Anda di halaman 1dari 4

HARON DIN TUMPASKAN MUBALIGH

"Lelaki India berbadan tegap itu menghempaskan dirinya ke atas sofa di ruang tamu rumahnya di
Petaling Jaya. Hari ini, dia rasa terlalu letih. Pelanggan yang datang ke bank tempatnya bekerja hari ini,
luar biasa ramainya. Dia cuma sempat berhenti rehat sewaktu makan tengah hari sahaja. Selepas itu, dia
kembali sibuk melayan pelanggan sehinggalah habis waktu pejabat.

Lelaki itu menghidupkan TV 29 inci yang baru dibelinya tidak sampai dua bulan dengan remote yang
berada di tangannya. Ditukarnya satu per satu siaran televisyen, TV3, TV2, semuanya sama. Tidak ada
apa yang menarik. Bosan!. Dia menukar pula kepada siaran TV1 . Kebetulan ketika itu, rancangan Forum
Perdana Ehwal Islam sedang berlangsung. Salah seorang ahli panelnya ialah ulama terkenal, Dato’ Dr.
Haron Din.

Biarpun dia bukan seorang Muslim, rancangan Forum Perdana Ehwal Islam bukanlah asing baginya.
Selalu juga dia menonton rancangan tersebut. Malah, dia juga tahu sedikit sebanyak tentang ajaran
Islam melalui rancangan tersebut. Lagipun, dia suka melihat kepetahan ahli panel itu memberi ceramah
dalam bahasa Melayu, secara tidak langsung, dia boleh belajar bertutur dalam bahasa Melayu dengan
lebih baik.

Sedang asyik mengikuti perbincangan itu, tiba-tiba, lelaki tersebut tersentak apabila mendengar Haron
Din mengatakan: “Bandingan segala kebaikan amal dan usaha orang-orang yang kufur ingkar
terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang, mereka
tidak memperoleh sesuatu faedah pun daripada apa yang mereka telah usahakan itu. Amalan itu
menjadi sia-sia akibat mereka sebenarnya berada dalam kesesatan yang jauh daripada kebenaran.”

Mendengar kata-kata Haron Din, darah lelaki India itu menyirap. Perasaan marah menyelinap masuk ke
dalam hatinya. Mana boleh! Itu tidak adil! Takkan Tuhan hanya menerima kebaikan orang Islam sahaja?
Bagaimana dengan kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam? Bahkan, sepanjang hidupnya, dia
melihat banyak kebaikan yang dilakukan oleh orang bukan Islam, dan ada kalanya, melebihi daripada
Kebaikan yang pernah dilakukan oleh orang Islam itu sendiri. Apakah segala kebaikan itu tidak diterima?
Dia mula menganggap, ajaran Islam mengamalkan sikap kasta. Jika begitu ajaran Islam, bermakna ia
double standard.

Rasa tidak puas hati terus menyelubungi fikiran lelaki tersebut. Lelaki India itu akhirnya bertekad untuk
berjumpa dengan Haron Din. Dia ingin berdebat dengan ulama tersebut. Pada fikirannya, mana boleh
seorang ulama mengeluarkan kenyataan yang tidak adil seperti itu, dan boleh menyentuh perasaan
orang bukan Islam di negara ini seperti dirinya. Apatah lagi ia dilakukan secara terbuka di kaca TV. Lelaki
itu tahu, Haron Din bukanlah calang-calang orang, tetapi dia tidak peduli. Dia tetap mahu berjumpa
dengan ulama tersebut dan mesti mencari jalan bagaimana untuk bertemu dengannya.Setelah beberapa
bulan memendam niat untuk bertemu Haron Din akhirnya hasrat itu tercapai.

Melalui seorang pelanggan yang dikenali ketika berurusan di bank tempatnya bekerja, lelaki itu dibawa
bertemu dengan Haron Din di sebuah rumah seorang ahli perniagaan di Petaling Jaya. Haron Din

1
mengadakan usrah di rumah ahli perniagaan tersebut pada hari Khamis malam Jumaat, seminggu sekali.
Ketika sampai di rumah ahli perniagaan tersebut, kuliah baru saja bermula. Di hadapan lebih 20 orang
jemaah, kelihatan Haron Din duduk bersila sambil memegang sebuah kitab.

