Anda di halaman 1dari 1

Kategori : AKIDAH Akhlak

Tajuk :
Tiga Golongan Yang Dilaknat
Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Bersabda Rasulullah s.a.w.: Tiga macam orang buka
n saja tidak akan mendapat layanan dan ampunan dari Allah pada hari kiamat, bahk
an akan mendapat siksa yang pedih; iaitu si tua bangka yang berzina, raja atau k
epala negara atau penguasa yang pendusta dan fakir yang sombong.
(Muslim)

Huraian
Setiap perbuatan berdosa adalah dikira sebagai maksiat kepada Allah SWT. Orang y
ang tidak pernah bertaubat daripada dosa yang pernah dilakukannya akan ditimpa l
aknat daripada Allah dan di akhirat kelak akan mendapat hukumannya. Tiga golonga
n yang disebutkan di dalam hadith di atas melambangkan tentang besarnya kesalaha
n dan dosa yang dilakukan memandangkan perkara-perkara tersebut sewajarnya tidak
berlaku pada orang-orang yang menggunakan akal fikiran dan benar-benar menyedar
i hakikat diri mereka. Hanya orang yang keras hati dan mati jiwanya sahaja tidak
takut akan kemurkaan Allah SWT dan tanpa mempedulikan kebenaran kewujudan hari
pembalasan, mereka sanggup melakukan apa sahaja mengikut hasutan hawa nafsu seka
lipun ia jelas perbuatan terkutuk dan terlarang dan sekalipun manusia sekeliling
amat membenci dan mengutuknya.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Anda mungkin juga menyukai