Anda di halaman 1dari 12

Bagaimana Gerakan Kristian Di Malaysia Beroperasi

13 March 2007

“Pada hari Sabtu (22/07/2006) yang lalu, saya telah


berkesempatan mengikuti satu sessi “Ceramah Keibubapaan” di sekolah menengah agama
berasrama penuh dimana dua orang anak perempuan saya bersekolah. Penceramah jemputan
yang pihak PIBG sekolah jemput adalah Dr. Rubiah Kulup Hamzah. Selain menjadi penceramah
motivasi, Dr. Rubiah juga adalah pensyarah part-time di UM, UiTM, UKM dan OUM serta amat
bergiat aktif dalam pergerakkan NGO Islam. Disini, saya ingin berkongsi dengan anda sedikit
maklumat yang disampaikan oleh Dr. Rubiah mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan,
iaitu isu “Murtad” dan “Artikel11 Perlembagaan Persekutuan”

PERANCANGAN
Berdasarkan penyelidikan beliau serta anggota NGO Islam yang lain, pihak-pihak yang
memusuhi Islam, terutamanya pihak Kristian telah lama membuat perancangan rapi untuk
menjadikan remaja-remaja Islam sebagai sasaran untuk dikristiankan. Umumnya, kita
mengetahui bahawa mereka telah berjaya menjadikan “Dunia Hiburan” dan “Dunia Sukan”
sebagai senjata untuk menjauhkan remaja-remaja kita dari agama Islam. Namun, satu
pendedahan yang dibuat oleh Dr.Rubiah mengenai “Perangkap” yang digunakan oleh pihak
kristian ini amat membimbangkan kami yang hadir semua.
Berikut adalah kronologi bagaimana mereka memerangkapanak-anak gadis kita untuk
dijadikan mangsa.

MEMIKAT
Untuk makluman semua, pertubuhan-pertubuhan kristian telah bersepakat untuk memberi
satu bentuk skim galakan kepada para jejaka kristian serta diberitunjuk-ajar mengenai teknik
untuk memikat gadis-gadis melayu Islam untuk dijadikan pasangan mereka.Berbagai-bagi
teknik memikat akan digunakan dan ia bergantung kepada latar belakang gadis yang
disasarkan. Tapi, apa yang membimbangkan kami semua adalah, sasaran utama mereka kini
adalah gadis-gadis bertudung labuh yang berpendidikan agama. Teknik yang mereka gunakan
adalah lebih kurang sama sahaja. Pada peringkat awal mereka akan mencari jalan
untukberkenalan dengan anak-anak gadis kita, samada melalui hubungan kerja, hubungan
sesama pelajar mahu pun hubungan jiran tetangga. Kemudian, mereka akan berlakun seolah-
olahnya mereka telah tertarik dengan kesopanan, cara berpakaian serta kelembuatan
tingkahlaku anak-anak gadis kita ini. Antara ungkapan yang sering digunakan adakah

“Adakah semua anak-anak gadis melayu begitu ayu dan sopan?”,


“Didalam masyarakat saya, tidak pernah saya bergaul dengan gadis yang begitu berakhlak”,
“Saya tertarik dengan tingkah laku awak”.
“Saya ingin mengenali awak dan agama awakdengan lebih dekat lagi”
Biasanya, anak-anak gadis yang berpendidikan agama kita ini akan terbuka hatinya untuk
menerima kehadiran jejaka kristian ini apabila sijejaka mula menyatakan keinginan untuk
mengenali agama Islam dengan lebih dekat lagi.

PERANGKAP
Apabila sijejaka merasakan anak gadis kita telah menerima kehadiran mereka, mereka akan
menjalinkan persahabatan mereka dengan jujur, ikhlas, bersopan dan begitu “gentleman”
sekali. Mereka akan keperpustakaan, minum serta beriadah bersama dengan rakan-rakan yang
lain Pendek kata, sepanjang persahabatan mereka, cubaan “ringan-ringan” pun tidak ada.
Tetapi AWAS, para ibubapa. Satelah kian lama bersama serta mendapati sigadis telah mula
ada perasaan cinta, sijejaka akan menunggu dengan sabarnya ketika untuk memulakan
“langkah sebenarnya” yang pertama. Apabila sigadis didapatinya mula terleka, mereka akan
digambarkan seolah-olah mereka terbawa-bawa oleh perasan cinta sehingga sigadis TerNODA.
Ketika inilah, perangkap mereka sudah mula mengena.

