Anda di halaman 1dari 4

PENUNGGU PUSAKA 

~SKRIP~
BABAK 1
Busu masuk sambil bernyanyi-nyanyi.Dia memasang radio dan bernyanyi serta beraksi mengikut
rentak lagu yang kedengaran daripada radio itu.Busu keluar sambil terus bernyanyi.Ana masuk
dan mematikan bunyi radio yang memekak tersebut.Dia duduk di kerusi sambil meneruskan
pembacaan buku yg tergendala sebentar tadi.Seketika itu,Busu masuk kembali kedalam bilik dan
memasang kembali radio sambil melalak macam orang tidak waras.Ana merenung tajam kearah
Busu dengan muka yg menyiga,tetapi Busu tidak mempedulikannya. Ana naik radang dan
menghempas buku-bukunya.Dia cuba memukul Busu,Busu lari keluar .Ana mengejarnya.Sebentar
kemudian masuk Mak Teh sambil bercekak pinggang dan menggeleng-gelengkan kepala.

Mak Teh:Masya-Allah budak2 ini .Habis berterabur,berselerak macam tongkang pecah rumah ni…
Dengan radio yg memekak (mematikan bunyi radio) HEI!!!!!! (memanggil) Ana! ANA!
Ana : (dari dalam bilik) Saya Mak Teh!

Narrator 1:Ana masuk ke ruang tamu sambil makan biskut.

Mak Teh:Astahfirullah..Apa nak jadi dengan kau ni hah?! Tengok tu , makan sambil berjalan pula
tu. Anak dara apa kau ney !
Ana :ye? Mak Teh panggil Ana kan ?
Mak Teh:Ni! tengok ni .Apa benda yang bertaburan ni?
Ana :Abang busu kacau Ana tadi,Mak Teh.Geram Ana!
Mak Teh:Kau tahu kau punya geram je lah, habis aku ni tak geram? Kau tak tahu ke hari ni ada
orang nak datang.
Ana : Orang nak datang? Siapa, Mak Teh?
Mak Teh:LOYAR!
Ana :Loyar! Apa loyar?
Mak Teh:Eh, loyarlah! Dia datang nak membacakan surat wasiat arwah bapak kau.Nak
membahagikan harta pusaka peninggalannya.
Ana : Oooooo…. peguam! cakap la peguam Ana bukan faham loyar2 ni..
Mak Teh:Hah! sudah! janganlah kau tercegat lagi di situ.Kemaskan buku-buku tu.Cepat.

Narrator 2:Ana mengemaskan buku-buku yang bertaburan di atas lantai dan membawanya
keluar.Alang masuk dengan sangkar burung sambil bersiul-siul mengagah burungnya.Dia tidak
mengendahkan Mak Teh dan terus duduk di satu sudut.

Mak Teh:(memerhatikan tingkah laku Alang) Ini seorang lagi.Dahlah yang perempuan macam itu.
Ada yang lelaki,heiii…apa nak jadi dengan kau ni Alang? Ke hulu ke hilir dengan burung
kau itu ajalah! Tak usahlah fikirkan hal lain.Aku kalau tak mengenangkan kau orang ni
anak sedara aku,darah daging aku,tak kuasa aku nak menjaga kamu semua.
Narrator 1:Kesan Bunyi: (Kereta berhenti di halaman rumah dan enjin dimatikan.Pintu ditutup dua
kali.Mak Teh menghampiri pintu besar dan menjenguk ke bawah)

Mak Teh:Oooo.. kau Lambak,Siti.Naiklah.

Narrator 2:Tanpa segan dan silu Lambak dan Siti pun masuklah..

Siti:(bersalam)Apa khabar,Mak Teh?


Mak Teh:(selamba) Baik…. Ha, duduklah dulu ye.(pergi ke dapur)

Narrator 1:Lambak menjeling ke arah Alang dan terus duduk.Siti berjalan keliling rumah sambil
memerhati perabot –perabot dengan wajah sombong.

