Anda di halaman 1dari 9

Komputer

Disediakan oleh:

Muhammad Hasif Ahlami bin Abd Rashid ( 10BI02041)

Mohd Muzakkir bin Mohamad Shah (10BI02075 )

Mohd Aqmal Khan bin Anwar Khan ( 09BI02001)

Definisi

Kata komputer berasal dari bahasa Latin yaitu Computare yang ertinya menghitung. Dalam
bahasa Inggris disebut to compute. Secara definisi komputer diterjemahkan sebagai sekumpulan
alat elektronik yang saling bekerja sama, dapat menerima data (input), mengolah data (proses)
dan memberikan informasi (output) serta terkoordinasi dibawah kawalan program yang
tersimpan di memorinya.

Sejarah perkembangan

Sejarah perkembangan komputer boleh dibahagikan kepada dua zaman iaitu:


a) Sebelum tahun 1940
b) Selepas tahun 1940

Sebelum tahun 1940

Manusia menggunakan jari untuk mengenali dan membilang nombor satu hingga sepuluh.
Selepas itu mereka mula mengenali nombor-nombor yang lebih besar tetapi masih menggunakan
digit-digit asas dari 0 hingga 9. Ini mewujudkan sistem nombor perpuluhan. Jari-jari digunakan
untuk campur dan tolak nombor. Campur tolak nombor-nombor membantu mereka mengira
dalam perniagaan barter. Apabila perniagaan semakin berkembang, jari-jari tidak dapat
menampung keperluan pengiraan yang bertambah rumit.

Ahli-ahli perniagaan dari negeri China, Turki dan Yunani menggunakan abakus (sempua) untuk
melakukan pengiraan asas campur, tolak dan darab bermula beribu tahun lepas. Abakus
mengandungi batu-batu yang dipasang pada beberapa bar. Semua pengiraan dilakukan dengan
mengubah kedudukan batu-batu itu.
Pada tahun 1617, John Napier mengemukakan sifir logaritma dan alat dipanggil tulang Napier
(Napier's bones). Di samping pengiraan asas campur, tolak, darab dan bahagi, alat ini juga boleh
mencari punca kuasa nombor. Tulang Napier diperbuat daripada tulang, kayu, logam dan kad.
Pengiraan dilakukan dengan menyilang nombor-nombor pada segiempat dengan tangan.

Blaise Pascal mencipta mesin kira mekanikal pertama pada tahun 1642. Mesin ini beroperasi
dengan menggerakkan gear pada roda. Pascal juga telah banyak menyumbang idea dalam bidang
matematik dan ilmu kebarangkalian. Mesin kira Pascal telah dimajukan oleh William Leibnitz.

Pada tahun 1816, Charles Babbage membina 'the difference engine'. Mesin ini boleh
menyelesaikan masalah pengiraan sifir matematik seperti logaritma secara mekanikal dengan
tepat sehingga dua puluh digit. Mengikut draf yang dicadangkannya, mesin ini menggunakan kad
tebuk sebagai input, boleh menyimpan kerja-kerja sebagai ingatan, melakukan pengiraan secara
otomatik dan seterusnya mengeluarkan output dalam bentuk cetakan pada kertas.

Konsep mesin ini memeranjatkan ahli-ahli sains pada masa itu kerana dianggap terlalu maju.
Projek pembinaan ini walau bagaimanapun terbengkalai kerana ketiadaan sokongan teknikal
yang dianggap terlalu maju pada masa tersebut. Babbage kemudian menumpukan perhatiannya
kepada 'the analytical engine'. Kekurangan teknologi pada masa tersebut juga menyebabkan
projek ini ditangguhkan. Walaupun gagal menyiapkan kedua-dua mesin, idea Babbage didapati
amat berguna kepada pembentukan komputer moden pada hari ini. Semua komputer pada hari ini
menggunakan model mesin seperti yang dicadangkan oleh Babbage, iaitu input, ingatan,
pemprosesan dan output.

Kad tebuk pertama kali digunakan sebagai alat input dalam industri tekstil pada mesin
penenunan otomatik ciptaan Joseph Jecquard pada tahun 1801. Mesin ini membaca data dengan
mengenalisa kod-kod lubang pada kertas. Konsep lubang dan tiada lubang ini menandakan
permulaan penggunaan nombor binari dalam pemprosesan data.