DILEMA

Perlakuan noda ini boleh berlaku mungkin sekali, dua, tiga atau seterusnya. Sebab bagi
sejejaka, perangkapnya hanya dikirabenar-benar mengena apabila sigadis didapati berbadan
dua. Pada ketika ini, sijejaka akan menunjukkan kekesalannya yang tidak terhingga.
Sejejaka kononnya akan bertanggungjawap diatas perbuatan mereka seraya berkata “Agama
kita melarang kita menggugurkannya, maka terpaksa kita berkahwin, tetapi kita berlainan
agama” Seterusnya kata sijejaka “Kalau kita ingin berkahwin secara Islam, saya sanggup
memeluk Islam, tetapi kita terpaksa berhadapan dengandua perkara. Pertama, mengikut
hukum Islam, kita bolehdikenakan 100 sebatan sebagai balasan dosa. Kedua, masyarakat Islam
akan mencemuh dan meminggirkan kita kerana mempunyai anak diluar nikah yang kita
hasilkan bersama. Kita akan berasa amat malu, lebih-lebih lagi awak yang berpendidikan
agama. Sanggup kah kita? Saya rasa, saya tidak sanggup menghadapinya”

Kata sijejaka lagi “Kalau kita berkahwin secara agama saya, awak hanya perlu untuk menukar
agama, dan kita akan terlepas dari dua seksa. Pertama, mengikut agama saya, kita hanya
perlu untuk membuat pengakuan dihadapan paderi digereja untuk menghapuskan segala dosa.
Kedua, masyarakat agama saya akan menganggap anak kita ini senasib dengan Jesus (Nabi Isa)
yangdilahirkan tanpa bapa.

Mereka juga akan menganggap awak senasib dengan Mary (Mariam) yang melahirkan Nabi Isa.
Maka, kita pasti tidak akan dipersia. Saya rasa ini option terbaik buat kita”

Untuk makluman semua, mereka hanya merancang agar anak jejaka mereka memikat anak
gadis kita.Tetapi mereka tidak akan mencuba agar anak gadis mereka untuk mendampingi
anak jejaka kita kerana mereka sedar bahawa perangkap mereka yang ini tidak akan
mengena.
FIKIRKANLAH…….
MURTAD

Mengikut penyelidikan Dr. Rubiah serta rakan-rakan dalam NGO Islam yang lain, amat ramai
gadis-gadis melayu Islam yang memilih option kedua walaupun ada segelintir yang berjaya
diselamatkan dan terpaksa disembunyikan demi maruah agama & bangsa. Mereka seterusnya
mengemukakan permohonan untuk menukar agama (murtad) dipejabat agama. Namun Artikel
11 Perlembagaan Persekutuan menjadi penghalang utama rancangan mereka.
Menurut Dr. Rubiah lagi, pihak IFC (Inter-FaithCouncil) telah berjaya mendapat 2 juta tanda
tangan sokongan agar Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan ini dapat dipinda. Tetapi katanya
lagi, untuk mendapatkan 1 juta tanda tangan umat melayu Islam bagi menghalang usaha
mereka, adalah sesuatu yang teramat seksa. Ramai yang terlalu merasa curiga dengan alasan
mereka khuatir tanda tangan mereka akan disalahgunakan untuk menyatakan sokongan atau
bantahan terhadap usaha yang lain pula. Alasan demi alasan diterima??? hinggalah satu masa
nanti saudara mara terdekat kita tiba-tiba menjadi sebahagian dari statistik puluhan ribu
mangsa
Gerakan memurtadkan orang melayu Islam!!
3012009
Pada 1 Jan lepas, aku ada terima SMS yang mengatakan ada gerakan pihak kristian telah mula
menjalankan kerja-kerja memurtadkan orang melayu Islam.  SMS itu juga menyatakan yang
sekarang ini mereka sedang bergerak aktif di Seremban, Negeri Sembilan dan Negeri Selangor dan
akan meneruskan aktiviti meraka ini seterusnya ke negeri-negeri yang lain di Malaysia. Ia juga
menyatakan bahawa seramai 1,900 orang paderi berketurunan melayu telah tiba dari Singapura.
Mengikut yang aku faham ialah mereka ini juga membawa atau mengedarkan air mineral yang telah
dicampur dengan holywater supaya sesiapa yang meminumnya, lidah akan jadi keras dan kelu
untuk mengucapkan kalimah Syahadah! Nama air-air mineral tersebut ialah: Al-Baramkah, Al-
Mansori, Al-Bistaria, Al-Mansur, Al-Mubarakh, Al-Barakah dan Al-Bestari.

