Anda di halaman 1dari 2

1.

1 KAWALAN KULITI

1.1.1 PENGENALAN

Dalam industri pembuatan produk yang dihasilkan perlu dikawal mutunya mengikut spesifikasi dan
piawaian yang ditetapkan oleh organisasi tersebut.

Piawaian mutu sesuatau produk yang digunakan adalah berdansarkan piawaian Negara pengeluar di
mana produk ini akan digunapakai. Contohnya industry pembuatan di Malaysia menggunakan
Piawaian Malaysia (Malaysia Standard) , United Kingdom menggunakan Piawaian British( British
Standard) , dan jepun menggunakan Piawaian Industri Jepun ( Jepun Industrial Standard). Piawaian
mutu ini diluluskan oleh institiut kawalan mutu sesebuah Negara bagi menjamin mutu produk yang
dihasilkan .

Di Malaysia ,SIRIM dipertanggungjawankan menguji dan mengiktiraf produk yang memenuhi


piawaian yang bersesuaian .

Kawalan mutu boleh didefinasikan sebagai sebagai satu proses pemeriksaan dan pengujian ke
atas produk dengan cara menggunakan teknik dan aktiviti tertentu bagi mencapai dan
mengawal mutu produk tersebut. Tujuannya adalah untuk memastikan produk memenuhi
spesifikasi yang telah ditentukan mengikut piawain yang telah ditetapkan. Kawalan mutu juga
digunakan untuk menyemak proses pembuatan yang bersesuaian . Ini dilakukan dengan cara
pemeriksaan hasil pengeluaran dan dibandingkan dengan spesifikasi produk yang telah ditentukan.
Pemeriksaan dilakukan dengan menggunakan peralatan pengukuran.

Kawalan mutu yang dilaksanakan terhadap produk boleh membantu

 Mencapai dan mengekalkan piawaian sesuatu produk.


 Mengawal mutu produk.
 Memenuhi kepuasan pengguna terhadap produk
 Mengurangkan kos dalam proses pengelauaran sesuatu produk.

1.1.2 CARTA KAWALAN MUTU

Dalam kawalan kerja mutu, pelbagai kaedah dan peralatan pengukuran digunakan bagi memastikan
produk yang dihasilkan mengikut piawaian yang ditetapkan . Antara kaedah yang digunakan bagi
menganalisis mutu produk adalah dengan menggunakan carta kawalan mutu.

Carta kawalan mutu produk digunakan untuk memastikan mutu produk memenuhi spesifikasi reka
bentuknya . Carta ini juga boleh digunakan untuk mengesan unjuran perubahan mutu produk sebelum
produk yang cacat terhasil dengan banyaknya semasa pengeluaran.

Anda mungkin juga menyukai