak kambing.
II Bangunan pencakar langit yang terdapat di Bandar Raya Tokyo itu megah-megah
belaka.
III Ariff menuntun orang tua itu melintas jalan.
IV Ibu mengambil dari almari itu beberapa helai baju kurung lalu dimasukkan ke
dalam beg.

A I dan II
B I dan III
C I, II dan III
D I, III dan IV
27 I Kepada setiap pelajar dikehendaki memakai uniform lengkap mengikut badan
beruniform masing-masing.
II "Apakah buku Matematik di atas meja itu kepunyaan kamu?” Tanya Suria kepada
Ani.
III Rosmah mengundang kami sekeluarga ke majlis pernikahannya pada minggu
hadapan.
IV Penduduk Kampung Si Pening Lalat sepakat untuk membersihkan surau
kampung itu pada hujung minggu ini.

A I, II dan III
B I, III dan IV
C III dan IV
D I, II, III dan IV

Soalan 28 - 30

Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat- ayat yang berikut.

28 Salman hanya kerani di Syarikat Murni Sdn. Bhd. tetapi lagaknya seperti tuan punya
syarikat.

Tingkah laku Salman diibaratkan

A kera mendapat bunga


B kaduk naik junjung
C beri betis mahu peha
D cacing hendak menjadi naga

Pak Ali : Lebih baik kamu tegur perangai anakmu itu Razak, sementara
dia masih budak lagi. Kalau dah besar susah kamu dibuatnya.
Razak : Baiklah Pak Ali. Saya akan nasihatkan dia nanti. Terima kasih
atas perhatian Pak Ali.

29 Peribahasa yang sesuai dikaitkan dengan dialog di atas ialah ….

A air ditetak tidak akan putus


B nasi sudah menjadi bubur
C melentur buluh biarlah dari rebungnya
D belakang parang jika diasah akan tajam juga

30 Kata- kata Mak Eton tentang Ita telah menyebabkan Ina tersinggung, maklumlah
mereka ialah adik-beradik kembar.

Keadaan ini diibaratkan

A bagai isi dengan kuku


B cubit peha kanan, peha kiri pun sakit juga
C siapa yang makan cili akan terasa pedasnya
D carik- carik bulu ayam, lama- lama bercantum juga