Soal ini aku tak dapat nak pastikan kesahihannya, cuma bagi sesiapa yang beragama Islam yang
terbaca Blog ini silalah berhati-hati! ada betulnya. Jika sesiapa yang nak komen atau ada maklumat
lain, anda dialu-alukan..

Artikel di bawah ini aku ambik dari Blog  http://kilyzz.blogspot.com. Bolehlah kita sama-sama baca
dan fikir sendiri..

Sejarah telah mencatitkan bahawa kemegahan dan keagungan islam mula dicarikkan sedikit demi
sedikt bersama keruntuhan Daulah Islamiah Uthmaniah pada tahun 1942. mutakhir ini gejala murtad
mula menyerang 0rang² islam di Malaysia. Apa yang menyedihkan ialah kebanyakkan yang terlibat
ialah anak² yang kurang pendidikan agama. Antara agama yang menjadi pilihan untuk dianuti oleh
org melayu (murtad kepada agama lain) ialah hindu, kristian dan budha, di mana agama kristian
merupakan agama paling aktif berbanding dengan agama lain kerana melibatkan gerakan tersusun
oleh misionaris antarabangsa. Manakala mereka yang mertad kepada agama hindu dan budha
hanya melaui proses perkahwinan dan percintaan secara rambang.

Sejarah telah menunjukkan proses kristianisasi ini telah mula bertapak di Tanah Melayu semenjak
penjajahan Portugis 1511 masehi lagi. Sekiranya kita melihat kota Melaka kita akan mendapati di
sana terdapat banyak gereja² yang dicat warna merah. Itulah tempat batu asas agama kristian di
Malaysia. Di salam Kpta Melaka terdapat satu kubur mendiang ketua paderi Melaka yang berdiri
megah dalam A FAm0sa.

Kemerdekaan Malaya diharapkan dapat menghapus saki baki gerakan tersebut. Tatapi peristiwa
Natrah menggugat sentiment orang Melayu Islam. Sekali lagi maruah umat islam tercabar. Peristiwa
tersebut menjadi catatan sejarah penting umat islam itu amat melukakan hati umat islam. Tapi yang
menyedihkan apabila Kerajaan Malaya ketika itu tidak menjadikannyar iktibar untuk memelihara
kesucian akidah umat islam Malaya. Hari ini kesan tersebut telah mula dirasai, generasi era
kemerdekaan tidak dibekalkan pendinding iman yang kukuh.

 Laporan Bernama yang dipetik dari majalah The Minaret terbitan Pusat Islam California
mengatakan pendakwah Kristian menjadikan Malaysia di antara negara sasaran bagi satu gerakan
dakyah yang dipanggil “Window 10/40” kerana Malaysia salah satu negara yang terletak dalam garis
lintang 10 dan 40 peta dunia ( sumber : berita harian 4 feb 1997). Malah di dalam sebuah lap0ran
utusan Malaysia bertarikh 3 feb 1997, Jabatan Agama Johor bersama – sama dengan Kementerian
Dalam Negeri telah merampas 250 judul buku mengenai ajaran kristian dalam bahasa melayu.
Buku² tersebut menggunakan judul seperti Kaabah, Wahyu Ilahi dan Mengenal Rasul. Salah satu
taktik kafirrun…
4 kes murtad anak melayu

Peristiwa Jamaluddin @ jeshua othman (1987) daripada Jalan Daud, Muar, Johor merupakan titik
tolak kepada dakwah terang – terangan kristian setelah kian lama berselindung disebalik dinding
gereja. Dalam kes tersebut jushua telah mendakwa Menteri Dalam Negeri kerana menyumbatnye
dalam ISA atas alas an menyebarkan dakyah kristian. Sehingga tarikh dia diberkas, ramai anak
melayu telah berjaya dikristiankannya. Dalam dakwaan tersebut beliau menggunakan alas an
undang² kebebasan beragama untuk melepaskan diri dari l0kap ISA. Pemimpin kristian melayu
tersebut akhirnye telah dibebaskan.

