Anda di halaman 1dari 7
Bingkisan Pertanian B59 Langkah-Langkah Kawalan Penyakit | Sacbrood Lebah Madu ~ No: Terbitan : BP59/10-94/5R ‘Semua maklumat dan bahan dari penerbitan ini boleh dirujuk dan digunakan dalam apa juga dengan syarat sumberrujukannya dinyatakan dengan jelas Manuskrip terbitan ini disediakan oleh Cawangan Kuarantin Tumbuhan. Konsep persembahan, suntingan dan grafik oleh Cawangan Komunikasi Pembangunan. Diterbitkan oleh: Jabatan Pertanian, Semenanjung Malaysia, KualaLumpur. A. PENGENALAN Sacbrood adalah penyakit anak lebah (brood) yang mudah berjangkit. Ia menyerang peringkat larva dan boleh merebak serta menjadi serius, Sacbrood menyebabkan larva mati dan akan mengurangkan bilangan lebah dewasa, Walaupun pada umumnya penyakit sacbrood tidak menghapus- kan keseluruhan koloni lebah tetapi ia boleh mengakibatkan Koloni tersebut menjadi lemah dan lebih mudah diserang perosak lain. B, TANDA-TANDA SERANGAN 2. Tanda awal serangan sacbrood ialah terdapat- nya larva yang mati dalam sel-sel kom yang belum bertutup dan dalam sel-sel yangtelah tertutup. Pada sel-sel kom yang telah tertutup, kelihatan lubang, pada penutup sel (Gambar 1), Gambar 1: Penutup sel brood berlubang pada sel yang. djanghit sacbrood. 3. Wama larva yang baru dijangkiti "sacbrood" adalah putih kekelabuan. Setelah mati larva akan bertukar wama kepada kekuningan dan kepalanya berwarna hitam. Larva didalam sel yang diserang menjadi kempis (Gambar 2adan 2b) Kemudian larva akan kelihatan seperti pundi yang mengandungi cecair. Keadaan i menyebabkan penyakit ini dipanggil “sacbrood’ (Gambar 3). Beberapa hari kemudian larva akan bertukar wama kepada coklat dan seterusnya menjadi kehitam-hitaman, Gambar2: (a) Larva yang bara maui berwama ekaningan dan kepalanya herwama ita (panedangan tepi) (b) Larve-larve menjadi kompis(panelangan atas) Gambar3: Larva kemudiannye kelihatan seperti purdi yang mengandungi cecair (Penyakit dipangeil “Sacbrood") 4. Semasa larvayang mati menjadi reput, kulit luamya menjadi keras dan larva mudah dikeluarkan dari sel kom (larva hidup agaksukar dikeluarkan) Kedudukan badan larva yang mati akibat sacbrood adalah melengkung dengan kepalanya keatas dan bentuknya menyerupai sampan atau "Chinese Slipper" 5. Sekiranya larva yang dijangkiti adalah banyak, koloni akan menjadi lemah kerana bilangan lebah dewasa telah berkurangan. Akibatnya lebah-lebah perawat (nursebee) tidak berupaya untuk mem- bersihkansel-sel kom dan mengeluarkan larva-larva yang telah mati, Oleh yang demikian, ratu lebah terpaksa bertelur merata-rata dibahagian tepi kom berkenaan mengakibatkan taburan sel-sel yang ‘mengandungi anak lebah (brood pattern) pada kom yang terkena sacbrood kelihatan tidak teratur. CARA KEMEREBAKAN PENYAKIT 6. Penyakit sacbrood adalah disebabkan oleh sejenis virus. Larva yang baru mati yang ber- wama’ kekuningan adalah punca ‘merebaknya jangkitan. Larva akan menjadi kering dan berwama coklat, Dua bulan lebih selepas diserang ia ‘tidak akan menjadi punca jangkitan. 7. Jangkitan penyakit sacbrood dalam haif berlaku apabila debu- nga, nektar dan air yang tercemar oleh virus. Jangkitan berlaku apa bila lebah perawat yang sebelum itu telah membersihkan sel-sel kom yang mengandungi larva yang berpenyakit memberinya kepada larva yang baru. 8, Jangkitan penyakit sacbrood daripada satu haif ke haif yang lain adalah melalui penggunaan peralatan yang tercemar atau aktiviti lebah “forager” (pencari nektar dan debunga). Selain itu, jangkitan sacbrood juga berlaku melalui lebah-lebah yang mencuri makanan (robbing) atau lebah- lebah yang berpindah — haif. Kejadian ini biasanya_ berlaku apabila koloni lemah dan haif berpenyakit ditinggalkan (abscond- ing) 9. Cara kemerebakan penyakit sacbrood ini diterangkan dalam rajah 1. Koloni Berpenyakit Larva Borpenyakit “ Joagin | | 1) Labeh berpenyalkit pindah tersarang di ha kesong 2 Coraboh hat iba shat 3) Masuk curt mada 4) Lebah sihat menceroboh ‘koloni berpenyaicit Rajah 1: Cara Kemerebakan Penyakit Sacbrood Pindah bersars dalam lubang Sango ada ‘Koloni nektar bunge me || | eet Jangkitan mulut ke mulut (hsan dari Dr. Muhamad Muid, UPM). t D. LANGKAH-LANGKAH MENGAWAL DAN MENYEKAT PENYEBARAN (@) Syormenghapuskan punca virus 10, Penternak lebah dinasihatkan memeriksa hai’ lebah setiap dua minggu sekali dan sekiranya menemui penyakit sacbrood, perlulah mengambil Jangkah-langkah berikut:- ’) _Apabila serangan sacbrood melebihi 20% pada kom berkenaan, kom itu dikeluarkan dari haif dan dibakar atau dicairkan dalam "solar wax extractor" ii) Jika lebih 20% anak lebah berpenyakit, semua lebah dewasa dalam haif periu dihapuskan dengan ‘semburan racun serangga aerosol kegunaan rumahtangga, Tutup haif dan ulangi semburan selepas 24 jam untuk memastikan penghapusan, ii) Asingkan lilin kom daripada bingkai kom dan lilin kom hendaklah dibakar atau dicairkan, iv) Bingkai kom dirawat secara pewasapan dengan formalin. Ini dilakukan dengan memasuk- kan seketul kapas yang telah dicelup dalam formalin (38-40%) ke dalam karung plastic berisi bingkai, ikatkan karung plastik dan biarkan selama 24jam. vy) Asingkan kotak haif dan bingkai kom. Kotak dan bingkai disanitasikan sebelum diguna semula ‘melalui salah satu kaedah berikut: @ — Pewasapan dalam formalin. Gi) Rendam dalamlarutan 2% chlorox. (iit) Rendam dalam arutan dettol. b. Syor mengurus koloni 11. Jika serangan sacbrood pada haif tidak begitu serius (5 hingga 20 peratus anak lebah berpenyakit), benarkan koloni untuk puliht dengan pengurusan yang baik. Diantara kaedah pengurusan koloni lebah yang dijangkiti sacbrood ialah dengan menggantikan ratu lebah (requeening). Ratu lebah boleh diganti melalui salahsatu cara berikut: (@_Pulih senditi (Koloni dengan sendirinya men- gelvarkan ratu baru untuk menggantikan ratusedia ada), atau Gi) Memasukkan ratu baru yang sihat, telah men- ‘gawan dan subur selepas 21 hari ratu lama dikeluar- kan dari haif. Sekiranya memerlukan bantuan untuk meng- gantikan ratu lebah, sila hubungi: Pusat Apiari Nasional, Unit Perlindungan Tanaman, Jabatan Pertanian, Parit Botak, Senggarang, Batu Pahat, Johor Tel: 07-4292495 12, Setelah ratu lebah yang baru dimasukkan, makanan tambahan iaitu sirap gula hendaklah diberikan kepada koloni untuk mempercepatkan perkembangan populasi lebah, Usaha ini perlu dilaksanakan secara serentak dan menyeluruh disesuatu kawasan yang diserang penyakit ini. 13, Jika tahap serangan sacbrood pada suatuhaif’ adalah sangat rendah iaitu kurang daripada 5 peratus, maka dua koloni berkenaan bolehlah disatukan, Makanan tambahan iaitu sirap gula juga perludiberikan bagi membantu koloni pulih dengan lebih cepat. E, PERATURAN KUARANTIN TUMBUHAN 14, Pengimportan lebah madu dari luar negara adalah dikawal di bawah Peraturan-peraturan Kuarantin Tumbuhan 1981. Pengimportan boleh di- buat setelah mendapat kelulusan melalui permit import dari Jabatan Pertanian Malaysia. Peng- importan lebah mestilah disertakan dengan Sijil Fitosanitasi dari pihak kuarantin di negara asal 15. Pengimportan hanya dibenarkan daripada negara-negara yang. tidak terdapat penyakit- penyakit lebah yang berbahaya seperti Sacbrood, Thai Sacbrood, American Foulbrood, European Foufbrood, Kashmir Bee Virus dan penyakit-penyakit lebah lain yang berbahaya, 16, Pengimportan hanya dibenarkan bagi ratw lebah bersama beberapa ekor lebah perawat (nurse bee) yang telah diperolehi dari haif yang bebas dari penyakit lebab. 17, Pengimportan lilin kom samada yang mengan- dungi anak lebah (brood) atau tidak adalah dilarang. 18. Lebah yang diimport hendaklah diletakkan di bawah pengawasan kuarantin di tempat yang telah dipersetujui semasa_permohonan permit import. Lebah tidak bolch dipindahkan ke kawasan laintanpa Kebenaran dari Pegawai Pemeriksa Kuarantin dari Pejabat Kuarantin Jabatan Pertanian yang ber hampiran, Bagi mendapatkan keterangan lanjut sila hubungi: Pengarah, Cawangan Kuarantin Tumbuhan, Jabatan Pertanian, Jalan Gallagher, 50480 KUALA LUMPUR. Tel:03-2983077 Faks; 03-2983 646 Rugjukan Honey bee brood diseases, Henrik Hansen, LLaunso, BlaviernesBuketkontor, Copenhagen, Denmark. Penghargaan Jabatan Pertanian merakamkan penghargaan kepada Dr. Hussan Abd. Kadir dari MARDI Serdang yang telah mengizinkan gambar koleks! beliau (gambar I) digunakan dalam terbitan int Bingkisan Pertanian B59 Langkah-Langkah Kawalan Penyakit | Sacbrood Lebah Madu ~

Anda mungkin juga menyukai