Anda di halaman 1dari 7

PENGENALAN

Bidang pendidikan merupakan satu bidang kerjaya yang mulia. Melalui bidang kerjaya
ini seseorang itu bukan sahaja mendidik anak bangsa malah secara tidak langsung
menyambung tugas para Rasul untuk menyampaikan dakwah kepada sekalian ummah.
Walau bagaimanapun, persiapan dan persediaan diri untuk menjadi seorang pendidik
itu sangat penting sebelum seseorang itu mendidik insan lain. Oleh yang demikian,
dalam kertas kerja ini penulis akan membincangkan serba sedikit mengenai sifat atau
ciri yang perlu ada dalam diri seorang pendidik. Perbincangan ini merangkumi apa yang
dimaksudkan dengan trait penyuburan diri insan guru, ciri-ciri seorang guru serta
bagaimanakah ciri-ciri tersebut diaplikasikan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.

MAKSUD TRAIT DAN PENYUBURAN DIRI INSAN GURU

Sebelum penulis menghuraikan atau membahaskan mengenai tajuk kertas kerja ini
dengan lebih mendalam, adalah lebih baik dihuraikan terlebih dahulu maksud bagi frasa
Trait-trait Penyuburan Diri Insan Guru.

Perkataan trait adalah kata nama yang berasal daripada Bahasa Inggeris yang
bermaksud sifat, ciri atau sifat-sifat keperibadian (Kamus Dewan Inggeris-Melayu, 1992:
1755).

Menurut Kamus Dewan edisi ketiga (1994: 1309-1310) perkataan penyuburan


berasal daripada kata dasar subur yang membawa maksud tumbuh dengan baik, lekas
besar, sihat, berisi, banyak mengandungi zat, berkembang dengan baik, bertambah
maju dan besar. Apabila ditambah dengan imbuhan pe….an akan menghasilkan satu
perkataan baru iaitu penyuburan yang bermaksud perihal menyuburkan. Dalam konteks
yang dibincangkan di sini perkataan penyuburan disandarkan kepada diri maka lebih
sesuai diberi maksud pemupukkan.

Frasa Insan Guru pula terdiri daripada dua perkataan iaitu insan dan guru.
Perkataan Insan berasal daripada perkataan bahasa Arab yang bermasksud manusia.

1
Manakala perkataan guru pula bermaksud pendidik, pengasuh atau pengajar. Apabila
kedua-dua perkataan tersebut digabungkan membentuk satu frasa, maka dapat
ditafsirkan bahawa insan guru bermaksud orang yang mendidik atau mengajar atau
mengasuh.

Maka dapatlah disimpulkan di sini bahawa frasa trait-trait penyuburan diri insan
guru yang dijadikan sebagai tajuk perbahasan dalam kertas kerja ini membawa maksud
ciri-ciri atau sifat keperibadian yang perlu ada atau dipupuk pada seseorang yang akan
atau telah menjadi seorang pendidik bagi membentuk atau mendidik insan lain.

CIRI-CIRI SEORANG GURU


Sebagaimana yang kita ketahui guru adalah pendidik dan pengasuh anak-anak yang
akan menjadi pewaris untuk memajukan Negara pada masa hadapan. Oleh yang
demikian peranan seorang guru itu sangat penting dalam mempersiapkan diri anak-
anak tersebut dengan ilmu pengetahuan serta nilai-nilai murni untuk membentuk modal
insan yang seimbang dari aspek fizikal, mental dan spiritual. Selain menyebarkan ilmu
pengetahuan guru juga merupakan orang yang akan membentuk tingkah laku para
pelajarnya. Hal ini kerana setiap tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan dan
ikutan para pelajar. Oleh itu setiap guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti
peribadi, professional dan sosial yang baik dan murni. Hanya guru yang mempunyai
tatasusila yang tinggi akan berjaya menjalankan tugas sebagai pendidik dengan
sempurna (Mook Soon Sang, 2009: 38).

Sifat Dan Kualiti Peribadi:

Seseorang guru yang baik seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi yang baik.
Antara sifat dan kualiti yang perlu dimiliki oleh setiap insan yang bergelar guru adalah
seperti berikut:

1. Baik hati: Sikap baik hati dan timbang rasa seseorang guru amat dihargai oleh
murid-murid. Murid-murid akan belajar dalam suasana yang tenteram, yakin dan
senang hati.

2
2. Jenaka: Sifat jenaka yang ada dalam diri seseorang guru mampu mewujudkan
suasana riang gembira dalam sesebuah bilik darjah. Guru yang mempunyai sifat
ini sangat suka didekati oleh murid-murid. Oleh yang demikian hubungan antara
guru dan murid dapat terjalin dengan erat sekaligus dapat mewujudkan suasana
pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. Dengan adanya sifat jenaka juga
seseorang guru itu dapat menyampaikan isi pengajaran dan pembelajaran
dengan lebih menarik dan berkesan.

3. Sabar: Dalam proses pendidikan sifat sabar merupakan tunjang yang paling
utama bagi melahirkan modal insan yang berkualiti. Seseorang guru yang
menanamkan sifat sabar adalah guru yang mempu mengawal perasaan diri.
Dengan adanya sifat sabar guru tidak akan mudah meradang dalam apa jua
keadaan. Kelancaran dan keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan
pembelajaran sangat berhubung kait dengan sifat sabar yang ada dalam diri
guru. Sekiranya guru tidak memiliki sifat sabar hubungan erat antara guru dan
murid tidak dapat dijalinkan sekaligus akan menjejaskan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran.

4. Bertanggungjawab: Sifat bertanggungjawab pula akan sentiasa mendorong


guru mementingkan setiap tugas yang diamanahkan kepadanya. Dengan sifat ini
juga setiap tugas tersebut akan dilaksanakan dengan sempurna.