Siti:Abang Lambak,Siti ingat,tentu arwah ayah dah wasiatkan rumah ini kepada Siti.Takkanlah dia
nak serahkan kepada Ana pula.Budak tu apa yang dia tahu.Kesat hingus sendiri pun tak
pandai.
Lambak:Betul cakap kau tu Siti.Abang Lambak ingat tanah sawah itu pun abang yang dapat.Nak
diharapkan kepada yang ini(menjeling kearah Alang),nanti sawah naik lalang,dia dengan
burung itu juga…
Alang: (tidak menoleh) Hai burung.Selama ini aku buat baik dengan kau,walaupun kau bukan
adik-beradik aku.Tapi kalau kau dah pandai melawan sekarang ,aku jentik kepala kau
sampai tak bangun nanti.

Narrator 2:Lambak terasa dia disindir.Lambak bangun dengan reaksi marah,tetapi Siti
menenangkannya.Dia duduk semula dengan wajah yang tegang!Gerun!

Narrator 1:Kesan bunyi: (Kereta berhenti di halaman rumah dan enjin dimatika.Pintu ditutup dua
kali.Masuk Sulung dan Peguam dari pintu besar).

Sulung:Sila,sila Tuan.Silakan masuk.Sila duduk Tuan.(buat gelabah2)


Peguam:Terima kasih, terima kasih.(senyum)

Mak teh n Ana masuk dari pintu dapur membawa sedulang minuman.

Peguam: Eh, kenapa susah2 ni? Saya datang kerana tugas, bukan?
Mak Teh:Tak ada susahnya Tuan Loyar oii.. Memang kami dah sediakan untuk Tuan.
Ana:Silakanlah minum ,Tuan(senyuman mesra)
Mak Teh:Ya, silakanlah,tuan.Air kosong aja. Hah, Lambak ,Siti,silakanlah.
Sulung:Eh,mana si Busu,Mak Teh?
Makteh:Apa lagi,membutalah kerjanya.Ana pergi kejutkan si Busu.Katakan tuan loyar dah sampai.
Cepat!
Ana:(memanggil) ABANG BUSU!!!!!!
Mak Teh:Astagfirullah budak ini…itu caranya kau memanggil?
Narrator 2:Sulung menunjukkan reaksi marah.Ana bangun dan berlari ke dapur.Di pintu, Busu
masuk sambil mengesat matanya.Dia berjalan terus ke satu sudut dan mencangkung di situ.

Mak Teh:Ha! Busu,Alang ,dengar sini baik2.Tuan loyar ni nak bacakan surat wasiat ayah kamu.
Peguam:Jadi,boleh saya mulakan sekarang ,Encik Sulung?
Sulung:Ya, ya. Silakan Tuan.

Narrator 1:Peguam membuka brief casenya dan mengeluarkan satu surat bermeteri.

Busu:Stop! Nanti! nanti! nanti!


Busu merapati peguam dan meneliti sampul surat itu.

Busu:O.K! Pass! boleh mula..


Busu duduk semula di tempat asalnya.

Peguam:(membaca) .......... wasiat………

Narrator 2 :Sewaktu peguam membaca,setiap watak menunjukkan reaksi yang berlainan pada air
muka dan gerak-geri mereka.Bagaimanapun,hanya Lambak dan Siti yang menampakkan rasa
tidak puas hati.

