Anda di halaman 1dari 18

Bimbingan dan Kaunseling

Apa itu kaunseling?

Suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan
oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang
baik dan menyeluruh. Pertemuan adalah secara sukarela dan berterusan sepanjang hayat
berlandaskan Etika Kaunseling.

Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Malah kaunselor
tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien, kerana apa yang baik
untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien . Keistimewaan khidmat kaunseling ialah
ia membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi.
Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri.

Oleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala.
Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang
baik, manakala klien memberihalkan masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil
tindakan menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan reaksi di antara klien dan kaunselor turut
membantu klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapinya.

kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari segi kelemahan yang menghasilkan masalah
dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada permasalahannya. Oleh itu fokus mencapai
matlamat yang mereka tentukan sendiri melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna, dan
melalui penyelesaian masalah yang berbentuk emosional atau antara individu.

Krumboltz (George & Kristianni, 1990), pula mengatakan kaunseling merangkumi aktiviti-
aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunseling dalam usaha membantu klien melibatkan
diri dengan jenis-jenis tingkahlaku yang akan menghasilkan penyelesian kepada masalah klien.

Untuk pemahaman dengan lebih jelas lagi tentang definisi kunseling, dipetik tiga definisi yang
telah dibuat oleh tiga tokoh iaitu Blocher (1974); Corey (1977) dan James (1982). Blocher
(1974) mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses untuk menolong individu supaya ia
menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam
persekitarannya. Corey (1977) sepertimana dengan Blocher menekankan tentang proses di mana
seorang klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulakn
masalah pada dirinya. Akhir sekali James (1982) pula mendefinasikan kaunseling sebagai suatu
proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai
kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu.

Sebagai rumusan, kaunseling adalah proses pertolongan yang profesional yang bertujuan
membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya.

Definisi Bimbingan
• Othman Mohamed (2000), bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia
melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi
menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya bagi
penentuan kebajikan dan perkembangan dirinya.

Prinsip-prinsip bimbingan
• Bimbingan adalah untuk semua murid, untuk perkembangan diri mereka.
• fokus utama bimbingan ialah pencegahan masalah sementara ia masih boleh dikawal.
• Ia mesti dilakukan secara kolaboratif dengan kakitangan lain di sekolah.
• murid-murid perlu menyertai bimbingan secara sukarela.
• guru bimbingan perlu bertingkah laku prosesional untuk mengelakkan perhubungan tidah sihat.
• perkhidmatan bimbingan merupakan tanggungjawab secara kolektif di antara guru, murid, guru
pmbimbing dan sekolah, rakan sebaya dan ibubapa yang berkenaan.
Pendekatan Bimbingan
Perkembangan Pencegahan Pemulihan Krisis
Guru Bimbingan dan Kaunseling (B & K)
• Guru yang dilantik sebagai guru bimbingan dan kaunseling di sekolah yang bertanggungjawab
menjalankan aktiviti-aktiviti kaunseling.
• Guru ini tidak digelar kaunselor

MODEL PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

• Perkhidmatan lebih bersifat menyeluruh iaitu memberi khidmat yang ditujukan seboleh-
bolehnya kepada semua kelompok sasaran, di mana perlu khidmat rujukan kepakaran juga boleh
diberikan.
• Perkhidmatan lebih bersifat perkembangan, pencegahan, dan pemulihan yang boleh disokong
melalui aktiviti pengayaan dan pengukuhan.
• Perkhidmatan lebih menekankan bimbingan dan kaunseling pengajaran serta bimbingan dan
kaunseling kelompok.
• Perkhidmatan lebih bersifat terbuka .
• Perkhidmatan bersifat bersepadu dan pelbagai disiplin.
• Perkhidmatan bersifat pelbagai modality
Kesan Persekitaran Kepada Perkembangan Manusia - Siri 2.

Perkembangan Selepas Lahir

Pemakanan
Sebagaimana nasihat-nasihat yang diberikan oleh para doktor dan jururawat, faktor pemakanan
perlu dititikberatkan dalam persekitaran kehidupan kanak-kanak sejak dari peringkat awal lagi
bagi menjamin perkembangan yang sempurna. Susu ibu amat berkhasiat untuk bayi. Seterusnya,
bagi menjamin perkembangan jasmani dan mental yang sihat, makanan yang berzat dan
seimbang amat diperlukan. Makanan bukan sahaja membantu pertumbuhan dan perkembangan
seseorang individu, malah ia juga dapat melindungi mereka daripada berbagai-bagai penyakit
(Ashford,J.B.,1997).

Keluarga
Keluarga juga merupakan satu latar persekitaran yang banyak mempengaruhi perkembangan
seseorang individu. Selain daripada mempunyai pertalian darah, mereka mempunyai pertalian
emosi dan sosial kerana mereka sentiasa mempunyai hubungan rapat. Kanak-kanak yang
dilindungi dan dijaga dengan baik akan merasa selamat dan yakin dan mempunyai self-esteem
yang tinggi. Cara gaya asuhan dan didikan ibu bapa juga akan mempengaruhi pembentukan
personaliti seseorang anak. Menurut Rahil Mahyuddin dan Habibah Elias (2002:149), ada empat
aspek dalam perhubungan ibu bapa yang memberi kesan kepada perkembangan identiti
seseorang. Antaranya ialah minat dan penglibatan ibu bapa, kekuatan emosi dalam interaksi
keluarga, ciri tingkah laku keluarga dan ciri autoriti ibu bapa. Contohnya, ibu bapa yang bersikap
autokratik akan melahirkan anak-anak yang pasif, takut dan menarik diri. Kanak-kanak ini akan
membesar menjadi individu yang kurang berkeyakinan dan amat bergantung kepada orang lain
untuk membuat keputusan. Sebaliknya, ibu bapa yang mengamalkan prinsip demokrasi akan
mengasuh kanak-kanak menerima dan memberi, bertolak ansur, berbincang dan mematuhi
pendapat majoriti dalam satu-satu tindakan membuat keputusan. Ibu bapa yang sentiasa
menemani anak-anak mereka dalam segala aktiviti pula besar kemungkinan akan membentuk
kanak-kanak yang sukar berdikari.

Dalam kajian yang dijalankan oleh Elder (1980) dalam Rahil & Habibah (2002:150), kualiti
perhubungan antara remaja dan ibu bapa mempengaruhi perkembangan identiti. Jikalau keadaan
dan limitasi ibu bapa itu menghalang mereka melakukan segala-galanya, maka remaja itu akan
menghadapi masalah dalam pencapaian identiti. Saiz keluarga pula mempengaruhi pembentukan
sahsiah seseorang kanak-kanak. Kanak-kanak dari saiz keluarga yang kecil lazimnya akan
mendapat perhatian dan layanan yang lebih sempurna berbanding kanak-kanak yang dibesarkan
dalam persekitaran keluarga yang ramai. Jika segala permintaan kanak-kanak sentiasa dipenuhi
oleh ibu bapa tanpa memikirkan keperluannya, mungkin boleh menyebabkan mereka bersikap
angkuh dan terlalu bergantung kepada ibu bapa. Bagi seseorang yang dibesarkan dalam
persekitaran keluarga yang bercerai-berai pula, mereka akan sentiasa bergelut dengan perasaan
marah dan akan menyalahkan diri sendiri dan sukar mencapai harapan yang realistik tentang
perhubungan dengan orang lain (Rahil & Habibah, 2002:151).

