Anda di halaman 1dari 20

www.sarawak-astronomy.

org
Januari - Jun 2009

ISSN 1985-0344 BULETIN RASMI PERSATUAN ASTRONOMI SARAWAK &


Keluaran 5 PLANETARIUM SULTAN ISKANDAR

Ulang Tahun ke-20


Planetarium Sultan Iskandar

Imbasan aktiviti-aktiviti Planetarium


Sultan Iskandar sepanjang 20 tahun
STAR kembali juara Astrokuiz IYA 2009
Sekolah Astronomi ke-2
anjur perkhemahan astronomi

Ahli-ahli Persatuan Astronomi Sarawak dinasihatkan untuk mengemaskinikan nombor telefon bimbit mereka dengan menghantar
kepada alfeanaziz@planetarium-sarawak.org bagi menerima aktiviti terkini secara SMS.
www.sarawak-astronomy.org Januari - Jun 2009 • 2

Lahir generasi berilmu melalui


budaya sains dan astronomi

T
empoh 20 tahun bukan merupakan tempoh yang singkat.
Sekiranya seseorang itu telah berumur 20 tahun, individu
tersebut pastinya kini sedang menuntut di universiti bagi
menambahkan ilmu pengetahuannya agar ia bersedia untuk
menempuhi dunia pekerjaan.
Lahir generasi berilmu melalui
Bagaimanapun, tempoh 20 tahun tempoh 20 tahun kesedaran orang ra-
budaya sains dan astronomi - 2 bagi Planetarium Sultan Iskandar me- mai terhadap ilmu sains dan astrono-
PSI bermula dengan idea teater nandakan perubahan perlu wujud agar mi masih lagi terbatas.
angkasa pertama Malaysia - 3 masyarakat kita mempunyai kecelikan Ini menyebabkan peranan plane-
Pemikiran ke hadapan dalam bidang sains dan astronomi. tarium sebagai pusat penyebaran ilmu
melalui ilmu sains - 4 Minat dan kesedaran masyarakat sains dan astronomi perlu digerakkan
PSI pemangkin intelek belia Sarawak - 5 Malaysia terhadap astronomi secara lagi agar orang ramai mampu mera-
Kandungan

Persatuan Astronomi Sarawak terima keseluruhan hanya bermula apabila maikan lagi planetarium, seolah-olah
sumbangan daripada PUSAKA - 6
Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor mereka ingin melihat artis mengada-
Gerhana matahari separa tumpuan
warga bandar raya Kuching - 6 telah berjaya pergi dan kembali dari kan konsert atau menonton perlawa-
STAR kembali juara Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa nan bola sepak di stadium.
AstroKuiz IYA 2009 - 7 (ISS). Masyarakat tidak perlu takut de-
Ulang Tahun ke-20 Planetarium Pada ketika itu, orang ramai mula ngan istilah sains dan astronomi ke-
Sultan Iskandar - 8 ingin mengetahui siapa sebenarnya rana tanpa disedari mereka hidup da-
Imbasan aktiviti-aktiviti Planetarium hero mereka dan apakah tujuannya lam dunia yang penuh dengan ciptaan
Sultan Iskandar 20 tahun - 10 untuk ke angkasa lepas. sains dan teknologi astronomi.
Rombongan KPSU lawat
Namun, institusi planetarium se- Diharapkan dalam tempoh 20 ta-
planetarium KL, Melaka - 12
YB Fadillah rasmi pertunjukan
perti Planetarium Sultan Iskandar te- hun yang akan datang, planetarium
digital PSI - 12 lah wujud dengan tujuan untuk mem- ini berjaya mendidik masyarakat den-
PSI-SAS sertai Sarawak Pre- berikan kesedaran sains dan astronomi gan ilmu-ilmu yang diperlukan untuk
School Convention 2008 - 13 di kalangan masyarakat. melahirkan warga yang celik sains dan
Pengenalan astronomi Planetarium Sultan Iskandar me- astronomi.
melalui ESMIC - 13 rupakan planetarium pertama di ne- Dengan tenaga kerja yang berdedi-
Jerayawara SMK Kota Samarahan gara kita, dan ia kemudiannya disusuli kasi planetarium ini mampu men-
bangkit minat astronomi pelajar - 14
oleh planetarium-planetarium seperti jalankan lebih banyak aktiviti yang
Program kerjasama PSI-SAS
dengan agensi luar - 14
Planetarium Negara, Pusat Sains dan berfaedah untuk melahirkan generasi
Sekolah Astronomi ke-2 anjur Kreativiti Terengganu serta Kompleks pelapis yang berilmu dan berkemahi-
Perkhemahan Astronomi - 15 Falak Al-Khawarizmi di Melaka. ran.
Kreativiti pelajar diuji Sekiranya dilihat secara mikro,
dalam PSACS V - 15 penubuhan pusat-pusat berkaitan de- Alfean Aziz
Namakan galaksi pilihan anda - 16 ngan sains di negara kita masih lagi Editor
Aktiviti Planetarium Sultan Iskandar dan pada tahap merangkak dan dalam
panduan fenomena langit malam - 17
Pakej galakan promosi sains angkasa - 18
Making water clock - 19
Fun space facts - 19 Artikel sumbangan: Untuk maklumat lanjut hubungi:
Larry Cat In Space pertunjukan Planetarium Sultan Iskandar
digital untuk kanak-kanak - 20 Kementerian Pembangunan Sosial Dan
Alfean Aziz Urbanisasi
International Year of Astronomy
Ismandy Ali Dewan Suarah Negeri
2009 telah bermula! - 20 93000 Jalan Budaya
Zurwina Sharkawi
Kuching, Malaysia
Rekaan buletin Alfean Aziz Tel: 082-415806
Faks: 082-258059
Gambar muka depan sumbangan Pusat
http://www.planetarium-sarawak.org
Khidmat P.194 dan koleksi PSI-SAS. Dicetak oleh Rotovision Enterprise e-mel: curator@planetarium-sarawak.org
3 • Januari - Jun 2009

PSI bermula dengan idea


teater angkasa pertama Malaysia

W
alaupun telah menulis beberapa artikel
astronomi sama ada di dalam akhbar dan
buletin sebelum ini, saya selalu merasakan
bahawa menulis mesej di sini adalah agak payah.