5. Yakin: Keyakinan diri sangat penting dalam diri setiap insan yang bergelar guru.
Berdasarkan beberapa kajian yang telah dilakukan kebanyakkan masalah
disiplin yang timbul dalam sesebuah bilik darjah adalah disebabkan oleh sifat
kurang yakin dalam diri guru itu sendiri. Seorang guru yang mempunyai
keyakinan diri tidak akan merasa serba salah apabila membuat sesuatu tindakan
atau keputusan. Murid-murid akan merasa hormat kepada guru yang boleh
mengambil sesuatu tindakan atau keputusan dengan tegas dan yakin.

3
6. Kepimpinan: Guru merupakan pemimpin murid. Oleh itu, seseorang guru
haruslah mewarisi sifat kepimpinan supaya murid-murid yang berada di bawah
didikannya dapat mematuhi tunjuk ajar dan arahan guru. Murid akan lebih
menghormati guru yang mempunyai kualiti kepimpinan. Dengan kualiti
kepimpinan tersebut, segala aktiviti pembelajaran dapat berjalan dengan lebih
lancar dan berkesan.

Kesimpulannya, berdasarkan keenam-enam ciri atau sifat dan kualiti peribadi


yang dinyatakan tersebut ianya merangkumi sifat mesra, adil, luwes, kecindan, tegas,
berdedikasi, berwibawa dan bertoleransi.

Sifat dan Kualiti Sosial/Tingkah Laku:

Tugas dan kewajipan seorang guru tidak terhad di dalam bilik darjah semata-mata. Di
samping menjalankan tugas di bilik darjah, seseorang guru juga hendaklah
bekerjasama dengan rakan sejawatnya kerana kemajuan pelajaran dan pendidikan
murid-murid di sekolah bergantung kepada muafakat dan kerjasama antara semua
warga pendidik di sekolah itu.

1. Budi pekerti: Seorang guru seharusnya mempunyai budi pekerti yang mulia. Ini
termasuklah kelakuan bersopan santun semasa bergaul denganrakan-rakan
sejawat atau semasa menyertai aktiviti masyarakat. Sekiranya sifat ini dimiliki
oleh setiap guru maka mereka akan lebih dihormati dan disanjung oleh
masyarakat.

2. Ramah mesra: Sifat ramah mesra merupakan satu kualiti yang perlu ada untuk
menjalinkan hubungan dengan orang lain di samping mewujudkan kerjasama di
antara dua pihak. Guru yang ramah dan mudah mesra akan mendorong murid
untuk berdamping rapat dengannya.

4
3. Merendah diri: Sifat merendah diri sangat bertentangan dengan sifat sombong.
Murid-murid tidak akan suka bergaul dengan guru yang bersifat sombong. Guru
yang bersifat sombong juga tidak dapat menjalinkan hubungan yang baik
sesama rakan sejawat mahupun masyarat sekeliling. Oleh itu, sifat merendah diri
merupakan kualiti sosial yang perlu ada dalam diri seorang guru.

4. Semangat berbakti: Seorang guru yang mempunyai semangat berbakti sentiasa


disenangi oleh murid-muridnya. Guru tersebut juga akan sentiasa bersungguh-
sungguh dalam melaksanakan segala tugas yang diamanahkan kepadanya.
Dengan adanya sifat ini guru akan sentiasa disanjung tinggi oleh masyarakat.

5. Jujur: Sikap jujur sangat bertentangan dengan sifat penipu. Guru yang bersifat
jujur akan menjalankan tugas-tugasnya dengan penuh dedikasi baik di bilik
darjah mahu pun di luar bilik darjah. Sifat jujur ini juga merupakan salah satu
kualiti sosial yang murni kerana seseorang guru yang memiliki sifat kejujuran
akan disanjung dan dihormati oleh masyarakat. Selain itu guru yang jujur juga
akanerusaha bersungguh-sungguh supaya segala hasil kerjanya mencapai ke
tahap yang cemerlang.

Kesimpulannya, seseorang guru yang mempunyai sifat dan kualiti sosial yang
murni mempunyai ciri-ciri yang berikut:
1. Suka dan mudah didampingi oleh murid-murid.
2. Rakan-rakan sejawat mudah untuk bergaul dan bekerjasama dengannya.
3. Guru tersebut suka melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan-kegiatan
sosial.
4. Sering memberi sumbangan secara sukarela dengan penuh dedikasi.

Sifat dan Kualiti Profesional:

Seorang guru yang bertauliah wajib mempunyai sifat dan kualiti professional yang tinggi
bagi melaksanakan tugasnya dengan sempurna dan berkesan. Seorang guru yang

5
hanya sekadar memiliki ijazah tidak cukup untuk menjadi seorang guru yang berkesan.
Untuk menyampaikan ilmu pengetahuan kepada anak didiknya seorang guru
seharusnya mempunyai sifat dan kualiti sosial seperti berikut:

1. Ingin tahu: Sifat ingin tahu akan mendorong seorang guru supaya sentiasa
berusaha menambahkan pengetahuannya. Guru ini akan selalu berusaha untuk
menambah ilmu pengetahuannya serta mempelajari apa sahaja perkara baru
yang melibatkan arena pendidikan, sama ada dalam bidang kurikulum, mahupun
dalam pedagogi demi kepentingan kerjayanya sebagai seorang gur yang
professional.

2. Pengetahuan ikhtisas:
3. Suka membaca:
4. Kemahiran bertutur:
5. Daya ingatan:
6. Daya usaha:

APLIKASI CIRI-CIRI SEORANG GURU DALAM MENJALANKAN


TANGGUNGJAWAB DI SEKOLAH

6
7

Anda mungkin juga menyukai