Pada tahun 1996 hartina kamaruddin daripada Kampar Perak telah murtad kerana mengikut agama
suami berbangsa India bernama rajeswaran. Hartina telah menunjukkan surat² sumpah kepada
keluarga bertarikh 1 sept 1995 yang mengatakan bahawa dirinya tidak lg mempraktikkan agama
islam lg dan telah menukarkan namanyer kepada nivashiny rajeswaran dan surat pendaftaran
perkahwinan mereka bertarikh pada 24 mac 1996

Pada tahun 1997 umat islam dikejutkan lg dengan kes murtad n0r aisyah bokhari daripada pontian.
Johor yang berkahwin lari dengan se0rg pemuda bukan islam berbangsa cina. Nor aisyah adalah
lulusan diploma in banking dari itm bekerja disebuah bank Jalan Ampang merupakan se0rang yang
warak, anak seorang iman dan mampu menghafal surah yassin. Beliau telah lari daripada rumah di
pontian dan dipercayai telah dimurtadkn kerana mengikut ajaran suami…

Pada tahun 1998 azlina jailani berbangsa melayu keturunan jawa telah dimurtadkan dan menukar
namanye kepada lna j0y. ayahnye bernama jailani bin sharif dan ibu bernama kalthum bin omar.
Azlina telah mengistiharkan tidak mempraktik agama islam sejak lahir, beragama islam sepenuhnye
sejak tahun 1990. mempunyai sijil baptis dari gereja baptis our lady fatima di brickfields dan pada
tahun 200 telah menyatakan ingan mengahwini seorang lelaki India beragama kristian.

HARI INI ORANG MELAYU TIDAK BOLEH LaGi BERDIRI MEGAH MENYATAKAN MELAYU
ISLAM. SEKARANG BANGSA MELAYU TIDAK LAGI AGUNG DISISI ALLAH MELAINKAN
MEREKA YANG BERIKTIKAD DI DALAM JIWA DENGAN DUA KALIMAH SYAHADAT. KALAU
DULU SERATUS PERATUS MELAYU ADALAH ISLAM, TETAPI SEKARANG MALU RASANYA
KALAU HENDAK MENGAKUI BEGITU LAGI…
RASULULLAH MENUMPAHKAN DARAH DAN KERINGAT UNTUK AGAMA HINGGA TERCABUT
GIGI DI L0NTAR BATU DENGAN SERIBU PENGHINAAN TAPI UMATNYE ZAMAN SEKARANG
BEGITU DAIF….BANGKIT LAH WAHAI UMAT MUHAMMAD…..
ALLAHUAKBAR..ALLAHUAKBAR..ALLAHUAKBAR…..

“ barang sesiapa yang murtad di antara kamu daripada agamanya lalu dia mati maka jadilah dianye
itu kafir di dunia dan terhapuslah segala amalannyer di dunia dan mereka menjadi penghuni neraka
dan mereka kekal di dalamnyaselama²nya ”
Surah AL-BAQARAH ayat 217

Strategi musuh islam

Mempengaruhi umat silam melalui industri fesyen dan hiburan


Menjual prodak yang haram disisi islam
Melahirkan mubaligh di kalangan orang melayu
Menggoda gadis dan pemuda islam untuk bercinta dan berkahwin dengan penganut mereka
Menuntut kebebasan murtad 
Penyebaran injil/alkitab dalam bahasa melayu
Mewujudkan ng0² seperti ifc
Tindakan anda

Membeli produk yang disahkan halal


MENINGKATKAN PENGETAHUAN TERHADAP ISLAM
Mendekatkan diri dengan organisasi islam
Menjaga pergaulan lelaki dan perempuan
Mengeratkan hubungan kekeluargaan
Menjauhkan diri dari program hiburan yeng tidak berfaedah
Sentiasa mengambil tahu hal ehwal umat islam
MENJAGA SOLAT 5 WAKTU
Gerakan Kristianisasi di Malaysia
Kategori: Umum

