Anda di halaman 1dari 4

pemudapemudicintakanmasjid.blogspot.com/.../cara-mendidik-anak-dari- imam-al-ghazali.

html

Khamis, 30 Disember 2010

Di dalam kitab Siyarus Salikin, Imam Al-Ghazali Rahimahullahu Taala


berkata:

Wajib ke atas ibubapa memelihara anak daripada segala kejahatan dan


maksiat serta menyuruh anak berbuat kebaikan dan melakukan amal
ibadat.

Dosa anak terpikul di bahu orang tuanya jika dibiasakan anak dengan
perkara kejahatan.

Melindungi anak daripada api neraka akhirat dengan memberikan didikan


dan mengasuh serta mengajarkan akhlak yang elok dan menjaganya
daripada berkawan dengan orang yang buruk perangai dan tingkah laku.

Tidak membiasakan anak dengan bersenang-senang, bermewah-mewahan


yang akan menyebabkan anak akan mensia-siakan usia mengejarnya
apabila dewasa kelak.

Tidak menyusukan anak dan menjaga anak kecuali kepada wanita yang
solehah lagi berpegang teguh pada agama dan memakan hasil yang halal.
Air susu dari yang halal itu ada berkatnya dan perangai anak itu mengikut
perangai orang yang menjaga dan melalui air susu wanita yang
menyusukannya.

Apabila anak ada perasaan malu (tanda telah 'tamyiz' iaitu


berkemampuan membezakan), hendaklah mengasuhnya selaras dengan
kehendak hukum syariat yang merupakan sebahagian dari iman.

Mengajarkan anak adab sopan santun ketika makan dan perlu


membiasakan anak memakan roti kosong tanpa lauk pada waktu tertentu
agar terbiasa tidak perlu makan banyak. Menggalakkan anak bersifat
murah hati dan tidak tamak dengan mengajarnya memberi makanan pada
orang lain.
Menggalakkan anak memakai pakaian berwarna putih dan melarang anak
lelaki memakai sutera dan melarangnya memakai pakaian berlawanan
jantina.

Anak yang dibiasakan berkawan dengan anak yang biasa bermewah-


mewah, bersenang-senang, bersuka-suka nescaya akan menjadi anak yang
bersifat buruk akhlaknya iaitu akan banyak berdusta, dengki, mencuri,
kuat fitnah, suka berkelahi, banyak cakap/ketawa, banyak menipu yakni
kurangnya perasaan malu.

Hendaklah selalu mengajak anak ke tempat pengajian pelajari Quran,


Hadis, Tasauf, kisah nabi dan kisah golongan Aulia serta orang-orang
soleh.

Hendaklah melarang anak dari bersyair dan bercampur dengan golongan


sasterawan.

Menyanjung, memuji, mengupah anak apabila anak melakukan tingkahlaku


terpuji supaya membiasakannya mengekalkan berakhlak baik. Mengecam
dan menegur anak secara sembunyi atas kesalahan anak.

Hendaklah melarang anak tidur di siang hari kerana tubuh anak akan
lemah dan ia akan tidak bersabar untuk menikmati keselesaan. Anak
hendaklah dibiasakan unsur kurang selesa pada tempat tidur, pakaian dan
makanannya.

Hendaklah melarang anak berbuat sesuatu secara sembunyi-sembunyi.

Hendaklah membiasakan anak tidak mendedahkan lutut dan segala


auratnya.

Hendaklah melarang anak dari perbuatan bermegah-megah pada kawan-


kawannya.

Hendaklah membiasakan anak merendah diri, hormati orang dan berlemah


lembut ketika bercakap.
Hendaklah menjijikkan anak akan perbuatan sukakan emas, perak dan
tamakkan keduanya.

Hendaklah membiasakan anak tidak berludah di tempat awam, tidak


mengeluarkan hingus, tidak menggeliat, menguap di hadapan orang ramai,
bertopang dagu, menyandar kepala di lengan kerana tanda malas dan
kurang berhemah yang menjatuhkan martabat dan memalukan diri sendiri.

Hendaklah melarang anak banyak bercakap, ia petunjuk kurang sopan dan


larang anak bersumpah sama ada benar atau palsu supaya tidak terbiasa.

Hendaklah membiasakan anak tidak memulakan percakapan dan sekadar


menjawab apa yang ditanyakan orang serta mendengarkan baik-baik
apabila orang tua bercakap dengannya.

Hendaklah melarang anak bercakap yang bukan-bukan, kotor, mengutuk


dan memaki orang. Dan melarang anak bercampur dengan orang yang
bermulut celupar seperti itu.

Selepas anak mengaji Al-Quran dan belajar izinkannya bermain-main yang


elok dan beristirehat melapangkan fikiran setelah letih belajar supaya
kecerdasannya tidak terbantut, tidak mematikan hatinya.

Kanak-kanak di ajar menghormati dan mentaati ibubapa dan tidak


menderhaka, di ajar mentaati guru, pengasuh juga orang yang lebih tua
darinya.

Bagi kanak-kanak tahap tamyiz, bapa mestilah tidak membenarkan anak


meninggalkan amalan Thaharah, solat dan suruhlah berpuasa beberapa
hari di bulan Ramadhan.

Ajarkan kanak-kanak hukum-hukum syariat, takutkannya dengan dosa-


dosa mencuri, memakan yang haram, berdusta, berkhianat, bercakap
kotor dan perbuatan buruknya.

Sabda Rasulullah SAW: “Kanak-kanak yang bapanya masih ada di sapu


kepalanya hingga ke belakang. Anak yatim yang bapanya telah tiada di
sapukan kepalanya hingga ke depan kepalanya.” (HR Bukhari)

Sabda Rasulullah SAW lagi: “Jika engkau mahu hatimu menjadi lembut dan
mencapai hajatmu, maka kasihanilah anak yatim, sapulah kepalanya dan
berilah ia makananmu nescaya hatimu menjadi lembut dan hajatmu
tercapai.” (HR Thabrani)

Anda mungkin juga menyukai