Apabila mula menekan papan yang bukan sahaja datang untuk me-
kekunci komputer riba, saya akan nyaksikan pertunjukan, tetapi ada
mula terfikir untuk mengatakan te- yang sanggup menghulurkan bantuan
rima kasih kepada mereka di sana atau dan idea untuk dijadikan panduan ke
yang berada di sini atas sumbangan, arah menjadikan institusi ini terus ke Tujuannya hanya satu, iaitu seba-
atau hendak mengembalikan kena- hadapan. gai medium yang telus untuk mem-
ngan silam sepuluh atau dua puluh Pelbagai cadangan dan idea dike- bolehkan lebih ramai pihak terlibat
tahun yang lalu. mukakan oleh pelbagai pihak dan di dalam aktiviti anjuran Planetarium
Sememangnya Planetarium Sul- malah ada cadangan tersebut telah dan Persatuan Astronomi Sarawak.
tan Iskandar ini memang harus men- kami realisasikan. Antaranya adalah Walaupun dengan sumber yang
gucapkan terima kasih kepada ramai membuka pendaftaran program se- terhad kami akan gunakan sumber
orang, mana tidaknya tanggal 19 Janu- cara online selain daripada cara kon- yang ada untuk terus ke hadapan lagi
ari 2009, genap 20 tahun sebuah ins- vensional seperti melalui faks dan tele- di dalam mendidik dan Memperkasakan
titusi yang mendidik pengunjungnya fon. Dengan membuka pendaftaran Masyarakat Melalui Astronomi.
akan kehebatan alam semesta. Ya, PSI secara online, ia telah membolehkan Sempena dengan usia 20 tahun
memang terhutang budi kepada ramai liputan luas penyertaan kepada lebih Pla-netarium Sultan Iskandar dan
individu, dari pencetus idea sebuah ramai golongan masyarakat. sebagai mewakili Unit Planetarium
teater angkasa pertama di Malaysia Pendaftaran secara online itu telah Sultan Iskandar, kami mengucapkan
sehinggalah kepada adik-adik yang pertama kalinya dibuka untuk tempa- ribuan terima kasih kepada Dr. Zalia
bersusah payah untuk menjadikan PSI han secara berkumpulan. Aplikasi Morshidi–Esslinger, kurator kedua
ini menjadi pusat tumpuan semula. online yang paling mutakhir adalah Planetarium Sultan Iskandar (1990–
Terima kasih! pendaftaran individu untuk Program 1994), Encik Romie Daniel Residen
Pada 17 Oktober 2008, Timbalan Sains Angkasa Cuti Sekolah. Sejak Bahagian Betong merangkap Presi-
Menteri Sains Teknologi dan Inovasi kaedah pendaftaran ini dibuka, ia te- den Persatuan Astronomi Sarawak,
Malaysia, YB Tuan Haji Fadillah Yu- lah banyak membantu mempromosi- atas nasihatnya, Hajah Asmah Oth-
sof  dan Menteri Muda  Hal Ehwal kan PSI sebagai sebuah institusi yang man dan Setiausaha Tetap Kemente-
Belia dan Pelancongan YB Tuan Haji memberi pengalaman kepada orang rian Pembangunan Sosial Urbanisasi
Hamden bin Ahmad telah merasmi- awam berkenaan alam semesta. Sarawak Encik Ik Pahon Joyik kerana
kan efek digital mirrordome di PSI. Pihak kami sememangnya ber- memberi kepercayaan kepada pasukan
Bermula dari situlah, ramai golon- harap bahawa aplikasi online ini akan kami untuk berkhidmat dan memaju-
gan bijak pandai mula datang untuk berterusan dan akan melibatkan lebih kan Pla-netarium Sultan Iskandar.
melihat pertunjukan planetarium baru banyak lagi aplikasi online lain dan
yang ada di sini.  Ada antara mereka multimedia pada masa akan datang. Jasamu dikenang.

Ismandy Ali
Kurator, Planetarium Sultan Iskandar
www.sarawak-astronomy.org Januari - Jun 2009 • 4

Pemikiran ke hadapan
melalui ilmu sains

R
akyat Sarawak sememangnya patut
berbangga kerana adanya pusat pe-
nyebaran ilmu astronomi pertama
di Malaysia iaitu Planetarium Sultan
Iskandar yang sentiasa menganjurkan
pelbagai aktiviti bagi mempromosikan
astronomi untuk masyarakat.
Perutusan

Ia harus diteruskan selaras dengan langkah kerajaan mengadakan kerjasama dengan planetarium-planetarium
pusat untuk meningkatkan kadar celik sains teknologi dan lain di Malaysia dan luar negara termasuk Planetarium
angkasa melalui Program Angkasawan yang telah dilaksan- Sultan Iskandar bagi menyambut International Year
akan pada Oktober 2007. of Astronomy 2009. Pelbagai kerjasama aktiviti telah
Fungsi planetarium sebagai pusat pendidikan dirancang seperti sesi cerapan, jerayawara (roadshow), hari
sains membolehkan masyarakat memperolehi manfaat terbuka, kem, kursus astronomi dan penerbitan bahan-
berdasarkan kelengkapan teknologi yang disediakan bahan berkaitan dengan sambutan berkenaan.
supaya ilmu dapat disebarkan dengan mudah serta Saya benar-benar berharap sekiranya lebih banyak
efektif. kerjasama akan dapat diwujudkan bersama Planetarium
Untuk maju, masyarakat harus dilengkapkan dengan Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak de-
ilmu, dan ilmu sains serta sains angkasa merupakan ngan jabatan-jabatan serta agensi-agensi kerajaan atau
cabang ilmu yang dapat memberangsangkan pemikiran badan-badan bukan kerajaan (NGO) bagi membolehkan
golongan muda untuk sentiasa berfikiran ke hadapan. planetarium ini terus membangun dalam menganjurkan
Sumbangan serta usaha yang diberikan oleh aktiviti-aktiviti serta pertunjukan yang berkualiti kepada
Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi masyarakat untuk masa depan.
Sarawak dalam membangkitkan minat sains angkasa di Akhir kata saya mengucapkan selamat ulang tahun
kalangan golongan muda di negeri ini harus dipuji dan ke-20 untuk Planetarium Sultan Iskandar sebagai
disokong bagi melahirkan masyarakat yang berilmu sains planetarium yang tertua dan pertama di Malaysia.
angkasa dan astronomi.
Agensi Angkasa Negara atau ANGKASA yang Sekian. Terima kasih.
merupakan sebuah agensi di dalam MOSTI akan

