Anda di halaman 1dari 13

PERANAN LOKASI SEKOLAH DAN JANTINA MURID

DALAM MEMPENGARUHI KEMAHIRAN ABAD


KE-21 PELAJAR

Tuan Mastura Tuan Soh


Nurazidawati Mohamad Arsad
Kamisah Osman
Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau sejauhmana lokasi sekolah dan jantina murid mempengaruhi
pembentukan kemahiran abad ke-21 murid tingkatan empat semasa proses pengajaran dan
pembelajaran Fizik. Sampel kajian tinjauan ini terdiri daripada 760 orang murid tingkatan empat
daripada sekolah-sekolah menengah di Daerah Hulu Langat, Selangor. Instrumen kajian yang
digunakan adalah Malaysian 21st Century Skills Instrument (M-21CSI 2010) yang mencakupi lima
komponen utama iaitu; i) Literasi era digital; ii) Pemikiran inventif; iii) Komunikasi berkesan; iv)
Produktiviti yang tinggi serta; v) Norma dan nilai kerohanian. Analisis inferensi menunjukkan bahawa
terdapat perbezaan skor min yang signifikan dari segi penguasaan kemahiran abad ke-21 berdasarkan
jantina murid tingkatan empat dari segi literasi era digital dan komunikasi berkesan, manakala dari
segi lokasi sekolah terdapat perbezaan skor min yang signifikan dari segi pemikiran inventif serta
norma dan nilai kerohanian. Kajian ini telah dapat mengenal pasti pembentukan kemahiran abad ke-21
pelajar semasa proses P&P Fizik berdasarkan lokasi sekolah dan jantina murid. Ini seterusnya dapat
digunakan oleh pihak yang berkaitan bagi melakukan penambahbaikan terhadap kurikulum Fizik bagi
memastikan tidak terdapat perbezaan jurang pencapaian antara lokasi sekolah dan jantina murid bagi
memastikan sumber manusia yang dihasilkan dapat memenuhi ciri-ciri yang diperlukan oleh
persekitaran mencabar pada abad ke-21.

PENGENALAN

Dalam era globalisasi yang mencabar pada masa kini, negara di serata dunia semakin
memandang berat terhadap bidang pendidikan kerana ia memainkan peranan yang penting
bagi sesebuah negara untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan bersahsiah tinggi.
Oleh yang demikian, Malaysia sebagai sebuah negara yang melangkah maju menuju era
berteknologi tinggi juga memberi penekanan terhadap soal pembangunan sumber manusia.
Misalnya, Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9) pada tahun 2006 menekankan
peningkatan daya saing yang memerlukan modal insan bertaraf dunia yang berpengetahuan
tinggi, berkemahiran, serba berkebolehan, bersikap kreatif serta mempunyai etika yang
positif. Satu daripada enam teras strategi dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, 2006-
2010 (PIPP 2006-2010) adalah untuk merapatkan jurang pendidikan antara lokasi, tahap
sosioekonomi dan tahap keupayaan pelajar. Daripada laporan yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), terdapat banyak jurang pendidikan yang telah
dikenal pasti antara lokasi bandar dan luar bandar serta jantina pelajar terutamanya dalam
mempelajari mata pelajaran sains.
Dalam era pendidikan masa kini di Malaysia, pencapaian akademik yang cemerlang
merupakan sasaran utama setiap pelajar dan juga pihak sekolah serta institusi pendidikan.
Pada umumnya, ia dijadikan kayu pengukur kepada kejayaan diri seseorang individu. Selain
pengukuran dari segi keputusan dalam peperiksaan iaitu PNGK, pencapaian akademik juga
dapat diukur dari segi proses penguasaan dan pemahaman terhadap yang dipelajari,
peningkatan konsep kendiri dan kemampuan untuk berinteraksi serta berkomunikasi secara
berkesan. Sekiranya seseorang pelajar menanam sikap keyakinan diri yang tinggi dan
mempunyai teknik pembelajaran yang sistematik, maka pencapaian akademik dari pelbagai
segi dapat dicapai dengan cemerlang.
Kajian yang dijalankan oleh Enstwisle dan Ramsden (1983) serta Hasliza Ismail (2000)
menunjukkan pelajar lelaki lebih bersikap positif terhadap mata pelajaran Fizik dan Kimia
berbanding pelajar perempuan. Selain daripada itu, pelajar lelaki juga didapati lebih banyak
menggunakan peralatan Sains dan sering melibatkan diri di dalam aktiviti berkaitan Sains
(Guzzetti & Williams 1996).
Pada abad ke-21 ini, perubahan perlu dilakukan kerana pada abad ini, sumber manusia
bukan sahaja perlu berilmu pengetahuan tetapi juga mahir dalam pelbagai bidang kemahiran
seperti dalam aspek literasi era digital dan teknologi maklumat, aspek berkomunikasi, aspek
pemikiran kreatif dan kritis, aspek fizikal dan tidak dilupakan aspek yang paling penting
adalah aspek kerohanian dan nilai murni. Justeru kajian ini akan mengkaji peranan lokasi
sekolah dan jantina murid dalam mempengaruhi pembentukan kemahiran abad ke-21 pelajar
tingkatan empat sekolah menengah.

