Anda di halaman 1dari 30

PEMIKIRAN

KRITIS & KREATIF


Literasi dalam milenium baru
Dua jenis literasi yang diperlukan
dalam milenium baru iaitu:-

 Kemahiran berfikir, dan


 Kemahiran teknologi maklumat &
komunikasi (ICT)
Kategori Kemahiran Berfikir
Penjelasan & Pemikiran Pemikiran
Kefahaman Kreatif Kritis

●Menganalisis idea ●Menjana alternatif ●Menilai maklumat


●Menganalisis alasan ●Kombinasi idea ●Menilai inferensi

1. MEMBENTUK KONSEP
2. MEMBUAT KEPUTUSAN
3. MENYELESAIKAN MASALAH
Pemikiran kritis
 Berasal daripada perkataan Yunani kritikos
yang bermaksud menyoal, memahami, dan
menganalisis.

 Bermaksud pertimbangan yang dibuat


dengan teliti sama ada menerima, menolak
atau menangguh-kan penerimaan /
penolakan sesuatu perkara.

 Tahap keyakinan menerima atau menolak


perkara tersebut.
Kemahiran pemikiran kritis
 Membaca & mendengar dengan teliti
 Menilai hujah
 Mencari & kenal pasti andaian tersirat
 Mengesan akibat sesuatu dakwaan
 Menganalisis dan menilai idea, data, & maklumat,
yang melibatkan perlakuan seperti:
mengumpul& mengelas; membanding & membeza;
membuat urutan; menerangkan sebab & akibat;
menganalisis & membuat kesimpulan.
6 unsur pemikiran kritis (Ennis, 1996)
 FRISCO – Focus, Reasons, Inference,
Situation, Clarity dan Overview.
 Focus: Fokus – memfokus kepada masalah
atau persoalan utama.
 Reasons: Sebab/alasan – mencari sebab
atau alasan yang menyokong sebelum
membuat keputusan.
 Inference: Inferens – membuat
kesimpulan berasaskan alasan, bukti dll.
 Situation: Situasi – Persekitaran sosial dan
fizikal – individu yang terlibat, tujuan, latar
belakang, pengetahuan, perasaan, sikap,
keluarga, agama, institusi dll.

 Clarity: Kejelasan – Komunikasi bertulis


atau lisan yang jelas dan tepat.

 Overview: Gambaran menyeluruh – melihat


sesuatu dari pelbagai aspek secara
menyeluruh.
Pemikiran kreatif
 Bloom (1959) menghuraikan aras
‘sintensis’ sebagai ‘kebolehan
menganalisis dan membentuk semula
maklumat menjadi idea yang unik’.

 Torrance (1963) membahagikan 4 ciri


‘creativity’ sebagai kebolehan menjana
idea, menghasilkan idea, menghuraikan
idea dan mewujudkan idea yang asli.
Pemikiran kreatif (Perkins, 1984, 1985)
 Usaha mendapatkan sesuatu yang asli dan praktikal
yang memberi kesan besar.

 Matlamat – meneroka matlamat dan pendekatan


alternatif, menilai, memahami masalah dan
penyelesaiannya, dan sedia mengubah pendekatan.

 Perubahan – dari abstrak kepada konkrit, umum


kepada khusus dan sebaliknya; guna analogi.

 Standard tinggi – tetapi ketidakpastian, risiko


kegagalan diterima sebagai normal.
Pemikiran Lateral (De Bono, 1993)
 Manusia tidak berfikir secara linear tetapi
mengikut sistem penyusunannya sendiri.

 Pemikiran kreatif boleh dipelajari dan diamalkan


oleh setiap orang.

 Pemikiran lateral menggunakan Logik Air – Logik


persepsi – yang lebih mudah berubah, bergerak,
berubah – tidak linear.

 Pemikiran lateral bertujuan menjana idea dan


menggunakan pendekatan alternatif baru.
Kemahiran pemikiran kritis
1. Mencirikan
2. Membanding dan membeza
3. Mengumpul dan mengelas
4. Membuat urutan
5. Menyusun mengikut keutamaan
6. Menganalisis
7. Mengesan kecenderongan
8. Menilai
9. Membuat kesimpulan
 Mencirikan – menyatakan, menunjukkan,
menyenaraikan, mengenal pasti, menyebut ciri-ciri,
sifat dan unsur;

 Membanding dan membeza – menyatakan,


menyenaraikan, menyusun, persamaan dan perbezaan,
sepadan dan tak sepadan, serupa dan tak serupa.