Rakan Sebaya
Rakan sebaya adalah faktor penting dalam mempengaruhi perkembangan individu terutama
ketika zaman remaja. Menurut Tang Chee Yee (1990:35),rakan sebaya ialah karib, klik,gang
yang mempengaruhi perkembangan sikap, minat, bahasa dan falsafah hidup. Lazimnya rakan
sebaya mempunyai usia, cita-cita, minat dan tahap kecerdasan yang lebih kurang sama. Pengaruh
rakan sebaya adalah dari pelbagai aspek iaitu afektif, sosial, kognitif dan psikomotor. Kanak-
kanak belajar bersosialisasi dengan mempelajari perkara-perkara yang boleh diterima dan yang
tidak boleh diterima oleh ahli-ahli kumpulan sebaya. Perkembangan kognitif mereka pula akan
bercambah kerana terlibat dalam perbincangan dan perdebatan dengan rakan sebaya mereka.
Kanak-kanak juga akan mempelajari sikap yang diamalkan oleh rakan sebaya mereka. Contohya;
sekiranya rakan tersebut menunjukkan sikap yang positif terhadap pelajaran maka mereka akan
cenderung terhadap pelajaran tetapi malangnya jika rakan mereka bersikap negatif dan anti sosial
maka ada kecenderungan kanak-kanak ini juga akan turut terjebak dengan perkara-perkara yang
tidak diingini. Akhlak dan nilai yang diamalkan oleh rakan sebaya lazimnya akan mempengarhi
kanak-kanak turut bertingkahlaku sedemikian kerana mereka takut disingkir. Kajian tentang
perhubngan rakan sebaya menunjukkan satu trend terhadap saling sokong-menyokong melalui
ketaatan dan kemesraan (Douvan dan Gold (1966) dalam Rahil dan Habibah ,2002:152).
Kumpulan sebaya ini juga ialah nadi bagi remaja. Kualiti peribadi membuatkan remaja menjadi
popular di kalangan mereka. Mereka ini akan ceria, bertenaga, baik budi, mempunyai humor,
berinisiatif, mempunyai desakan dan idea bernas (Conger, 1977 dalam Rahil & Habbah,
2002:154), manakala remaja yang terasing di kalangan rakan sebaya mempunyai ciri-ciri
bertentangan dengan remaja popular.

Sekolah
Sekolah memainkan peranan penting dalam perkembangan identiti seseorang kerana mereka
banyak menghabiskan masa di sekolah menerusi aktiviti akademik, aktiviti gerak kerja
kokurikulum dan menghabiskan kerja tambahan sekolah. Selain itu, mereka didedahkan kepada
guru yang sentiasa menekankan pencapaian akademik, motivasi untuk belajar penguasaan
kemahiran dan mempertingkatkan kemajuan serta sikap terhadap tanggungjawab, kepimpinan,
dan autoriti. Kajian mendapati bahawa remaja mempunyai pola identifikasi yang kukuh dengan
ibu bapa, guru, nilai sekolah dan rakan sebaya adalah berkait rapat dengan pencapaian akademik
(Rahil & Habibah, 2002:155). Perkembangan mental, sosial dan jasmani seseorang pula boleh
dipengaruhi oleh kedudukan tempat mereka bersekolah sama ada di bandar ataupun di luar
bandar. Kekurangan kemudahan di sekolah luar bandar seperti elektrik, komputer, internet,
perpustakaan yang lengkap dan seumpamanya akan menjejaskan perkembangan kanak-kanak
dari pelbagai aspek. Saiz sesebuah sekolah, bilangan pelajar di dalam kelas dan keupayaan guru
pula akan memberikan kesan yang berbeza terhadap perkembangan pembelajaran pelajar.
Contohnya, jika bilangan ahli di dalam sesebuah kelas adalah kecil, maka guru akan mudah
berinteraksi dengan lebih kerap serta memberi layanan yang sempurna terhadap pelajar. Jadi,
pembelajaran akan menjadi lebih berkesan berbanding pelajar yang belajar di dalam kelas yang
terlalu ramai. Perbezaan kelas sosial kanak-kanak juga akan mempengaruhi corak pergaulan dan
sikap kanak-kanak di sekolah. Falsafah hidup yang mereka anuti turut mempengaruhi falsafah
sekolah, pengetua serta guru. Pembelajaran pelajar pula akan dipengaruhi oleh sekolah yang
mereka hadiri. Bagi sekolah yang hanya mengutamakan akademik, akan menghasilkan pelajar-
pelajar yang kurang berminat dalam sukan dan permainan.

Persekitaran Tempat Tinggal


Persekitaran tempat tinggal individu juga akan mempengaruhi perkembangan seseorang
individu. Contohnya, seseorang yang tinggal di desa lazimnya masih tebal mengamalkan nilai-
nilai tempatan kerana pergerakan mereka dikawal oleh norma masyarakat setempat berbanding
di bandaraya yang besar, mereka akan lebih mementingkan diri sendiri dan terpengaruh dengan
budaya pelbagai kerana tingkah laku mereka tidak dihiraukan oleh masyarakat sekeliling yang
bersikap individualistik. Interaksi sosial penting kerana ia mempengaruhi perkembangan kognitif
seseorang yang membawa kepada perbezaan manusia (Rahil & Habibah, 2001:104)

Sebaran Am
Selain daripada faktor-faktor di atas, semua jenis sebaran am juga memberi ruang persekitaran
yang mengakibatkan perkembangan seseorang. Sebaran am seperti surat khabar, radio,
televisyen, akhbar, majalah, buku, wayang gambar dan seumpamanya akan mempengaruhi
perkembangan mental, pandangan, persepsi, dan sikap seseorang terhadap isu-isu semasa (Ee Ah
Meng, 1996). Sebagai contoh,iklan-iklan yang dipamerkan menerusi alat-alat sebaran am telah
banyak mempengaruhi pengguna sama ada ke jalan positif atau negatif, manakala drama-drama
di televisyen pula telah banyak mengajar penonton dan menjadi tauladan dan tak kurang juga
mempengaruhi penonton ke jalan negatif. Ahli-ahli psikologi kognitif seperti Bruner dan Bloom
berpendapat bahawa kepelbagaian rangsangan adalah ramuan paling penting dalam
perkembangan intelek ke peringkat optimum (Rahil & Habibah, 2001:154).

Pusat Ibadat
Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum yang bebas mengamalkan agama masing-
masing. Jadi pusat-pusat ibadat seperti masjid, gereja, tokong dan kuil di satu-satu tempat juga
mempengaruhi falsafah dan cara hidup seseorang. Pembentukan nilai-nilai murni yang
disemaikan akan mendidik jiwa penganutnya bersifat taat kepada perintah Tuhan serta berbaik-
baik sesama manusia.