KEMAHIRAN ABAD KE-21

Perubahan teknologi berlaku hampir setiap hari. Untuk berdaya saing dalam era digital,
tenaga kerja negara seharusnya fasih dalam bahasa dan mahir mengendalikan teknologi. Di
sinilah tanggungjawab sistem pendidikan dalam menyediakan murid menghadapi cabaran
global abad ke-21. Kemahiran abad ke-21 bukanlah sesuatu yang asing dalam sistem
pendidikan negara tetapi merupakan perluasan kemahiran tradisional yang mengadaptasikan
teknologi dan persekitaran kerja baru. Hal ini adalah seperti yang dikatakan oleh Douglas
Ruskoff, Playing the Future (1996) dalam NCREL (2002) iaitu; ”Students are natives to
cycberspace, where the rest of us are immigrants”. Kanak-kanak pada hari ini mempunyai
pandangan terhadap dunia yang berbeza dengan orang dewasa.
Hal ini kerana mereka membesar dengan akses terhadap maklumat dan idea tanpa
batasan yang diperolehi daripada media interaktif. Akses murid terhadap peralatan abad ke-
21, dalam laporan Prensky (2001) menyatakan bahawa masa harian kanak-kanak diisi dengan
menggunakan komputer, permainan video, pemain muzik digital, telefon dan berbagai-bagai
lagi peralatan dalam dunia digital. Menurut Mehmet (2009), Pedro (2006) menyatakan
bahawa kesemua teknologi ini menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka dan seterusnya
melahirkan terma New Millennium Learners.
Abad ke-21 merupakan era di mana sektor pekerjaan memerlukan pekerja berkemahiran
kebolehpasaran yang meliputi kemahiran menyelesaikan masalah, berfikiran kritikal,
bekerjasama dalam pasukan dan kesediaan mempelajari sesuatu yang baru (National Institute
of Literacy and the Small Business Aministration 1999).
Pada abad ke-21 ini, pelajar tidak harus dinilai hanya dengan kebolehan menjawab
soalan ujian tetapi juga harus menilai sejauh mana mereka menguasai kemahiran abad ke-21
seperti kemahiran menyelesaikan masalah, keusahawanan dan kreativiti. Menyedari
kepentingan kemahiran abad ke-21, pengintegrasiannya dalam pendidikan telah pun
dilaksanakan di negara-negara barat seperti Amerika Syarikat. Menurut NCREL: enGauge
21st century skills (2002), kemahiran abad ke-21 mampu menyediakan generasi muda untuk
menghadapi kemungkinan–kemungkinan yang bakal dihadapi dalam masyarakat industri,
ekonomi global, kebanjiran teknologi tinggi dan canggih yang sentiasa berubah serta
penggunaan komputer sebagai keperluan urusan harian dan limpahan maklumat sejagat.
Perubahan-perubahan yang ketara dan pantas dalam pelbagai bidang adalah cabaran besar
yang dihadapi generasi kini dan dijangka lebih hebat dan kritikal dengan sumbangan
teknologi baru serta perkomputeran.

