Anda di halaman 1dari 1

Laporan ke Persada Johor,Johor

Pada 23/4/2011 sehingga 28/4/2011, pasukan R&D Saina telah pergi ke Persada Johor,Johor untuk
pergi ke Hari Anugerah Harta Intelek Negara sebagai top 5 dan finalist bagi kategori perekacipta
muda. Pada hari sabtu, 23/4/11 kami bertolak jam dua petang dan tiba di Putrajaya pada pukul 9.30
malam. Kami bermalam di Putrajaya semalaman. Pada keesokkan harinya, kami meneruskan
perjalanan ke Melaka dan bercadang untuk bermalam di sana kerana guru pengiring kami iaitu Cik
Norazizah Binti Abdul Rahman ingin berjumpa serta menziarahi keluarganya. Apabila kami tiba di
Melaka kami melawat tempat-tempat yang menarik di Melaka kerana kami tidak pernah sampai di
Melaka lagi kecuali guru kami. Pada waktu maghrib kami pulang ke homestay untuk berehat
manakala guru kami tidur di rumah keluarganya. Pada keesokkan harinya,kami bertolak terus ke
Johor pada jam 8 pagi. Kami tiba di Persada Johor jam 1 ptg. Kami mendaftar masuk ke hotel Tropical
Inn bagi merehatkan diri dan mengurus diri kerana pada pada pukul 2 petang kami perlu ke
bangunan Persada Johor International Convention Centre untuk menguruskan booth dan pada jam 3
kami perlu membuat raptai bagi majlis pada esok hari. Pada jam 6 petang, kami pulang ke hotel
untuk berehat. Pada keesokkan harinya kami bertolak ke bangunan tersebut pada jam 7.45 pagi
selepas menjamu selera sarapan yang disediakan di hotel. Kami bertolak awal bagi mengelakkan
kesesakkan lalu lintas dan masalah tempat letak kereta. Kami sempat menguruskan booth buat kali
terakhir sebelum memasuki dewan untuk menghadiri majlis tersebut. Majlis tersebut bermula jam 11
pagi. Pada waktu penyampaian hadiah Saina telah diumumkan sebagai sekolah yang keempat yang
memenangi Anugerah Harta Inetelek Negara dan diberi RM 5000 sebagai saguhati. Selepas majlis
penyampaian hadiah, Menteri yang menghadiri majlis tersebut melawat booth-booth yang
mempamerkan projek masing-masing. Hari yang gilang-gemilang tersebut tamat pada jam 5 petang.
Kami mengemaskan booth dan pulang ke hotel untuk merehatkan diri. Pada keesokkan hari, kami
bertolak pulang ke Saina pada pukul 8 pagi dan tiba pada jam 9 malam.

Anda mungkin juga menyukai