Tera Tak Adamar & Mohd Elfie Nieshaem Juferi

Kalimah kesyukuran diucapkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah nikmat yang dikurniakan-Nya
serta dengan taufik dan hidayah-Nya, kita masih mengecapi kemanisan iman sehingga ke hari ini.
Nikmat Iman dan Islam inilah yang telah dianugerahkan oleh Yang Maha Esa bersama kemegahan
yang dijanjikan oleh Allah subhanahu wa’ taala.

Sejarah telah mencatatkan bahawa kemegahan dan keagungan Islam mula dicarikkan sedikit demi
sedikit bersama runtuhnya Daulah Islamiah Uthmaniyyah pada tahun 1942. Daulah yang
diamanahkan untuk menjaga hak asasi manusia telah hancur lebur. Malah hari ini kita menyaksikan
akidah yang menjadi benteng kekuatan umat Islam juga mula diruntuhkan setelah 74 tahun
runtuhnya ad-Daulah al-Islamiah.

Mutakhir ini gejala murtad mula menyerang orang-orang Islam di Malaysia. Apa yang menyedihkan
ialah kebanyakan yang terlibat ialah anak-anak yang kurang berpendidikan agama, walaupun tidak
dinafikan sesetengah daripada mereka telah dibekalkan secangkiran ilmu agama, tetapi ia terlalu
nipis untuk menjadi benteng serangan murtad. Setakat pemerhatian penulis, antara agama yang
menjadi pilihan untuk dianuti oleh orang Melayu (murtad kepada agama lain) ialah Kristian, Hindu
dan Buddha, di mana agama Kristian yang merupakan agama paling aktif berbanding dengan
agama lain kerana ia melibatkan gerakan tersusun oleh misionaris antarabangsa, manakala mereka
yang murtad kepada agama Hindu dan Buddha hanya melalui proses perkahwinan dan percintaan
secara rambang. Gerakan Kristianisasi di Malaysia inilah yang merupakan fokus perbincangan
artikel ini, Insya’ Allah.

Sejarah telah menujukkan proses Kristianisasi ini telah mula bertapak di Tanah Melayu semenjak
penjajahan Portugis 1511 Masehi lagi. Sekiranya kita melihat Kota Melaka kita akan dapati di sana
terdapat banyak gereja-gereja yang dicat warna merah. Itulah tempat batu asas agama Kristian di
Malaysia. Di dalam Kota Melaka terdapat satu kubur mendiang ketua paderi Melaka berdiri megah
dalam A Famosa. Walau bagaimanapun proses Kristianisasi di Tanah Melayu kurang berjaya
sehinggalah Malaya mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957 Masehi.

Kemerdekaan Malaya diharapkan dapat menghapuskan saki-baki gerakan tersebut. Tetapi peristiwa
Natrah menggugat sentimen orang Melayu Islam. Sekali lagi maruah umat Islam tercabar. Peristiwa
yang menjadi catatan sejarah penting umat Islam itu amat melukakan hati umat Islam. Tetapi yang
menyedihkan apabila kerajaan Malaya ketika itu tidak menjadikannya iktibar untuk memelihara
kesucian akidah umat Islam Malaya. Hari ini kesan tersebut telah mula dirasai, generasi era
kemerdekaan tidak dibekalkan pendinding iman yang kukuh, akidah Islam di tahap yang
menyedihkan, budaya barat menjadi ikutan sesetengah golongan muda. Penulis juga mengenali
beberapa orang Melayu yang mengaku dirinya Islam tetapi pulang awal pagi dalam keadaan mabuk.
Kesannya, akidah umat Islam mula goyah.