YB Tuan Haji Fadillah B. Haji Yusof


Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI)
5 • Januari - Jun 2009

PSI pemangkin intelek


belia Sarawak

P
ada tahun ini, genaplah 20 tahun penubuhan
sebuah teater angkasa pertama di Malaysia,
iaitu Planetarium Sultan Iskandar.
Sejak ia dibuka kepada orang ramai, teknologi telah memerlukan kita
pusat ini telah menjadi tumpuan bagi pe- untuk menaik taraf peralatan yang
nganjuran aktiviti-aktiviti serta pusat mak- sedia ada di dalam planetarium
lumat bagi bidang astronomi dan sains ini untuk menarik minat lebih
angkasa. Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan ramai golongan lebih muda
oleh Planetarium Sultan Iskandar ini ada- untuk merasai dan mengalami
lah dengan kerjasama Persatuan Astrono- sendiri suasana angkasa lepas yang
mi Sarawak, telah menarik minat ramai sebenar.
golongan muda untuk turut serta Perubahan dan keperluan
Planetarium Sultan Iskandar yang kepada teknologi terkini sebagai
turut disertai oleh hampir empat ratus pemangkin kepada pembangunan
ahli-ahli Persatuan Astronomi Sarawak, intelektual golongan belia negeri
telah berjaya menganjurkan pelbagai ini mampu mewujudkan masyarakat destinasi pelancongan dan pendidikan
aktiviti seperti perkhemahan astronomi, yang celik teknologi maklumat (IT), sains di rantau ini yang menyediakan pelbagai
cerapan bintang, program jerayawara angkasa, dan astronomi. pakej menerusi penggunaan teknologi
ke sekolah-sekolah luar bandar, kuiz Walaupun dipisahkan oleh Lautan tinggi yang interaktif serta menarik.
astronomi dan hari terbuka astronomi China Selatan, Planetarium Sultan Sehubungan itu, masyarakat negeri
bagi menjana pemikiran ke arah sains Iskandar turut mengadakan kerjasama ini, khususnya golongan pelajar dan
teknologi dan astronomi. Ia secara aktif dengan Planetarium Negara di belia, perlu mengambil peluang ini untuk
langsung membuka minda masyarakat Kuala Lumpur seperti aktiviti yang menggunakan kemudahan yang telah
terhadap ilmu astronomi dengan me- bakal diadakan iaitu International Year of disediakan untuk meningkatkan daya
wujudkan faktor tarikan orang ramai Astronomy atau IYA 2009. Ia merupakan saing dan tahap intelektual dalam bidang
untuk terus berkunjung ke planetarium sambutan hari astronomi sedunia yang berkaitan.
ini. disambut di peringkat antarabangsa. Saya juga ingin mengucapkan ribuan
Sambutan dan maklum balas yang Malah, sebelum ini juga telah wujud terima kepada jabatan-jabatan dan agensi
diterima daripada orang ramai yang kerjasama di antara kedua-dua pihak dari kerajaan, badan-badan bukan kerajaan
berkunjung ke Planetarium Sultan aspek perkongsian ilmu dan pengalaman (NGO), institusi–institusi pengajian
Iskandar juga amat menggalakkan. Ini yang boleh digunakan bagi merancang tinggi serta pihak swasta yang turut
menunjukkan bahawa masyarakat negeri serta melaksanakan aktiviti bagi serta dan memberi sokongan kepada
ini peka kepada perkembangan ilmu memenuhi keperluan dan permintaan penganjuran aktiviti-aktiviti Planetarium
astronomi dan sains angkasa, khususnya semasa. Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi
selepas pelancaran Program Angkasawan Aktiviti-aktiviti yang dijalankan Sarawak selama ini.
Negara pada tahun 2007. Dan diharap dengan kemudahan digital juga boleh Akhir sekali, saya mengucapkan
sambutan dan maklum balas ini akan digunakan untuk pembelajaran beberapa ‘Selamat Ulang Tahun ke-20 Planetarium
terus meningkat, terutamanya selepas pe- bidang sains seperti perubatan dan Sultan Iskandar’ dan berharap Planetarium
ngenalan penggunaan teknologi digital kejuruteraan, malah ia juga sesuai untuk Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi
‘mirror dome’ bagi pertunjukan tayangan keperluan pelancongan dengan pakej Sarawak akan terus berkhidmat kepada
di teater planetarium. ilmu sains untuk rakyat Malaysia sendiri masyarakat dalam menyebarkan ilmu
Sebelum ini, Planetarium Sultan atau pelancong dari luar negara. astronomi, seterusnya melahirkan lebih
Iskandar hanya menggunakan teknologi Dengan perkembangan ini, ia ramai generasi pelapis yang berilmu dan
manual bagi pertunjukannya. Bagai- mampu menjadikan Sarawak, khususnya berkemahiran dalam bidang ini.
manapun, seiring dengan arus perubahan dan Malaysia amnya sebagai antara

YB Tuan Haji Hamden bin Haji Ahmad


Menteri Muda Pelancongan dan Hal Ehwal Belia Sarawak
www.sarawak-astronomy.org Januari - Jun 2009 • 6

Persatuan Astronomi Sarawak


terima sumbangan daripada PUSAKA
P
ersatuan Astronomi Sarawak
(SAS) telah menerima sum-
bangan derma daripada Perba-
danan Kemajuan Perusahaan Kayu
Sarawak (PUSAKA) dan anak-anak
syarikatnya dalam satu majlis yang
diadakan pada 19 September 2008
di Dewan Seminar PUSAKA, Wisma
Sumber Alam, Petra Jaya, Kuching.
Majlis penyampaian sumbangan
derma berkenaan disempurnakan oleh
Menteri Perancangan dan Pengurusan
Sumber II dan Menteri Kemudahan
Awam, Yang Berhormat Datuk Amar
Haji Awang Tengah Ali Hassan se-
laku Pengerusi Lembaga Pengurusan
Eksklusif

PUSAKA dan SAS diwakili oleh Tim- Timbalan Presiden SAS William Nyigor menerima cek sumbangan PUSAKA
balan Presidennya, Encik William Pat- daripada YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan.
rick Nyigor. Turut hadir pada majlis
itu ialah Pemangku Pengurus Besar pertubuhan kebajikan dan sumbangan amal, sukan, agama dan pendidikan
PUSAKA, Encik Hashim Haji Bojet. ini merupakan aktiviti tahunan yang yang bertujuan untuk menyokong or-
Pada tahun ini, PUSAKA dan diadakan sejak tahun 1982. ganisasi berkenaan dalam menjalankan
anak-anak syarikatnya menderma Antara penerima sumbangan ialah aktiviti mereka, di samping membantu
sejumlah RM259,000.00 kepada 53 pertubuhan kebajikan, badan-badan golongan yang kurang bernasib baik.

Gerhana matahari separa tumpuan


warga bandar raya Kuching
B
iarpun ramai warga Cina yang
menyambut tahun Tahun Baru
Cina pada 26 Januari 2009,
namun terdapat sebilangan warga
bandar raya Kuching yang berkumpul
di perkarangan Planetarium Sultan
Iskandar untuk melihat fenomena
gerhana matahari separa.
Seawal jam 3.30 petang, orang ra-
mai telah mula memenuhi teater PSI
untuk mendengar taklimat dan simu-
lasi yang disampaikan oleh Kurator,
Ismandy Ali tentang gerhana matahari
separa yang bakal berlaku pada jam 5
petang.
Bagaimanapun, gerhana matahari
separa itu tidak dapat disaksikan beri-
kutan keadaan awan tebal dan hujan.
Pada masa yang sama, keadaan gelap
yang berlaku lebih awal berbanding
biasa dapat dirasai disebabkan feno-
mena gerhana tersebut.
7 • Januari - Jun 2009

STAR kembali juara AstroKuiz IYA 2009


31 Januari 2009 itu menyaksikan enam
sekolah menengah di Bahagian Kuch-
ing dan Samarahan bersaing sengit
bagi merebut Piala Pusingan As-
tronomi KPSU dan sekolah-sekolah
yang bertanding ialah Sekolah Me-
nengah Kebangsaan (SMK) Matang
Hilir, SMKA Tun Ahmad Zaidi, SMK
Tunku Abdul Rahman, SMK San-
tubong, SMK Kota Samarahan dan
SMK Sungai Maong.
Pada tahun ini, penganjuran As-
troKuiz IYA 2009 oleh Planetarium
Sultan Iskandar dan Persatuan As-
tronomi Sarawak bagi tahun ketiganya
adalah bersempena dengan sambutan
Juara AstroKuiz IYA
2009 jatuh kepada SMK
International Year of Astronomy 2009
Tunku Abdul Rahman (IYA 2009) yang disambut di seluruh
yang telah menjuarai dunia.
kuiz ini dua kali bertu- Tema pertandingan kali ini adalah
rut-turut sejak 2007. selaras dengan visi IYA 2009 untuk
membantu masyarakat dunia me-
Zurwina Sharkawi nemui semula kewujudan manusia
di alam semesta melalui langit serta
menghargai sumbangan astronomi

