Anda di halaman 1dari 2

Di dalam sebuah hutan,terdapat seekor anak

gajah yang jahat.Ia suka mengganggu dan


mengusik binatang yang lebih kecil daripadanya.
“Akulah yang paling besar.Aku boleh berbuat apa-
apa sahaja kerana tidak ada binatang lain yang
berani melawanku,”kata anak gajah dengan
angkuhnya.
Puas ibunya memberi nasihat supaya tidak
mengganggu binatang lain tetapi ia tetap berdegil.
Pada suatu petang,anak gajah berasa sangat
bosan.Ia pun mengambil keputusan untuk
berjalan-jalan .Di tengah jalan,anak gajah terlihat
sebuah sarang semut yang terlekat di sebatang
dahan pokok. Anak gajah itu memaut dahan
pokok dengan belalainya lalu menggoncang dahan
tersebut.Maka semua semut terkejut dan
menyangkakan gempa bumi yang berlaku.Masing-
masing lari bertempiaran untuk menyelamatkan
diri.Anak gajah pun ketawa kerana berjaya
menakutkan semut.
Ratu semut sangat marah.Semut yang masih
hidup berkumpul untuk menyerang anak gajah
itu.Kemudian,mereka mengerumuni badan anak
gajah itu tetapi anak gajah itu membiarkan sahaja
kerana ia yakin semut tidak boleh berbuat apa-
apa kerana kulitnya keras.
Tiba-tiba anak gajah menjerit kesakitan,lubang
telinganya telah dimasuki semut.Semut menggigit
tidak henti-henti.Akhirnya,ia merayu kepada
semut supaya keluar daripada telinganya.Semut
meminta anak gajah supaya tidak membuli
binatang lain lagi.
“Baiklah,aku berjanji tidak akan mengganggu
binatang lain lagi.Mulai hari ini aku akan meminta
maaf daripada binatang-binatang yang pernah
aku buli,”jawab anak gajah itu.
Kumpulan semut itu sangat gembira kerana
berjaya mengajar anak gajah yang jahat itu.Anak
gajah itu insaf dan pulang dengan perasaan yang
malu kerana dikalahkan oleh semut yang kecil.

Anda mungkin juga menyukai