Anda di halaman 1dari 13

PEMBUANGAN BAYI

Definisi Bahasa:

Definisi buang menurut kamus Melayu Global ialah lempar, campak, asing dan
singkir. Pembuangan pula bermaksud perihal membuang atau tempat membuang
sesuatu.Manakala definisi bayi menurut Kamus dewan pula ialah anak kecil yang baru
dilahirkan.

yang demikan Allah telah tetapkan keseksaan atau balasan-balasan bagi orang-
orang yang melanggar larangan dan perintahnya . Di mana keseksaan ini berlaku sama
ada di dunia ataupun di akhirat kelak dan semuanya adalah atas kuasa Allah S.W.T.
Dengan itu pesalah pembuangan bayi ini pasti akan menerima balasannya yang
setimpal dari Allah tidak kira sama ada balasan di dunia dan di akhirat kelak.
Latar Belakang Masalah

Secara umumnya, jenayah merupakan sesuatu perbuatan yang melanggar


hukum syara’seperti berzina, berjudi, merompak(hirabah), minum arak, pembuangan
bayi dan lain-lain lagi.

Secara sedia maklum, pembuangan bayi ini merupakan salah satu jenayah
syariah yang telah bermula sejak zaman jahilliyah, di mana dalam sejarah ada dua jenis
pembuangan bayi iaitu pada zaman pemerintahan Firaun, di mana bayi tersebut
dibuang dan dibunuh yang terdiri daripada anak lelaki. Ini adalah kerana ditkuti bayi
tersebut akan menentang Firaun dan akan menegakkan agama Islam di muka bumi.
Manakala jenis yang kedua ialah pembuangan iaitu pada zaman jahilliyah, di mana
anak-anak yang di buang terdiri daripada anak perempuan. Ini adalah kerana pada
keadaan itu perasaan malu dan takutkan kemiskinan, ertinya ekonomi pada waktu itu
tidak akan maju jika ada bayi perempuan dilahirkan.

Pembuangan bayi pada dua zaman trsebut tidaklah dipandang sangat ini kerana
pada zaman tersebut Islam tidak berkembang lagi, dan kebanyakkan daripada mereka
terlalu jahil mengenai hukum-hakam dan larangan Islam.Tetapi yang lebih menghairan
kan lagi, di zaman serba maju dancanggih ini, manusia mutakhir sanggup membuang
anak kira lelaki atupun perempuan seperti dibongkar dalam akhbar-akhbar harian. Bayi
–bayi ini di buang begitu saja di dalam longkang ,tong sampah dan lebih menyedihkan
lagi ada yang dibakar hidup-hidup. Ini adalah fenomena besar yang melanda
masyarakat kita dan dipandang remeh oleh masyarakat kita. Adalah wajar bagi semua
pihak berganding bahu dan berkerjasama agar membendung perbuatan tidak
berperikemanusian bermaharajalela di tanah bumi kita.

Semua ini menujukkan gejala keruntuhan akhlak dan jiwa manusia yang semakin
hari semakin tandus dengan akhlak mulia. Jika ini dibiarkan dalam negara kita,
mungkin kita akan kembali pada zaman sebelum kedatangan Islam malah mungkin
lebih teruk lagi.
Punca-Punca Berlaku Pembuangan Bayi

Pembuangan bayi di kalangan remaja semakin tmenigkat dari tahun ke tahun.


Jenayah seperti ini biasa dikejutkan dengan penemuan bayi di merata-rata tempat,
sama ada yang masih hidup mahupun yang sudah tidak bermaya. Sudah tentu setiap
orang mengutuk perbuatan yang tidak berperikemanusian itu. Bukan sahaja masalah
pembuangan yang merunsingkan fikiran, bahkan pengguguran ,rogol, penderaan dan
pengabaian terhadap kanak-kanak boleh dikategorikan sebagai buang anak. Gejala
buruk ini mesti segera dibendung, dicari penyebabnya dan diamati benar-benar jalan
penyelesaiannya. Tanggungjawab ini adalah tanggungjawab kita bersama dan
hendaklah dipikul oleh semua pihak mungkin dengan pendekatan yang berbeza-beza.