Pemimpin
Akhir sekali, pemimpin di sesebuah negara, negeri dan organisasi-organisasi tertentu juga akan
menjadi latar persekitaran yang mempengaruhi pemikiran dan tindakan penduduk di satu-satu
tempat. Ini boleh kita lihat dari segi idea, budaya, corak ekonomi, politik dan ideologi.
Pandangan serta falsafah hidup penduduk berkenaan juga turut akan dipengaruhinya. Contohnya,
pemimpin Jepun berjaya membudayakan masyarakatnya agar tekun bekerja, menepati masa dan
membuat reka cipta dan inovasi pada zaman kebangkitan semula setelah negaranya mengalami
kehancuran akibat dibom musuh. Maka sehingga kini, rakyatnya berkembang dari segi sahsiah
dan intelek, menjadi orang yang bersikap seperti mana budaya yang telah diterapkan itu.
Implikasinya, mereka berjaya mewujudkan negara yang berkembangan maju dan kaya.
Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa faktor persekitaran amat memberi implikasi kepada
perkembangan manusia. Kebolehan mengutip, memproses dan menyimpan maklumat dari
persekitaran kehidupan mereka dikenali pula sebagai perkembangan kognitif. Menurut Jean
Piaget dalam Tang Chee Yee (1990:36), setiap individu memungut dan memproses maklumat
dengan cara kualitatif yang berbeza bergantung kepada pengalaman persekitaran masing-masing.
Bloom dalam Rahil dan Habibah (2001:154) pula mendapati pengalaman masa lalu dalam situasi
pembelajaran adalah faktor persekitaran yang penting dalam perkembangan intelek. Seseorang
yang belajar menguasai sesuatu masalah boleh memindahkan pengetahuan ini kepada masalah-
masalah lain yang dihadapi. Beliau juga mengatakan bahawa tiga pembolehubah persekitaran
yang penting dalam perkembangan kebolehan intelek seseorang sejak dari awal kanak-kanak
ialah banyaknya rangsangan yang diterima untuk perkembangan lisan, banyaknya kemesraan dan
ganjaran yang diterima oleh seseorang kerana pencapaian lisan-taakulan dan banyaknya galakan
yang diterima oleh seseorang untuk interaksi aktif dengan masalah, penerokaan persekitaran dan
pembelajaran kemahiran baru.
Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik?

"Kaedah pengajaran yang saya gunakan adalah betul... tapi hasil yang saya harapkan masih tidak
tercapai."

"Kalau begitu, adakah teknik-teknik yang kau gunakan itu betul juga"

"Teknik-teknik yang saya pakai tidak mungkin salah lagi"

"Oh ya! Strategi pengajaran macam mana pula..."

"Apa itu stra..."

PENDAHULUAN

Bagi seseorang yang baru menjejak kakinya dalam arena pengajaran malah ramai guru yang
berpengalaman, konsep pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran amat sukar dibeza-
bezakan. Apa lagi terdapat orang yang menganggap bahawa semua istilah tersebut adalah sama
dengan cara pengajaran sahaja. Ini adalah suatu perkara yang harus diberi perhatian yang serius
kerana konsep-konsep tersebut adalah merupakan asas untuk membentuk sesuatu rancangan
pelajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru. Penjelasan tentang perhubungan di antara
keempat-empat konsep adalah amat berguna bagi guru-guru pelatih yang menjalankan latihan
mengajar supaya ilmu pedagogi yang dipelajari itu dapat diamalkan dalam bilik darjah.

Rencana ringkas ini bertujuan memberi sedikit sebanyak penjelasan tentang pendekatan, strategi,
kaedah serta teknik pengajaran serta hubungan di antara satu sama lain. Walau pun difikirkan
bahawa konsep-konsep itu merupakan asas dalam perbincangan pedagogi tetapi kebanyakan
pengarang buku pedagogi masih samar-samar tentang konsep-konsep tersebut.

Untuk menjelaskan konsep-konsep tersebut, perbincangan akan bermula dengan kaedah pengajaran
dan diikuti oleh teknik pengajaran. Selepas kita telah jelas mengenai kedua-kedua konsep tersebut
maka kita akan meneliti konsep strategi serta pendekatan pengajaran. Akhir sekali kita akan
mengulas perhubungan kesemua konsep tersebut dalam situasi pengajaran.

KAEDAH DAN TEKNIK

Sebelum kita membincangkan konsep kaedah pengajaran adalah eloknya kita memikirkan secara
umum pengertian kaedah. Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat
sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang
sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.

Lantaran itu, jika kita ingin memasak ikan maka kita perlu fikirkan apakah kaedah-kaedah memasak
yang kita boleh gunakan. Sudah tentunya, kaedah-kaedah yang biasa kita gunakan ialah seperti
menggoreng, merebus, memanggang atau mengukus. Begitu juga kalau kita diminta memberi kaedah-
kaedah menyepak bola kita akan menyatakan kaedah-kaedahnya adalah seperti sepakan sering,
sepakan tinggi, sepakan grounder, sepakan banana serta bermacam-macam lagi. Satu lagi contoh ialah
jika kita ingin peri memburu harimau di dalam hutan, kaedah-kaedah yang kita boleh gunakan adalah
seperti menembak dengan senapang, memanah, menjerat, menikam atau menombak.

Andaikan kita ingin memasak ikan dengan kaedah menggoreng. Maka sudah tentu kita perlu memiliki
kemahiran-kemahiran yang khusus dalam menjayakan kaedah tersebut. Kemahiran khusus tersebut
adalah dimaksudkan sebagai teknik. Sebab itu, bolehlah kita menyatakan bahawa semua kaedah
mempunyai teknik-teknik tertentu yang disusun dengan sistematik. Umpamanya untuk menggoreng
ikan, kita mesti memanaskan kuali terlebih dahulu sebelum mencurahkan minyak ke dalamnya. Untuk
mengelakkan ikan melekat pada kuali, suatu lagi teknik ialah memasukkan sedikit garam ke dalam
minyak yang telah panas di kuali. Api juga harus dikawal supaya tidak terlalu panas. Kesemua tindakan
yang spesifik ini adalah disebut sebagai teknik menggoreng. Teknik-teknik untuk kaedah memasak
ikan secara memanggang pula adalah amat berbeza.

Untuk menjelaskan lagi hubungan kaedah dengan teknik, kita boleh ambil contoh memburu harimau.
Kalau kita hendak memburu harimau dengan kaedah memanah maka teknik-tekniknya adalah seperti
meneliti arah angin, kemahiran memegang ibu panah, gerakan tangan untuk membuat sasaran,
kedudukan kaki serta tindakan menarik nafas.

Dalam zama atom ini, sudah tentu kaedah memburu harimau dengan kaedah memanah tidak begitu
berkesan. Jadi walau pun seorang pemanah itu betul-betul mahir dan telah menguasai segala teknik
memanah dengan seratus perstus, maka kemungkinan besar ia dimakan oleh harimau. Itu sebabnya
kaedah memburu yang dipilih adalah kurang sesuai walaupun teknik-teknik kaedah itu adalah baik.

Oleh itu, untuk menjayakan sesuatu yang kita ingini kaedah yang dipilih mestilah disertai dengan
teknik-teknik yang betul. Memilih kaedah yang tepat tanpa menguasai teknik-teknik yang baik
menurut kaedah tersebut tidak akan menjaminkan tercapainya matlamat kaedah yang diingini.