T
eka-teki bagi sekolah mene- pakan yang kedua berturut-turut bagi terhadap kehidupan manusia.
ngah yang bakal merangkul SMK Tunku Abdul Rahman selepas Selain itu, tujuan pertandingan ini
Piala Pusingan Astronomi menjuarainya pada tahun 2007, tem- juga adalah untuk membolehkan pela-
Astronomi Kementerian Pemba- pat kedua dan ketiga masing-masing jar berkongsi ilmu astronomi bersama
ngunan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) dimenangi oleh SMK Kota Samara- rakan-rakan mereka dan masyarakat
akhirnya terjawab apabila Sekolah Me- han dan SMK Agama Tun Ahmad serta menyemai minat terhadap as-
nengah Kebangsaan (SMK) Tunku Zaidi. Manakala, pada tahun 2006, tronomi dan sains, khususnya dikalan-
Abdul Rahman menjuarai Pertandi- SMK Batu Lintang telah menjuarai gan generasi muda.
ngan AstroKuiz IYA 2009. pertandingan ini. Hadiah telah disampaikan oleh
Kemenangan kali ini juga meru- Pertandingan yang diadakan pada Ketua Penolong Pengarah Pentadbi-
ran KPSU, Encik Sebastian Sujang.

Pertama kali menyertai AstroKuiz, peserta dari SMK Encik Sebastian Sujang menyampaikan hadiah kepada
Kota Samarahan telah berjaya mendapat tempat kedua pemenang tempat ketiga yang jatuh kepada SMK Agama
dalam pertandingan ini. Tun Ahmad Zaidi.
www.sarawak-astronomy.org Januari - Jun 2009 • 8

Ulang tahun ke-20 Planetarium Sultan Iskandar


Alfean Aziz

T
idak sangka institusi yang
berdedikasi dalam me-
wujudkan kesedaran tentang
sains angkasa dan astronomi ini
telah berusia 20 tahun. Kewujudan
Planetarium Sultan Iskandar (PSI)
ini adalah dengan memberikan
peluang kepada rakyat Sarawak untuk
mengembangkan minda mereka de-
ngan lebih luas dalam bidang sains
dan astronomi.
Tentang sejarah kewujudan PSI, ia
merupakan planetarium yang pertama
di Malaysia dan telah dirasmikan oleh
Yang Dipertuan Agong Malaysia ke-8, DR Zalia Morshidi–Esslinger ketika dalam salah satu sesi program cuti se-
kolah yang diadakan di teater PSI.
Eksklusif

Seri Paduka Baginda Al-Mutawakkil


Alallah Al-Sultan Iskandar Ibni Al-
marhum Sultan Ismail pada 19 Januari Aktiviti cerapan bintang dan pro- membangkitkan semangat astronomi
1989. gram cuti sekolah antara yang men- dan sains angkasa dengan menganjur-
Dilengkapi dengan projektor jadi tarikan, terutamanya bagi mereka kan pelbagai aktiviti bersifat astrono-
Carl Zeiss M1015, PSI menjadi tum- yang mengambil peluang untuk meli- mi walaupun dengan sumber yang
puan orang ramai di setiap peringkat hat langit pada waktu malam melalui terhad.
kerana terpegun dengan keupayaan teleskop yang dimiliki oleh PSI. Walaupun Dr Zalia telah mening-
untuk membawa mereka ke angkasa Malah, aktiviti cerapan dan pro- galkan PSI untuk melanjutkan pelaja-
lepas dan menyebabkan siang menjadi gram cuti sekolah ini tidak hanya ter- ranya di luar negara pada pertengahan
malam dengan penggunaan simulasi- tumpu di bandar raya Kuching sahaja 1990, semangat dan dedikasi Persat-
nya yang unik. dengan aktiviti jerayawara, tetapi ia uan Astronomi Sarawak telah mem-
PSI juga aktif menjalankan pel- juga turut diadakan sehingga ke Kapit bantu dalam menganjurkan aktiviti
bagai aktiviti bersama pelajar-pelajar bagi mengembangkan minat astrono- untuk pelajar dan awam.
sekolah berdasarkan silibus di seko- mi di kalangan pelajar dan orang ra-
lah bagi memastikan mereka mampu mai. PSI pada era digital
mengenali dengan lebih mendalam Melalui Kurator kedua, Dr Zalia PSI telah mengalami banyak pe-
tentang sains angkasa. Morshidi–Esslinger, dia telah mampu rubahan dari segi kemampuan in-

(ATAS) Program Hari Astronomi Sedunia 2004 yang diadakan di PSI.


(Kanan) Ismandy Ali sebagai ahli Persatuan Astronomi Sarawak sedang
menunjukkan cara untuk membuat cerapan bintang dengan menggunakan
teleskop pada 2002.
9 • Januari - Jun 2009

frastruktur pada era ini, namun minat


di kalangan pelajar terhadap astrono-
mi tidak berubah bagi mereka yang
menjadi pencetus semangat untuk
menjadikan astronomi sebagai minat
utama mereka.
Dengan adanya Kurator iaitu Is-
mandy Ali, dia cuba mengembalikan
tujuan asal PSI diwujudkan iaitu untuk
memberikan kesedaran dan ilmu sains
angkasa kepada orang ramai.
Pertunjukan manual yang sebelum
ini menggunakan projektor kini telah
digantikan dengan penggunaan ‘mir-
rordome’ rekaan rakan kepada PSI,
Paul Bourke seorang penyelidik dari
Universiti Western Australia. KECERIAAN pada wajah pelajar-pelajar SMK Matang Hilir Kuching dan
Dengan menggunakan ‘mirror- Kurator Ismandy Ali (bertopi) dan bekas Kurator Dr Zalia Morshidi–Esslinger
selepas program ceramah yang dijalankan di PSI.
dome’, PSI dengan kubah yang diam-
eter 15 meter serta keupayaan tempat
duduk sehingga 170 orang telah ber- orang ramai. serta atas usaha mereka sendiri.
jaya membawa suasana yang seakan- Aktiviti-aktiviti yang melibatkan Perubahan yang telah dialami serta
akan di angkasa lepas dengan keu- jerayawara, perkhemahan Astronomi sokongan daripada sekolah-sekolah
payaan grafik 3D yang jauh berbeza (Astrophilia), Hari Astronomi Sedu- yang berminat dengan astronomi
ketika PSI mula beroperasi 20 tahun nia, Astrokuiz serta kerjasama den- membolehkan kita melihat perkem-
lalu. gan agensi kerajaan dan swasta dalam bangan dan kesedaran orang ramai
PSI dengan wajah baru cuba menjayakan program-program yang serta pelajar dalam ilmu astronomi.
mengembalikan kegemilangan plan- berkaitan dengan astronomi. Biarpun ilmu astronomi di negara
etarium sebagai pusat kepada sumber Malah, PSI juga telah memilih ini merupakan suatu bidang yang baru,
maklumat sains dan astronomi. Ia dua sekolah iaitu SMK Matang Hilir de-ngan galakan serta kesedaran yang
tidak hanya tertumpu kepada aktiviti Kuching dan SMK Agama Tun Ah- diwujudkan oleh PSI, ia mampu mela-
yang dilakukan di dalam teater, tetapi mad Zaidi sebagai Sekolah Astronomi hirkan generasi yang berilmu terutama
juga aktiviti keluar bagi memperke- berdasarkan sumbangan dan pengli- dalam bidang sains dan angkasa serta
nalkan kembali planetarium kepada batan mereka dalam aktiviti-aktiviti melihat ilmu ini sebagai aspek utama
astronomi yang dianjurkan oleh PSI dalam kehidupan mereka.

