Anda di halaman 1dari 16

Saya dikehendaki menjalankan satu kajian tentang satu

perayaan tradisi kaum di Malaysia merangkumi objektif-

objektif berikut:

a. Mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Ini


akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah
dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat.
b. Menambah pengetahuan saya tentang perayaan tradisi
kaum di Malaysia
c. Memenuhi kehendak sukatan pelajaran Peperiksaan
Penilaian Menengah Rendah (PMR).
d. Menanamkan semangat patriotisme di dalam diri saya

dan juga kalangan generasi muda melalui kajian ini.


Saya menggunakan beberapa kaedah dalam kajian ini
seperti:
a. Rujukan:
Saya telah menjalankan rujukan terhadap surat
khabar, majalah, dan buku-buku yang berkaitan. Saya
juga telah mengunjungi rumah-rumah jiran saya yang
berbangsa Cina bagi mendapat maklumat tentang Tahun
Baru Cina
b. Pemerhatian:
Kaedah ini dilakukan sekitar rumah jiran saya yang
berbangsa Cina. Kaedah ini dipilih bertujuan melihat
keadaan dan suasana sambutan Tahun Baru Cina.
c. Penyelidikan
Saya telah menjalankan penyelidkan di perpustakaan
sekolah, melawat laman web yang berkaitan Tahun Baru
Cina dan merujuk majalah yang berkaitan. Semua
maklumat ini saya analisis agar ia bersesuaian dengan
kajian yang dijalankan.
Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang paling
penting bagi orang Cina, seperti Hari Natal bagi orang barat.
Tahun Baru Cina adalah hari pertama bulan satu bagi Imlek
Cina, tetapi aktiviti perayaan Tahun Baru Cina bukanlah
pada hari itu sahaja, biasanya aktiviti perayaan Tahun Baru
Cina berlangsung selama beberapa hari berikutnya. Tahun
Baru Cina juga secara umumnya dipanggil “Guonian”.

Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina


di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea,
Vietnam, Mongol dan Miao yang dipengaruhi oleh China
dari segi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai
kalendar qamari Cina. Di China, bukan sahaja etnik Han
yang merayakan Tahun Baru Cina, etnik yang lain, termasuk
etnik Manzu, Mongol, Yaozu, Zhuangzu, Baizu, Gaoshan,
Hezhe, Hani Daur, Dongzu, Lizu dan lain-lainnya juga
mempunyai adat resam untuk merayakan Tahun Baru Cina.
Di China, perayaan Tahun Baru Cina lebih-kurang
akan berlarutan selama setengah bulan, selepas merayakan
hari Cap Gohmei yang jatuh pada 15 haribulan bulan satu
Imlek baru perayaan Tahun Baru Cina selesai.

Tujuan sambutan Tahun Baru Cina diadakan adalah


untuk menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina.
Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan
dinamakan sempena nama haiwan. Namun, jika menurut
pandangan orang China, Tahun Baru Cina merupakan
perayaan untuk menyambut musim bunga. Musim bunga
datang, pemandangan berubah, dan penanaman padi
dimulakan, orang China dengan pelbagai cara yang bahagia
untuk merayakan perayaan tradisional yang paling meriah
dalam sepanjang tahun.
Menurut riwayat asal usul Tahun Baru Cina, “Nian”
adalah sejenis binatang bayangan yang membawa nasib
buruk. Semasa “Nian” tiba, semua tumbuhan mati; semasa
“Nian” pergi, tumbuhan hidup lagi dan bunga berkembang.
Jadi orang China dengan mercun menakutkan dan mengusir
“Nian”, itulah asal usul adat resam menyala mercun
sempena Tahun Baru Cina.

Tahun Baru Cina telah mempunyai sejarah yang lama,


itu berasal daripada kegiatan memuja dewa dan nenek
moyang sempena hujung tahun dan permulaan tahun baru di
China pada zaman kuno. Tahun Cina dipanggil “Yuanri”,
“Yuandan” atau “Tahun Baru” pada zaman kuno. Selepas
revolusi 1911, kerajaan pada waktu itu secara rasmi
menetapkan hari pertama bulan satu Imlek sebagai Tahun
Baru Cina.