OBJEKTIF KAJIAN

Secara khususnya, objektif bagi kajian ini adalah untuk mengetahui peranan lokasi
sekolah dan jantina murid Tingkatan Empat dalam membentuk kemahiran abad ke-21.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini adalah satu kajian kuantitatif menggunakan kajian berbentuk tinjauan dengan
menggunakan soal selidik untuk mengenal pasti sejauh mana lokasi sekolah dan jantina
murid mempengaruhi pembentukan kemahiran abad ke-21 semasa proses pengajaran
dan pembelajaran di sekolah. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah terdiri
daripada satu set soal selidik yang dibina berdasarkan konstruk-konstruk yang terdapat
dalam kemahiran abad ke-21 iaitu Malaysian 21st Century Skills Instrument (M-21CSI)
(Osman et al. 2010). Rajah 1 menunjukkan ilustrasi M-21CSI sebagaimana yang telah
dibangunkan oleh Osman dan rakan-rakan (2010).

Rajah 1 Kemahiran abad ke-21 mengikut M-21CSI (2010)

Manakala, Rajah 2 di bawah menunjukkan interaksi antara pemboleh ubah bebas yang ingin
dikaji dalam kajian ini iaitu peranan lokasi sekolah dan jantina murid terhadap pemboleh ubah
bersandar iaitu M-21CSI yang mengandungi lima komponen utama iaitu literasi era digital,
pemikiran inventif, komunikasi berkesan, produktiviti yang tinggi serta norma dan nilai
kerohanian.
*Jantina murid
*Lokasi sekolah

Rajah 2 Peranan lokasi sekolah dan jantina murid terhadap instrumen M-21CSI

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

i) Perbandingan Kemahiran Abad Ke-21 Pelajar Berdasarkan Lokasi Sekolah dan


Jantina

Hasil analisis bagi melihat perbezaan skor min bagi kemahiran abad ke-21 pelajar tingkatan
empat yang mengambil mata pelajaran Fizik di sekolah berdasarkan lokasi sekolah dan
jantina adalah seperti dalam Jadual 1a - 1c di bawah.

Jadual 1a Analisis deskriptif bagi kemahiran abad ke-21 pelajar berdasarkan lokasi
sekolah dan jantina

Jantina Lokasi sekolah Min Sisihan piawai N


Lelaki Bandar 3.56 0.33 184
Luar bandar 3.63 0.42 166
Jumlah 3.60 0.38 350
Perempuan Bandar 3.54 0.33 200
Luar bandar 3.61 0.38 210
Jumlah 3.58 0.36 410
Jumlah Bandar 3.55 0.33 384
Luar bandar 3.62 0.40 376
Jumlah 3.58 0.37 760
Jadual 1b Analisis kehomogenan varians dengan menggunakan ujian Levene

Nilai F df1 df2 Tahap kesignifikanan


5.436 3 756 0.001

Jadual 1c Analisis ANOVA dua hala bagi kemahiran abad ke-21 berdasarkan lokasi
sekolah dan jantina pelajar

Kesan utama Jumlah kuasa Dk Min kuasa Nilai Tahap Eta


dua dua F signifikan squared
JANTINA .071 1 .071 .532 .466 .001
LOKASI .867 1 .867 6.492 .011 .009
JANTINA * LOKASI .006 1 .006 .042 .839 .000
Ralat 101.013 756 .134
Jumlah 9866.064 760
** Signifikan pada aras 0.01

Analisis ANOVA dua hala telah dijalankan untuk meninjau penguasaan kemahiran abad ke-
21 pelajar berdasarkan lokasi sekolah dan jantina. Berdasarkan Jadual 1b, didapati nilai
signifikan adalah 0.001 iaitu kurang daripada 0.05. Ini bererti kehomogenan varians tidak
dipenuhi. Oleh itu, menurut Pallant (2007), aras alpha yang patut digunakan adalah 0.01.
Berdasarkan Jadual 1c pula, nilai signifikan antara jantina adalah 0.466 (p>0.01). Ini bererti
tidak terdapat perbezaan yang signifikan skor min kemahiran abad ke-21 antara pelajar lelaki
dan perempuan (F=0.532; dk=1;756; p=0.466). Dari segi lokasi sekolah pula, nilai signifikan
yang diperoleh adalah 0.011 (p>0.01). Ini bererti tidak terdapat perbezaan yang signifikan
skor min kemahiran abad ke-21 antara pelajar dari sekolah berlokasi bandar dan luar
bandar(F=6.492; dk=1;756; p=0.011). Dari segi interaksi pula, didapati nilai signifikan adalah
0.839 (p>0.01). Maka, tidak terdapat kesan interaksi yang signifikan antara jantina pelajar dan
lokasi sekolah terhadap tahap penguasaan kemahiran abad ke-21 pelajar (F=0.042;
dk=1;=756; p=0.839).

