Anda di halaman 1dari 16

PENGHARGAAN

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam
penghasilan folio ini. Antara yang terlibat dalam menjayakan folio Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan yang bertajuk penyakit Parkinson ialah Guru Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan saya dan ibu bapa saya yang banyak memberi dorongan semasa penghasilan
folio ini.

Selain itu, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Pengetua Sekolah


Menengah Sains Tapah iaitu Encik Hadi Bin Mat Dain kerana telah memberi sepenuh
kerjasama bagi membenarkan kami menyiapkan projek folio ini hingga terhasilnya folio
ini.

Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan saya yang banyak membantu dalam
memberikan sokongan serta bantu malahan informasi dan maklumat tambahan bagi
menyiapkan tugasan ini sehingga terlaksana.
PENYAKIT PARKINSON
PENGENALAN

Penyakit Parkinson bukannya sejenis penyakit berjangkit. Penyakit Parkinson adalah


keadaan di mana daya kawalan otot seseorang itu merosot dengan teruknya sehinggakan
pengidapnya tidak mampu mengurus diri sendiri.

Penyakit Parkinson boleh menyerang lelaki dan perempuan. Rata-rata usia mulai terkena
penyakit Parkinson adalah 61 tahun, tetapi boleh menyerang lebih awal pada usia 40
tahun atau bahkan sebelumnya. Jumlah orang di Amerika Serikat dengan penyakit
Parkinson diperkirakan antara 500.000 sampai satu juta, dengan sekitar 50.000 ke 60.000
terdiagnosa baru setiap tahun. Angka tersebut meningkat setiap tahun seiring dengan
populasi umur penduduk Amerika.

Sementara sebuah sumber menyatakan bahawa Penyakit Parkinson menyerang sekitar 1


diantara 250 orang yang berusia diatas 40 tahun dan sekitar 1 dari 100 orang yang berusia
diatas 65 tahun.

Beberapa orang ternama yang mengidap Penyakit Parkinson diantaranya adalah Bajin


(sasterawan terkenal China), Chen Jingrun (ahli matematik terkenal China) dan
Muhammad Ali (mantan peninju terkenal A.S).
SEJARAH

Penyakit Parkinson merupakan salah satu daripada gangguan saraf yang paling kompleks
dan mengelirukan. Puncanya masih misteri, tetapi kajian masih diteruskan dengan
pelbagai penemuan baru dilaporkan. Penyakit Parkinson  pertama kali ditemui pada tahun
1817 oleh James Parkinson, seorang pakar perubatan British yang menerbitkan sebuah
rencana yang dipanggil The Shaking Palsy.  Dalam rencana ini, beliau menyatakan
terdapat empat gejala utama penyakit ini yang kemudianya diberi nama Parkinson
bersempena dengan nama beliau. Pada tahun 1960-an, para penyelidik mengenalpasti
kerosakan otak merupakan penyebab utama penyakit ini. Ia disebabkan oleh kehilangan
sel-sel otak yang berfungsi mengeluarkan sejenis bahan kimia yang
dipanggil dopamin yang membantu secara terus aktiviti otot.
PUNCA-PUNCA PENYAKIT PARKINSON

Penyakit Parkinson berlaku apabila setengah sel saraf ataupun neuron dalam satu
kawasan otak yang dipanggil substantia nigra mati ataupun cedera. Pada kebiasaannya,
neuron-neuron ini mengeluarkan sejenis bahan kimia otak yang dipanggil dopamin.
Dopamin adalah sejenis kimia penghantar (neurotransmitter) yang bertanggungjawab
menghantar isyarat antara substantia nigra dan korpus striatum bagi melembut dan
memudahkan aktiviti otot. Kehilangan dopamin menyebabkan sel-sel saraf striatum
hilang kawalan dan meninggalkan kesan di mana pesakit tidak dapat mengawal
pergerakan dalam situasi normal. Kajian menunjukkan, pesakit Parkinson kehilangan 80
peratus ataupun lebih sel-sel pengeluar dopamin di dalamsubstantia nigra. Sebab-sebab
sel ini mati ataupun merosot tidak diketahui puncanya.