Dengan ini, antara punca-punca berlakunya pembuangan bayi beradasarkan


kepada perkara-perkara yang menyebabkan keruntuhan moral di kalangan generasi
muda pada hari ini. Di antara yang dikenalpasti ialah latarbelakang peribadi remaja itu
sendiri, pendidikan agama yang diterima, perhubungan dengan ibu-bapa, persekitaran
kawasan kediaman, pengaruh kawan-kawan, peranan jiran dan peranan media.
Dengan dapat dihuraikan beberapa punca berlakunya keruntuhan moral dan iarkaN

Faktor penting yang mempengaruhi seseorang individu melakukan perbuatan


yang tidak diingini atau terlibat dengan keruntuhan moral ini ialah umur yang muda
mudah terpengaruh dengan perbuatan kawan-kawan mereka, belum berkahwin dan
kurang didikan agama. Umur remaja yang muda melambangkan zaman yang penuh
bergelora dan terumbang-ambing serta memerlukan bimbingan dari orang tua, tetapi
disebabkan ramai yang tinggal berjauhan, bimbingan ini tidak dapat diberikan lagi.
Maka umur yang muda dan ketiadaan bimbingan mengakibatkan keruntuhan moral dan
mudah terjebak dalam jenayah ini.

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab pihak yang kerajaan memperluaskan


lagi kegiatan dakwah ke pelosok tanah iar. Memang tiadak dapat dinafikan akhir-akhir
ini, media massa seperti tv, radio, akhbar, menyIarakan siaran agama secara meluas.
Tetapi ia tidak mencukupi untuk mebentuk dan melahirkan insan yang beriman.
Kebanyakan remaja yang terlibat dengan keruntuhan moral disebabkan mereka
tidak begitu faham mengenai hukum-hukum halal haram pergaulan dan dosa pahala
dalam perbuatan mereka seharian. Mereka juga mengetahui bahawa ibu-bapa mereka
tidak mengawal langsung pergaulan mereka setelah mereka berada jauh dari keluarga.
Oleh demikian pergaualan bebas tanpa kawalan ibu- bapa adalah factor utama kepada
keruntuhan ini berlaku.

Tambahan pula, zaman kini terlalu banyak video lucah yang boleh didapati
dengan mudah ,anak-anak pula tidur di bilik sendiri dan ibu-bapa menyediakan
televisyendan video, khas untuk anak dalam bilik. Kanak-kanak dan remaja yang terlalu
didedahkan dengan seks, sama ada menimbullalui pita video atau majalah-majalah
boleh menimbulkan nafsu syahwat. Pengaruh media, video dan majalah terlalu kuat
untuk remaja. Sebab itu didapati banyak berlaku kes-kes perkosaan yang dilakukan ole
saudara sendiri dan seterusnya terlibat dalam jenayah ini.

Selain itu, terdapat dua sebab kenapa golongan remaja atau gadis yang tidak
mempunyai suami lambat berjumpa doktor mengesahkan dirinya mengandung iaitu
remaja sememangnya tidak tahu tanda-tanda mengandung dan dia Cuma mengetahui
dirinya hamil apabila didapati perutnya semakin membesar. Remaja tersebut malu
untuk doktor bagi mengesahkan kandungannya. Apabila diketahui ahli keluarganya,
keluarganya berasa cemas dan salah satu penyelesaiannya ialah menggugurkan
kandungannya. Dengan rela menganggap ianya sebagai dugaan untuknya. Sebaliknya
mereka mesti meradang dan akan melakukan apa sahaja pada anak yang hamil,
mencari jalan tutup malu walaupun anaknymmja mungkin hendak meneruskan
kandungan.