3.64

3.62

3.60
Min

3.58

3.56

Jantina
3.54

lelaki

3.52 perempuan
Bandar Luar bandar

Lokasi sekolah

Rajah 3 Kesan interaksi antara jantina dan lokasi sekolah terhadap kemahiran abad ke-21

ii) Perbandingan Kemahiran Literasi Era Digital Pelajar Berdasarkan Lokasi


Sekolah dan Jantina
Hasil analisis bagi melihat perbezaan skor min bagi kemahiran literasi era digital pelajar
tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran Fizik di sekolah berdasarkan lokasi sekolah
dan jantina adalah seperti dalam Jadual 2a - 2c di bawah.

Jadual 2a Analisis deskriptif bagi kemahiran literasi era digital pelajar berdasarkan lokasi
sekolah dan jantina

Jantina Lokasi sekolah Min Sisihan piawai N


Lelaki Bandar 3.75 0.41 184
Luar bandar 3.65 0.47 166
Jumlah 3.71 0.44 350
Perempuan Bandar 3.69 0.39 200
Luar bandar 3.60 0.46 210
Jumlah 3.64 0.43 410
Jumlah Bandar 3.71 0.40 384
Luar bandar 3.62 0.47 376
Jumlah 3.67 0.44 760

Jadual b Analisis kehomogenan varians dengan menggunakan ujian Levene

Nilai F df1 df2 Tahap kesignifikanan


2.533 3 756 0.056

Jadual 2c Analisis ANOVA dua hala bagi kemahiran literasi era digital berdasarkan
lokasi sekolah dan jantina pelajar

Kesan utama Jumlah kuasa Dk Min Nilai Tahap Eta


dua kuasa dua F signifikan squared
JANTINA 1.453 1 1.453 7.750 .006** .010
LOKASI .542 1 .542 2.892 .089 .004
JANTINA * LOKASI .008 1 .008 .044 .834 .000
Ralat 141.697 756 .187
Jumlah 10380.028 760
** Signifikan pada aras 0.05

Analisis ANOVA dua hala telah dijalankan untuk meninjau penguasaan kemahiran literasi era
digital pelajar berdasarkan lokasi sekolah dan jantina. Berdasarkan Jadual 2b, didapati nilai
signifikan adalah 0.056 iaitu lebih daripada 0.05. Ini bererti kehomogenan varians dipenuhi.
Berdasarkan Jadual 2c pula, nilai signifikan adalah 0.006 (p<0.05). Ini bererti hipotesis nol
ditolak iaitu terdapat perbezaan yang signifikan skor min kemahiran literasi era digital antara
pelajar lelaki dan perempuan (F=7.750; dk=1;756; p=0.006). Dari segi lokasi sekolah pula,
nilai signifikan yang diperoleh adalah 0.089 (p>0.05). Ini bererti tidak terdapat perbezaan
yang signifikan skor min kemahiran literasi era digital antara pelajar dari sekolah berlokasi
bandar dan luar bandar(F=2.892; dk=1;756; p=0.089). Dari segi interaksi pula, didapati nilai
signifikan adalah 0.834 (p>0.05). Maka, tidak terdapat kesan interaksi yang signifikan antara
jantina pelajar dan lokasi sekolah terhadap tahap penguasaan kemahiran literasi era digital
pelajar (F=0.044; dk=1;756; p=0.834).
3.76

3.74

3.72

3.70

3.68

Min
3.66

3.64

3.62
Jantina

3.60
lelaki

3.58 perempuan
Bandar Luar bandar

Lokasi sekolah

Rajah 4 Kesan interaksi antara jantina dan lokasi sekolah terhadap kemahiran literasi
era digital

iii) Perbandingan Kemahiran Pemikiran Inventif Pelajar Berdasarkan Lokasi Sekolah dan
Jantina

Hasil analisis bagi melihat perbezaan skor min bagi kemahiran pemikiran inventif pelajar
tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran Fizik di sekolah berdasarkan lokasi sekolah
dan jantina adalah seperti dalam Jadual 3a - 3c di bawah.