Herman Hollerith mempopularkan penggunaan kad tebuk sebagai alat input data. Mesinnya yang
menggunakan kad tebuk berjaya memproses data untuk membanci penduduk Amerika Syarikat
pada tahun 1887. Penggunaan kad tebuk kemudiannya diperluaskan kepada bidang-bidang
seperti insuran, analisa jualan dan sistem akuan kereta.

Howard Aiken memperkenalkan penggunaan mesin elektromakenikal dipanggil Mark I pada


tahun 1937. Satu bahagian mesin ini adalah elektronik dan sebahagian lagi mekanikal.
Bentuknya besar dan berat serta mengandungi talian wayer yang panjang. Semua operasi di
dalam komputer dijalankan oleh geganti elektromagnetik. Mark I boleh menyelesaikan masalah
fungsi-fungsi trigonometri di samping pengiraan asas. Sungguhpun demikian ia masih dianggap
lembab dan terhad oleh kerana jumlah storan ingatan yang sedikit.
Selepas tahun 1940…

Komputer-komputer selepas tahun 1940 adalah elektronik sepenuhnya. Di samping pengiraan


yang kurang tepat mesin-mesin mekanikal sebelum ini adalah terlalu besar, menggunakan kos
yang tinggi untuk mengendalikannya dan memerlukan terlalu banyak tenaga manusia untuk
pengawasan.
Evolusi komputer selepas tahun 1940 boleh dikelaskan kepada lima generasi. Angka dalam
kurungan menandakan tarikh anggaran:
Generasi Pertama (1940 - 1959)
Generasi Kedua (1959 -1964)
Generasi Ketiga (1964 - awal 80-an)
Generasi Keempat (awal 80-an - ?)
Generasi Kelima (masa depan)

Generasi Pertama
Komputer-komputer generasi pertama menggunakan tiub-tiub vakum untuk memproses dan
menyimpan maklumat. Tiub vakum berukuran seperti mentol lampu kecil. Ia menjadi cepat
panas dan mudah terbakar. Beribu-ribu tiub vakum diperlukan pada satu masa supaya setiap
yang terbakar tidak menjejaskan operasi keseluruhan komputer. Komputer juga menggunakan
tenaga elektrik yang banyak sehingga kadang-kadang menyebabkan gangguan pada kawasan
sekelilingnya.
Komputer ini adalah 100% elektronik, berfungsi untuk membantu ahli sains menyelesaikan
masalah pengiraan trajektori dengan pantas dan tepat. Saiznya amat besar dan boleh dikelaskan
sebagai kerangka utama (main frame) . Contoh komputer generasi pertama seperti ENIAC
(Electronic Numerical Integrator And Calculator) dicipta oleh Dr John Mauchly dan Presper
Eckert pada tahun 1946.

Perkembangan yang paling dihargai ialah permulaan komputer menyimpan ingatan di dalamnya,
dikenali sebagai konsep aturcara tersimpan (stored program concept). Konsep yang dicadangkan
oleh John von Neumann ini juga menitikberatkan penggunaan nombor binari untuk semua tugas
pemprosesan dan storan.

Dr. Mauchly dan Eckert juga membantu pembinaan komputer EDVAC (Electronic Discrete
Variable Automatic Computer) yang mengurangkan penggunaan tiub-tiub vakum. Pengiraan
juga menjadi lebih cekap daripada ENIAC. EDVAC menggunakan sistem nombor binari dan
konsep aturcara tersimpan.
Komputer EDSAC (Electronic Delay Storage Automatic Calculator) memperkenalkan
penggunaan raksa (merkuri) dalam tiub untuk menyimpan ingatan. Cara ini didapati lebih
ekonomi daripada tiub vakum tetapi pada amnya ia masih dianggap terlalu mahal. EDSAC
dimajukan oleh Unviersiti Cambridge, England.

Pada tahun 1951 Dr. Mauchly dan Eckert mencipta UNIVAC I (Universal Automatic Calculator)
komputer pertama yang digunakan untuk memproses data perniagaan. Turut menggunakan tiub
raksa (merkuri) untuk storan. UNIVAC I digunakan oleh Biro Banci Penduduk Amerika
Syarikat. Selepas kejayaan ENIVAC I banyak komputer-komputer berkaitan pengurusan dan
perniagaan muncul selepasnya.