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan
yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan
perubahan tindkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah
pengajaran adalah seperti cercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan
masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau Socratik dan lain-lain lagi.

Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam
sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada apda sesuatu
kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.

Misalnya katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah bercerita untuk mengajar sesuatu tajuk
pelajaran. Teknik-teknik bercerita yang dimaksudkan ialah kawalan nada suara, penggunaan alatan
yang berkenaan, kemahiran mengekalkan minat murid, gerrakan tangan "facial expression", serta
kedudukan murid-murid semasa aktiviti bercerita itu berlangsung.
Kaedah mengajar seperti syarahan juga mempunyai teknik-teknik yang tersendiri. Teknik-teknik
syarahan adalah seperti mempelbagaikan nada sera kadar percakapan, bahasa yang sesuai,
penggunaan OHP, garis kasar kuliah yang disampaikan, menyoal soalan-soalan yang mencabar
pemikiran pelajra dan lain-lain lagi.

Satu lagi contoh kaedah mengajar ialah kaedah soalan. Jika kita ingin mengajar dengan kaedah
soalanmaka kita pelu menggunakan teknik-teknik menyoal yang baik seperti soalan-soalan yang
ditanya haruslah jelas dan tepat, pelajar-pelajar diberi masa untuk memikirkan jawapan soalan
sebelum sesiapa dipanggil untuk menjawab, layanan yang munasabah bagi semua tindak balas daripada
murid, suara haruslah jelas, mempelbagaikan soalan-soalan yang ditanya dan sebagainya.

Jadi jika kita hendak mengajar seseorang berenang kita haruslah memilih kaedah-kaedah yang
sesuai. Kaedah seperti perbincangan serta syarahan sudah tertentu tidak berkesan. Kaedah
pengajaran seperti demostrasi adalah lebih sesuai. Meskipun demikian, untuk memastikan bahawa
demostrasi itu berjaya kita mesti menguasai teknik-teknik demostrasi.

Sebagai kesimpulan, bila kita sebut teknik pengajarankita mesti bertanya teknik pengajaran untuk
kaedah apa. Setiap kaedah pengajaran mesti mempunyai teknik-teknik yang tertentu.

PENDEKATAN

Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu
sasaran. Dalam pengertianyang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any
sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih
biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu.

Sebagai contoh, pendekatan-pendekatan memasak ikan yang kita boleh gunakan ialah seperti
pendekatan Timur atau pendekatan Barat. Bagi pendekatan Barat, kita dapati keutamaan ditegaskan
pada nilai kalori, nilai makanan dari segi zat makanan dan ciri-ciri makanan seimbang. Bagi pendekatan
Timur pula, keutamaan adalah diberi kepada rasa seperti rupa makanan tetapi tidak begitu
mementingkan nilai kalori atau ciri-ciri makanan seimbangan. Pendekatan Barat ini adalah amat
berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi pemakanan yang mempunyai prinsip-prinsip
makanan serta hubungannya dengan kesihatan.

Suatu lagi contoh tentang pendekatan melakukan sesuatu ialah pendekatan seseorang dalam belajar
bermain tenis. Dia boleh menggunakan pendekatan profesional atau pendekatan konvensyenal
(tradisional atau acquired) atau biasa. Bagi pendekatan profesional, semua kaedah bermain dipelajari
berdasarkan prinsip-prinsip sains yang sangat bersistematik. Manakala bagi pendekatan
konvensyenal, kaedah-kaedah bermain dipelajari berdasarkan pengalaman, perbincangan informal
serta dengan pemerhatian.

PENDEKATAN PENGAJARAN

Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau
memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata
pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek
pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih utama. Sebab itu ada kalanya
pendekatan meyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan
kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran. Pendekatan-pendekatan
pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara-cra fakta disampaikan,
keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata pelajaran lain.

Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan individu,
pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan
sebagainya. Pendekatan yang dimaksudkan di sini tidak menyentuh tentang kaedah yang boleh
digunakan dalam pengajaran. Guru adalah bebas memilih kaedah yang difikirkan wajar bagi setiap
pendekatan tersebut.

Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah pendekatan induktif,
pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan dari segi isi mudah ke isi susah dan
pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak.

Pendekatn yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai pendekatan memusatkan guru
manakala pengajran yang mementingkan murid disebut sebagai pendekatan memusatkan murid.
Kaedah-kaedah yang seiring dengan pendekatan yang memusatkan guru adalah seperti kaedah
syarahan dan kaedah demonstrasi manakala kaedah-kaedah pengajaran yang selari dengan
pendekatan pengajaran yang memusatkan murid adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah,
kaedah bermain dan kaedah perbincangan kumpulan.

Terdapat juga pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk mengajar beberapa mata pelajaran
mengikut tema-tema pelajaran. Contohnya pengajaran dalam Alam dan Manusia menggunakan
perdekatan interdisiplin atau pendekatan bersepadu. Ini adalah kerana beberapa mata pelajaran
seperti Sejarah, Geografi dan Kesihatan digabungkan menjadi suatu mata pelajaran yang baru.
Pendekatan ini adalah sama dengan pengajaran Sains Panduan di mana Biologi, Fizik serta Kimia
digabungkan dan diajar mengikut tema-tema tertentu.

Akhirnya dalam pengajaran bahasa terdapat pendekatan-pendekatan seperti pendekatan komunikasi,


pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu.
Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teori-teori pembelajaran yang berbentuk mentalis
atau behavouris. Contohnya jika kita mengikut teori mentalis atau kognitif maka pendekatan yang
digunakan adlah seperti pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Bagi teori behavouris atau S-
R maka pendekatan pengajaran yang digunakan adalah pendekatan komunikasi dan situasi.

Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum dan ia seolah-
olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana caranya untuk menuju
haluan itu. Cara-cara yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu pendekatan
pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran.

STRATEGI

Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk
mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum.
Seseorang panglima tentera harus memikirkan strateginya untuk mempertahankan kedudukannya
atau menyerang kubu musuhnya.

Sebagai contoh, katakanlah perang tercetus di antara Malaysia dan Singapura. Seorang panglima
Malaysia yang dipertanggungjawabkan untuk menyerang dan menawan Singapura terpaksa merancang
strategi peperangannya. Dia harus memikirkan apakah pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah
untuk menyerang pihak musuh. Adakah kita menggunakan tentera udara atau tentera laut? Adakah
kita mengebom sasaran-sasaran pertahanannya terlebih dahulu sebelu menghantar angkatan tentera
darat diikuti oleh angkatan tentera laut. Susunan serta urutan kaedah yang dirancangkan mengikut
kekangan logistik adalah disebut sebagai strategi peperangan.

Andaikan kita menggunakan contoh memasak ikan semula. Kalau kita ingin memasak seekor ikan yang
agak besar (5 kilogram) kita perlu merancangkan strategi memasak supaya kita dapat kepuasan dan
faedah yang paling banyak dengan menggunakan masa, tenaga erta sember yang paling minimum. Di
sini kita perlu merancangkan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk
memasak ikan tersebut. Umpamanya adalah kita menggoreng kepalanya, merebus ekornya,
memanggang tulang diikuti dengan mendidihnya dalam sup, menjerut telurnya dan sebagainya. Kaedah
manakah yang kita buat terlebih dahulu? Pendekatan timur atau barat yang patut diikuti untuk
memasak? Rancangan yang lengkap ini boleh disebut sebagai strategi memasak.

