Anda di halaman 1dari 9

Fenomena-fenomena TEORI HANYA

TINGGAL TEORI yang wujud dalam proses


pengurusan dan pentadbiran di sekolah

1.0     PENGENALAN

Blau dan Scot (1962) berpendapat sebagai sebuah organisasi pendidikan, sekolah merupakan sistem sosial yang

amat peka dengan hasrat dan cita-cita masyarakat. Senario pengurusan sekolah telah banyak berubah

kebelakangan ini. Segala perubahan dan pembaharuan yang dirancang dan dilaksanakan adalah bertujuan untuk

meningkatkan keupayaan dan keberkesanan sekolah. Ini adalah sebagai cabaran dalam pendidikan bagi

mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, rohani,

emosi dan intelek sebagai asas kepada insan kamil.

          Pengurusan merupakan satu proses sosial. Telah banyak percubaan untuk menganalisis elemen-elemen

proses pengurusan ini dan didapati banyak perubahan dan perbezaan di antara pakar dengan pakar lain. Oleh

itu, kesepakatan telah diwujudkan oleh UNESCO di dalam menentukan elemen-elemen pengurusan yang

dianggap sesuai. Antara elemen-elemen pengurusan ialah Perancangan, Penyusunan, Kepimpinan, Kawalan.

Elemen-elemen pengurusan akan berlaku dengan lebih cekap dan efektif apabila sumber-sumber di dalam

pengurusan seperti tenaga manusia, kewangan, bahan mentah dan teknologi dapat disediakan dalam

melaksanakan matlamat organisasi .


          Untuk itu sistem pengurusan sekolah perlu dijalankan sebaik mungkin bagi memastikan segala aset yang

ada di sekolah seperti guru, pelajar, pusat sumber, PIBG dan masyarakat dapat mencapai matlamat

kecemerlangan melalui pengurusan dan strategi-strategi yang sesuai. Ini secara tidak langsung menjadi faktor

kepada pengwujudan pengurusan yang berkesan dan seterusnya membentuk sekolah yang berkesan.

1.1     SISTEM  PENGURUSAN SEKOLAH

Sistem pengurusan ialah siri prosedur, kawalan, sikap dan budaya sesebuah agensi yang dapat menjamin secara

berterusan setiap produk sama ada dalam bentuk barangan ataupun perkhidmatan menepati ataupun melebihi

mutu yang digariskan. Melalui sistem ini setiap individu mestilah memahami apa yang diharapkan, bagaimana

untuk mencapainya di samping memilih yang mencukupi untuk mencapainya. (Omardin Ashaari, 2002)

          Secara khususnya, fungsi utama pengurusan sekolah ialah untuk menguruskan polisi kualiti,

pembelajaran, manusia dan sumber. Kefahaman tentang tujuan pengurusan dalam konteks sekolah merupakan

satu asas penting.

Sekarang, secara amnya, pemimpin sekolah mengembangkan penyataan visi dan misi (matlamat dan objektif

sekolah) yang mengenal pasti tujuan dan hala tujuan sekolah itu. Spinks (1990) mengenalpasti pengurangan

bidang kuasa dan penyeliaan prosedur sekolah telah menekankan keberkesanan persekolahan dan dengan itu

menentukan kejayaan dan kegagalan sekolah.

          Dalam usaha mencapai dasar dan wawasan pendidikan, sesebuah sekolah perlu mengatur dan mengawal

faktor-faktor yang mempengaruhi kualiti perkhidmatannya seperti pentadbiran dan kemanusiaan. Kawalan ini

perlu berorientasikan pengurangan, pembasmian dan pencegahan kecacatan yang akan wujud iaitu ’zero defect’.

          Dalam proses pengurusan, sesebuah organisasi akan mengagih-agihkan input sumber tenaga manusia

dan peralatan. Pengagihan ini dilakukan melalui aktiviti perancangan yang teliti, kawalan dan penilaian untuk

tujuan mengeluarkan hasil. Secara umumnya pengurusan merupakan suatu usaha untuk mencapai produk yang

berkualiti tinggi.  Sekolah merupakan institusi sosial yang memainkan peranan penting dalam mengubah

kehidupan masyarakat.
2

          Sekolah juga memainkan peranan untuk mengubah minda dan sekolah juga merupakan penunjuk arah

kepada budaya dan pembangunan sahsiah sesebuah negara. Di sinilah tempat kita menuju wawasan. Di sini

jugalah tempat kita membina bangsa kita. Oleh yang demikian tidak hairanlah jika isu pendidikan tetap menjadi

buah mulut masyarakat, walau apa bentuk dan taraf sesuatu masyarkat itu berbeza. Negara tidak akan maju

tanpa sistem pendidikan yang efektif.