 Sesetengah saintis berpendapat bahawa penyakit Parkinson disebabkan oleh racun


luaran ataupun dalaman yang merosakkan neuron dopaminergik. Satu faktor
persekitaran sama ada pendedahan kepada racun serangga ataupun racun dalam makanan
boleh menyebabkan penyakit Parkinson seperti 1-methyl-4-phenyl-1,2,3,6-
tetrahydropyridine (MPTP). Ia diketahui dapat merangsang gejala-gejala Parkinson
pada manusia. Setakat ini, tiada kajian yang dapat membuktikan racun-racun berkenaan
boleh menyebabkan penyakit Parkinson.
Satu teori baru mendedahkan peranan faktor genetik dalam perkembangan penyakit
Parkinson. Di dapati 15 hingga 20 peratus pesakit Parkinson mempunyai saudara mara
yang mengalami gejala Parkinson seperti mengeletar (tremor). Kajian yang dijalankan ke
atas haiwan ujikaji menunjukkan bahawa MPTP dapat mengganggu
fungsi mitokondria di antara sel-sel saraf. Para penyelidik lebih berminat dengan
kemungkinan ini di mana kemerosotan di dalam mitokondriaDNA mungkin menjadi
penyebab Parkinson. Mitokondria adalah organel penting yang terdapat dalam semua sel
haiwan. Ia menukarkan tenaga dalam makanan kepada bahan bakar bagi sel. Teori lain
pula mengatakan bahawa penyakit Parkinson dapat berlaku pada bila-bila masa.

Tidak diketahui punca dan tahap umur berlakunya kemerosotan pengeluaran dopamin
oleh neuron-neuron. Keadaan ini mempercepatkan lagi berlakunya Parkinson bagi
sesetengah individu. Teori ini disokong oleh maklumat di mana kehilangan mekanisme
pertahanan antioksidatif berkait dengan peningkatan umur.
Kebanyakan para penyelidik mempercayai kombinasi empat mekanisme iaitu
kerosakan oksidatif, persekitaran beracun, faktor genetik yang mudah terkena penyakit
dan perkara-perkara yang bertentangan dapat mempercepatkan lagi kewujudan penyakit
ini.
Penyakit Parkinson melibatkan lelaki dan perempuan dalam nisbah yang sama, dari
tidak mengenal sempadan sosial, ekonomi ataupun geografi. Sesetengah kajian
mendapati orang-orang Afrika-Amerika dan Asia lebih rendah risiko menghidap
Parkinson. Parkinson adalah penyakit yang berlaku pada peringkat pertengahan umur,
biasanya melebihi 50 tahun dan secara keseluruhannya pada peringkat umur melebihi 60
tahun. Walaubagaimanapun, sesetengah pakar perubatan mengatakan, bahawa ramai kes
Parkinson berlaku lebih awal dan 5 hingga 10 peratus daripada pesakit adalah di bawah
umur 40 tahun.
GEJALA-GEJALA PENJAKIT PARKINSON

Penyakit Parkinson adalah satu kumpulan keadaan yang dipanggil gangguan sistem
motor. Empat gejala awal adalah seperti berikut:

1.  Tremor iaitu menggigil pada tangan, lengan, kaki, rahang dan muka.
2.  Rigiditi iaitu kaku ataupun kejang pada anggota dan belakang.
3.  Bradikinesia  iaitu pergerakan yang perlahan.
4.  Postural instabiliti iaitu kemerosotan keseimbangan dan koordinasi badan.

Dengan adanya gejala-gejala tersebut, pesakit mungkin susah berjalan, bercakap


ataupun melakukan kerja-kerja yang mudah. Penyakit ini merupakan penyakit yang
kronik di mana ia berlaku bagi jangka masa yang lama, dan progresif iaitu gejalanya
bertambah teruk sepanjang masa.