Peguam:haa! begitulah Encik Sulung.Semua wasiat yang telah diamanahkan kepada saya oleh
arwah Encik Anjang tu dah saya bacakan.Saya harap semua yang berkenaan perpuas hatilah.Dan
kalau ada apa-apa masalah lagi, silakan datang ke pejabat saya.
Sulung:Ya! ya, tuan .Terima kasih.
Busu:Pertanyaan! ermmmm.. pejabat Tuan dekat mana?
Mak Teh:Busu! abang Sulung kau tahu dimana pejabatnya tu!
Peguam:Ya,Encik Sulung tahu..Aaaa..,kalau tak ada apa2 lagi,saya rasa,bolehlah saya beransur
dulu,Encik Sulung,makcik.
Mak Teh:Eh, kenapa cepat sangat tuan? Tunggulah makan sekali disini.
Sulung:Sudikanlah Tuan, lauk2 kampung itu adalah.
Peguam:Oh, terima kasih.Sebenarnya saya banyak urusan yg mesti saya uruskan.Jadi,saya minta
diri dulu ya.Saya harap Encik Sulung faham.(senyum)
Sulung:Ya, saya faham tuan .
Busu:Silakan tuan.Silakan (senyum)
Mak Teh:Busu…….

Narrator 1:Busu terdiam.Dia duduk perlahan-lahan sambil merungut.Manakala Mak Teh dan
Sulung mengiringi peguam ke muka pintu.

Peguam:Jumpa lagi Encik Sulung ,Mak cik !


Sulung:Ya! terima kasih banyak2 Tuan .

Narrator 2:Lambak dan Makteh melambaikan tangan.Enjin kereta dihidupkan dan kereta
menderum pergi.

Lambak: SAYA TAK SETUJU!2x


Siti:Saya juga tak setuju.Pembahagian ini tak adil.Wasiat tu tak betul!
Sulung:Eh,apa hal dengan korang ni? tiba2 saja tak setuju!.tak boleh pakai!
Mak Teh:Ini wasiat! kamu nak mainkan wasiat orang yg dah mati ya?
Lambak:Ini mesti ada sesiapa yg pengaruhi arwah ayah.
Siti:Kenapa awak semua dapat berekar-ekar,sedang kami dapat setengah ekar seorang?Adil ke
macam tu?
Mak teh:Hei, Lambak,Siti! Kau sedar tak kau tu siapa?
Lambak:Kami sedar kami hanya anak tiri.Tapi arwah dah anggap kami macam anak
sendiri,macam anak kandung!Dan arwah juga dah berjanji nak beri sekurang-kurangnya dua ekar
seorang kepada kami.
Siti:Arwah juga da janji nak berikan rumah ini kepada saya.Tapi kenapa Ana pula yang dapat?
Ana:Eh, tengoklah muka tu sikit,Tak sedar diri.Beri betis nak peha.Itu nasib baik orang nak beri .
Kalau arwah tak wasiatkan apa-apa untuk korang?Apa nak kata?
Siti:Kau cakap baik-baik sikit Ana! Nanti aku..
Mak Teh:Sudah! Kalau korang nak tanah setengah ekar tu ambil.Kalau tak mahu,pulangkan saja
kepada Sulung.Habis cerita.

Narrator 1 & 2:Mak teh menarik Ana pergi ke dapur.Lambak merenung tanpa berkata apa2.Siti
terdiam,Alang turun ke tanah melalui pintu besar dengan sangkar burungnya.Busu keluar ke bilik
tengah sambil menyanyi.Lambak memberi isyarat kepada Siti.Siti pergi ke dapur.

Sulung:Ha, sudahlah Lambak.Duduklah dulu.Aku nak sembahyang Zuhur(bangun)


Lambak:Eh,Abang Sulung.Tunggu kejap.
Sulung:Ha, Apa hal pula ni?
Lambak:Ada perkara sikit saya nak cakapkan.
Sulung:(duduk semula)Cakaplah.
Lambak:Begini abang sulung.Abang dah lama berniat nak ke Makkah ,naik haji bukan?
Sulung:Errmm.. Ya! kenapa?
Lambak:Bila agaknya abang nak pergi?
Sulung:Entahlah lambak.Duit aku pun tak pernak cukup.Tengoklah dalam 3-4 tahun lagi.
Lambak:Eh, kenapa lama sangat?
Sulung:Aku dah kata tadi aku tak ada duit...