Laporan Bernama yang dipetik dari majalah The Minaret terbitan Pusat Islam California mengatakan
pendakwah Kristian menjadikan Malaysia di antara negara sasaran bagi satu gerakan dakyah yang
dipanggil “Window 10/40″, kerana Malaysia salah satu negara yang terletak di antara garis lintang
10 dan 40 di peta dunia (sumber: Berita Harian, 4 Februari 1997). Malah di dalam sebuah laporan
Utusan Malaysia bertarikh 3 Februari 1997, Jabatan Agama Islam Johor bersama-sama dengan
Kementerian Dalam Negeri telah merampas 250 judul buku mengenai ajaran Kristian dalam bahasa
Melayu. Buku-buku tersebut menggunakan judul seperti Kaabah, Wahyu Ilahi dan Mengenal Rasul.
Sekali pandang kepada tajuk-tajuknya seolah-olahnya buku-buku agama Islam, inilah salah satu
taktik mereka untuk cuba menarik minat orang-orang Islam untuk membaca buku-buku ini (sila rujuk
gambar 1 & 2).

Gambar 1: Inilah buku-buku dakyah Kristian yang sedang beredar sekarang. Buku-buku ini ialah
‘Kepercayaan dan Amalan Orang Kristen’ oleh William Miller, ‘Kisah Al Masih’,iaitu ”riwayat hidup
Isa” (a.s.) berdasarkan kitab Lukas dalam Kitab Perjanjian Baru (New Testament), ‘Circumcised
Heart’ oleh Hilmy Nor dan ‘Freedom of Religion In Malaysia’ oleh Lee Min Choon. Dua buku terakhir
telah diterbitkan oleh Kairos Research Centre.

Gambar 2: Dua keratan Alkitab (Bibel), dari buku Keluaran (Exodus) fasal 3 dan dari buku
‘Yehezkiel’ (Ezekiel) fasal 2. Alkitab (Bible) ini menggunakan istilah-istilah Arab seperti “Allah”
sebagai nama Tuhan, “imam” untuk paderi dan beberapa istilah lain seperti “nabi”, “malaikat” dan
lain-lain lagi. Istilah-istilah ini sebenarnya boleh mengelirukan orang-orang Islam. Alkitab ini
diterbitkan oleh ‘The Bible Society of Malaysia’ beralamat di No. 2, Jalan SS 20/10, Damansara Kim,
47400 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

Peristiwa Jamaluddin @ Jeshua Othman (1987) merupakan titik tolak kepada dakwah terang-
terangan Kristian setelah sekian lama berselindung di sebalik dinding gereja. Dalam kes tersebut
Jeshua telah mendakwa Menteri Dalam Negeri kerana telah menyumbatnya dalam ISA atas alasan
menyebarkan dakyah Kristian. Sehingga tarikh dia diberkas, ramai anak Melayu yang telah berjaya
dikristiankannya. Dalam dakwaan tersebut beliau menggunakan alasan undang-undang kebebasan
beragama untuk melepaskan diri dari lokap ISA. Pemimpin Kristian Melayu tersebut akhirnya
dibebaskan (sila rujuk gambar 3) .Pendakwah Kristian dibebebaskan atas nama kebebasan
beragama setelah ramai anak Melayu yang gugur Islamnya? Itukah keadilan Malaysia, tanah air kita
yang tercinta setelah kemerdekaan, itukah nilai kemerdekaan orang Melayu Islam?

Gambar 3: Nama Jamaluddin Othman sebagai seorang murtad di dalam buku ‘Freedom of Religion
In Malaysia’, halaman 42.

Belum habis dengan masalah Jeshua Othman, umat Islam di Malaysia dikejutkan pula dengan kes
murtad Nor Aishah Bokhari, yang berkahwin lari dengan seorang pemuda bukan Islam (sila rujuk
gambar 4). Berapa ramaikah wanita Islam yang murtad sebelum kes Nor Aishah Bokhari
terpampang di muka depan suratkhabar tempatan?
Gambar 4 : Nama Nor Aishah Bokhari sebagai seorang murtad di dalam buku ‘Freedom of Religion
In Malaysia’, halaman 51.

Hari ini orang Melayu tidak lagi boleh berdiri megah menyatakan Melayu Islam. Sekarang bangsa
Melayu tidak lagi agung di sisi Allah melainkan mereka yang beriktikad di jiwanya dengan dua
kalimah syahadat. Kalau dulu seratus peratus Melayu adalah Islam, tetapi sekarang malulah
rasanya kalau hendak bercakap begitu lagi.