Jadual 3a Analisis deskriptif bagi pemikiran inventif pelajar berdasarkan lokasi sekolah
dan jantina

Jantina Lokasi sekolah Min Sisihan piawai N


Lelaki Bandar 3.53 0.44 184
Luar bandar 3.62 0.47 166
Jumlah 3.57 0.46 350
Perempuan Bandar 3.54 0.40 200
Luar bandar 3.62 0.41 210
Jumlah 3.59 0.41 410
Jumlah Bandar 3.54 0.42 384
Luar bandar 3.62 0.44 376
Jumlah 3.58 0.43 760

Jadual 3b Analisis kehomogenan varians dengan menggunakan ujian Levene

Nilai F df1 df2 Tahap kesignifikanan


2.725 3 756 0.043
Jadual 3c Analisis ANOVA dua hala bagi kemahiran pemikiran inventif berdasarkan
lokasi sekolah dan jantina pelajar

Kesan utama Jumlah kuasa Dk Min Nilai Tahap Eta


dua kuasa dua F signifikan squared
JANTINA .017 1 .017 .091 .763 .000
LOKASI 1.415 1 1.415 7.686 .006** .010
JANTINA * LOKASI .009 1 .009 .046 .829 .000
Ralat 139.213 756 .184
Jumlah 9880.688 760
** Signifikan pada aras 0.01

3.64

3.62

3.60
Min

3.58

3.56

3.54
Jantina

lelaki

3.52 perempuan
Bandar Luar bandar

Lokasi sekolah

Rajah 5 Kesan interaksi antara jantina dan lokasi sekolah terhadap kemahiran
pemikiran inventif

Analisis ANOVA dua hala telah dijalankan untuk meninjau penguasaan kemahiran pemikiran
inventif pelajar berdasarkan lokasi sekolah dan jantina. Berdasarkan Jadual 3b, didapati nilai
signifikan adalah 0.043 iaitu kurang daripada 0.05. Ini bererti kehomogenan varians tidak
dipenuhi. Oleh itu, menurut Pallant (2007), aras alpha yang patut digunakan adalah 0.01.
Berdasarkan Jadual 3c pula, nilai signifikan adalah 0.763 (p>0.01). Ini bererti tidak terdapat
perbezaan yang signifikan skor min kemahiran pemikiran inventif antara pelajar lelaki dan
perempuan (F=0.091; dk=1;756; p=0.763). Dari segi lokasi sekolah pula, nilai signifikan yang
diperoleh adalah 0.006 (p>0.01). Ini bererti tidak terdapat perbezaan yang signifikan skor min
kemahiran abad ke-21 antara pelajar dari sekolah berlokasi bandar dan luar bandar(F=7.686;
dk=1;756; p=0.829). Dari segi interaksi pula, didapati nilai signifikan adalah 0.829 (p>0.01).
Maka, tidak terdapat kesan interaksi yang signifikan antara jantina pelajar dan lokasi sekolah
terhadap tahap penguasaan kemahiran pemikiran inventif pelajar (F=0.046; dk=1;=756;
p=0.829).

iv) Perbandingan Kemahiran Komunikasi Berkesan Pelajar Berdasarkan Lokasi Sekolah


dan Jantina

Hasil analisis bagi melihat perbezaan skor min bagi kemahiran komunikasi berkesan pelajar
tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran Fizik di sekolah berdasarkan lokasi sekolah
dan jantina adalah seperti dalam Jadual 4a - 4c di bawah.
Jadual 4a Analisis deskriptif bagi kemahiran komunikasi berkesan pelajar berdasarkan
lokasi sekolah dan jantina