Kebetulan pada malam itu, Haron Din mengajar tentang bab syirik. Bila ternampak muka Haron Din,
hatinya menjadi panas. Lelaki itu membulatkan tekad, selepas tamat kuliah, dia mahu berjumpa dengan
Haron Din. Dia mahu mengajak Haron Din berdebat. Lelaki itu memang betul-betul tidak berpuas hati
dengan kenyataan Haron Din di dalam Forum Perdana. Ia masih terngiang-ngiang di telinganya biarpun
sudah beberapa bulan berlalu. Namun, tidak disangka-sangka, segala yang dirancangnya tidak menjadi.
Perasaan marah dan bengang yang bersarang dalam dirinya selama beberapa bulan itu mula surut
apabila dia duduk mendengar kuliah yang disampaikan oleh ulama tersebut. Setelah tamat kuliah yang
diberikan Haron Din, lebih kurang dua jam selepas itu, semangatnya yang tadi berkobar-kobar mahu
berdebat dengan ulama tersebut, kian kendur.

Rupa-rupanya, dalam diam, dia mengakui, cara penyampaian, serta kupasan Haron Din yang begitu
terperinci dalam bab-bab syirik, membuatkan dia rasa amat terpegun. Sebelum ini, lelaki India itu tidak
pernah mendengar penjelasan mengenai Islam dan ketuhanan seperti yang didengarnya pada malam
itu. Biarpun hati lelaki berkenaan sudah mula mahu akur pada kebenaran Islam, namun egonya masih
menebal. Lelaki ini memperingatkan dirinya, kedatangannya pada malam itu bukan untuk terpengaruh
dengan kata-kata Haron Din, tetapi untuk mengajak ulama itu berdebat dengannya.

Akhirnya dia memutuskan untuk menangguhkan hasrat berdebat dengan Haron Din. Bukan tidak berani,
tetapi sebenarnya pada malam itu segala persepsi buruknya terhadap Haron Din dan Islam telah mula
berubah. Pun demikian, lelaki itu tidak mahu mengalah dengan perasaannya. Ego yang ada dalam
dirinya mengaburi kewarasan akalnya. Misinya berjumpa dengan Haron Din ialah untuk menyatakan apa
yang dikatakan oleh ulama tersebut dalam Forum Perdana adalah tidak adil. Tidak lebih daripada itu.
Dan yang paling penting, tujuan dia bertemu ulama tersebut bukanlah untuk mengakui kebenaran Islam.

Lelaki itu membuat perancangan sendiri. Dia akan terus mengikuti kuliah Haron Din di situ, agar dia lebih
faham tentang Islam dan senang nanti untuk dia berhujah dengan ulama tersebut kelak. Selepas itu,
pada setiap malam Jumaat, lelaki berkenaan menghadiri kuliah Haron Din. Kali ini dia pergi seorang diri.
Tetapi ‘masalahnya’ semakin lama mengikuti usrah Haron Din, semakin jelas dilihatnya kebenaran Islam.
Lama-kelamaan, tujuan asal lelaki ini untuk berdebat dengan Haron Din dan mengatakan bahawa Islam
agama yang double standard, bertukar menjadi sebaliknya.

Setiap kali dia mengikuti usrah Haron Din, semakin hampir hatinya pada Islam. Islam itu dilihatnya tulus,
lurus tanpa simpang-siur. Niat asalnya untuk berdebat dengan Haron Din akhirnya terpadam begitu
sahaja. Sebaliknya, hatinya menjadi semakin lembut dan lelaki India itu bertambah berminat untuk
mengetahui tentang ajaran Islam dengan lebih mendalam. Suatu hari ketika mengikuti usrah Haron Din
di rumah ahli perniagaan tersebut, lelaki India itu mengambil peluang bertanyakan bermacam-macam
soalan tentang Islam. Dia bertanya, mengapa perlu meninggalkan agamanya dan memeluk Islam?
Bukankah semua agama itu sama. Bukankah Islam itu juga sama seperti agama lain, menyuruh membuat
kebalkan dan meninggalkan kejahatan? Dan yang paling penting, dia mahu tahu, kenapa Haron Din
mengatakan hanya amalan orang Islam sahaja yang diterima Allah, dan amalan orang bukan Islam tidak
diterima-Nya seperti yang disebut di dalam Forum Perdana Ehwal Islam tidak berapa lama dulu.