          Jika sistem dan carta organisasi sahaja yang berkesan tetapi pengurusannya yang tidak cekap, maka cita-

cita negara dan perbelanjaan yang begitu besar diperuntukkan oleh kerajaan hilang begitu sahaja dan cita-cita

serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) hanya tinggal hiasan di pejabat atau di bilik pengetua dan menjadi

rujukan serta kajian ilmiah semata-mata. Oleh yang demikian demi merealisasikan wawasan pendidikan negara,

setiap pihak perlulah memikul tugas dan tanggungjawab dengan penuh amanah dan ikhlas. Terutama sekali

sebagai seorang pengetua yang bertanggung jawab untuk memastikan sistem pengurusan di sekolahnya

berjalan dengan lancar tanpa ada cacat celanya.

1.2     SISTEM PENTADBIRAN SEKOLAH

Pentadbiran merupakan komponen terpenting bagi menjayakan sesebuah sekolah selain daripada teknik

pengajaran-pembelajaran yang berkesan ialah stail dan strategi pengurusan yang dinamik, cekap dan efisyen

supaya tercapai matlamat sekolah. (Kamaruddin Hj Kachar, 1999). Standard Kualiti Institusi Pendidikan Swasta

(SKIPS) adalah satu dokumen yang menyatakan pengurusan kualiti yang perlu ada pada setiap sekolah swasta di

Malaysia. Dalam SKIPS terdapat enam elemen yang dilihat iaitu pengurusan dan pentadbiran umum, pengurusan

kurikulum, pengurusan penilaian peperiksaan, pengurusan kesihatan dan keselamatan sekolah, pengurusan

disiplin dan pengurusan ko-kurikulum

          Pendidikan yang kita perlu fahami adalah proses membentuk hati, jiwa , akal dan peribadi. Matlamatnya

adalah untuk mengihsankan qalbu insan, memperkembangkan mindanya. Memuliakan akhlaknya dan tahan

lasak jasadnya. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memantapkan kemahirannya. Pendedahan dan segala potensi
yang sedia ada mengikut minat sehingga menjadikannya insan yang paling bermanfaat kepada agama , negara

dan ummat sejagat.

2.0     PERBINCANGAN

Profesion keguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang sungguh mencabar. Tenaga pengajar dan

pengurus pendidikan seharusnya peka dengan perkembangan terkini dalam proses kepemimpinan, pengurusan,

pengelolalaan sumber, dan pencapaian matlamat pendidikan ( Ibrahim Ahmad Bajunid, 1995 ). Justeru itu,

dengan pelaksanaan berbagai-bagai reformasi dalam pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan

tanggungjawab guru-guru menjadi lebih mencabar.

          Terdapat pelbagai tanggapan dan dakwaan berhubung dengan kerjaya guru pada dewasa ini. Sesetengah

ahli masyarakat mempunyai tanggapan bahawa kerja, beban dan tugas guru sekarang tidak mewujudkan

kerjaya guru yang menarik. Malah tidak menafikan ada yang melihat sekolah sebagai sebuah organisasi yang

dihujani dengan pelbagai bebanan tugas dan ada kalanya tugas ini bukan satu yang terancang tetapi muncul

dari situasi yang tidak diduga ( Abdul Shukor, 1996 ). Jika keadaan sedemikian dibiarkan berterusan agak pasti

suasana pengajaran-pembelanjaran di sekolah kini akan menuju ke arah satu keadaan yang tidak terurus dan

akan menghadapi kegagalan untuk mencapai matlamat yang diidamkan.