Generasi kedua

Komputer-komputer genarasi kedua menggunakan transistor dan diod untuk menggantikan tiub-
tiub vakum, menjadikan saiz komputer lebih kecil dan murah. Daya ketahanan transistor didapati
lebih baik kerana ia tidak mudah terbakar jika dibandingkan dengan tiub vakum. Cara baru
menyimpan ingatan juga diperkenalkan iaitu teras magnetik. Teras magnetik menggunakan besi-
besi halus yang dililit oleh litaran elektrik. Keupayaan pemprosesan dan saiz ingatan utama
komputer juga bertambah. Ini menjadi komputer lebih pantas menjalankan tugasnya.

Kemunculan FORTRAN dan COBOL menandakan permulaan bahasa peringkat tinggi untuk
menggantikan pengaturcaraan dalam bahasa mesin yang lebih sukar. Dengan yang demikian
pengendalian komputer menjadi lebih mudah.

Era ini juga menandakan permulaan minikomputer iaitu yang kedua terbesar dalam famili
komputer. Harganya lebih murah berbanding daripada kerangka utama. Komputer DEC PDP- 8
ialah minikomputer pertama dicipta pada tahun 1964 bagi memproses data-data perniagaan.
Lain-lain komputer dalam generasi ini ialah IBM 7090 dan IBM 7094.

Generasi ketiga

Penyelidikan mikroelektronik yang pesat berjaya menghaluskan transistor kepada saiz


mikroskopik. Beberapa ratus ribu transistor ini dapat dipadatkan ke dalam kepingan segiempat
silikon melalui proses yang dipanggil pengamiran skala besar (large scale integration, LSI),
untuk menghasilkan litar terkamir atau lebih dikenali dengan panggilan cip.

Cip mula menggantikan transistor sebagai bahan logik komputer. Saiz cip yang kecil
menjadikannya popular digunkan dalam kebanyakan alat elektronik dan harganya jauh lebih
murah berbanding dengan komponen elektronik yang lain.

Jenis terkecil dalam famili komputer, mikrokomputer muncul dalam generasi ini.
Mikrokomputer menjadi lebih cepat popular seperti jenama Apple II, IBM PC, NEC PC dan
Sinclair. Mikrokomputer didapati amat praktikal kepada semua peringkat masyarakat kerana
saiznya lebih kecil, harga yang murah dan kebolehannya berfungsi bersendirian. Sebuah
mikrokomputer berupaya mengatasi komputer ENIAC dalam menjalankan sesuatu tugas.

Banyak bahasa pengaturcaraan muncul seperti BASIC, Pascal dan PL/1. Kebanyakan
mikrokomputer dibekalkan dengan pentafsir bahasa secara bina-dalam di dalam cip ROM untuk
membolehkan bahasa BASIC digunakan. Ini menjadikan BASIC bahasa pengaturcaraan yang
paling popular pada mikrokomputer.

Generasi keempat

Cip masih digunakan untuk pemprosesan dan menyimpan ingatan. Ia lebih maju, mengandungi
sehingga beratus ribu komponen transistor didalamnya. Proses pembuatan cip teknologi tinggi
ini dipanggil pengamiran skala amat besar (very large scale integration, VLSI). Pemprosesan
dapat dilakukan dengan lebih pantas, sehingga berjuta bit sesaat. Ingatan utama komputer
menjadi lebih besar sehingga menyebabkan storan skunder kurang penting. Teknologi cip yang
maju ini mendekatkan jurang di antara mikrokomputer dengan minikomputer dan juga
mikrokomputer dengan kerangka utama. Ini juga mewujudkan satu lagi kelas komputer dipanggil
superkomputer, yang lebih pantas dan cekap berbanding kerangka utama.

Generasi kelima

Generasi kelima dalam siri evolusi komputer mungkin belum wujud lagi dan ia merupakan
komputer impian masa depan. Rekabentuk komputer generasi kelima adalah lebih kompleks. Ia
dijangka mempunyai lebih banyak unit pemproses yang berfungsi serentak untuk menyelesaikan
lebih daripada satu tugas dalam satu masa.

Komputer generasi ini juga mempunyai ingatan yang amat besar supaya membolehkannya
menyelesaikan lebih banyak masalah yang kompleks. Unit pemprosesan pusat juga mungkin
boleh berfungsi kepada paras seperti otak manusia. Komputer impian ini dijangka mempunyai
kepandaian tersendiri, mengesan keadaan sekeliling melalui pengelihatan dan bijak mengambil
sesuatu keputusan bebas daripada kawalan manusia. Sifat luar biasa ini disebut sebagai "artificial
intelligence".