Jantina Lokasi sekolah Min Sisihan piawai N


Lelaki Bandar 3.54 0.43 184
Luar bandar 3.58 0.45 166
Jumlah 3.56 0.44 350
Perempuan Bandar 3.50 0.35 200
Luar bandar 3.49 0.47 210
Jumlah 3.49 0.41 410
Jumlah Bandar 3.52 0.39 384
Luar bandar 3.53 0.46 376
Jumlah 3.52 0.42 760

Jadual 4b Analisis kehomogenan varians dengan menggunakan ujian Levene

Nilai F df1 df2 Tahap kesignifikanan


1.802 3 756 0.145

Jadual 4c Analisis ANOVA dua hala bagi kemahiran komunikasi berkesan berdasarkan
lokasi sekolah dan jantina pelajar

Kesan utama Jumlah Dk Min kuasa Nilai Tahap Eta


kuasa dua dua F signifikan squared
JANTINA .859 1 .859 4.794 .029** .006
LOKASI .039 1 .039 .220 .639 .000
JANTINA * LOKASI .104 1 .104 .580 .447 .001
Ralat 135.449 756 .179
Jumlah 9560.415 760
** Signifikan pada aras 0.05

Analisis ANOVA dua hala telah dijalankan untuk meninjau penguasaan komunikasi berkesan
pelajar berdasarkan lokasi sekolah dan jantina. Berdasarkan Jadual 4b, didapati nilai
signifikan adalah 0.145 iaitu melebihi 0.05. Ini bererti kehomogenan varians dipenuhi.
Berdasarkan Jadual 4c, nilai signifikan adalah 0.029 (p<0.05). Ini bererti terdapat perbezaan
yang signifikan skor min kemahiran komunikasi berkesan antara pelajar lelaki dan perempuan
(F=4.794; dk=1;756; p=0.029). Melihat kepada skor min, didapati pelajar lelaki mempunyai
kemahiran berkomunikasi yang lebih tinggi daripada pelajar perempuan iaitu dengan
mendapat skor min 3.56 dibandingkan pelajar perempuan dengan mendapat skor min hanya
3.49. Dari segi lokasi sekolah pula, nilai signifikan yang diperoleh adalah 0.639 (p>0.05). Ini
bererti tidak terdapat perbezaan yang signifikan skor min kemahiran komunikasi berkesan
antara pelajar dari sekolah berlokasi bandar dan luar bandar(F=0.220; dk=1;756; p=0.639).
Dari segi interaksi pula, didapati nilai signifikan adalah 0.447 (p>0.05). Maka, tidak terdapat
kesan interaksi yang signifikan antara jantina pelajar dan lokasi sekolah terhadap tahap
penguasaan kemahiran komunikasi berkesan pelajar (F=0.580; dk=1;=756; p=0.447).
3.60

3.58

3.56

Min
3.54

3.52

Jantina
3.50

lelaki

3.48 perempuan

Bandar Luar bandar

Lokasi sekolah

Rajah 6 Kesan interaksi antara jantina dan lokasi sekolah terhadap kemahiran
komunikasi berkesan

v) Perbandingan Kemahiran Produktiviti Tinggi Pelajar Berdasarkan Lokasi Sekolah dan


Jantina

Hasil analisis bagi melihat perbezaan skor min bagi produktiviti yang tinggi pelajar tingkatan
empat berdasarkan lokasi sekolah dan jantina adalah seperti dalam Jadual 5a - 5c di bawah.

Jadual 5a Analisis deskriptif bagi kemahiran produktiviti yang tinggi pelajar berdasarkan
lokasi sekolah dan jantina

Jantina Lokasi sekolah Min Sisihan piawai N


Lelaki Bandar 3.56 0.52 184
Luar bandar 3.62 0.60 166
Jumlah 3.58 0.56 350
Perempuan Bandar 3.60 0.49 200
Luar bandar 3.61 0.54 210
Jumlah 3.61 0.52 410
Jumlah Bandar 3.58 0.50 384
Luar bandar 3.61 0.57 376
Jumlah 3.60 0.54 760