Menurut sarjana, Tahun Baru Cina sekurang-


kurangnya mempunyai sejarah selama seribu tahun.
Sekarang, sebahagian adat resam yang bercorak takhayul
termasuk memuja dewa langit telah secara beransur-ansur
tidak diamalkan lagi, sedangkan adat resam yang baik
termasuk menempel kuplet, menempel lukisan tahun baru,
menempel tulisan Perkataan “bahagia”, mengukus kuih
tahun baru, memasak “Jiaozi”, menyala mercun, tidak tidur
pada malam sebelum Tahun Baru Cina dan saling
mengucapkan selamat Tahun Baru Cina masih sangat
popular di kebanyakan tempat di China, khususnya di desa
dan sebahagian pekan dan bandar yang kecil.

Sebagai tradisi, ang pau atau sampul merah diedarkan


sepanjang sambutan Tahun Baru Cina, oleh pasangan suami
isteri atau orang tua kepada muda-mudi yang belum
berkahwin. Amalan orang Melayu ketika Hari Raya
Aidilfitri iaitu mengedarkan sampul duit raya kepada kanak-
kanak sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri diadaptasi
daripada amalan orang Cina.
Orang China sangat mementingkan makanan dan
pakaian waktu merayakan Tahun Baru Cina, biasanya
makanan dan pakaian yang bermacam-macam telah
disediakan sebelum merayakan Tahun Baru Cina. Semasa
Tahun Baru Cina datang, orang China memakai baju yang
paling cantik, dan sediakan kuih-kuih, manisan dan
makanan ringan, untuk menjamu tetamu di rumah pada bila-
bila masa.
Sebelum merayakan Tahun Baru Cina, rakyat telah
menempel kertas merah yang ditulis selamat tahun baru
dengan berus bulu di sebelah kedua-dua daun pintu, atau
menempel bermacam-macam lukisan adat resam yang
melambangkan bahagia di daun pintu, jendela atau dinding,
mengharapkan kedatangan nasib baik pada tahun yang akan
datang. Ini telah menjadi cara yang paling biasa untuk
merayakan Tahun Baru Cina di desa dan sebahagian bandar
dan pekan. Kuplet dan gambar Tahun Baru Cina sudah
mempunyai sejarah yang lama, dan juga untuk mengusir
hantu dan mendapat nasib baik pada zaman kuno sama
seperti menyala mercun, dan beransur-ansur menjadi adat
resam Tahun Baru Cina.

Malam sebelum Tahun Baru Cina adalah waktu yang


paling penting dalam perayaan Tahun Baru Cina, malam itu
secara umumnya juga dipanggil “Chuxi”. Pada malam itu,
anggota keluarga berkumpul, makan bersama-sama, dan
tidak tidur sepanjang malam. Apabila fajar menyingsing
pada keesokan harinya, tahun baru sudah bermula, orang
China memakai baju baru, mengucapkan selamat tahun baru
dan panjang umur kepada orang tua dalam keluarga itu,
kemudian menziarahi saudara mara dan sahabat, untuk
saling mengucapkan selamat tahun baru. Dalam beberapa
hari yang kemudian, orang China gembira dalam suasana
perayaan yang bahagia dan harmoni.

Sempena Tahun Baru Cina, rakyat China juga


menggantung tanglong merah yang ditempel tulisan
perkataan “nasib baik” atau gambar dewa kekayaan di depan
pintu, untuk menunjukan hasrat baik orang China. Biasanya
perkataan “Nasib baik” mesti ditempel secara terbalik,
sebutan perkataan “terbalik” sama dengan perkataan
“datang” dalam bahasa Mandarin, maksudnya ialah “nasib
baik datang”.