Komputer dalam pendidikan Islam


Pelajaran Pendidikan Islam boleh dipersembahkan dalam bentuk yang lebih menarik
dengan bantuan multimedia berdasarkan kemampuan, kebolehan dan corak pembelajaran yang
pelbagai. Paparan grafik, audio, video, dan animasi dalam multimedia memudahkan pemahaman
pelajar. Menurut Jonassen (1996,45-54), persembahan multimedia lebih attention-getting dan
attention-holding kerana multimedia adalah multimode, iaitu ransangan yang berlaku lebih
daripada satu deria pada satu masa. Menurut beliau lagi, kajian tentang kesan multimedia
terhadap pembelajaran menunjukkan bahawa peningkatan pembelajaran berlaku apabila saluran
(media) yang berlainan menyediakan maklumat yang saling melengkapi antara satu sama lain.
Malah, multimedia dapat memainkan peranan untuk menyediakan persekitaran yang kaya
dengan sumber bagi membolehkan pengajaran guru berorientasikan pelajar dan diamalkan secara
lebih berkesan. Di samping itu terdapat pelbagai alasan mengapa penggunaan multimedia sangat
berkesan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang antaranya ialah : 1. Membantu
memotivasikan pelajar untuk belajar secara lebih menyeronokkan . 2. Memastikan pelajar
memainkan peranan aktif dalam pembelajaran mereka dengan pelajar boleh belajar mengikut
tahap kebolehan sendiri memandangkan mereka boleh mengulangi bahan yang ingin dipelajari
beberapa kali sehingga faham. 3. Membolehkan pelajar memperoleh maklumat dengan lebih
mudah.

Dengan pemantauan guru, para pelajar juga boleh mendapat maklumat dengan mudah
dan luas di laman web pendidikan Islam yang menggunakan bahasa Arab ataupun bahasa
Inggeris. Memandangkan penggunaan internet dalam pengajaran dan pembelajaran memberi
kesan yang positif kepada pelajar, maka penggunaan internet dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam harus dilaksanakan secara menyeluruh dan bersepadu.
Tujuannya adalah bagi memastikan pelajar tertarik kepada ilmu pengetahuan yang disampaikan
dalam Pendidikan Islam. Dalam konteks ini, laman web dalam internet boleh menjadi bahan
bantu mengajar yang efisyen untuk guru mengajar Pendidikan Islam. Laman web bukan setakat
memberikan maklumat terkini secara interaktif dalam sesuatu topik, malah pengajar juga boleh
menyediakan tugasan dan meminta pelajar membuat penyelidikan lanjut dalam topik tertentu
dengan berutus mel elektronik dengan webmaster atau pegawai di institusi kerajaan atau bukan
kerajaan yang berurusan dengan pentadbiran agama Islam di Malaysia. Umumnya, perbincangan
di atas menunjukkan kepentingan penggunaan IT dalam pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Islam. Konsep kesepaduan antara teknologi dengan pelaksanaan kurikulum
Pendidikan Islam haruslah disedari oleh guru Pendidikan Islam. Menurut Noor Shamsinar et.al
(2002), kesepaduan antara IT dengan kurikulum Pendidikan Islam dapat mendorong pelajar
untuk memahami konsep akidah dan syariat Islam yang sebenar supaya beriman dan
mentauhidkan Allah S.W.T. Selain daripada menjadi alat untuk mendorong supaya beriman
kepada Allah S.W.T, kedua-dua unsur ini mendorong pelajar melakukan amal salih yang layak
baginya menerima balasan syurga yang kekal abadi. RUMUSAN Perubahan dalam bidang
pengajaran Pendidikan Islam perlu dilakukan bagi memastikan hasrat dan matlamat FPK dapat
direalisasikan. Dengan itu, guru Pendidikan Islam haruslah lebih berani mengguna dan
mempraktikkan pelbagai kaedah semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas agar
lebih mendatangkan kesan yang baik dan menarik tumpuan pelajar.