Melalui faktor-faktor tersebut, jelaslah di sini bahawa kebanyakkannya berpunca


daripada remaja itu sendiri yang sering terdedah dengan gejala-gejala buruk yang
meruntuhkan akhlak moral mereka. Kebanyakkan faktor yang menyebabkan gejala ini
berlaku adalah disebabkan kerana takut akan keluarga mengetahui si gadis
mengandung haram (anak luar nikah) hasil hubungan zina tanpa batasan. Lebih-lebih
lagi dalam usia muda mereka sering terdedah dengan media-media seks yang boleh
menaikkan nafsu syahwat tanpa kawalan dari keluarga. Melalui perkara-perkara inilah
yang menyebabkan pembuangan bayi yang tidak berperikemanusian berlaku.

Golongan –golongan Yang Terlibat:

Dalam kes pembuangan bayi, sering kita dengar mengenai golongan-golongan


yang sering terlibat dalam jenayah ini. Sebagimana yang kita sedia maklum, biasanya
golongan yang sering terlibat dalam jenayah ini bole terbahagi kepada 2 iaitu:

Golongan Remaja/dewasa

Berdasarkan adalah berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan, jelas di sini


menyatakan atau menunjukkan bahawa 95% daripadanya yang terlibat adalah
golongan remaja di antara umur 21-30 tahun, iaitu 62% manakala remaja yang berumur
20 tahun ke bawah menunjukkan peratusan tinggi iaitu 35%. Dengan ini jelas
menunjukkan mereka yang terlibat adalah terdiri daripada lelaki dan perempuan
.Meraka juga sebahagian besar tediri daripada yang masih bujang iaitu yang belum
berkahwin. Kebanyakan remaja telah mendapat pendidikan formal atau tak formal.
Namun bealah gitu, hanya segilintir yang mengamalkan solat and berpuasa. Secara
umumnya, kebanyakan golongan ayng terlibat dalam kes ini adalah terdiri daripada
mereka yang rendah akhlak moralnya dan tidak mengaamal amalan seharian sebagai
oaring muslim.

Bangsa Melayu,.Cina India dan lain-lain

Sebagaimana yang kita maklum, kes pembuangan bayi sering melibatkan


bangsa kita sendiri iaitu Melayu. Remaja berbangsa Melayu menujukkan peratus yang
tertiggi terlibat dalam jenayah pembuangan bayi ini, sebaliknya bangsa Cina, India, dan
lain-lain kurang terlibat dalam kes jenayah ini.

Situasi seperti ini mungkin berlaku kerana bagi masyarakat Cina dan lain-lain,
tidak begitu menghairankan mereka mempunyai anak sebelum berkahwin. Malah ada
perbuatan yang paling dikeji oleh agaman dan pasti menjadi hinaan di sisi masyarakat.
Perkara ini menyebabkan bangsa melayu serin terjebak dalam gejala pembuangan bayi
ini kerana takut akan hinaan keluarga dan masyarakat, seterusnya malu atas maruah
diri yang telah tercemar dengan perbuatan zina yang hina lagi terkeji.

Siapakah Yang Patut Dipersalahkan

Dalam kes pembuangan bayi ini, siapa yang patut dipersalahkan tidaklah penting
sangat. Ini kerana kes ini berpuna daripada pelaku zina itu sendiri. Dalam hal ini,
kesedaran perlu ada dan penghayatan Rohani oleh golongan remaja itu sendiri itu
perlu ada untuk menghindarkan diri daripada perbuatan terkeji itu.

Lelaki atau Perempuan

Dalam masalah kes pembuangan bayi ini, seringkali perempuan menerima


akibat hasil perbutan zina ini. Ini kerana mereka yang akan mengandung dan menerima
segala akibat perbuatan yang memalukan. Berbanding dengan pihak lelaki, jenayah
pembuangan bayi ini sukar untuk dipersalahkan tanpa bukti yang kukuh. Pada
kebiasannya mereka akan terlepas tangan kerana tidak mahu bertanggungjawab atas
apa yang telah dilakukan.