Bagaimana dengan strategi memburu harimau pula? Kita telah membincangkan kaedah-kaedah yang
boleh digunakan untuk memburu harimau. Jadi bagaimanakah rancangan kita untuk menggabungkan
kaedah-kaedah tersebut seupaya harimau itu dapat diburu dengan mudah. Adakah kita memagar
kawasan yang didiami oleh harimau dan menahan jerat pada kawasan-kawasan tertentu. Apabila
harimau telah terjerat, barulah kita menembaknya. Atau perlukah kita menghadkan makanan harimau
untuk melapar dan meletihkannya kemudian membunuhnya dengan lebing.

Untuk memenangi sesuatu pertanding badminton, seseorang pemain bukan sahaja perlu menguasai
segala kaedah untuk menghantar bola tangkis kepada lawannya tetapi a juga perlu merancangkan
strategi permainan itu. Strategi permainan adalah seperti bermain secara defence pada pemainan
pertama untuk meletihkan musuh dan kemudiannya menyerang dengan secara smash yang kencang
pada pemainan kedua. Adakah dia sengaja bermain sebanyak 3 atau 2 pemainan sahaja. Jika pemain
itu menguasai semua kaedah menghantar bole tangkis dengan sempurna tetapi strategi permainannya
tidak sesuai mana ia akan ditawan. Oleh sebab itu, ada kalanya pasukan yang mahir dalam semua
kaedah permainan dikalahkan sebab strategi permainan tidak sesuai.

STRATEGI PENGAJARAN

Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya menggunakan gabungan


berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu. Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah
serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran.

Sebagai contoh, untuk mengajar sebuah kelas berenang, strategi pengajaran harus
mempertimbangkan pendekatan yang digunakan serta kaedah-kaedah yang perlu digunakan. Adakah
kita gunakan pendekatan individu atau pendekatan kumpulan kecil? Bila kita menerangkan cara-cara
berenang kepada pelajar patutkah kita gunakan pendekatan induktif atau pendekatan deduktif? Di
samping itu, apakah kaedah pengajaran yang boleh kita gunakan. Antara kaedah syarahan, kaedah
demostrasi dan kaedah latih tubi yang manakah kita gunakan terlebih dahulu? Bagaimanakah
kombinasinya? Ringkasnya rancangan yang lengkap yang mengandungi pendekatan dan kaedah adalah
strategi mengajar yang dimaksudkan.

Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang
berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu
rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang
berbeza-beza itu. Contohnya, dalam bilik darjah KBSR yang biasanya terdiri daripada kumpulan
lemah, kumpulan serdahana serta kumpulang cergas. Guru terpaksa memikirkan strategi pengajaran
yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di
samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri
seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid.
Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasi berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi
yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk
membentuk strategi pengajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya.

Kita biasanya mendengar pendapat bahawa tiada terdapat mana-mana kaedah yang paling baik sekali.
Ini amat benar kerana kaedah-kaedah mengajar mestilah diatur untuk membentuk strategi
pengajaran mengikut keadaan di mana proses pengajaran itu berlaku. Jelasnya sesuatu kaedah
pengajaran tidak menjaminkan pencapaian matlamat pengaajaran. Yang lebih penting adalah interaksi
kaedah itu dengan kaedah-kaedah lain.

KESIMPULAN

Kesimpulan yang boleh dibuat setakat ini ialah sesuatu strategi pengajaran menggabungkan pelbagai
kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum sekali. Strategi
yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan
pengajaran pembelajaran yang paling maksimum
MASALAH PEMBELAJARAN DI KALANGAN KANAK-KANAK  

 Memanglah menjadi hasrat setiap pasangan suami isteri untuk mendapat zuriat yang berpontensi tinggi
dan berkeupayaan mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diceburi apabila dewasa kelak. Corak
kehidupan masa kini amatlah memberi penekanan terhadap pencapaian intelek yang tinggi serta
kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat dan negara.

Penekanan terhadap kecemerlangan telah menggalakkan penubuhan intitusi -intitusi yang menawarkan
program -program pengayaan (enhancement programes ) yang bertujuan untuk melengkapkan anak
-anak dengan kemahiran membaca , menulis , dan mengira dari kecil lagi. Institusi -intitusi ini juga
mengaturkan aktiviti -aktiviti atau kurikulum yang menekankan aspek penyampaian maklumat dalam
aktiviti -aktiviti harian kanak -kanak tersebut. Pengusaha -pengusaha tadika berlumba -lumba untuk
memberikan program pengayaan kepada anak -anak murid mereka dengan menggunakan berbagai
-bagai teknologi pembelajaran yang dikatakan sesuai dan boleh meningkatkan teknologi pembelajaran
yang dikatakan sesuai dan boleh meningkatkan prestasi intelek kanak -kanak.

 Pengalaman yang diperoleh daripada program -program intervensi keatas kanak -kanak cacat telah
membolehkan para profesional memahami konsep by pass strategies , iaitu strategi -strategi yang
membolehkan kanak -kanak cacat memperoleh sesuatu kemahiran dengan menggunakan
keupayaannya. Umpamanya , seorang kanak -kanak pekak boleh berhubung dengan menggunakan
bahasa isyarat , kanak -kanak buta boleh membaca menggunakan braille dan kanak -kanak spastik yang
lemah anggota kakinya boleh berjalan dengan menggunakn alat yang dinamakan orthosis.

Kecacatan seperti yang dialami oleh kanak -kanak spastik , buta , rencat akal dan pekak teruk mudah
dikenal pasti untuk diberikan program intervensi awal. Tetapi , disfungsi perkembangan yang tidak ketara
dan sudah dikenal pasti banyak berlaku di kalangan kanak -kanak yang menggalami masalah
pembelajaran di sekolah.  Sejak beberapa tahun kebelakangan , Kefahaman tentang masalah
pembelajaran di kalangan kanak -kanak telah berkembang dengan pesatnya. Memang jelas bahawa
masalah ini adalah kompleks dan psikososial. Pengalaman hidup seseorang kanak -kanak itu mempunyai
pengaruh yang kuat terhadap perkembangan intelek dan perwatakannya.

Ibu bapa dan guru-guru juga kadang kala membuat tanggapan -tanggapan yang mungkin kurang tepat
terhadap kanak -kanak yang kurang maju dalam pelajarannya. Si anak dikatakan malas , tidak
bermotivasi , bodoh atau asyik bermain sahaja. Terdapat pula sesetengah ibu bapa yang menyalahkan
pihak guru dengan mengatakan bahawa guru kurang berpengalaman , teknik mengajar tidak berkesan ,
pilih kasih atau kurang memberikan perhatian kepada si anak. Ramai ibu bapa mendaftarkan anak -anak
mereka untuk mengikuti kelas tambahan bagi meningkatkan kemajuan pelajaran mereka. Walaupun saya
akui usaha -usaha ini boleh membantu memperbaiki prestasi akademik sebahagian besar kanak -kanak ,
tetapi masih ada lagi segolongan kanak -kanak yang memerlukan bantuan pembelajaran yang lebih
khusus.