Antaranya pendekatan yang wajar diambil ialah menggunakan IT dalam proses


pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi penggunaan media, alat dan bahan dalam bentuk
yang sistematik dan menyeluruh untuk mempersembah, menyokong dan mengukuhkan
pengajaran seperti televisyen, radio, filem, komputer dan internet. Kepentigan IT tidak dapat
disangkal lagi dalam sistem pendidikan seluruh dunia hari ini. Oleh itu, penggunaannya dapat
menjelaskan mesej yang ingin disampaikan serta memberi keyakinan yang tinggi kepada guru
dan murid serta mengekalkan minat murid untuk belajar pendidikan Islam di sekolah. Tumpuan
utama boleh diberikan kepada penggunaan komputer kerana komputer merupakan alat teknologi
yang mendapat tumpuan utama dalam sistem pendidikan hari ini kerana keupayaannya mampu
memberi maklumat lebih baik dan banyak berbanding dengan peralatan teknologi pendidikan
yang lain. Penggunaan yang meluas akan memberikan satu tanda arus perubahan besar yang
berlaku dalam sistem pendidikan negara khususnya berhubung dengan penggunaan IT dalam
bidang Pendidikan Islam.

Sumbangan IT terhadap pembelajaran sangat ketara. Dengan pelaksanaan KBSR dan


KBSM, teknologi pendidikan adalah penyokong utama untuk mencapai matlamatnya di samping
fungsi guru sebagai pemudah cara. Malahan, pihak KPM begitu komited dan menekankan
penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini sesuai dengan
perkembangan pesat era IT dan komunikasi yang berlaku di Malaysia. Menurut Blai (1988,195-
200), penggunaan teknologi komputer boleh mengoptimumkan proses pengajaran. Teknologi
komputer merupakan revolusi terbaru yang membuka dimensi baru dalam kaedah penyampaian
maklumat. Dengan adanya aplikasi multimedia, fungsi komputer diperluaskan lagi jauh
kehadapan daripada penggunaan awalnya, iaitu sebagai alat pemprosesan data. Cara
penyampaian pada peringkat awal penggunaan komputer hanyalah terhad kepada teks, grafik,
angka dan animasi yang canggih di samping penerangan bersuara. Era perkembangan IT
mempengaruhi setiap sudut bidang kehidupan manusia. Aspek teknologi kini digabungkan dalam
kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat dan sikap
positif pelajar terhadap perkembangan teknologi. Oleh itu, guru Pendidikan Islam di Malaysia
perlu mengorak langkah menjadikan komputer sebagai alat yang mampu meningkatkan mutu
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Selaras dengan keperluan terkini untuk
memperkenalkan komputer secara menyeluruh dalam sistem pendidikan, mereka seharusnya
tahu dan mampu mengendalikan beberapa perisian komputer yang sesuai digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Keistimewaan dan kelebihan aplikasi multimedia
berbanding kaedah pengajaran tradisional harus diambil kesempatan oleh guru Pendidikan Islam.

Penggabungan pelbagai media di samping latihan yang direka bentuk secara interaktif
membolehkan pelajar mengembangkan pengalaman mereka dengan menerokai pembelajaran
sendiri dan tidak hanya menunggu untuk memperoleh maklumat secara pasif. Dengan
mengambil peranan yang aktif dalam pembelajaran dan menggunakan deria untuk memahami
peristiwa baru mereka dapat menyelesaikan tugasan dengan pemahaman yang lebih luas dan
mendalam ( Halimah, 1996,37-48). Selain daripada itu, pengajaran menggunakan multimedia
dapat dimanfaatkan oleh guru melalui pelaksanaan beberapa pendekatan dalam pengajaran
seperti yang disaran oleh Md. Yusoff dan Azhar (2000) : 1. Membantu dalam penyampaian yang
lebih menarik dan berkesan. 2. Berdasarkan program multimedia yang direka bentuk, guru
mempunyai ruang untuk memantau para pelajar yang lemah. Usaha ini dapat dilakukan kerana
program yang direka bentuk lazimnya ialah self-driven dan dimuatkan dengan latihan dan ujian
untuk memastikan pelajar memahami pelajaran yang disampaikan. Program ini biasanya
memuatkan maklum balas serta merta untuk menjelaskan sesuatu perkara atau konsep.