Dengan ini pihak perempuan yang menanggung malu dan seterusnya terjebak
dalam kes pembuangan bayi sebagi jalan penyelesaian untuk menutup malu. Dalam hal
ini, kedua-dua pihak haruslah dipersalahkan kerana melakukan perbuatn zina itu atas
kerelaan masinig-masing tanpa memikirkan telabih dahulu akibatnya.

Lelaki yang buas (playboy) akan mengambil kesempatan untuk memuaskan


hawa nafsu mereka dengan seramai wanita yang disukainya kerana ia tidak perlu
betanggungjawab atas perbuatannya itu. Wanita yang terpedaya pula tidak mampu
untuk menyara dan pendidikan kepada anak tersebut. Tidak hairanlah, sekiranya
banyak kejadian membuang bayi ke dalam tong sampah dan sebagainya. Hanya
segelintir bayi sahaja diletak di merata-rata tempat dan dibesarkan di rumah-rumah
kebajikan. Jika sesuatu masayarakat itu majoriti anggotanya terdiri daripada daripada
anak-anak haram, yakinlah masyarakat itu akan hancur dan mundur suatu hari nanti.
Keluarga

Dalam kes pembuangan bayi ini, pihak keluarga haruslah juga dipersalahkan
kerana kadang-kadang mereka mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu-bapa, di
mana mereka hanya tahu mendidik anak- anak mereka dengan wang ringgit dan
bukannya dengan kasih sayang. Kebanyakkan berbuat begini ini adalah golongan ibu-
bapa yang bekerja. Oleh demikian remaja bebas berska ria dan mudah terpengaruh
dengan perkar yang merosakkan. Melalui cara inilah remaja mudah bergaul bebas
antara lelaki dan perempuan. Jadi tidak mustahillah, Kes pembuangan bayi ini banyak
berlaku kerana keruntuhan moral yang tidak tejaga oleh ibu-bapa mereka.

Sebaliknya, ada juga pihak keluarga yang memberi didikan agama yang kukuh
terhadap anak-anak mereka. Tetapi ada yang masih juga terlibat dalam jenayah ini
kerana tidak ad penghayatan yang menyeluruh dan ilmu agama yang tidak dipraktikkan
dalam kehidupan seharian.

Oleh demikian, keluarga pesalah sepatunya berfikiran terbuka dan tidak terburu-
buru memarahi dan menghukum anak–anak mereka terus-menerus. Sebaliknya,
mereka perlu didik semula semula anak-anak mereka supay tidak mengulangi
perbuatan itu dan bayi itu dipelihara. Sesungguhnya kita memerlukan pradigama yang
baru, bukannya bersifat liberal tetapi lebi h tolenrasi.

Tindakan Wajar Diambil

Dalam masalah ini, pelbagai tindakan yang telah diambil untuk mengatasi kes
pembuangan bayi ini daripada berleluasa, tetapi masih ada segolongan yang tidak serik
untuk melakukannya lagi. Ini mungkin kerana mereka terlepas daripada hukuman yang
sepatutnya. Oleh yang demikian tindakan wajar perlu diambil
Undang-Undang Makamah

Menurut undang-undang mahkamah, perbuatan membuang bayi sehingga


menyebabkan kematian boleh didakwadi bawah seksysen 309B Kanun Keseksaan dan
jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda. Kes membuang
bayi tetapi tidak menyebabkan kematian, bole didakwa di bawah seksyen 317 kanun
keseksaan jika disabitkan kesalahan boleh dipenjarakan sehingga tujuh tahun dan
denda atau kedua-duanya sekali.

Manakala menurut seksyen 318 kanun keseksaan, menyembunyikan kelahiran


dengan jalan membuang mayat dengan sulit. Barangsiapa dengan sengaja
menyembunyikan kelahiran seorang kanak-kanak dengan jalan mengebumikan atau
membuang mayat kanak-kanak itu dengan sulit, sama ada kanak-kanak itu mati
sebelum atau selepas atau masa dilahirkan hendaklah diseksa dengan penjara selama
tempoh 2 tahun atau denda kedua-duanya sekali.