Punca -punca masalah pembelajaran  

Punca -punca timbulnya masalah pembelajaran di kalangan kanak -kanak boleh dibahagikan kepada dua
kategori :

 1. punca biologi                2. Punca psikososial


Punca biologi merangkumi faktor faktor baka dan penyakit -penyakit yang menjejaskan fungsi otak dan
urat saraf. Kekurangan oksigen sewaktu kelahiran ( asphyxia ), lembam lapisan otak (meningitis ) dan
sawan yang berpanjangan boleh menyebabkan disfungsi urat saraf ( neurologi dysfunction ).

 Pakar kanak -kanak juga telah lama menyedari bahawa kandungan plumbum yang tinggi dalam darah
(lead poisoning ) seseorang kanak -kanak boleh menyebabkan wujudnya masalah pembelajaran. Selain
itu, banyak lagi bahan yang telah dikenal pasti sebagai punca masalah pembelajaran. Doktor dan ibu
bapa perlulah peka terhadap hal ini supaya dapat mengurangkan risiko anak -anak terdedah kepada
penggunaan bahan -bahan tersebut.

Punca psikologi sering mewujudkan masalah pembelajaran. Pengaruh sekitaran yang tidak sihat , kurang
rangsangan , kurang perhatian ibu bapa dan kemiskinan hidup akan menyebabkan kanak -kanak
berkenaan mengalami masalah pembelajaran. Umumnya , unsur biologi berinteraksi dengan unsur
psikososial. Oleh itu , setiap kanak -kanak yang menghadapi masalah ini perlu dirawat secara teliti
dengan menggunakan pendekatan yang berasingan.

Satu kajian untuk mengenal pasti dengan lebih terperinci  punca -punca kegagalan dalam pelajaran telah
dijalankan ke atas kanak-kanak dalam kelas pemulihan di tiga buah sekolah di selangor dan kuala
Lumpur oleh LPPKN denagn kerjasama Kementerian Pendidikan pada tahun 1986. Antara punca-punca
yang dikaenal pasti ialah kurang perhatian oleh ibu bapa dalam soal pelajaran anak-anak, kurang
motivasi di kalangan kanak-kanak  itu sendiri serta lambat memperoleh kemahiran membaca, menulis
dan mengira. Ada juga kanak-kanak yang menghadapi masalah lambat menguasai bahasa  yang
seterusnya menjejaskan proses menguasai kemahiran membaca. Sesetengah kanak-kank pula
menghadapi masalah lemah pengamatan (perceptual weakness) dan lemah daya ingatan. Kurang
keyakinan terhadap diri sendiri juga turut menimbulkan masalah pembelajaran. Kanak-kanak tersebut
akan berasa takut untuk bercakap dan tidak gemar bergaul dengan rakan-rakan sebayanya.

Apa yang menarik ialah kanak-kanak yang bermasalah ini menunjukkan kemajuan yang amat
menggalakan apabila dinilai sekali lagi enam bulan kemudian. Pada pendapat saya, Perkembangan yang
positif ini adalah juga disebabkan oleh perhatian yang lebih oleh guru-guru terhadap kanak-kanak
tersebut. Setelah  mengenal pasti dengan lebih tepat kelemahan-kelemahan muridnya, guru dapat
menggunakan kaedah-kaedah yang berkesan untuk membantu kanak-kank itu membaca. Menulis dan
mengira dengan cepat. Ibu bapa juga turut memberikan perhatian yang lebih terhadap pelajaran anak
mereka. Sianak sendiri akan lebih bermotivasi setelah mendapat perhatian, sokongan dan bimbingan
daripada ibu bapa dan guru.

Ada satu kes yang melibatkan seorang kanak-kanak yang kurang baik daya penglihatannya. Akibatnya,
dia kurang nampak papan hitam didalam kelas. Setelah dibawa kepada perhatian ibu bapanya, barulah
cermin mata ditempah untuknya. Pretasinya disekolah juga meningkat. Ada juga kanak-kanak yang
kurang daya pendengaran akibat cecair dalam telinga (serous otitis media) dan ini sudah tentu boleh
menjejaskan pelajarannya. Dia perlukan rawatan untuk memperbaiki pendengarannya.

Ada pula kanak-kanak yang kelihatan pucat dan sering mengantuk didalm kelas. Akibatnya, pretasi
akademiknya merosot.

Kanak-kanak yang terencat akal mundur dalam pelajarannya kerana  kebolehan berfikir, tumpuan
perhatian, perkembangan bahasa, pengamatan dan keupayaannya memproses maklumat adalah lambat
dibandingkan dengan kanak-kanak biasa yang sebaya dengannya.  Kanak-kanak berusia lapan tahun
yang mempunyai tahap intelek (IQ) setaraf dengan kanak-kanak lima tahun lazimnya masih sukar
mengenal huruf. Kebolehannya sama ada dari segi penguasan bahasa, keupayaan menjalani aktiviti-
aktiviti harian atau pun kemahiran sosial akan hanya setaraf dengan kanak-kanak yang berusia lima
tahun. Oleh itu, dia akan mendapati sukar untuk mengikut kurikulum didalam darjah satu.

Kita perlu mengasingkan kanak-kanak normal yang mengalami masalah pembelajaran dengan kanak-
kanak terencat akal yang  mengalami masalah yang sama. Ini boleh ditentukan melalui ujian IQ. Kanak-
kanak mengalami masalah pembelajaran berbeza diantara satu dengan lain dari segi kekuatan dan
kelemahan yan dimilikinya. Oleh itu, pendidikan khas yang diberikan pada seseorang kanak-kanak itu
perlulah diindividukan berasaskan pada kekuatan dan kelemahan tersebut.

 Pelbagai corak difungsi perkembangan ditemui dikalangan kanak-kanak yang mengalami masalah
pembelajaran. Umpamannya, seorang kanak-kank yang berusia enam tahun yang sungguh cerdik
sehingga boleh bermain dengan komputernya,  melukis gambar roket dengan kemas dan membaca
dengan baik mungkin mempunyai tumpuan perhatian yang singkat. Oleh itu,dia mungkin tidak membuat
kerjanya dikelas kerana tidak menumpukan perhatian kepada arahan yang diberikan oleh gurunya.
Sebaliknya, perhatiannya lebih tertumpu kepada perkara-perkara yang sangat diminatinya seperti
permainan komputer dan lukisan.

Kanak-kanak yang lemah ingatannya akan mengalami masalah pembelajaran.  Dia mungkin
menunjukkan kecekapan membuat bentuk rumah menggunakan alat permainan lego dan melukis
gambar kereta atau binatang tetapi menghadapi kesulitan membaca dan menulis. Mengajarnya
membaca dan menulis memerlukan kesabaran kerana perlu memberi penerangan berulang-ulang kali.