Dalam pendidikan, Komunikasi Berperantarakan Komputer (KBK) adalah payung


kepada pengajaran dan pembelajaran berasaskan internet. Komunikasi dalam pendidikan berlaku
antara pelajar dengan pengajar serta pelajar dan pengajar dengan bahan pengajaran. Menurut
Jonassen (1996,45-54), KBK memudahkan komunikasi antara individu dengan kumpulan dan
seterusnya membenarkan pelajar membina pengetahuannya sendiri serta membolehkan mereka
memahami dan mengingati apa yang dipelajari. Sehubungan dengan itu, penggunaan IT dalam
pengajaran dan pembelajaran perlu diberi tumpuan oleh guru Pendidikan kerana penggunaannya
mampu menarik minat para pelajar terhadap pendidikan Islam. Saranan ini selaras dengan
penyataan yang dikemukakan oleh Zainab et al. (2002,) yang menyatakan bahawa terdapat
banyak laman web yang boleh dimanfaatkan oleh guru Pendidikan Islam. Contohnya guru
mengakses laman web yang berkaitan dengan Islam seperti laman web jabatan agama negeri,
Pusat Zakat Selangor dan beberapa laman web lain termasuk jalinan keluarga, solat.net,
ikhlas.com, islm.gov.my, haj-e.com dan shukur.com sebagai bahan bantu mengajar bagi topik
pengajaran yang terdapat dalam Pendidikan Islam. Melalui laman web tersebut, pelajar
mengetahui perkhidmatan agama Islam yang disediakan mengikut institusi di Malaysia. Pengajar
boleh menyediakan tugasan lanjutan dengan meminta pelajar menggunakan perkhidmatan yang
disediakan di laman web tersebut. Sebagai contoh pelajar diminta melayari laman web Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan mengambil bahagian dalam perkhidmatan soal jawab
agama yang disediakan atau mendapatkan maklumat ibadah haji serta umrah di laman web
Tabung Haji. Guru dan para pelajar juga boleh mnggunakan enjin pencarian yang mudah dan
popular seperti Google dan Yahoo untuk mencari laman yang berkaitan.

KEPENTINGAN KOMPUTER MASA KINI

Semakin hari, Cabaran teknologi maklumat memerlukan manusia yang bersedia dan berpelajaran
untuk berhadapan dengan kemajuan yang pesat dan berterusan. Oleh itu, penggunaan komputer
pada masa kini dipelapori oleh semua golongan iaitu kanak¬kanak, remaja, golongan dewasa,
dan golongan tua . Komputer merupakan alat elektronik yang dapat menyimpan maklumat,
menganalisis maklumat, dan mengeluarkannya apabila diperlukan.

Komputer digunakan sebagai alat pembelajaran kepada kanak-kanak kerana mereka


dapat melakukan tugasan pembelajaran dengan cepat dan mudah. Kanak¬kanak perlu mahir
menggunakan komputer sejak kecil lagi agar mereka dapat membudayakan ilmu teknologi
maklumat dalam kehidupan mereka.Sebagai contoh, Kempen kerajaan 'Satu Rumah, Satu
Komputer' memberikan peluang kepada kanak-kanak menggunakan komputer di rumah untuk
memudahkan pembelajaran mereka.

Penggunaan komputer sebagai sumber rujukan amat penting untuk membantu seseorang
itu mencari maklumat yang berkaitan dengan ilmu, pendidikan, pekerjaan ,pengetahuan,
perniagaan dan banyak lagi. Di samping itu, computer memberikan kemudahan kepada kita
dalam menyelesaikan sesuatu tugasan dengan mudah , cepat ,bersistematik dan berkesan. Hal ini
juga sekaligus dapat menjimatkan masa, tenaga serta wang ringgit.

Komputer juga boleh digunakan sebagai alah satu medium hiburan altenatif masa kini.
Sebagai contoh terdapat banyak permainan video yang mengunakan akal pemikiran interaktif
untuk menyelesaikan sesuatu misi yang diprogramkan. Namun, pemantauan demi pemantauan
khususnya semasa penggunaan internet agar kita tidak menyalahgunakan kemudahan tersebut.

Kesimpulannya, kini penggunaan komputer amat penting kerana penggunaan komputer


dapat membantu manusia dalam menguruskan maklumat secara tepat, dan mudah. Semua orang
perlu didedahkan dengan ilmu teknologi maklumat agar kita semua menjadi generasi yang celik
computer, hebat dan bertamadun.

Anda mungkin juga menyukai