Kerajaan perlu mengenakan undang-undang dan mengenakan hukuman yang


berat ke atas kesalahan keruntuhan moral. Undang-undang yang ada tidak dapat
membendung gejala tersebut tetapi tindakan yang wajar adalah kerajaan perlu
mengawal ketat kemasukan video dan majalah lucah dari di bawa masuk ke Malaysia.
Undang-undang Islam

Dalam hal ini, biasanya undang-undang Islam tidak selalunya


dipraktikkan dalam menghukum penjenayah, sebaliknya kerajaan lebih kerap
menggunakan undang-undang mahkamah untuk menghukum pesalah. Mungkin
disebabkan faktor ini pesalah tidak serik untuk mengulangi perbuatan ini lagi atau tidak
member ikhtibar kepada remaja lain. Ini kerana hukumannya tidak seberat seperti
hukuman oleh undang-undang Islam yang lebih banyak memberi ikhtibar kepada
pesalah dan begitu juga masyarakat. Contohnya seperti hukuman sebat 100 kali untuk
yang tidak berkahwin dan rejam sampai mati jika sudah berkahwin. Sebagai
kesimpulan, walauapa usaha dibuat, apa yang penting remaja kita perlu mengubah
sikap dan menyedari bahawa mereka perlu menjaga diri sendiri terutama gadis-gadis,
jangan terlalu mudah diajak keluar dengan bebas . Begitu juga dengan kaum lelaki,
janganlah mengambil peluang untuk merosakkan gadis-gadis atau wanita tidak kira
bangsa dan agama tanpa memikirkan akibat-akibat yang akan diterima suatu hari
nanti.

Pandangan Dari Perspektif Islam

Sebagaimana yang kita semua ketahui, jenayah pembuangan bayi ini memang satu
perbuatan yang keji disisi Allah S.W.T. Ini adalah kerana perbuatan ini hanya dilakukan
oleh mereka yang berhati perut dan bersifat kebinatangan. Kalau kita lihat binatang pun
thu sayangkan anaknya sendiri inikan manusia yang mempunyai akal dan fikiran yang
sempurna. Jika jenayah ini berlaku pada zaman kedatangan Islam dahulu, tidaklah
terlalu dipandang hina sangat. Ini kerana pada masa itu Islam belum berkembang dan
kebanyakkan manusia yang ada masa itu masih jahil tentang hukum-hakam agama
Islam. Oleh yang demikian mereka mengambil jalan mudah dengan membunuh bayi-
bayi mereka yang tidak diingini.

Undang-Undang Islam

Isu pembuangan dan pembunuhan bayi pada masa kini kita sebelum kedatangan Islam
iaitu pada Zaman jahiliyah. Kalau pada zaman Jahilliyah dahulu mereka mebuang bayi
keran dianggap memalukan keluarga. Tetapi apa yang berlaku pada zaman kini lebih
teruk lagi walaupun kedatangan islam telah berkembang pesat di pelusuk dunia. Bayi
lelaki dan perempuan yang tidak berdosa ini dibuang dan dibunuh hanya kerana
kelahiarn mereka tidak diingini. Oleh kerana itu, kes pembuangan bayi ini kalau dihitung
dari sudut undang-undang Islam adalah berat dari segi hukumannya lebih-lebih lagi
jika ia melibatkan perbuatan zina. Pada kebiasannya, jenayah ini berlaku adalah
disebabkan wujudnya anak luar nikah hasil hubungan zina dan untuk menutup malu
atas perbuatan mereka maka merka mengam bil jalan pintas dengan membuang bayi
tersebuttanpa belas kasiahan. Sesungguhnya perbuatan ini adalah amat zalim dan jahil
bagi seseorang yang mengetahui hukam–hakam agama. Dan nescaya perbuatan ini
telah dilarang dengan jelas oleh Allah S.W.T dalam Al-Quran surah Al-Israa:31-33

Maksudnya : Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan


kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu.
Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar. Dan
janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang
keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). Dan janganlah kamu
membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali
dengan alasan yang benar. Dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka
sesungguhnya Kami telah menjadikan warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam
pada itu, janganlah ia melampau-lampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana
sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum
Syarak).

