Anda di halaman 1dari 2

KEBAIKAN SAINS DALAM KEHIDUPAN MODEN

Kemajuan sains dan teknologi telah banyak membawa perubahan positif kepada kita dan
berkait rapat dengan kemajuan sesebuah negara. Kemajuan sains telah membawa kebahagiaan
kepada manusia. Sesungguhnya banyak faedah yang telah kita nikmati hasil daripada kemajuan
sains dan teknologi. Justeru itu tidak hairanlah jika sesebuah negara menyumbangkan belanja
yang besar untuk memajukan sains dan teknologi bagi mewujudkan sebuah negara yang
disegani. Fenomena ini membuktikan bahawa kemajuan sains lebih banyak mendatangkan
kesan positif daripada kesan negatif. Walaupun tidak dinafikan bahawa kemajuan sains dan
teknologi masih tidak dapat memenuhi kekurangan dari segi kerohanian, namun sebenarnya ia
mampu memenuhi kekurangan dari segi kebendaan.

Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa bidang penyelidikan dan
pembangunan akan hanya mencapai tahap yang tinggi melalui penerokaan dalam sains dan
teknologi.Kepakaran yang tinggi akan membolehkan lebih banyak kajian dan penyelidikan
sainstifik dijalankan serta dapat membantu menghasilkan produk-produk prototaip dalam
pelbagai bidang sosial dan ekonomi.Khususnya dalam sektor pertanian,negara akan mengalami
kemajuan yang besar sekiranya mengarap sains dan teknologi yang canggih.Melalui kepakaran
dalam bioteknologi,teknik dan teknologi pertanian akan mengalami transformasi.Teknik-teknik
moden yang efektif dalam bidang penanaman,penternakan dan penuaian akan membantu
meningkatkan produktiviti.Bioteknologi juga akan membantu dalam penghasilan baka,benih
dan racun bagi memajukan sektor pertanian.Pertanian yang berorientasi intensif teknologi
bukan sahaja meningkatkan kualiti makanan tetapi juga menjamin kelangsungan
makanan.Lantarannya,usaha berterusan dalam penyelidikan dan pembangunan dapat
membantu memelihara ekologi tanaman yang akan meningkatkan kualiti hidup masyarakat.

Umum mengetahui bahawa perkembangan sains dan teknologi dengan pesatnya telah
mendatangkan pelbagai kebaikan terhadap peningkatan taraf hidup manusia seperti
penciptaan teknologi laser.Penciptaan teknologi laser telah memainkan peranan yang penting
dalam bidang komunikasi dan perindustrian.Kini,teknologi laser digunakan secara meluas dalam
bidang telekomunikasi mengganti peranan kabel dengan obtik fiber.Jalur laser yang lebih luas
membenarkan maklumat seperti bunyi dan suara dihantar dengan lebih cepat dan tepat serta
meminimumkan risiko kehilangan data.Selain itu,bidang prindustrian turut berkembang maju
dengan kemunculan penggunaan laser.Laser merupakan alat pemecah dan pemotong yang
termoden.Laser dapat memotong batu permata,intan,kaca,malah kepingan logam tanpa
mengeluarkan haba,bunyi dan sisa kotoran.Oleh demikian,dapatlah kita memutuskan bahawa
teknologi laser mampu meningkatkan taraf hidup manusia dengan meningkatkan produktiviti
dan kualiti hasil industri serta mencetuskan perkembangan dalam bidang komunikasi dan
perindustrian.
Kita seharusnya berterima kasih kepada phak kerajaan kerana kerajaan semakin
menitikberatkan Dasar Sains dan Teknologi untuk mempertingkatkan sumbangannya dalam
pelbagai aspek.Sains dan teknologi meningkatkan taraf hidup manusia melalui perkembangan
dalam bidang perubatan dan kesihatan.Kemajuan sains dan teknologi membawa kepada
pengenalan ubat-ubatan baru untuk pelbagai jenis penyakit kronik yang tidak dapat
disembuhkan dahulu,menambahbaikkan fungsi dan meningkatkan kualiti ubat-ubatan yang
sedia ada dan lain-lain,misalnya penyakit barah.Tambahan pula,penyakit-penyakit yang
dihadapi dapat ditentukan dengan cepat dan tepat semasa diagnosis dijalankan sebelum
kemunculan tanda-tanda yang ketara.Oleh itu,penyakit itu dapat diubati dengan efektifnya
sebelum dikesan lewat.Selain itu,risiko penyakit dapat kita kurangkan melalui program
vaksinasi.Kemajuan sains dan teknologi juga membawa kemudahan dalam menjalankan
pembedahan.Penggunaan mesin untuk menjalankan operasi dapat mengurangkan risiko dan
kesilapan yang akan berlaku terutamanya bagi operasi yang agak rumit dalam prosesnya.

Sains dan Teknologi berupaya memajukan Teknologi Maklumat dan Komunikasi(ICT) yang
semakin penting dalam era maklumat.Kepesatan ini di Malaysia dapat mempermudah kita
berhubung dengan orang lain serta meningkatkan kualiti hidup rakyat.Kebelakangan ini,
manusia semakin bijak dan kian mahir dalam penggunaan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi(ICT) untuk mencipta peralatan berteknologi seperti internet,canggih telefon bimbit
dan satelit.Internet membolehkan kita melayari laman web untuk mencari maklumat dan boleh
berbalas e-emel dengan sesiapa sahaja walaupun seseorang itu berada di tempat yang
jauh.Penciptaan komputer riba juga telah memudahkan pergerakan kita dan mudah dibawa ke
mana-mana tempat.Telefon bimbit juga memberi kesenangan kepada rakyat kini untuk
berkomunikasi dari jarak jauh.Tambahan pula, penggunaan satelit turut membolehkan kita
memberi isyarat kecemasan kepada negeri asing dan sebaliknya di negara lain juga. Projek
Koridor Raya Multimedia(MSC) akan dapat menjadi lebuh raya maklumat melalui input sains
dan teknologi yang secukupnya.

Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersama-sama beranggapan
sains dan teknologi adalah nadi pembangunan masyarakat dan negara.Perkembangan sains dan
teknologi telah mengubah cara hidup manusia dari sektor pertanian sehingga sektor
perkhidmatan.Aktiviti ekonomi negara dipertingkatkan dan pendapatan negara akan
bertambah serta meningkatkan taraf hidup manusia pada masa yang sama. Teknologi yang
semakin canggih telah membantu kerajaan untuk meningkatkan imej negara di mata dunia dan
dapat merealisasi impiannya ke arah Wawasan 2020.

Anda mungkin juga menyukai