 Mengumpul dan mengelas – mengelas mengikut ciri-


ciri sepunya, mengumpul mengikut kategori,
mengumpul atau menyenaraikan mengikut ciri-ciri,
menyusun mengikut kriteria atau kumpulan.

 Membuat urutan – menyusun mengikut tertib


nombor, abjad, kronologi, saiz, corak, masa, menaik
menurun.
 Menyusun mengikut keutamaan – Mengatur
atau menyusun daripada penting kepada kurang
penting, segera kepada kurang segera, masalah
besar kepada masalah kecil dsb. Menyenarai
mengikut hierarki matlamat.

 Menganalisis – mencerakin maklumat;


mengolah idea; mengesan penyebab;
menghuraikan faktor penyebab; membuat
andaian berasaskan maklumat; menghuraikan
mengikut ciri, komponen atau bahagian;
mengkaji kesan.]

 Mengesan kecenderungan – menentukan


pendirian berat sebelah, prejudis, memihak dll.
 Menilai – membuat taksiran maklumat;
membuat pertimbangan pendapat,
cadangan; menyatakan rasional;
membahaskan isu dan kenyataan;
memberi alasan menerima atau menolak;
membuat wajaran; menimbangkan kesan
dan akibat; membuat pemilihan.

 Membuat kesimpulan – merumus isu;


menyatakan hasil selepas analisis;
menyusun alasan, membuat resolusi;
membuat keputusan yang muktamad;
menggulung hujah.
Kemahiran pemikiran kreatif
1. Menjana idea
2. Menghubung kait
3. Membuat inferens
4. Meramal
5. Membuat hipothesis
6. Membuat sintesis
7. Mengitlak
8. Membuat gambaran mental
9. Membuat analogi
10. Mereka cipta
 Menjana idea – mengemuka idea;
mencadangkan alternatif, sebab; menyenaraikan
idea, menyatakan cara alternatif, menyumbang
pendapat; menyatakan kemungkinan;
menghasilkan, mencetuskan idea.

 Membuat inferens – membuat kesimpulan,


rumusan, tanggapan awal daripada pemerhatian,
maklumat atau data; membuat penyataan atau
menyatakan pendirian awal.

 Menghubung kait – menerangkan sebab dan


akibat; menyatakan perkaitan; menyatakan
implikasi, mengaitkan idea; menyatakan
pertalian; membuat perhubungan.
 Meramal – menyatakan, menganggarkan apa
akan berlaku, membuat jangkaan, membuat
pelunjuran, menyatakan kemungkinan-
kemungkinan.

 Membuat hipothesis – menyatakan cadangan


yang perlu diuji kebenarannya; membuat andaian
yang perlu dibuktikan; membuat kenyataan atau
pandangan yang perlu diuji.

 Mensintesis – menggabung idea; menggubal


semula idea; menyatukan, menyepadukan idea.

 Mengitlak – membuat kenyataan umum


berdasarkan pola tertentu; membuat generalisasi;
membuat rumusan daripada keseluruhan idea.
 Menganalogi – membuat metafora;
membuat sindiran, kiasan, perlambangan;
membuat simulasi; membuat
perbandingan pada ciri-ciri persamaan.

 Membuat gambaran mental –


mengimaginasi; membayangkan dalam
minda; melakar peta minda.

 Mereka cipta – mencadangkan idea asli,


menghasilkan gubahan asli; mereka
bentuk; mencipta sesuatu yang baru;
membuat inovasi kepada sesuatu yang
sedia ada,
Mengajar Kemahiran Berfikir

Mengajar
menggunakan kaedah
Pendekatan yang menggalakkan
Mengajar KB berfikir dalam konteks
kurikulum

Mengajar berfikir
Penyebatian – dalam konteks secara
menyusun semula langsung, di luar
pengajaran untuk kurikulum
mengajar KB secara
eksplisit
Taksonomi Bloom
 Berasaskan kepada Taksonomi Bloom,
kemahiran berfikir boleh dibahagikan
kepada aras tinggi dan aras rendah.