Gejala awal penyakit Parkinson berlaku secara perlahan-lahan dan tidak ketara. Pesakit
berkemungkinan merasa letih dan lesu. Sesetengahnya terasa sedikit getaran ataupun
sukar untuk mencapai objek. Mereka juga mendapati bahawa percakapan mereka menjadi
terlalu perlahan dan tulisan tangan mereka kelihatan keras seperti cakar ayam. Mereka
mungkin lupa perkataan tertentu ataupun tidak dapat menyebutnya, teragak-agak apabila
hendak bercakap, merasa tidak selesa ataupun tertekan tanpa alasan

. Pada peringkat awal, gejala-gejala seperti yang disebutkan tadi berlaku dengan
perlahan. Gejala-gejala klasik mungkin muncul selepas jangkamasa yang lama selepas
gejala kecil berlaku. Apabila pesakit berkenaan diletakkan dalam suatu posisi bagi jangka
masa panjang serta tidak menggerakkan tangan dan kaki secara normal, kelihatan pesakit
itu mengalami kekejangan, tidak seimbang serta perlahan pergerakannya. 
Apabila penyakit menjadi bertambah teruk, getaran serta keadaan menggigil semakin
memberi kesan kepada pesakit dalam aktiviti hariannya. Pesakit mungkin tidak dapat
memegang peralatan dengan baik ataupun susah membaca. Keadaan menggigil pada
pesakit Parkinson menjadi semakin teruk apabila berada dalam keadaan rehat. Sebagai
contoh, beberapa saat selepas tangan direhatkan di atas meja, keadaan menggigil menjadi
semakin ketara. Bagi kebanyakan pesakit, keadaan menggigil adalah gejala biasa yang
menyebabkan mereka berjumpa doktor.

Walaupun bagi seseorang pakar kaji saraf yang berpengalaman, membuat diagnosis yang
tepat pada peringkat awal penyakit Parkinson adalah agak sukar. Tiada ujian darah
ataupun makmal yang dapat membantu mendiagnosis penyakit ini. Pakar perlu
memerhati pesakit itu bagi beberapa lama sehingga tanda kegigilan berlaku dengan jelas
dan berterusan. Ia disertai dengan satu ataupun lebih gejala klasik yang lain. Buat masa
ini, tiada rawatan khusus bagi penyakit Parkinson, tetapi terdapat pelbagai jenis ubat yang
dapat mengurangkan gejala penyakit ini.
RAWATAN PENYAKIT PARKINSON

Ada beberapa rawatan yang boleh diambil jika mengalami penyakit parkinson antaranya
ialah :

 Ubat seperti madopar atau sinemet (perlu diambil sebaik penyakit dikesan)
 Latihan fisioterapi (menguatkan otot dan melicinkan pergerakan badan)
 Pembedahan rangsangan otak dalaman
 Pembedahan otak pallidotomy (kedua-dua pembedahan hanya dibenarkan selepas
ubat tidak berkesan)
 Kaunseling dan sokongan keluarga untuk mengelakkan tekanan

Pengambilan ubat seperti madopar dan sinemet bukan saja penting bagi mengawal
gejala menggeletar, bahkan mampu memberikan kualiti kehidupan lebih baik kepada
pesakit untuk menjalani rutin harian.

Pesakit yang tidak mendapatkan rawatan lebih cepat menemui ajal kerana komplikasi
lain, termasuk mudah diserang penyakit lain seperti jangkitan paru-paru atau terjatuh
akibat tiada keseimbangan badan.

Kaedah rawatan terbahagi kepada dua, iaitu am dan khusus. Rawatan am termasuk
memberi sokongan moral, fisioterapi (senaman menguatkan otot dan pergerakan badan
yang licin) serta amalan pemakanan seimbang bagi mengekalkan kekuatan otot dan
anggota badan.