          Fenomena guru mengambil keputusan bersara awal sering dikaitkan dengan perubahan kurikulum baru

dalam sisitem pendidikan Malaysia . Perubahan itu dikatakan menyebabkan senarai tugas guru semakin panjang

dan harapan terhadap guru semakin tinggi, sedangkan keadaan lain tidak banyak berubah ( Amla Mohd Salleh,

1994 ). Guru sendiri dan persekitaran proses pembelajaran itu tidak disediakan dengan sempurna bagi

menghadapi perubahan. Dengan itu, guru berasa amat kecewa kerana tak mampu menangani tugas dan

harapan yang sudah berubah.

          Individu tidak mungkin dapat berfungsi dengan berkesan jika ia dalam keadaan tertekan ( Smith, 1993;

Girdano et al, 1993 ). Perasaan tertekan menjadikan seseorang itu tidak rasional, cemas, tegang, tidak dapat

memusatkan perhatian kepada kerja dan gagal menikmati rasa gembira atau puas hati terhadap kerja yang
dilakukan. Hal-hal ini akan menghalang seseorang mewujudkan sifat positifnya, apa lagi sifat kasih sayang.

Terdapat kajian-kajian (Fejgin et al,1995; Pastore &Judd,1992) membuktikan sesetengah guru memang

mengalami perasaan tertekan , sikap berang, murung, mengambil keputusan atau memikirkan untuk berhenti

atau bersara sebelum masa kerana dikatakan tertekan.

          Pada masa kini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mula mengorak Iangkah ke arah melaksanakan

sistem pengurusan sekolah secara bebas tanpa kawalan dari Jabatan Pendidikan Negeri bagi rneningkatkan

kualiti pentadbiran pendidikan. Aspek yang dimaksudkan ialah kewangan, pembelian dan aspek~aspek

pengurusan yang lain ditadbirkan dengan cara yang sama. Menurut Tan Sri Musa Mohamad, Mantan Menteri

Pendidikan Malaysia, tidak terdapat perbezaan yang mendasarkan dalam sistem pentadbiran di sekolah-sekolah

kerana semua pengurusan sekolah dilaksanakan mengikut cara pentadbiran yang dikawal oleh Jabatan

Pendidikan Negeri melalui Pejabat Pendidikan Daerah ( Utusan Malaysia, 14 Februari 2000). Petanda ini sudah

menjadi titik mula bahawa akan berlaku perubahan dari pengurusan berpusat kepada desentralisasi serta corak

hiraki-birokrasi kepada pengupayaan ( empowerment).

          Pengupayaan dalam pengurusan moden, merupakan komponen yang mernainkan peranan penting ke

arah keberkesanan dan kejayaan sesebuah organisasi. Menurut James R Houghton, Pengerusi Coning,

mengatakan bahawa zaman hirarki di dalam pentadbiran organisasi sudah berlalu ( Steward, 1996). Melalui

pendekatan desentralisasi, pengupayaan merupakan kunci utama bagi menarik semua kakitangan melibatkan diri

di dalam aktiviti organisasi ( Stan Shin

dalam Khoo Kheng Hor, 1997 ). Umumnya, melibatkan diri dalam amalan pengupayaan bukanlah bermaksud

fiada kawalan atau seseorang itu bebas melakukan apa sahaja yang mereka suka, tetapi masih tertakluk kepada

peraturan dan prosedur kerja yang telah ditetapkan.

          Malangnya konsep kuasa yang diberi melalui amalan pengupayaan sering disalah tanggap. Ini bermaksud,

melalui pengupayaan akan menyebabkan hilang kuasa untuk mengawal (empowerment means no control,-

control means no empowerment). Sepatutnya, kuasa dan pengupayaan disatukan menjadi elemen “Control and
Empowerment” sebagai satu entiti, dan bukan terasing. Kesimpulannya, walaupun pengupaya mempunyai kuasa,

ia masih lagi tertakluk kepada garis panduan dan peraturan tetap atau posedur pekerjaan.

          Dalam konteks pendidikan pula, pengupayaan guru bererti penglibatan mereka dalam membuat

keputusan dalam aktiviti organisasi (Keith & Girling, 1991). Pada asasnya, pengupayaan dirumuskan sebagai

proses sekolah memberi ruang untuk membangunkan kecekapan guru untuk bertanggungjawab terhadap

kemajuan diri dan menyelesaikan masalah mereka sendiri. Dengan mi, guru kanan yang diupayakan itu

memperolehi kemahiran dan ilrnu pengetahuan serta mampu bertindak berdasarkan situasi untuk melakukan

proses penambahbaikan.