Haron Din tersenyum dan secara berkias beliau menjawab; “Untuk memudahkan saudara
memahaminya, biar saya berikan contoh begini: kita adalah seorang hamba dan tuan kita memberikan

2
kita sebidang tanah, cangkul, benih, baja dan segala kelengkapan yang lain untuk kita mengusahakan
tanah tersebut. “Tuan
uan kita suruh kita usahakan tanah itu tetapi kita tidak berbuat seperti mana yang
disuruh, sebaliknya kita mengusahakan tanah orang lain. Kemud
Kemudian
ian bila tiba di hujung bulan, kita
datang kepada tuan kita untuk meminta upah. Saudara rasa, adakah tuan kita akan bagi upah
sedangkan kita tidak lakukan apa yang disuruh, sebaliknya kita melakukan kerja untuk orang lain?
“Begitu jugalah simboliknya di dalam
lam Islam. Jika kita melakukan kebajikan dan kebaikan, bukan
kerana Allah, tetapi kerana sesuatu yang lain, contohnya kerana manusia, pangkat atau harta,
apakah di akhirat nanti, Allah akan memberi balasan di atas amal perbuatan kita sedangkan semua
amalan yang kita lakukan bukan untuk Dia?”

Ternyata segala jawapan dan hujah yang diberikan oleh Haron Din atas pertanyaannya itu, membuatkan
dia mati akal. Begitu juga dengan setiap hujah dan persoalan yang cuba ditimbulkan lelaki itu dengan
mudah dipatahkan oleh Haron Din dengan cara yang lembut dan bijaksana, tanpa sedikit pun
menyinggung perasaannya sebagai orang bukan Islam. Setelah empat minggu berturut-turut
berturut mengikuti
kuliah yang diberikan oleh Haron Din, ego yang ada di dalam dirinya hancur dengan kebenaran
keben Islam.
Akhirnya hati lelaki itu terbuka untuk memeluk Islam. Enam bulan selepas itu, secara rasmi lelaki India
tersebut memeluk Islam.

Dalam satu pertemuan empat mata dengan Haron Din setelah lelaki itu memeluk Islam, dia sempat
bertanya mengapakah ulama tersebut mengeluarkan kenyataan seperti itu di kaca TV, sedangkan
kenyataan itu boleh mengundang rasa tidak puas hati di kalangan bukan Islam, seperti apa yang
dirasakannya. Haron Din menjelaskan kepada lelaki India tersebut: “Memang kenyataan itu saya
sa tujukan
khusus untuk orang bukan Islam. Saya mahu orang bukan Islam berfikir tentang kehidupan, asal usul
manusia dan kebenaran agama.

Saya mendapat maklum balas, ramai di kalangan bukan Islam yang menonton rancangan itu. Jadi,
sengaja saya bacakan ayat al-Quran
Quran itu agar mereka berfikir.” “Dan saya adalah di antara mereka yang
terkena provokasi Haron Din itu. Biarpun pada peringkat awalnya saya bertemu beliau atas sebab tidak
t
puas hati dengan kenyataannya, namun akhirnya, saya bersyukur, kerana ia menjadi penyebab yang
membuatkan saya akhirnya menerima cahaya kebenaran Islam,” jelas Mohammad
Fitri Abdullah (ggambar), 43, lelaki India yang dimaksudkan dalam cerita di atas.
Ketika Mastika
tika menemuinya di pejabat Perkim bahagian Shah Alam di Masjid Negeri
Shah Alam, Fitri berulang kali menyatakan betapa syukurnya dia mendapat hidayah
biarpun pada mulanya dia langsung tidak terfikir untuk memeluk Islam. “Seperti
“S yang
saya katakan, pada awa
awalnya
lnya niat saya adalah untuk berdebat dan berbalah
dengan Haron Din akibat rasa tidak puas hati terhadap kenyataannya itu. Tetapi,
apabila saya mendengar penjelasan beliau, ego saya jatuh dan dalam diam-diam
diam
saya mengakui, saya bukanlah orang yang layak unt untuk
uk berdebat dengan beliau,”
beliau
jelasnya. Sebenarnya sebelum memeluk Islam, Fitri memang seorang yang taat terhadap agamanya. Dia
bukan sekadar seorang pengikut yang taat, tetapi juga bergerak aktif dalam beberapa persatuan yang
berteraskan agama yang dianutinya.ya.