Jadual 5b Analisis kehomogenan varians dengan menggunakan ujian Levene


Nilai F df1 df2 Tahap kesignifikanan
3.070 3 756 0.027

Jadual 5c Analisis ANOVA dua hala bagi kemahiran produktiviti yang tinggi
berdasarkan lokasi sekolah dan jantina pelajar
Kesan utama Jumlah kuasa Dk Min Nilai Tahap Eta
dua kuasa dua F signifikan squared
JANTINA .072 1 .072 .251 .616 .000
LOKASI .235 1 .235 .818 .366 .001
JANTINA * LOKASI .136 1 .136 .475 .491 .001
Ralat 216.851 756 .287
Jumlah 10044.494 760
** Signifikan pada aras 0.01
Analisis ANOVA dua hala telah dijalankan untuk meninjau penguasaan kemahiran
produktiviti tinggi pelajar berdasarkan lokasi sekolah dan jantina. Berdasarkan Jadual 5b,
didapati nilai signifikan adalah 0.027 iaitu kurang daripada 0.05. Ini bererti kehomogenan
varians tidak dipenuhi. Oleh itu, menurut Pallant (2007), aras alpha yang patut digunakan
adalah 0.01. Berdasarkan Jadual 5c pula, nilai signifikan adalah 0.616 (p>0.01). Ini bererti
tidak terdapat perbezaan yang signifikan skor min kemahiran produktiviti tinggi antara pelajar
lelaki dan perempuan (F=0.251; dk=1;756; p=0.616). Dari segi lokasi sekolah pula, nilai
signifikan yang diperoleh adalah 0.366 (p>0.01). Ini bererti tidak terdapat perbezaan yang
signifikan skor min kemahiran produktiviti tinggi antara pelajar dari sekolah berlokasi bandar
dan luar bandar(F=0.818; dk=1;756; p=0.366). Dari segi interaksi pula, didapati nilai
signifikan adalah 0.491 (p>0.01). Maka, tidak terdapat kesan interaksi yang signifikan antara
jantina pelajar dan lokasi sekolah terhadap tahap penguasaan kemahiran produktiviti tinggi
pelajar (F=0.475; dk=1;=756; p=0.491).

3.63

3.62

3.61

3.60
Min

3.59

3.58

3.57

Jantina
3.56
lelaki

3.55 perempuan
Bandar Luar bandar

Lokasi sekolah

Rajah 7 Kesan interaksi antara jantina dan lokasi sekolah terhadap kemahiran
produktiviti tinggi

v) Perbandingan Norma dan Nilai Kerohanian Pelajar Berdasarkan Lokasi Sekolah dan
Jantina

Hasil analisis bagi melihat perbezaan skor min bagi norma dan nilai kerohanian pelajar
tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran Fizik di sekolah berdasarkan lokasi sekolah
dan jantina adalah seperti dalam Jadual 6a - 6c di bawah.

Jadual 6a Analisis deskriptif bagi norma dan nilai kerohanian pelajar berdasarkan lokasi
sekolah dan jantina
Jantina Lokasi sekolah Min Sisihan piawai N
Lelaki Bandar 3.58 0.52 184
Luar bandar 3.71 0.71 166
Jumlah 3.65 0.62 350
Perempuan Bandar 3.51 0.70 200
Luar bandar 3.78 0.72 210
Jumlah 3.65 0.72 410
Jumlah Bandar 3.54 0.62 384
Luar bandar 3.75 0.71 376
Jumlah 3.65 0.68 760
Jadual 6b Analisis kehomogenan varians dengan menggunakan ujian Levene

Nilai F df1 df2 Tahap kesignifikanan


5.976 3 756 0.001

Jadual 6c Analisis ANOVA dua hala bagi norma dan nilai kerohanian berdasarkan
lokasi sekolah dan jantina pelajar

Kesan utama Jumlah kuasa Dk Min Nilai Tahap Eta


dua kuasa dua F signifikan squared
JANTINA .003 1 .003 .007 .931 .000
LOKASI 7.588 1 7.588 16.934 .000** .022
JANTINA * LOKASI .952 1 .952 2.124 .145 .003
Ralat 338.757 756 .448
Jumlah 10454.122 760
** Signifikan pada aras 0.01