Faktor ini menyumbang ke arah pembentukan peluang guru untuk memperlihatkan kecekapannya ( Short,

1994).

          Menurut Short & Greer (1997 ), Rinehart meuggariskan enam dimensi yang terkandung di dalam

pengupayaan guru Membuat keputusan, Pengembangan Profesioanal, Status, Kecekapan penbadi, Autonomi dan

Impak. Dalam amalan harian, pengupayaan telah lama digunakan di dalam pengurusan sekolah yang melibatkan

guru-guru dan kakitangan. Perlaksanaan pengupayaan ini merangkumi bidang kurikulum, ko-kurikulum,

pentadbiran, perkhidmatan dan

perjawatan, kewangan, harta benda dan kawasan, perhubungan serta iklim dan budaya sekolah. (Hussein,

1997 )

          Ken Blanchard et al (1996 ) pula menerangkan pelaksanaan penupayaan

merupakan proses yang berterusan dan melibatkan tiga kunci utama iaitu perkongsian maklumat dengan

kakitangan, mencipta autonomi dalam sempadan dan menggantikan sistem hirarki tradisional kepada pasukan

terarah sendiri. Apa yang diharapkan ialah dengan adanya perkongsian maklumat ini akan muncul perasaan

saling percaya mempercayai antara satu sama lain. Pengkongsian maklumat bermakna pemimpin memberi

kefahaman kepada kakitangan mengenai keadaan semasa organisasi dengan jelas dan mantap.

          Pada masa ini adakah fenomena ini wujud di sektor sekolah dan dapat dijalankan oleh guru pada

peringkat pengurus pertengahan. Justeru itu, menurut pemikiran hirarki tradisional , pengetua yang menetapkan
matlamat organisasi dan kemudian diturunkan ke peringkat bawahan. Ini bermakna guru di peringkat pengurus

pertengahan tidak terlibat dalam membina matlamat tersebut. Mereka tidak mempunyai komitmen kerana

mereka tidak terlibat langsung dalam proses membina matlamat itu. Sebaliknya di dalam organisasi yang

melaksanakan pengupayaan, matlamatnya ditetapkan secara bersama dan mampu membangkitkan rasa

tanggungjawab dan bersifat kepunyaan di kalangan mereka

Setelah pengupayaan dilakiukan, pengurus pertengahan akan mempunyai autonorni dalam sempadannya yang

dikatakan mampu membentuk tenaga kerja ke arah pencapaian matlamat dan menghasilkan impak yang

diinginkan.

          Seterusnya, klasifikasi visi organisasi ( big picture ) perlu dikaji akan peranan dan matlamatnya di setiap

Untuk menjalankan tugas dengan baik, pengurus pertengahan memerlukan sempadan autonomi yang jelas.

Kadangkala, batasan ini tidak dapat ditentukan sejauhmana ianya diberi oleh pengetua, mahupun guru itu

sendiri tidak jelas akan sempadannya. Sempadan yang hendak diberi berbeza-beza mengikut katogeri

pengurusan sekolah eperti kurikulum, kokurikulum ,kewangan , staf dan sebagainya. Ini termasuklah proses

membuat

10

keputusan dan akauntabiliti, Keadaan ini menyebabkan berlakunya pencapahan tugas serta kekeliruan

dikalangan pengurus pertengahan.

          Apabila penguapayan dapat dijalankan dengan sempurna, corak pasukan terarah kendiri dapat dijalankan

untuk mencapai sesuatu matlamat. Pengetua akan bertindak sebagai fasilitator. Namun setakat manakah

pengetua dapat mengamalkan corak kepimpinan ini agar pengurus pertengahan dapat membina keyakinan dan

keupayaan diri untuk menjalankan tugas yang diupayakan. Pengurus pertengahan sepatutnya memperolehi

pemindahan pengalaman dan pengetahuan dari pihak atas dan begitu juga sebaliknya.