 Pemikiran pada aras pengetahuan dan


kefahaman dibahagikan kepada pemikiran
aras rendah.

 Pemikiran pada aras aplikasi, analisis,


sintesis dan penilaian pada pemikiran aras
tinggi.
Taksonomi Bloom & Kemahiran Berfikir

Taksonomi Bloom Kemahiran Berfikir

Pengetahuan Kemahiran Berfikir Aras


Kefahaman Rendah

Aplikasi Kemahiran Berfikir Aras


Tinggi
Analisis
Sintesis
Penilaian
Aras Pengetahuan

Proses Berfikir Aktiviti Soalan

Aras Tuliskan apa yang Apakah yang anda


Pengetahuan sedia diketahui tahu tentang aras-
tentang topik. aras dalam
taksonomi objektif
pendidikan?
Aras Kefahaman

Proses Berfikir Aktiviti Soalan

Tanpa merujuk
Aras Menerangkan
buku, terangkan
Kefahaman maksud setiap
maksud setiap
satu aras dalam
aras dalam
taksonomi objektif
taksonomi objektif
pendidikan
pendidikan domain
(kognitif)
kognitif seperti
yang dianjurkan
oleh Bloom dan
Jknya.
Aras Aplikasi

Proses Berfikir Aktiviti Soalan

Aras Aplikasi Pilih 3 daripada 6 Berdasarkan


aras dalam kepada Taksonomi
Taksonomi Bloom, bina 3
objektif soalan aneka
pendidikan Bloom. pilihan daripada 3
Bina 3 soalan aras yang
aneka pilihan berlainan yang
mengikut aras- terdapat dalam
aras tersebut. Taksonomi Bloom.
Aras Analisis

Proses Berfikir Aktiviti Soalan

Dengan
Aras Analisis Tonton video ( 15
menggunakan
minit) yang
borang yang
menunjukkan guru
diberi, tandakan
sedang mengajar
(√ ) setiap kali
satu mata
guru
pelajaran.
mengemukakan
soalan mengikut 6
aras Taksonomi
objektif
pendidikan.
Aras Sintesis

Proses Berfikir Aktiviti Soalan

Sediakan sebuah
Aras Sintesis Menyediakan
laporan yang
sebuah laporan
menyeluruh tentang
pemerhatian
pengajaran guru
tentang
yang dicerap.
pengajaran guru
Berikan cadangan
yang telah
anda untuk
dicerap.
menambahbaikkan
pengajaran
tersebut.
Aras Penilaian

Proses Berfikir Aktiviti Soalan

Aras Berasaskan garis


Perbincangan
Penilaian panduan yang
tentang
diberi, bincangkan
pengajaran yang
dalam kumpulan
telah dibuat
kekuatan dan
pencerapan.
kelemahan
pengajaran yang
dicerap.
Soalan 1: proses berikut menggalakkan
penguasaan kemahiran berfikir secara…

 Menilai alasan
 Menganalisis unsur
 Membezakan fakta daripada andaian
 Menganalisis hubungan, kaitan dan
interaksi

A. Kreatif
B. Kritis
C. Analitis
D. Praktikal
Soalan 2: Guru membantu pelajar menguasai
kemahiran berfikir aras tinggi dengan
melakukan perkara berikut :-

I. Menggalakkan pelajar menyertai perbincangan


II. Memberi tugasan yang fleksibel untuk
diterjemahkan oleh pelajar.
III. Menggunakan teknik ‘soal – respons – maklum
balas’.
IV. Mengurus giliran perbincangan dalam
kumpulan.

A. I dan II
B. I dan III
C. I, II dan III
D. I, II, III, dan IV
Rujukan
De Bono, E. (1993). Serious creativity. London:
Harper Collins.

Nagappan, R. (2001). Language teaching and


the enhancement of higher order thinking skills.
Dlm. Language curriculum and instruction in
multicultural sosieties. Edited by Willy A.
Renandya & Nilda R. Singa. Singapore:
SEAMEO Regional Language Centre.

Anda mungkin juga menyukai