 Penilaian ke atas seorang kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran

 Pakar yang menilai kanak-kank yang mengalami masalah pembelajaran  perlu mendapatkan riwayat
yang terperinci dan mengambil perhatian terhadap kemungkinan berlakunya  kerosakan otak seperti yang
dialami oleh bayi yang dilahirkan dalam keadaan lemas (asphyxiated ), perdarahan dalam otak , penyakit
meningtis , sawan yang berpanjangan dan sebagainya. Beliau juga perlu menyelidik sama ada kanak
-kanak tersebut mempunyai adik - beradik lain yang terencat akal yang mungkin boleh dikaitkan dengan
faktor baka.

Pakar kanak -kanak telah lama mengetahui bahawa ada bahan -bahan makanan tertentu yang boleh
menyebabkan perubahan pada tingkah laku kanak -kanak. Kanak -kanak mungkin menjadi lebih resah
hiperaktif , lebih buas dan tidak boleh menumpukan perhatian. Oleh itu , penilaian tidak lengkap jika
riwayat pemakanan kanak -kanak tersebut tidak diambil dengan teliti. Ini penting terutamanya jika pakar
mengesyaki kemungkinan tingkah laku yang abnormal itu disebabkan oleh sesuatu bahan yang dimakan.
Walau bagaimanapun , aspek ini tidak akan diulas dengan panjang lebar dalam bab ini.

Sewaktu melakukan pemeriksaan fizikal , keadaan -keadaan seperti kurang daya penglihatan atau
pendengaran  , kekok tangan masalah sawan , gangguan pada urat saraf yang mungkin mengakibatkan
dia tidak boleh bercakap dengan jelas dan lemah anggota tangan atau kakinya perlu juga dikenal pasti.
Jika disyaki pendengarannya kurang jelas , ujian yang terperinci perlu dijalankan. penilaian psyho-
educational penting untuk mengetahui kekuatan pembelajarannya pada masa itu. Jika kanak -kanak itu
diasyaki menghidap sesuatu pemyakit , doktor akan menjalankan ujian -ujian yang sewajarnya.
 Kini , bilangan yang mahir dalam menjalankan penilaian terperinci keatas kanak -kanak yang mengalami
masalah pembelajaran bagi mengenal pasti unsur -unsur disfungsi perkembangan (elements of
devefunctions ) masih kurang. Penilaian seperti ini perlu dijalankan untuk mengenal pasti ciri -ciri
kekuatan dan kelemahan yang terdapat pada seseorang kanak -kanak itu. Maklumat -maklumat ini akan
membolehkan pihak yang berkenaan memilih dan menjalankan strategi -strategi pendidikan yang khas
dengan berkesan ke atas kanak -kanak tersebut. Cara rawatan atau latihan seharusnya berbeza diantara
seorang kanak -kanak dengan yang lain.

Kanak -kanak yang mengalami sejenis sawan yang dinamakan petit mal epilepsy sering tidak sedarkan
diri beberapa ketika dan keadaan ini mungkin berlaku berpuluh -puluh kali dalam sehari. Ini sudah pasti
akan mengganggu pelajarannya. Dia perlu diberikan ubat mencegah sawan. Kanak -kanak yang terlalu
singkat tumpuan perhatiannya mungkin boleh dibantu dengan ubat - ubat stimulant tertentu dankaedah
pengubahsuaian tingkah laku ( behavioural modification method ). Murid -murid yang lemah daya
inggatan digalakkan menggariskan perkara -perkara utama atau key -points dalam sesuatu perenggan
dan membacanya berulang -ulang kali supaya mudah diingat.

Masalah membaca  

 Kadang kala , terdapat kanak -kanak yang boleh membaca tetapi tidak faham apa yang dibacanya. Ini
mungkin kerana kurang tumpuan perhatian , tidak aktif membaca , tidak faham makna sesuatu perkataan
dan sebagainya. Latihan -latihan tertentu perlu diberikan untuk meningkatkan kemahiran membaca kanak
-kanak itu supaya dia dapat memahami apa yang dibacanya .

Ada beberapa cara untuk membantu murid -murid sekolah yang masih tidak boleh membaca. Kanak
-kanak kurang motivasi untuk belajar mungkin dipengaruhi oleh suasana di rumahnya. Ibu bapanya
mungkin kurang memberikan perhatian atau tiada siapa yang mendisplinkan atau menggalakannya
mentelaah buku -buku pelajaranya. Keadaan ini perlu diperbaiki. Kanak -kanak  ini boleh mendapat
manfaat daripada kaunseling dan bimbingan yang diberikan oleh guru -guru yang berpengalaman. Minat
membaca amat penting ditanamkan dalam diri si anak itu sebelum dia bersedia untuk membaca.
Membacakan buku-buku cerita atau menggunakan teknik flash -cards boleh mendatangkan minat
membaca kepadak anak -kanak berkenaan. Melihat orang lain membaca atau melawat ke kedai -kedai
buku juga digalakkan. Galakkan si anak mengeja dan menyebut perkataan tetapi jangan gunakan
paksaan. Benarkan dia mencoteng dalam buku atau kertas -kertas kosong. Sesekali cabar dia meniru
huruf atau perkataan. Layanilah dia jika dia bertanya sesuatu perkataan yang tertulis.

Masalah membaca sering terdapat di kalangan kanak -kanak yang menggalami masalah pembelajaran.
Ini boleh dibahagikan kepada dua ketogori , iaitu masalah mengenal huruf (decording ) dan masalah
memahami apa yang dibacanya (reading comprehension )

Keupayaan membaca dikalangan kanak-kank boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat. Peringkat
pertama ialah  peringkat dimana dia sendiri gemar menengok buku-buku yang mengandungi gambar-
gambar menarik Lazimnya. Pada peringakt usia lima hingga enam tahun, dia sudah mula mengenai huruf
secara merangkak-rangkak. Semakin lama, dia semakin cekap sehingga boleh mengeja sesuatu
perkataan. Kebiasaanya, apabila berada dalam darjah dua atau tiga, dia sudah cekap membaca tanpa
memikirkan dengan mendalam makna setiap ayat yang dibacanya. Ini berbeza dengan kanak-kanak
dalam darjah lima keatas yang sudah mula berfikir tentang makna setiaap sesuatu yang dibacanya. Dia
mula mempersoalkan kesahihan maklumat yang terdapat dalam buku-buku tersebut. Tumpuan
perhatiannya lebih mendalam dan dia lebih menggunakan ingatannya sewaktu membaca. Pada peringkat
ini, seseorang kanak-kanak yang lemah daya ingatannya atau singkat tumpuan perhatiannya sering
menghadapi masalah memahami apa yang dibacanya. Ini kerana bahasa yang digunakan dalam buku-
buku tersebut lebih kompleks dan memerlukan pengetahuan yang tersimpan dalam ingatan untuk
memahami apa yang dibaca. Lazimnya, kanak-kanak yang berusia 12 tahun keatas sudah boleh
membuat ringkasan terhadap sesuatu yang dibacanya. Kanak-kanak yang sudah pandai meringkaskan,
menganalisa dan menyusun denagn kemas  maklumat-maklumat yang diperolehi daripada pembacaan
akan dapat menunjukkan prestasi akademik yang baik. Sebaliknya, kanak-kanak yang lambat mengenal
huruf dan lambat membaca akan mengalami masalah.  Jika dia boleh membaca tetapi kurang memahami
apa yang dibacanya, prestasi akademiknya juga akan turut terjejas.         

