Anda di halaman 1dari 4

iv

DEDIKASI

Buat bonda dan ayahanda yang disanjungi,

Bonda Hjh Sharifah Shipah bt Syed Abd Rasid

Ayahanda Hj Syed Abdul Rahman bin Hj Syed Jaafar

Penat jerih kalian membesarkanku tanpa jemu

Buat penyelia yang dihormati,

Doktor Faizah binti Abdul Ghani

Terima kasih di atas segala tunjuk ajar yang diberikan selama ini

Dan tidak lupa kepada rakan-rakan seperjuangan,

Terima kasih di atas kerjasama dan dorongan yang diberikan,

Semoga kejayaan sentiasa menjadi milik kita bersama.Insya’Allah


v

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan
salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Bersyukur saya ke hadrat Illahi
kerana dengan limpah kurnia-Nya serta keizinan-Nya maka terhasillah laporan bagi
projek sarjana ini.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga
kepada penyelia, Doktor Faizah Binti Abdul Ghani kerana bimbingan, buah fikiran serta
tunjuk ajar beliau. Sekalung penghargaan buat keluarga, terutama mak dan ayah kerana
tidak jemu memberikan dorongan dan perangsang untuk terus meneroka bidang ilmu
bagi mendapatkan kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Tidak lupa juga kepada pensyarah dan rakan-rakan yang banyak


menyumbangkan idea serta membantu dalam menyiapkan projek sarjana ini. Akhir
sekali, terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
semasa projek sarjana ini dijalankan. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa
baik kalian.
vi

ABSTRACT

This study was conducted to examine patterns of personality and personality


factors that influence the behavior of crime among juvenile offenders. The relationship
between personality and factors of influence personality were examined. There were
five personality being research such as Akidah, Ibadat, Muamalat, Muasyarat and
Akhlak. Five categories of factors influencing personality were parents influence, media
influence, peers influence and religious education influence. Participants were 175
juvenile offenders at Henry Gurney School, Melaka. The Juvenile offenders were given
the Instrument of Personality. The data was analyzed using The Statistical Packages for
Social Sciences ( SPSS ) version 17. Pearson correlation coefficients test were used for
data analysis. From the descriptive analysis, the Personality of Akidah was the highest
among juvenile offenders. The result showed significant relationship between Akidah
and at least two factors, there were parents influence and religious education influence.
However, the correlation relationship among of variable is weak.
vii

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pola sahsiah diri dan faktor yang
mempengaruhi sahsiah diri dalam kalangan pesalah laku jenayah juvana. Seterusnya
kajian ini akan melihat hubungan antara pola sahsiah diri dengan faktor yang
mempengaruhi sahsiah diri. Terdapat lima pola sahsiah diri yang dikaji iaitu akidah,
ibadat, muamalat, muasyarat dan akhlak. Manakala empat faktor yang mempengaruhi
pola sahsiah diri dikaji meliputi ibu bapa, media, rakan sebaya dan juga pendidikan
agama. Sebanyak 175 orang sampel terlibat dalam kajian yang terdiri daripada pesalah
laku juvana yang bertempat di Sekolah Henry Gurney, Melaka. Responden diberikan
satu set borang soal selidik yang terdiri Inventori Sahsiah Diri. Data yang diperolehi
dianalisis menggunakan Statistical Packages for Sosial Sciences ( SPSS ) versi 17. Data
deskriptif yang diperoleh menunjukkan bahawa pola akidah merupakan sahsiah diri
yang sangat tinggi dalam diri responden. Pengaruh Ibu Bapa mendahului peratus dari
empat faktor pengaruh sahsiah diri yang dikaji. Analisis inferensi korelasi Pearson yang
dijalankan menunjukkan pola sahsiah akidah mempunyai hubungan yang signifikan
sekurang-kurangnya dua faktor iaitu faktor pengaruh ibu bapa dan faktor pendidikan
agama. Namun begitu, hubungan korelasi yang diperoleh antara pemboleh ubah adalah
sangat lemah.

Anda mungkin juga menyukai