Murid-murid SK Sempadi menunjukkan Pelajar-pelajar giat aktif membia- PENERANGAN tentang teleskop di
hasil mereka semasa jerayawara PSI-SAS. sakan diri mereka di PSI. SMK Sematan oleh Shaiful Nizam.

CERAMAH kepada pelajar sempena Hari Pelajar bergambar kenangan selepas KURATOR Ismandy Ali memberikan ceramah
Sains dan Matematik di SMK Sematan. program Astrophilia di Kem Alapong, kepada pelajar yang menyertai Kem Astronomi di
Lundu. Santubong.
www.sarawak-astronomy.org Januari - Jun 2009 • 10

Imbasan aktiviti-aktiviti Planetarium

1 3

4 5 6

7 8
11 • Januari - Jun 2009

Sultan Iskandar sepanjang 20 tahun

9 10

11 12

13 14 15
1. Perasmian Planetarium Sultan Iskandar oleh Yang Dipertuan Agong
ke-8 bersama-sama Ketua Menteri Sarawak. Turut kelihatan Timbalan
Menteri Datuk Patinggi Alfred Jabu, Allahyarham Tun Datuk
Patinggi Dr Ahmad Zaidi Adruce (kanan) dan Datuk Dr Mazlan Othman
(1989).
2. Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud mem-
berikan ucapan ketika merasmikan Planetarium Sultan Iskandar pada
19 Januari 1989.
3. Jacob Sebastian bersama-sama Dato Sri Haji Adenan Haji Satem.
4. Pameran yang diadakan di Galeri PSI (1991).
5. Ismandy Ali sedang menerangkan fungsi replika ‘Stonehege’ (1992).
6. Aktiviti cerapan yang dilakukan oleh ahli-ahli SAS.
7. Dr. Zalia bersama-sama Presidan SAS, Romie Daniel (1993).
8. Pameran yang disertai oleh PSI-SAS di Betong yang turut dilawati oleh
Timbalan Menteri Datuk Patinggi Alfred Jabu (2007).
9. Perasmian ‘‘mirrordome’’ oleh Timbalan Menteri MOSTI YB Fadillah
Yusof bersama-sama Menteri Muda YB Haji Hamden bin Haji Ahmad
(2008).
10. Jacob Sebastian bersama-sama Datuk Amar Puan Sri Dr. Hajah Laila
Taib di salah satu pameran astronomi (1992).
11. Pengiktirafan SMK Matang Hilir sebagai Sekolah Astronomi Pertama
(2007).
12. Aktiviti pencerapan yang disertai oleh ahli-ahli SAS (2002).
13. Para pelajar yang giat membuat projek semasa PSACS di teater PSI
(2007).
14. Peserta-peserta Mars Rover semasa Hari Astronomi Sedunia di PSI
(2007).
15. Aktiviti pencerapan yang dilakukan oleh Dona Repet semasa feno-
mena gerhana matahari di Bintulu.
16. Terkini, kakitangan PSI dan ahli-ahli SAS bergambar kenangan selepas
majlis perasmian pertunjukan digital oleh YB Fadillah Yusof pada 17
Oktober 2008.
16
www.sarawak-astronomy.org Januari - Jun 2009 • 12

Rombongan KPSU lawat


planetarium KL, Melaka
Setiausaha Tetap, Ik Pahon sedang melihat
pemandangan dari balai cerap sambil mendengar
penerangan daripada Pengarah Kompleks Falak
Al-Khawarizmi, Dr. Kassim Bahali.

Gambar kenangan kakitangan


YB Hamden (tengah), sedang mendengar penerangan daripada Puan Azreena Planetarium Negara dan rombongan
Ahmad, Pengarah Planetarium Negara. Turut kelihatan Setiausaha Tetap KPSU yang diketuai oleh YB Hamden
KPSU, Encik Ik Pahon Joyik. (tengah depan).

D
alam usaha untuk mening- Sarawak YB Hamden bin Haji Ahmad Lawatan inin bertujuan untuk
Berita

katkan lagi kemudahan dan Setiausaha Tetap KPSU, Encik Ik mewujudkan hubungan kerjasama
dan struktur organisasi Pahon Joyik serta kakitangan daripada antara kedua-dua belah pihak bagi
bagi Planetarium Sultan Iskandar, PSI dan Bahagian Kebudayaan telah berkongsi pengalaman dan penge-
rombongan Kementerian Pembangu- membuat lawatan sambil belajar ke tahuan untuk membantungkan in-
nan Sosial dan Urbanisasi (KPSU) Planetarium Negara di Kuala Lumpur frastruktur yang berkatitan dengan
yang diketuai oleh Menteri Muda dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi astronomi di Sarawak.
Pelancongan dan Hal Ehwal Belia di Melaka.

YB Fadillah rasmi pertunjukan digital PSI

YB Fadillah menyatakan keinginan


dalam menaik taraf PSI melalui pe-
runtukan daripada MOSTI.

Australia, Paul Bourke.


Perasmian... (Dari kiri), Romie Daniel, YB Hamden bin Haji Ahmad, YB Fadillah Yusof; Ik
Turut hadir di majlis itu ialah Men-
Pahon Joyik, dan William Nyigor. teri Muda Pelancongan dan Hal Ehwal

T
Belia Sarawak, YB Hamden bin Haji
imbalan Menteri Sains, arah pertunjukan digital dan 3D.
Ahmad; Presiden SAS yang juga mer-
Teknologi dan Inovasi Dalam majlis ringkas itu, tetamu
angkap Residen Betong, Encik Romie
Malaysia, YB Fadillah Yusof jemputan berpeluang untuk melihat
Sigan Daniel; Setiausaha Tetap KPSU
telah merasmikan ‘mirrordome’ di demonstrasi tayangan 3D mengguna-
Encik Ik Pahon Joyik dan Timbalan
PSI pada 17 Oktober 2008 sebagai kan ‘‘‘mirrordome’’ yang merupakan
Presiden SAS, Encik William Nyigor.
tanda PSI telah mula bergerak ke hasil penyelidikan daripada penyelidik
13 • Januari - Jun 2009

PSI-SAS sertai Sarawak Pre-School Convention 2008

M embimbing pelajar untuk


membina keyakinan diri
untuk memberikan pene-
rangan kepada guru-guru sekolah
merupakan antara aktiviti PSI-
SAS semasa Sarawak Preschool
Convention 2008 anjuran Unit
Pembangunan Sumber Manusia,
Jabatan Ketua Menteri yang telah
diadakan di sebuah hotel terkemuka
di bandar raya Kuching pada Ogos
2008.
Beberapa pelajar yang terlibat aktif
dalam SAS telah diberi peluang untuk PEnerangan tentang ‘flip book’ Gambar kenangan antara pelajar
menjalankan aktiviti gerak kerja bagi oleh Muhd. Alwi dari SMK STAR. yang terlibat dalam aktiviti.
memberikan demonstrasi kepada gu-
ru-guru sekolah tadika mengenai asas
kepada astronomi.
Penglibatan aktif sebelum dan se-
masa konvensyen ini telah memberi
peluang kepada ahli-ahli SAS untuk
mempromosikan astronomi kepada
guru-guru tadika, dan maklumat ini
kemudiannya akan digunakan bagi
mengajar kanak-kanak tadika di seko-
lah nanti.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan
adalah seperti membuat roket, sistem
suria, membuat kawah bulan, penge- PARA guru yang diberi tugas untuk Faliq Asraf dari SMK TUNAZ sedang mem-
nalan tokoh astronomi dan banyak berikan penerangan tentang perubahan bulan
mendapatkan maklumat. kepada salah seorang peserta konvensyen.
lagi.