Di sini penulis ingin mengajak pembaca merenung sepotong hadis Nabi s.a.w. Sabdanya:

“Akan terungkai ikatan Islam satu persatu, dimulai dengan gugurnya hukum perundangan Islam dan
diakhiri dengan keguguran sembahyang.”

Setelah 74 tahun hukum perundangan Islam diporak-perandakan oleh tangan-tangan kafir,


sekarang kita dapat melihat bilangan yang tidak sedikit umat Islam yang meninggalkan
sembahyang, dan inilah antara faktor yang melebarkan lagi gejala murtad di Malaysia. Ulama Islam
ada mengatakan bahawa perbezaan antara seorang Muslim dan seorangkafir dari segi amalanya
ialah sembahyang. Jadi apakah bezanya di antara Muslim yang engkar sembahyang dengan yang
kafir? Inilah perkara pertama yang umat Islam perlu fikirkan sebelum kita membicarakan cara-cara
menyekat gejala murtad.

Sekiranya kita mengkaji Fiqh Perundangan Islam, kita akan dapati terdapat cara-cara khusus yang
telah digariskan oleh Islam untuk menyekat gejala syirik dan murtad ini daripada melanda umat
Islam. Tetapi sayangnya sistem perundangan Islam diketepikan sewenang-wenangnya oleh
pemerintah sekarang.Sinar nur ataupun cahaya perundangan Islam dipadamkan terus daripada
terus bersinar di mahkamah syariah. Orang-orang kafir menggunakan kesempatan daripada
kelemahan perundangan mahkamah sivil untuk mempersenda dan memporak-perandakan umat
Islam dan agama yang dianuti oleh mereka (sila rujuk gambar 5) . Firman Allah:

“Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka tetapi Allah tetap
menyempurnakan nur-Nya walaupun dibenci oleh orang-orang kafir.” (Surah Ash Saf: 8)
Gambar 5 : Akhbar gereja Katolik, “The Herald”, yang diterbitkan oleh Uskup Agung (Archbishop)
Kuala Lumpur (setiap 2 minggu sekali) pada keluaran 4 Jun 2000 telah menyiarkan sedutan dari
ceramah yang disampaikan oleh penulis buku Freedom of Religion in Malaysia, Lee Min Choon. Lee
secara terang-terangan telah mencabar maruah dan sensitiviti umat Islam dalam ceramahnya.

Kita sebagai seorang Mulim sejati yakin bahawa suatu hari nanti nur Islam akan bersinar kembali di
Malaysia. Oleh itu sesiapa yang mengaku dirinya Muslim wajib berjuang menegakkan kalimah Allah
di bumi tercinta ini. Hanya dengan pengakuan Daulah Islamaiah dan sistem perundangan Islam
sahaja yang akan dapat mengembalikan keagungan Melayu di Malaysia.

Ibu bapa yang berperanan sebagai pendidik pertama perlu membekalkan ilmu agama kepada anak-
anak. Sekarang dengan kewujudan sekolah-sekolah agama sekurang-kurang dapat membantu
merebaknya gejala murtad. Guru-guru agama di sekolah mempunyai tanggungjawab yang berat
dalam menjelaskan keburukan murtad. Tetapi perlu diingatkan gerakan misionaris sekarang mula
memasuki sekolah-sekolah agama. Oleh itu pihak sekolah perlu mengawasi pelajar-pelajar supaya
berhati-hati dengan dakyah mereka. Menceritakan tentang murtad dari segi kaca mata Islam adalah
salah satu cara awal menyekat gejala murtad dari meresap di sekolah-sekolah.

Apa yang penting dan perlu diingatkan di sini adalah setiap Muslim tanpa mengira warna kulit
adalah bertanggungjawab memikul amanah amar makruf dan nahi munkar. Firman Allah Taala:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu membela (agama) Allah nescaya Allah akan membela
kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.” (Surah
Muhammad:7)

Semoga dengan membaca artikel ini, segala bukti mengenai gerakan Kristianisasi ini jelas dan
mudah difahami oleh para pembaca dan dengan jalan ini, gejala murtad dapat disekat sebelum
tertegaknya ad-Daulah al-Islamiah al-U’zmaa.
Sekian, wallahu a’lam

Anda mungkin juga menyukai