Manakala rawatan khusus membabitkan dua jenis pembedahan, iaitu rangsangan otak
dalaman dan pembedahan otak pallidotomy. Pembedahan rangsangan otak dalaman, iaitu
penanaman bateri khas di bawah kulit dada, bertujuan memberi rangsangan kepada otak
melalui elektrod halus yang disambungkan ke dua bahagian di otak, iaitu subthalamic
nucleus (STN) atau globus pallidus interna (GPI) yang terlalu aktif hingga mendatangkan
kesan menggeletar.
Aliran elektrik pada satu atau kedua-dua bahagian ini akan membantu
menyembuhkan pesakit daripada gejala secara serta-merta. Pembedahan otak pallidotomy
pula membabitkan sinaran thermal (haba) yang akan mengurangkan keaktifan globus
pallidus interna (GPI).

Bagaimanapun, hanya pesakit yang tenat (sekurang-kurangnya 10 tahun menghidapi


penyakit) dibenarkan menjalani pembedahan kerana mereka berdepan risiko lumpuh,
kejang otot, kebas, buta dan suara menjadi garau selepas pembedahan.

Secara amnya, pembedahan otak hanya perlu jika pesakit masih tidak mampu berjalan
sendiri, walaupun menerima dos ubat yang sangat tinggi, yang biasanya berlaku setelah
sekurang-kurangnya lima tahun, iaitu apabila penyakit sudah melarat. Pada peringkat ini,
risiko pembedahan boleh diterima kerana ubat yang diambil tidak berkesan lagi.

Individu yang suka minum kopi atau teh mempunyai risiko lebih rendah mendapat
Parkinson. Bagaimanapun, sehingga kini belum ada bukti kukuh untuk mengesahkannya.
RUMUSAN

Gejala Parkinson berlaku secara senyap dan kebanyakan pesakit tidak menyedari
mereka menghadapi masalah ini. Biasanya, pasangan suami atau isteri adalah orang
pertama menyedari gejala ini.

Punca Parkinson yang dikenali sebagai penyakit orang tua masih belum diketahui secara
tepat tetapi dipercayai ada kaitan rapat dengan keturunan, dan hampir 10 peratus pesakit
mewarisinya daripada keluarga mereka. Manakala 90 peratus lagi masih misteri,
walaupun disyaki ia ada kaitan dengan faktor alam sekitar, terutama kandungan racun
serangga dan rumpai dalam makanan.

Penyakit Parkinson bukannya gejala semula jadi pada orang tua dan pengidapnya boleh
menikmati tahap kesihatan yang baik sekiranya mendapatkan rawatan. Adalah penting
untuk tidak cepat putus asa atau berasa rendah diri kerana pengidap penyakit Parkinson
masih ada peluang untuk menjalani kehidupan sempurna.
KAEDAH KAJIAN

Bagi mendapatkan maklumat untuk menyiapkan folio pendidikan jasmani ini, saya telah
menggunakan kaedah pemerhatian.Saya telah melihat dan mengkaji perkembangan
pesakit Parkinson dari segi aktiviti yang mereka lakukan dan tingkah laku mereka.

Selain itu, saya telah menggunakan kaedah lisan.Saya telah menemu bual beberapa orang
pesakit Parkinson.Dengan ini, saya telah mengetahui dengan lebih lanjut tentang penyakit
Parkinson.

Terakhir, saya juga telah menggunakan kaedah rujukan.Saya telah melihat dan
mengambil maklumat daripada internet dan majalah-majalah kesihatan
RUJUKAN

 http://www.majalahsains.com/2010/11/misteri-penyakit-parkinson/

 http://artikel-info-kesehatan.blogspot.com/2009/06/penyakit-parkinson-

parkinsons-disease.html

 http://ms.wikipedia.org/wiki/Penyakit_Parkinson

 http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Wargatua/PenyakitParkinson.pdf
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian saya merangkumi objektif berikut :

1. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang Penyakit Parkinson.

2. Untuk mengambil langkah-langkah awal untuk mencegah Penyakit Parkinson.


SENARAI KANDUNGAN

Anda mungkin juga menyukai