Pengenalan astronomi melalui ESMIC


S
etiap tahun PSI-SAS akan di-
jemput untuk turut serta dalam
Kem Sains dan Matematik
dalam bahasa Inggeris (ESMIC) yang
diadakan di SMK Sematan.
Melalui Program ESMIC, pene-
rapan tentang sains angkasa dan astro-
nomi merupakan salah satu cara bagi
memberikan kesedaran astronomi di
kalangan pelajar, selaras dengan sub-
jek sains yang diajar di sekolah. SALAH satu aktiviti yang dijalankan AHLI SAS, Fareiny Morni sedang
Dalam program selama setengah oleh Kurator PSI, Ismandy Ali. melakukan sesi pengenalan.
hari itu, beberapa aktiviti telah diada-
kan seperti permainan astronomi un-
tuk membolehkan pelajar mengenal
pasti objek dekat dan jauh di alam
semesta serta cara-cara untuk mem-
buat planisfera bagi membantu pelajar
mencari buruj-buruj di langit.
Pada sebelah malam pula, para
pelajar berpeluang untuk membuat
cerapan bintang, bagaimanapun akti-
viti terpaksa dipendekkan disebabkan PENJELASAN cara menggunakan SALAH seorang pelajar telah siap
cuaca yang tidak mengizinkan. planisfera oleh Zurwina Sharkawi, menghasilkan planesfera.
ahli SAS.
www.sarawak-astronomy.org Januari - Jun 2009 • 14

Jerayawara SMK Kota Samarahan


bangkit minat astronomi pelajar
S
MK Kota Samarahan merupa- perkembangan ilmu tentang sains
kan antara lokasi rombongan angkasa dan astronomi.
PSI-SAS dalam menjalankan Maklum balas daripada jerayawara
aktiviti jerayawara bagi memberikan ini mendapati ramai pelajar mempu-
kesedaran astronomi di kalangan nyai minat yang mendalam dalam bi-
pelajar. dang astronomi, namun mereka tidak
Jerayawara ini merupakan tahu cara dan kaedah untuk menda-
aktiviti pertama rombongan PSI-SAS lami pengetahuan dalam astronomi.
mengadakan aktiviti jerayawara di
Kota Samarahan dan sambutan para
pelajar terhadap aktiviti ini amatlah
menggalakkan.
Malah, lebih mengejutkan
bahawa para pelajar ini tidak ke-
tinggalan dalam mengetahui sedikit Sesi demonstrasi teleskop.
Jerayawara

Para pelajar mendengar taklimat daripada Kurator PSI, Wajah ceria pelajar ketika mengikuti aktiviti yang diada-
Ismandy Ali. kan semasa jerayawara.

Program kerjasama PSI-SAS dengan agensi luar

PeSERTA program perkhemahan Program anjuran Bahagian Belia Pelajar sekitar Bau yang mengikuti
anjuran Lembaga Sumber Asli dan KPSU turut menjemput PSI-SAS program perkhemahan anjuran Sarawak
Alam Sekitar (NREB) menunjukkan sebagai salah satu sesi mewujudkan Forestry Corporation (SFC) turut berpe-
kemahiran mereka menghasilkan kesedaran astronomi di kalangan luang belajar menghasilkan planisfera
planisfera. remaja. dalam sesi bersama PSI-SAS.
15 • Januari - Jun 2009

Sekolah Astronomi ke-2 anjur


Perkhemahan Astronomi

A
tas dedikasi dan usaha untuk Malah, peserta juga berpuas hati
mengangkat nama sebagai dengan penganjuran perkhemahan itu
Sekolah Astronomi Ke-2, serta mencadangkan agar lebih banyak
ahli-ahli Kelab Astronomi dari SMK lagi aktiviti sepeti ini dijalankan pada
Agama Tun Ahmad Zaidi (TUNAZ) masa hadapan.
telah menganjurkan perkhemahan
astronomi yang diadakan di Pusat
Kokurikulum di Santubong selama
tiga hari.
Inisiatif pelajar-pelajar ini menjadi
kebanggaan pihak PSI kerana melihat
anak didik mereka mampu merancang ANTARA aktiviti yang dijalankan
semasa perkhemahan astronomi.
dan melakukan dengan sendiri aktiviti
seperti ini bagi membangkitkan ke-
sedaran minat terhadap astronomi.
Dengan bantuan dan tunjuk ajar
daripada guru-guru serta kakitangan
PSI -SAS, mereka berjaya mengan-
jurkan pelbagai aktiviti yang menarik
minat peserta.
PSI-SAS juga turut memberikan
sokongan menerusi bantuan khidmat
nasihat dan ceramah astronomi yang
telah disampaikan oleh Ismandy Ali.
Kejayaan dalam penganjuran ak-
tiviti seperti ini juga telah mewujudkan
hubungan silaturrahim di kalangan pe-
serta yang telah mengikuti perkhema- GAMBAR kenangan para peserta perkhemahan astronomi yang diadakan di
han astronomi ini. pantai Santubong.

Kreativiti pelajar diuji dalam PSACS V


K
reativiti pelajar diuji pada
kali ini dalam sesi Program
Sains Angkasa Cuti Sekolah
V (PSACS V) yang diadakan di
Planetarium Sultan Iskandar.
Peserta yang terdiri daripada be-
berapa sekolah di sekitar bandar raya
Kuching dan Samarahan telah berpe-
luang untuk menonjolkan bakat me-
reka dalam membina roket yang akan
membawa manusia ke Marikh.
Dalam program selama tiga hari
ini, peserta turut diajar untuk meran-
cang misi saintifik ke planet Marikh.

Antara aktiviti yang disertai oleh


peserta PSACS V.
www.sarawak-astronomy.org Januari - Jun 2009 • 16

Namakan galaksi pilihan anda


Ismandy Ali

S
aya berani kata “tugas utama”
bagi individu yang selalu
melayari internet adalah
hala dan klik? Halakan penunjuk
menggunakan tetikus atau pad
kekunci dan klik pada sesuatu butang
untuk melaksanakan sesuatu tugas.
Mudah sahaja bukan? Tetapi ha-
diahnya adalah nama kamu akan lebih
diingati dengan melakukan perkara
mudah dan ringkas itu sekiranya kamu
mendaftarkan diri ke http://www.gal-
Info Angkasa