a. Ayat di dalam Surah al Isra ini berkaitan dengan ayat sebelumnya, iaitu bermula
daripada ayat 22 sehingga 33. Kesemuanya menceritakan tentang dosa-dosa besar

Apabila didikan agama tidak ada, dirangsang pula dengan gambar-gambar lucah dan
mengghairahkan dengan sendirinya anak muda akan mudah terjebak dalam melakukan
gejala tidak sihat ini. Mereka yang terbabit dengan gejala pembuangan bayi ini boleh
disifatkan lebih teruk daripad zaman jahilliyah. Jika di zaman jahilliyah dulu, mereka
hanya membunuh anak perempuan hidup-hidup. Ini kerana mereka menganggap ianya
mendatangkan malu pada keluarga. Ini disebut oleh Allah S.W.T dalam surah an –Nahl
58dan 59 iaitu:

Sikap membunuh anak sebab takut menanggung malu ini ditegah oleh Allah S.W.T
dengan firmannya, tindakan yang mereka ambil itu adalah tindakan yang amat kejam.
Perbuatan mereka ini lebih teruk daripada binatang.Tetapi manusia telah dikurniakan
oleh Allah akal untuk berfikir dan akal ini yang membezakan kita dengan haiwan.
Sepertimana yang diingatkan oleh Allah S.W.T bahawa mereka yang melakukan
jenayah ini tidak akan terlapas dari hukuman Allah sepertimana yang dinyatakan dalam
surah at-Takwir ayat 8 dan 9 iaitu:

Hadis
Daripada Ibnu Mas’ud RA, beliau bertanya kepada Rasulullah SAW : Apakah
dosa yang paling besar? Baginda SA menjawab : Sekiranya kamu
menjadikan tuhan yang setanding dengan Allah, sedangkan Dialah yang
mencipta kamu. Aku bertanya lagi : Kemudian dosa apa? Baginda SAW
menjawab : Sekiranya kamu membunuh anak kamu kerana takut dia
berkongsi makanan bersama kamu (kemiskinan). Aku bertanya lagi :
Kemudian? Baginda SAW menjawab : Sekiranya kamu berzina dengan jiran
kamu

Maksudnya:Anak yang di dibunuh ini akan ditanya, dengan sebab dosa apakah mereka
dibunuh

Dalil pembuangan bayi


Hukum buang bayi diharamkan di dalam Islam. Berdasarkan kepada dalil-
dalil berikut :

Allah SWT berfirman di dalam Surah al An’am, ayat 151

Maksudnya : Katakanlah: “Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah


diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu
sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik
kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana
kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan
kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) -
yang terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu
membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan
dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak). Dengan yang
demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, ajaran agama hendaklah diserap pada semua peringkat,


semua institusi, pejabat, kilang-kilang dan di mana-mana sahaja. Masyarakat juga
harus diberi kefahaman mengenai agama secara menyeluruh dan bukannya di masjid
atau surau sahaja, di mana orang yang sama saja yang datang ke sana. Jika gejala ini
tidak di bendung segera dan sikap ibu-bapa tidak diubah dengan segera, hasrat
wawasan 2020 tidak akan tercapai. Dengan itu, agama mesti dijadikan asas kehidupan
dan ianya tidak boleh dipisahkan. Mengenai cadangan diwujudkan rumah khas bagi
menempatkan gadis-gadis yang hamil ini adalah tidak dipersetujui sama sekali, kerana
ianya akan menggalakan lagi perbuatan mengandungkan anak-anak luar nikah.
Sesungguhnya, penubuhan ini tidak akan dapat menyelesaikan masalah.
Rujukan:
idhamlim.blogspot.com/.../hukum-hakam-berkenaan-buang-bayi.html
Kajian ilmiah fakulti pengajian & peradaban Islam Syariah sesi 1999/2000

Anda mungkin juga menyukai