Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

________________________________________________________________

KEM JATI DIRI


________________________________________________________________

TARIKH :

02-04 APRIL 2009

TEMPAT :

SMK BAGAN SERAI, JALAN MATANG BULUH, 34300, BAGAN SERAI,


PERAK DARUL RIDZUAN

ANJURAN :

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


SMK BAGAN SERAI
1.0 TUJUAN

Untuk melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai sahsiah serta akhlak yang baik
dan cemerlang memerlukan kebolehan yang mendalam tentang kemampuan dan
keupayaan diri sendiri. Namun demikian didapati sebahagian besar pelajar-pelajar
ketika itu acapkali terdedah dengan unsur-unsur yang boleh menggugat
pembentukan sahsiah dan akhlak mereka. Misalnya seperti gejala dadah yang
semakin menghampiri golongan remaja khususnya dalam kalangan pelajar-pelajar
hari ini. Justeru, dalam membantu pembentukan sahsiah dan ahklak yang baik
serta cemerlang di kalangan pelajar-pelajar dan dalam usaha melahirkan pelajar-
pelajar yang mempunyai kebolehan untuk berdikari serta mempunyai daya
kebolehan fizikal yang tinggi , dan sikap bertangunggjawab terhadap diri sendiri
dapat diterapkan dalam diri dengan baik.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Memantapkan nilai-nilai positif dalam diri pelajar.


2.2 Melahirkan pelajar yang berkebolehan, berdikari , dan mempunyai daya
ketahanan fizikal yang tinggi.
2.3 Membentuk perlakuan, tingkah laku, akhlak dan sahsiah yang baik serta
cemerlang di kalangan pelajar.
2.4 Melahirkan insan yang berdisiplin dan senantisa menghargai masa.

3.0 JUSTIFIKASI

Kem ini memberi kesedaran dan membina jati diri para pelajar berisiko tinggi
yang terpilih untuk menyertai kem. Pemilihan mereka atas dasar menyelami
masalah dan membentuk keperibadian diri mereka dalam kehidupan seharian.
Pelajar berisiko ataupun bermasalah sebenarnya berpotensi untuk berubah. Semua
pelajar sebenarnya mempunyai potensi dalam melakukan perubahan diri ke arah
yang lebih baik. Matlamat kem juga ingin membantu para pelajar berisiko tinggi
untuk membentuk personaliti diri yang lebih disegani dan dipandang mulia oleh
masyarakat sekeliling. Pelaksanaan kem juga untuk membantu para peserta
membentuk jati diri dan bermotivasi untuk kebaikan diri masing-masing.
4.0 TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM

Tarikh : 02-04 APRIL 2010


Hari : Jumaat-Ahad
Tempat Program : SMK Bagan Serai

5.0 KUMPULAN SASARAN/ PESERTA

Pelajar sekolah seramai 80 orang


 Pelajar berisiko yang pernah terlibat dengan salah laku disiplin sekolah

6.0 PROGRAM TENTATIF

02 April 2010
Jumaat

02 : 30 petang : Pendaftaran
03 : 00 petang : Icebreaking
04 : 00 petang : Khidmat Diri
05 : 00 petang : Riadah
07 : 00 malam : Khidmat Diri
09 : 00 malam : LDK 1 : Tengkolok Saya
11 : 30 malam : Tidur

03 April 2010
Sabtu

04 : 00 pagi : Bangun/Khidmat Diri


04 : 45 pagi : Qiamullail
Kuliah Subuh
07 : 00 pagi : Senamrobik
07 : 30 pagi : Sarapan
08 : 00 pagi : LDK 2 : Siapa Saya?
10 : 00 pagi : Sukaneka
12 : 00 tgh hari : Makan tengah hari / solat / khidmat diri
02 : 00 petang : LDK 3 : Mana Saya Suka...
04 : 00 petang : Persiapan persembahan
04 : 30 petang : Solat
05 : 00 petang : Riadah
07 : 00 malam : Khidmat Diri/Solat/ Makan Malam
09 : 00 malam : Persembahan Malam Kebudayaan
11 : 30 malam : Tidur
02 : 30 pagi : Kembara Malam
04 : 30 pagi : Tidur
04 APRIL 2010
Ahad

06 : 00 pagi : Bangun / Solat Subuh / Khidmat Baru


07 : 30 pagi : Senamrobik
08 : 00 pagi : LDK 4 : Aku, Dia & Volkswagen
10 : 00 pagi : Refleksi Kendiri dan Muhasabah Diri
12 : 00 tgh hari : Makan / Majlis Penutup
01 : 30 petang : Pulang

7.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI


TUGAS

Penaung
Pn. Hajah Salmah Binti Abdullah Shakur
Pengetua SMK Bagan Serai

Penasihat
En. Mohd Sa'ad Bin Hashim
Guru Pen. Kanan Pentadbiran SMK Bagan Serai

Guru-Guru Pelaksana

Pn. Iswaniza Binti Ishak


En. Mohd Taufik Bin Mat Isa
Cik Lily Richard Thing
Cik Roshada Binti Ahmad
En. Mohamad Aliff Bin Hashim
En. Mustakim Aswad Bin Mustaffa
Cik Wahida Binti Husin
Cik Rohani Binti Ahmad
Cik Siti Hajar Binti Johari
Cik Nursyazwani Binti Zulkifli
Cik Nur Dina Binti Jamaluddin
8.0 ANGGARAN KEWANGAN

8.1 Pendapatan :

a. Kutipan pelajar = RM 10 x 80 pelajar


= RM 800.00

b. Peruntukkan Sekolah = RM 1000.00

--------------------
JUMLAH = RM 1800.00
--------------------

8.2 Perbelanjaan :

Makan, minum , penginapan,,


dan peralatan ( RM 20 x 80 pelajar )
= RM 1600.00

b. Alat tulis = RM 200

_____________

JUMLAH = RM 1800.00
_____________

9.0 Penutup

Melalui program yang akan kami laksanakan ini, kami berharap program ini dapat
memberi input yang bermanfaat kepada kumpulan sasaran kami. Kerjasama daripada
semua pihak amat kami harapkan dan semoga program ini mencapai objektif yang kami
tetapkan. Seterusnya, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.