Pada hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina ialah


hari yang diraikan sebagai Yuánxiāo jié, atau Chap Goh Mei
dalam bahasa Hokkien, versi Cina bagi Hari Valentine.
Tāngyuán, bebola pulut manis dalam sup, dimakan pada hari
ini.Tāngyuán ialah sejenis makanan Cina yang diperbuat
daripada tepung pulut. Tepung pulut ini dicampur dengan
sedikit air untuk membentuk bebola, kemudian dimasak dan
dihidangkan dalam air yang mendidih. Tangyuan bolehlah
sama ada berisi atau tanpa isi.
Orang Cina mempunyai banyak amalan yang dikatakan
membawa tuah baik pada Tahun Baru Cina, antaranya ialah
membuka semua pintu dan tingkap dianggap menjemput
masuk tuah bail pada tahun baru. Seterusnya ialah gula-gula
dan manisan dihidang dan dimakan untuk "memaniskan"
nasib sepanjang tahun bagi pemakannya. Selain itu, setiap
sudut di rumah wajib dibersihkan sebelum hari tahun baru
agar mudah menerima tuah bagi tahun yang menjelang. Ada
juga sesetengah orang yang percaya bahawa apa yang
berlaku pada hari pertama sambutan Tahun Baru Cina
mencerminkan peristiwa yang bakal berlangsung sepanjang
tahun. Tambahan pula, jika seseorang memakai selipar baru
yang dibeli sebelum Tahun Baru Cina, seolah-olah dia
memijak kepala orang yang bergosip tentang pemakainya.
Tahun Baru Cina sama seperti Hari Natal di Eropah,
untuk anggota keluarga berkumpul. Orang yang tinggal di
tempat lain tidak kira orang dewasa atau kanak-kanak
dengan sedaya upaya berkumpul dengan keluarganya pada
hari perayaan itu. Sambutan Tahun Baru Cina merapatkan
lagi hubungan silaturrahim yang sedia ada.
Perayaan Tahun Baru Cina juga dapat memupuk
perpaduan antara kaum di Malaysia. Kaum-kaum lain yang
tidak menyambut Tahun Baru Cina selalunya akan melawat
atau dijemput hadir ke rumah rakan atau jiran mereka yang
menyambut Tahun Baru Cina.

Selain itu, Tahun Baru Cina juga akan memberi kesan


kepada industri pelancongan negara kita. Para pelancong
yang datang untuk bercuti di Malaysia dapat meilhat
pelbagai perayaan tradisi yang disambut oleh kaum-kaum
yang terdapat di Malaysia.

Tambahan pula, perayaan Tahun Baru Cina meberi


peluang perniagaan kepada para peniaga untuk menjual alat-
alat yang diperlukan untuk persiapan sambutan Tahun Baru
Cina seperti mercun, tanglung, sampul merah ataupun
angpau termasuklah juga bahan-bahan makanan yang
digunakan ketika perayaan ini.
Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja
Kursus Sejarah dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ketika
menjalankan kerja kursus ini,banyak pengetahuan,pengajaran
dan nilai yang telah saya pelajari.

Selepas menjalankan Kerja Kursus Sejarah Tahun


Baru Cina, saya rasa amat bersyukur sebagai seorang
warganegara Malaysia kerana pelbagai perayaan tradisi
kaum yang terdapat di negara yang tercinta ini. Ketika
menjalankan kerja kursus ini, banyak pengajaran dan nilai
yang telah saya pelajari. Selain itu, saya juga telah
mempelajari tentang keistimewaan dan keunikan perayaan
tradisi ini yang dapat menarik minat ramai pelancong asing.
Selepas melakukan kerja kursus ini, saya juga dapat
menguasai kemahiran membuat penyeledikan dengan
tatacara yang betul serta dapat meningkatkan kemahiran
berkomunikasi.

Disamping itu, saya juga dapat menghayati nilai


kesabaran, ketabahan, kejujuran, memupuk semangat
patriotisme dan kerjasama antara rakan - rakan semasa
menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan
sempurna. Nilai kerjasama telah membuatkan saya bersama
rakan-rakan berganding bahu untuk mencari maklumat
tentang kerja kursus ini.
Ini merupakan ang pau yang diberi ketika Tahun Baru
Cina
Gambar di atas menunjukkan tarian singa

Anda mungkin juga menyukai