Selain itu, dia turut mengajar di beberapa rumah ibadat di sekitar ibu kota. Biarpun kuat terhadap
agamanya, namun jauh disudut hati, lelaki itu sering merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan
agama yang dianutinya. “Sebenarnya,
Sebenarnya, agama tersebut ju juga
ga mengajar pengikutnya untuk menyembah
Tuhan yang satu. Di dalam kitabkitab
kitab lama, itulah ajarannya. Tapi masalahnya, apa yang dilakukan

3
oleh penganut agama tersebut berlainan daripada apa yang diajar di dalam kitab. “Mereka tidak
menyembah Tuhan yang satu, sebaliknya menyembah bermacam-macam Tuhan, selain dari Tuhan
yang satu,” tegas lelaki yang berasal dan Banting, Selangor ini.

Lantaran itulah kata Fitri, hatinya sering berasa ragu dengan agama sendiri. Perasaan ini bukannya baru,
malah timbul sejak dia berusia belasan tahun lagi. Dia melihat apa yang diajar di dalam kitab, dengan
apa yang dipraktikkan oleh penganut agama lamanya, termasuk dirinya sendiri, ternyata bercanggah
sama sekali. “Tetapi apabila saya mendengar kuliah Haron Din, diam-diam saya mula sedar, saya
memang berada dalam kesesatan yang nyata. Pertama kali mendengar ceramah beliau, sudah cukup
untuk memberi kesedaran pada diri saya sekali gus berjaya mengubah pandangan saya terhadap Islam
selama ini.

"Mungkin itulah kelebihan yang Allah berikan pada Haron Din,” kata Fitri lagi. Kejadian itu sebenarnya
telah pun berlalu hampir 15 tahun, namun cahaya iman yang menyerap ke dalam hatinya masih lagi
sesegar dulu. Malah, dari hari ke hari semakin kukuh bertapak di dalam dirinya. Jika dahulu Fitri seorang
mubaligh yang aktif menyebarkan agama lamanya, kini Fitri masih tetap begitu.

“Cuma bezanya, hari ini saya bergerak di atas landasan agama yang benar iaitu Islam. Saya cukup
sedih bila mendengar ada saudara seagama saya, terutamanya di kalangan orang Melayu yang
sanggup keluar dari Islam. Murtad. “Hari ini, menjadi tanggungjawab saya untuk membantu mereka,
memulihkan iman mereka, dengan pelbagai usaha dan cara, termasuk berkongsi pengalaman yang
saya lalui sebelum ini. “Ini adalah tuntutan wajib buat diri saya. Dengan kelebihan yang Allah
anugerahkan kepada saya, saya perlu laksanakan amanah ini biarpun berat, sebagai usaha saya
membantu menyemarakkan agama Allah di muka bumi yang bertuah ini,” ujarnya bersungguh-
sungguh mengakhiri pertemuan kami pada petang itu.

catitan :
Benarlah bahawa Hidayah Allah hanya untuk hamba yang dikehendaki-NYA sahaja. Selagi hayat
dikandung badan, kita mesti hapuskan gerakan mengkristiankan umat Islam di Malaysia. Semakin
lambat kita bertindak, ditakuti bilangan orang murtad ini akan bertambah. Bertindaklah, walau dengan
apa jua sekalipun, paling tidak kita doakan kesejahteraan dan keselamatan umat Islam dari fitnah
Kristian ini selepas solat fardhu. Apa yang paling saya kesalkan bahawa isu ini dipandang sepi oleh
sesetengah pihak dan kita tidak boleh lagi menuding jari serta mengharapkan kepada kerajaan, JAKIM
Jabatan Agama Negeri dan sebagainya, Syiar Islam itu diamanahkan kepada setiap individu Islam dan
bukannya kepada kerajaan atau mana-mana pertubuhan sekalipun. Ustaz Haron Din adalah ulama
yang amat disegani dan saya sungguh sedih melihat ulama seperti beliau seolah-olah tiada tempat
dalam masyarakat kita.Sungguh sukar untuk kita lihat wajah beliau di kaca televisyen sedangkan ilmu
yang beliau miliki amat penting untuk kita sama-sama kongsi,pelajari dan amalkan. Rancangan Forum
Perdana kini gagal menarik minat penonton Islam termasuk bukan Islam kerana kita kehilanagan ulama-
ulama seperti Ishak Baharom, Badrul Amin, Haron Din, dan ramai lagi. Kenapa mereka ini di gam?
Disekat terus menerus? Mengapa?

Anda mungkin juga menyukai