axyzoo.com.
Seorang guru sekolah rendah
dari Belanda, Hanny Van Arkel telah Laman web Galaxy Zoo.
menemui sebuah objek yang dikenali
sebagai Arkel voorwerp (bermaksud Galaksi yang terdiri daripada ahli astronomi telah membincangkan
Objek Arkel) dengan hanya men- berbilion bintang, adalah asas kepada kaedah galaksi harus diklasifikasikan
jadi salah salah seorang antara suka- struktur yang memberi cahaya dan menentukan hubungan mereka
relawan maya dalam galaxyzoo.com walaupun jauh di dalam angkasa berkait rapat di antara satu sama
Galaxyzoo.com adalah sebuah lepas sana. Setiap galaksi mempunyai lain. Walaupun begitu, untuk
portal web kerjasama maya antara saiz dan rupa bentuk yang berbeza, mengklasifikasikan galaksi-galaksi
saintis dengan orang awam secara walaupun terdapat beberapa per- ini ia tidak mampu dilakukan oleh
sukerela. Ia telah dimulakan pada samaan. ahli-ahli astronomi sahaja, walaupun
tahun 2007 dan sehingga penghujung Ciri-ciri galaksi boleh dilihat ia melibatkan 10,000 ahli astronomi
tahun 2008, seramai lebih daripada seperti besar atau kecil, tua ataupun professional di seluruh dunia.
150,000 orang telah mendaftar untuk muda, merah ataupun biru, terang Berbilion galaksi yang terdapat di
menjadi sukarelawan. atau malap, pilin atau membujur, luar sana memerlukan penyertaan
Pada fasa pertama Galaxy Zoo, malah ada galaksi wujud sama ada di orang awam sebagai sukarelawan
saintis telah memilih 1 juta imej dalam kumpulan atau sendirian. un-tuk mengklasifikasikan galaksi-
galaksi dari pangkalan daa Sloan Dengan kata lain, alam semesta galaksi ini.
Digital Sky Survey (SDSS) dan ini mengandungi pelbagai ‘spesies’ Menjadi sukarelawan adalah
membiarkan sukarelawan untuk galaksi dan inilah yang kita panggil zoo sungguh mudah. Anda hanya perlu
mengklasifikasikannya. galaksi. Selama lebih seratus tahun, mendaftar seperti biasa ke portal-
portal yang lain. “Tugas” anda han-
yalah mengklasifikasikan sama ada
gam-bar galaksi yang ditunjukkan
adalah galaksi berbentuk elips atau
lingkaran (spiral).
Bagi kita, perkara seperti ini
jauh lebih mudah dilakukan dengan
kaedah penilaian manusia, dan ka-
edah ini tidak mampu dilakukan oleh
komputer biasa pada masa sekarang.
Berikut adalah beberapa galaksi
yang memerlukan anda untuk me-
lihat dan mengklasifikasikannya.
Sekiranya klasifikasi anda tepat, anda
Galaksi elips. Galaksi lingkaran.
boleh terus mendaftar ke http://
www.galaxyzoo.org.
17 • Januari - Jun 2009

Aktiviti Planetarium Sultan Iskandar dan


panduan fenomena langit malam
Tarikh Aktiviti/Fenomena
Januari 3 -4 Hujan meteor Quadrantids. Kemuncak dari 3 sehingga 4 Januari.
Januari 11 Bulan penuh
Gerhana matahari separa. Gerhana yang bermula dari Afrika selatan dan bergerak se-
Januari 26 hingga ke Borneo. Di Kuching boleh dilihat sehingga 80.6 peratus. Ceramah, simulasi
dan cerapan diadakan di Planetarium Sultan Iskandar.
AstroQuiz IYA 2009. Peserta adalah dari sekolah-sekolah sekitar bandar raya Kuch-
Januari 31
ing.
Bulan penuh. Gerhana bulan berlaku tetapi Bulan hanya dilitupi oleh bayang-bayang
February 9
penumbra Bumi.
Istiqbal Musytari, Utarid dan Marikh pada waktu Subuh. Waktu terbaik untuk melihat
February 22 ketiga-tiganya adalah kira-kira setengah jam sebelum matahri terbit.
Februari 23 Pakej aktiviti untuk rombongan astronomi ke PSI dimulakan.

Info Aktiviti
Februari 25 Anak bulan astronomi.
Planet berada di lokasi yang sungguh dekat dengan Bumi. Ini adalah masa yang paling
Mac 8
sesuai untuk mengambil gambar Zuhal dan bulan-bulannya.
Mac 8 Pameran imej-imej astronomi ‘Windows to the Universe’ dimulakan.
Mac 11 Bulan penuh
Mac 16 – 18 Program Sains Angkasa Cuti Sekolah (PSACS VI).
Mac 20 Vernal Equinox
Mac 21-22 Kem Astrophilia di Kem Alapong, Lundu.
Venus boleh dilihat semasa senja dan semasa subuh berpusat pada hari ini. Peristiwa
Mar 25
ini hanya berlaku setiap lapan tahun.
Mac 26 Anak bulan astronomi
Seminar Pengenalan Astronomi Peringkat Negeri di Islamic Information Centre
April 6 -8
(IIC).
April 9 Bulan penuh
April 16 -25 Hujan meteor Lyrid.
April 21-22 Kemuncak hujan meteor Lyrid.
April 22 Bulan sabit, Zuhrah dan Marikh membentuk segi tiga yang indah.
April 25 Anak bulan astronomi
Mei 2 Sambutan Hari Astronomi Sedunia.
Mei 4-7 Hujan meteor Aquarids.
Mei 5-6 Kemuncak Hujan meteor Aquarids.
Mei 9 Bulan penuh
Mei 24 Anak bulan astronomi
Jun 7 Bulan penuh
Jun 13- 14 Perkhemahan Astronomi di Kem Pueh, Sematan.
Jun 18 Poster Astronomi: Skala Alam semesta.
Jun 21 Solsetis musim panas di hemisfera utara
Jun 22 Anak bulan astronomi
www.sarawak-astronomy.org Januari - Jun 2009 • 18

Pakej galakan promosi sains angkasa

P
lanetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak dalam
menyokong promosi pembelajaran sains peringkat tinggi menyediakan
beberapa aktiviti bagi faedah lawatan daripada pihak sekolah. Sila layari
www.planetarium-sarawak.org untuk membuat tempahan secara online atau
mendapatkan maklumat lanjut.

Pakej 2
Pakej 1
Khusus untuk sekolah rendah
Khusus untuk murid-murid tadika,
prasekolah dan ke bawah Pertunjukan Larry Cat In Space (30 minit) dan Langit
pada malam ini (10 minit) - pertunjukan prarakaman.
Pertunjukan Larry Cat In Space (30 minit) - per- Alat bantu mengajar untuk menerangkan konsep
tunjukan prarakaman. gerhana dan model sistem suria (20 minit) menggunakan
Mari mengenal buruj dan melihatnya di langit (20 carta bintang planisfera untuk memahami dan mencari
Pakej

minit) - gerak kerja. bintang sepanjang tahun (30 minit) - pelajar dibekalkan
dengan carta bintang (planisfera) secara berkumpulan.
Simulasi sistem solar Konsep buruj dan simulasi planet menggunakan
Stellarium pada MirrorDome (20 minit).
Masa: 9:00 am
Isnin sehingga Khamis Masa: 9:00 am
Jumlah masa: 1 jam Isnin sehingga Khamis
Jumlah masa: 1 jam 30 minit