          Sehingga kini, tahap keterlibatan pengurus pertengahan dalam amalan pengupayaan pengetuanya di

sekolah-sekolah tidak dapat di ketahui kerana kekurangan kajian-kajian mengenainya. Pengurus pertengahan

merupakan kelompok pentadbir lapisan kedua selepas penolong-penolong kanan dan penyelia petang serta

mereka telah dilantik secara rasmi oleh Jabatan Pendidikan Negeri mahupun pengetua sekolah berkenaan
11

3.0     KESIMPULAN  PENULISAN

Tahap penglibatan pengurus pertengahan tinggi di dalam aspek tanggungjawab dan penetapan matlamat

berbanding aspek yang lain. Bagi aspek tanggungjawab, keputusan menunjukkan pengurus pertengahan banyak

diberi tanggungjawab berkenaan merancang, melaksana, menyelaras aktiviti pengajaran dan program yang

berkaitan dengan pembangunan pelajar. Sebaliknya kurang dilibatkan dalam aktiviti yang berkaitan dengan

perancangan polisi sekolah. Kesimpulannya, pengurus pertengahan banyak dipertanggungjawabkan dalam

aktiviti merancang dan melaksanakan program pengajaran yang berkaitan dengan unitnya.

          Dalam aspek tanggungjawab, keputusan menunjukkan pengurus pertengahan kurang diberi peluang

dalam menentukan polisi sekolah di peringkat pengurusan. Dapatan ini bertentangan dengan dapat kajian oleh

Banharach et al (1986 ), yang menunjukkan sebanyak 63% guru-guru mahukan lebih tanggungjawab dalam

merangka polish dan hal-hal yang berkaitan dengan perlantikan, belanjawan dan perancangan fizikal. Manakala

70% pula, dalam aspek penilaian kakitangan.

12

          Dari aspek penetapan matlamat pula menunjukkan pengurus pertengahan diberi peluang bagi menyusun,

menentu dan menetapkan matlamat berkaitan program pelajar. Tanggungjawab utamanya masih berfokus

kepada penetapan matlamat pelajar sahaja, bukannya meluas kepada matlamat organisasi sekolah

keseluruhannya. Faktor ini penting kerana akthvhti unit akan memberi impak kepada pentadbhran sekolah yang

melibatkan seluruh sumber tenaga, terutamanya faktor motivasi dan prestasi kerja.

          Dalam aspek membuat keputusan, kajian ini menunjukkan tahap penglibatan pengurus pertengahan

berada di tahap yang sederhana. Kesimpulannya, pengurus pertengahan banyak dilibatkan untuk membuat

keputusan berhubung dengan perlaksanaan program pelajar berbanding dengan menentukan sendiri mutu

perkhidmatan guru di bawah seliaannya.Ini selaras dengan hasil kajian oleh Sahban (1987 ), yang menunjukkan

bahawa dalam hal kurikulum dan pengajaran, gum-guru Iebhh layak untuk membuat keputusan.
          Proses membuat keputusan di dalam pengurusan sekolah tidak cukup hanya kepada aspek kurikulum dan

pengajaran semata mata. sebaliknya, perlu merangkumi aspek-aspek yang lebhh luas seperti kewangan, mutu

perkhidmatan, dan prestasi organisasi. Ini selaras dengan dapatan kajian Chew

13

Tow Tow (1979 ), yang mengatakan bahawa proses membuat keputusan akan menjadi lebih baik, jika guru-guru

dilibatkan secara aktif Ia juga mengalakkan autonomi kepada mereka melalui aktiviti perkerjaan di dalam

pengupayaan (Muczyk & Rehrnann dalam Paul et al 2000).

          Tahap  penglibatan pengurus pertengahan dalam aspek penyelesaian masalah berada di tahap

sederhana. Aspek ini meliputi peluang untuk mengeluarkan pendapat dan mengemukakan alternatif  Maka soal

percaya mempercayai antara ahli dalam pasukan kerja perlu diwujudkan terlebih dahulu, supaya amalan

pengupayaan berjalan dengan penuh efeshen, Ini adalah bertujuan untuk mengelak berlakunya konflik dan

halangan mental kepada sumber tenaga dalam pengurusan sekolah.

Anda mungkin juga menyukai