Analisis ANOVA dua hala telah dijalankan untuk meninjau penguasaan norma dan nilai
kerohanian pelajar berdasarkan lokasi sekolah dan jantina. Berdasarkan Jadual 6b, didapati
nilai signifikan adalah 0.001 iaitu kurang daripada 0.05. Ini bererti kehomogenan varians
tidak dipenuhi. Oleh itu, menurut Pallant (2007), aras alpha yang patut digunakan adalah 0.01.
Berdasarkan Jadual 6c pula, nilai signifikan adalah 0.931 (p>0.01). Ini bererti tidak terdapat
perbezaan yang signifikan skor min norma dan nilai kerohanian antara pelajar lelaki dan
perempuan (F=0.007; dk=1;756; p=0.931). Dari segi lokasi sekolah pula, nilai signifikan yang
diperoleh adalah 0.001 (p<0.01). Ini bererti terdapat perbezaan yang signifikan skor min
kemahiran abad ke-21 antara pelajar dari sekolah berlokasi bandar dan luar bandar(F=16.934;
dk=1;756; p=0.000). didapati daripada Jadual 6a, pelajar dari sekolah berlokasi luar Bandar
menunjukkan min norma dan nilai kerohanian yang lebih tinggi (min=3.75) berbanding
dengan pelajar dari sekolah berlokasi Bandar (min=3.54). Dari segi interaksi pula, didapati
nilai signifikan adalah 0.145 (p>0.01). Maka, tidak terdapat kesan interaksi yang signifikan
antara jantina pelajar dan lokasi sekolah terhadap tahap penguasaan norma dan nilai
kerohanian pelajar (F=2.124; dk=1;=756; p=0.145).

3.8

3.7
Min

3.6

3.5

Jantina

lelaki

3.4 perempuan
Bandar Luar bandar

Lokasi sekolah

Rajah 8 Kesan interaksi antara jantina dan lokasi sekolah terhadap norma dan nilai
kerohanian
RUMUSAN

Analisis inferensi menunjukkan bahawa terdapat perbezaan skor min yang signifikan dari segi
penguasaan kemahiran abad ke-21 berdasarkan jantina murid tingkatan empat dari segi literasi
era digital dan komunikasi berkesan, manakala dari segi lokasi sekolah terdapat perbezaan
skor min yang signifikan dari segi pemikiran inventif serta norma dan nilai kerohanian.
Daripada kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa lokasi sekolah dan jantina pelajar turut
memainkan peranan dalam pembinaan kemahiran abad ke-21 pelajar. Justeru, pihak tenaga
pengajar khususnya hendaklah tahu tentang keanekaragam pelajar mereka serta menggunakan
serta menyesuaikan pendekatan yang berbeza-beza mengikut situasi bagi memastikan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah bagi memastikan modal insan yang
dihasilkan memiliki keupayaan yang diharapkan.

RUJUKAN

Entwistle, N.J dan Ramsden, P. 1983. Understanding Students Learning. Australia: Croom Helm Ltd.
Guzzetti, B.J. & Williams, W.O. 1996. Gender, text and discussion: Examining intellectual safety in
the science classroom. Journal of Research in Science Teaching, 33, 5-20
Hasliza Ismail. 2000. Tinjauan faktor sikap dalam mata pelajaran biologi tingkatan lima. Latihan
Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2006. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010.
Mehmet Can Sahin. (2009). Instructional Design Principles for 21 st Century Learning Skills. World
Conference on Educational Science 2009. Procedia Social and Behavioral Sciences. Vol 1: 1464-
1468. http://www.sciencedirect.com [27/01/2010]
NCREL: enGauge 21st Century Skills. (2002). Digital Literacies for a Digital Age.
http://www/ncrel/org/engauge/skills/skills.htm [25/01/2009]
National Institute of Literacy and the Small Business Administration. (1999). 21st Century Skills for
21st Century Jobs. Washington, DC: U.S. Department of Commerce, U.S. Department of
Education, U.S. Department of Labor.
Osman, K. & Marimuthu, N. 2010. Setting New Learning Targets for the 21 st Century Science
Education in Malaysia. Procedia Social and Behavioral Sciences, 2(2010): 3737-3741.

Anda mungkin juga menyukai