Kadangkala , terdapat kanak -kanak yang mengatakan dia faham isi kandungan sesuatu perenggan
dalam buku yang dibacanya , tetapi apabila disoal , dia tidak dapat memberikan jawapan yang
memuaskan. Keluhan seperti " saya fikirkan saya faham apa yang saya baca " sering kedengaran.
Situasi seperti ini perlu dianalisa untuk mengetahui punca yang menyebabkan kanak-kanak ini tidak
memahami apa yang dibaca. Kemudian tumpuan perhatiannya terlalu singkat atau dia tidak membaca
secara aktif. Dia perlu digalakkan supaya sering bertanya pada dirinya apa yang hendak disampaikan
oleh penulis. Kadang kala , si anak itu sendiri tidak faham apa yang dibaca kerana kelemahannya
memahami bahasa yang digunakan. Sesuatu perkataan yang tidak difahami akan mengaburi konsep
yang ingin disampaikan. Mungkin dia sukar memahami konsep yang cuba ditonjolkan oleh si penulis
kerana terlalu kompleks. Oleh itu , dia memerlukan penjelasan gurunya. Kadangkala pula dia memang
tidak ingat apa yang telah dibacanya dan mengulang membaca.

 Oleh kerana masalah membaca merupakan sebab utama yang menyebabkan wujudnya masalah
pembelajaran di kalangan kanak -kanak , ibu bapa perlulah berusaha menggalakan si anak membaca
dari kecil lagi. Kanak -kanak berbeza antara satu sama lain dari segi kesedaran membaca. Ada yang
lambat dan ada yang cepat. Ini ada kaitan dengan interaksi baka dan pengaruh psikososial seperti
galakan yang diterimanya , peluang -peluang serta sumber -sumber bacaan yang terdapat di rumah serta
motivasi si anak itu sendiri untuk membaca. Minat membaca juga dipengaruhi oleh orang sekelilingnya.

Kanak -kanak hiperaktif 

Kanak -kanak hiperaktif mempunyai ciri -ciri tingkah laku seperti tumpuan perhatian yang singkat ,
sentiasa resah dan tidak boleh duduk diam. Dia tidak mengendahkan arahan ibu bapa atau gurunya dan
menunjukan kedegilanya serta susah dikawal dan displinkan. Oleh itu , kanak -kanak hiperaktif sering
mengalami masalah pembelajaran di sekolah kerana tabiatnya yang suka merayau -merayau , tidak
boleh duduk di tempatnya dan tidak mendengar arahan guru.

Adakalanya , kanak -kanak hiperaktif juga mempamerkan ciri -ciri perkembangan bahasayang lambat.
Kesemuanya ini akan menyebabkan dia tidak digemari oleh kanak -kanak lain dan dia sering berasa
terasing. Kanak -kanak yang sebegini sering menyulitkan gurunya yang kebiasaannya terpaksa menjaga
40 orang murid dalam satu kelas. Dia tidak boleh memberikan perhatian yang khusus pada murid ini
sahaja.

Adakalanya , kanak -kanak hiperaktif ini mempunyai keupayaan intelek yang baik tetapi oleh kerana sikap
resah dan perangai impulsifnya , dia sukar dikawal di dalam suasana sekolah biasa. Kanak -kanak serti
inimemerlukan latihan khas berbentuk modifikasi tingkah laku untuk meningkatkan tumpuan perhatiannya
serta latihan yang menggunakan pendekatan satu dengan satu ( one -to -one opproach ). Guru-guru
perlu sering memberikan peringatan kepada murid ini sama ada melalui isyarat atau mengetuk meja
untuk mendapatkan perhatianya dari semasa kesemasa. Adalakanya, pakar kana-kana perlu
memberikan ubat-ubat yang khusus yang bertujuan untuk mengurangkan keresahan agar boleh
menjalani latihan dan program pendidikan dengan lebih berkesan lagi.

Kekekokan 

Ada juga kanak-kanak yang kekok dan tidak dapat menulis degan cepat. Ini menyebabkan dia lambat
menghabiskan latihan-latihan menulis yang diberikan. Kanak-kanak seperti ini memerlukan lebih banyak
latihan untuk meningkatkan kemahiran penulisannya. Tatkala kanak-kanak lain sudah boleh menulis
ayat-ayat yang disebutkan oleh gurunya, dia pula terlalu lambat kerana masih belum cekap
mengeluarkan maklumat yang diperlukan dari ingatannya dengan cepat atau secara automatik. Ini boleh
meletihkan mentalnya dan mengakibatkan tulisannya sukar dibaca. Sayang sekali, dia sering diaggap
lembab walaupun dia mungkin seorang yang cerdik.

Gangguan Emosi 

Gangguan emosi boleh menyebabkan  seseorang kanak-kanak itu tidak maju didalam pelajarannya.
Sering juga terdapat kanak-kanak yang tidak dapat menumpukan perhatiannya terhadap pelajaran
kerana gangguan-gangguan seperti sakit perut, sakit kepala dan sebagainya yang berpunca daripada
gangguan emosinya. Contohnya ialah seorang kanak-kanak berusia lapan tahun yang secara mendadak
merosot dalam pelajarannya sejak enam bulan kebelakangan..

 Sebelum itu dia merupakan murid yang cerdik dan menunjukkan prestasi yang sangat baik di sekolah.
Sejak enam bulan yang lalu, ibu bapanya mengalami masalah rumahtangga dan sedang berura-ura
untuk berpisah.  Ini telah menimbulkan suasana rumahtangga yang tidak harmoni yang meyebabkan si
anak sering mengeluh tidak sihat. Kanak -kanak yang mengalami gangguan emosi perlulah dikenal pasti
supaya boleh diberi kaunseling untuk membantunya mengatasi masalah emosinya. 

Kaunseling memerlukan penglibatan seluruh ahli keluarga untuk mencari jalan penyelesaian yang sebaik-
baiknya.  Masalah pembelajaran dikalangan kanak-kanak memang sering berlaku dan kebanyakannya
boleh diatasi degan menggunakan pendekatan-pendekatan yang tertentu. Pendekatan-pendekatan ini
perlulah mengambil kira ciri-ciri kekuatan dan kelemahan kanak-kanak berkenaan.

Strategi-strategi bypass yang sesuai boleh diaturkan bagi membolehkan dia mengatasi kelemahannya.
Gelaran-gelaran seperti rencat akal (mental handicap), hiperaktif (hyperactivity) dan sebagainya tidak ada
guna baginya sama sekali tanpa langkah-langkah intervensi yang sewajarnya.  Sebaliknya, adalah lebih
baik diwujukan program-program bagi membantu mengatasi masalah kanak-kanak ini. Kebanyakan
kanak-kanak yang diberikan perhatian dan latihan-latihan akan dapat mengatasi masalah mereka dan
seterusnya maju dalam pelajaran mereka.

Tanggungjawab untuk membantu anak-anak yang bermasalah ini bukan hanya terletak diatas bahu para 
profesional atau guru-guru sekolah sahaja malah ibu bapa juga perlu mengambil perhatian berat dan
memastikan anak-anak mereka mengikut latihan-latihan khas dirumah.

Anda mungkin juga menyukai