Khusus untuk sekolah menengah


Pakej 3 Pakej 4
Pertunjukan Oasis in Space (30 minit) dan Langit Pertunjukan Oasis in Space (30 minit) dan Langit
pada malam ini (10 minit) - pertunjukan prarakaman. pada malam ini (10 minit) - pertunjukan pra rakaman.
Membuat planisfera untuk memahami Membuat planisfera untuk memahami dan mencari
dan mencari bintang untuk sepanjang bintang untuk sepanjang tahun - pelajar dibekalkan
tahun - pelajar dibekalkan dengan planisfera dengan planisfera untuk setiap seorang (30 minit).
untuk setiap seorang (30 minit).
Konsep-konsep astronomi seperti:
Konsep-konsep astronomi seperti: a. Gerhana, transit
a. Gerhana, transit b. Bulan-bulan mengelilingi planet
b. Bulan-bulan mengelilingi planet c. Simulasi matahari dan aktiviti matahari
c. Buruj dan ilustrasi kepercayaan (prominence dan tompok matahari) di dalam pelbagai
langit pelbagai tamadun purba tapisan seperti sinar UV dan X-ray. Menggunakan
d. Simulasi rover marikh “MarsLab” dan rancangan Stellarium pada MirrorDome (30 minit)
NASA ke Bulan (projek Orion). Menggunakan d. Mencerap permukaan matahari untuk melihat
Stellarium pada MirrorDome (40 minit). tompok matahari menggunakan teleskop, 8” celestron
e. Simulasi angkasa lepas (sekiranya cuaca membenarkan) (20 minit)
e. Simulasi angkasa lepas
Masa: 9:00 am
Isnin sehingga Khamis Masa: 9:00 am
Jumlah masa: 1 jam 30 minit Rabu dan Khamis
Jumlah masa: 2 jam
19 • Januari - Jun 2009

Making a water clock

W
ater clocks,
like sundails,
were
used by the ancient
Egypiants, Greeks,
Romans and Chinese.
Unlike sundails, water
clocks don’t depend
on sunlight, so they
can keep track of the
time on cloudy days or
during the night. To
make a kind of water
clock based o a Chinese
design, just follow the
directions below.

1. Use a thumbtack to punch a drips smoothly through each cup.  6. For example, start your wa-
hole in the bottom of each cup. Tack 4. Now pour out the water from ter clock again. Use the five-minute
the five cups to the cardboard, one the test run and fill the top cup again. marks to time how long it takes you to
under another. Use a timer and, at the end of every do your homework, practice playing
2. Tape the strip of paper verti- five minutes, mark the water level on an instrument, or setting the table.
cally on the glass jar, and put the jar the paper taped to the jar.
beneath the bottom cup. 5. When all the water has dripped Source : http://www.nationalgeo-
3. For a test run, fill the top cup into the jar, you’ll be able to use this graphic.com/ngkids/trythis/try10.
with water and make sure the water “clock” to keep track of time. html

Fun space facts


T
he sun is over 300000 times et, other gas giants such as Jupiter, side like a barrel is Uranus. The only
larger than earth. Uranus and Neptune also have rings, planet that spins backwards relative
Venus is the hottest plan- they are just less obvious. to the others is Venus.
et in our solar system with a surface Footprints and tyre tracks left be- The first man made object sent
temperature of over 450 degrees cel- hind by astronauts on the moon will into space was in 1957 when the
cius. stay there forever as there is no wind Russian satellite named Sputnik was
The moon appears to have more to blow them away. launched.
craters and scars than Earth because In 2006, astronomers changed Jupiter’s 4 biggest moons are
it has a lot less natural activity going the definition of a planet. This means named Europa, Ganymede, Callisto
on, the Earth is constantly reforming that Pluto is now referred to as a and Io.
its surface through earthquakes, ero- dwarf planet. It is because of the Sun & Moons
sion, rain, wind and plants growing Because of lower gravity, a per- gravity that we have high & low
on the surface, while the moon has son who weighs 100kg on earth tides.
very little weather to alter its appear- would only weigh 38kg on the sur-
ance. face of Mars. Source : http://www.sciencekids.
Saturn isn’t the only ringed plan- The only planet that rotates on its co.nz/sciencefacts/space.html
Larry Cat In Space pertunjukan
digital untuk kanak-kanak
L
arry Cat In Space merupakan
pertunjukan digital terkini
yang ditayangkan di Planeta-
rium Sultan Iskandar sesuai untuk
tontonan kanak-kanak serta dewasa.
Larry Cat In Space bukan seka-
dar tayangan digital biasa untuk
menghiburkan penonton, tetapi mem-
bawa penonton kepada sudut panda-
ngan seekor kucing terhadap bulan.
Larry ini merupakan kucing yang
amat disayangi oleh tuannya dan Larry
juga menyayangi tuannya sehingga
tidak ingin berpisah dengannya.
Bagaimanapun, tuannya terpaksa
bekerja di bulan dan ini telah me-
nyebabkan Larry berasa sedih.
Kesedihannya telah bertukar men-
jadi marah dan kemarahannya telah
dihalakan kepada bulan kerana telah hamkan daripada kucing sebenar yang
menyebabkan dia kehilangannya. bernama Lawrence E. Katt yang telah
Namun, Larry mempunyai rancan- menetap di Planetarium Fiske dari
gan sendiri untuk pergi ke bulan untuk 1982-1999.
bertemu dengan tuannya dan mempu- Kebolehan Larry untuk menjadi
nyai rancangan supaya dia boleh terus teman kepada kakitangan di planetar-
tinggal di tempat. ium itu telah menyebabkan dia dipilih
Cara penceritaan Larry Cat In untuk membintangi salah satu pertun-
Space yang bersahaja dan mengajak jukan yang dihasilkan oleh Loch Ness
penonton untuk bersama-sama ‘men- Productions.
jadi’ Larry ini merupakan olahan yang Pertunjukan Larry Cat In Space
menarik daripada Loch Ness Produc- boleh disaksikan setiap hari kecuali
tions yang bertanggungjawab menge- Ahad dari jam 3 petang bagi Isnin
luarkan pertunjukan planetarium ini. hingga Khamis, 3.15 petang bagi Ju- kanak-kanak dan pelajar serta RM2
Malah, apa yang menariknya, per- maat dan 11.45 untuk hari Sabtu. bagi dewasa.
(Sumber: http://www.lochnessproductions.
tunjukan Larry Cat In Space ini diil- Bayaran masuk adalah RM1 bagi com/shows/lcs/lcs.html)

International Year of Astronomy


2009 telah bermula!

B
agi mereka yang tidak didikan serta orang awam.
mengetahuinya, IYA2009 te- Visi IYA2009 untuk membantu,
lah bermula sejak awal tahun masyarakat dunia menemui semula ke-
ini dengan ia telah disambut di wujudan mereka di alam semesta melalui
seluruh dunia. langit dan seterusnya membangkitkan se-
Ia sebenarnya menandakan ulang mula perasaan takjub dan penemuan.
tahun ke-400 Galileo Galilei mencerap Setiap manusia harus sedar akan
menggunakan teleskop buat pertama sumbangan astronomi dan sains dalam
kalinya dalam sejarah astronomi moden. kehidupan seharian dan bagaimana
Perayaan ini merupakan sambutan pengetahuan saintifik dapat menyumbang
sedunia yang menekankan sumbangan kepada perkembangan masyarakat yang
astronomi kepada masyarakat dan budaya sejahtera.
(Sumber: http://www.astronomy2009.org/
serta penekanan diberikan terhadap pen-

Anda mungkin juga menyukai