Anda di halaman 1dari 7

Cinta Jalan Ke Syurga

‫ص لَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َس لَّ َم‬ ِ ِ ِ ٍ ِ


َ ‫ال َعْب ُد اللَّه بْ ُن َم ْس عُود َرض َي اللَّهُ َعْن هُ َج اءَ َر ُج ٌل إِىَل َر ُس ول اللَّه‬ َ َ‫ق‬
ِ ُ ‫ال رس‬ ِ‫هِب‬ ِ َ ‫ال يا رس‬
‫ص لَّى‬ َ ‫ول اللَّه‬ ُ َ َ ‫ب َق ْو ًم ا َومَلْ َي ْل َح ْق ْم َف َق‬ َ ‫ول يِف َر ُج ٍل أ‬
َّ ‫َح‬ َ ‫ول اللَّه َكْي‬
ُ ‫ف َت ُق‬ ُ َ َ َ ‫َف َق‬
ِ
‫ب‬ َ ‫اللَّهُ َعلَْيه َو َسلَّ َم الْ َم ْرءُ َم َع َم ْن أ‬
َّ ‫َح‬

Abdullah ibn Mas'ud RA berkata: Seorang lelaki datang bertemu Rasulullah SAW
lalu berkata: Wahai Rasulullah SAW : Apa yang engkau katakan pada seorang yang
kasihkan suatu kaum tetapi dia tidak berupaya untuk menyertai mereka? Rasulullah
SAW bersabda: Seseorang itu bersama dengan orang yang dia telah kasihi.

Hadith riwayat al Bukhari no 6168,6169 ( 8/39 ) dan Muslim no.2640,2641 ( 4/2034 ).

‫ول اللَّ ِه قَ َال‬ َّ ‫صلَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َس لَّ َم َمىَت‬ ٍ ِ‫س ب ِن مال‬
َ ‫اعةُ يَا َر ُس‬ َ ‫الس‬ َ َّ ‫َن َر ُجاًل َسأ ََل النَّيِب‬َّ ‫ك أ‬ َ ْ ِ َ‫َع ْن أَن‬
ُّ ‫ص َدقٍَة َولَ ِكيِّن أ ُِح‬ ٍ ٍ ‫م ا أَع َددت هَل ا قَ َال م ا أَع َددت هَل ا ِمن َكثِ ِري‬
َ‫ب اللَّه‬ َ ‫ص ْوم َواَل‬
َ ‫ص اَل ة َواَل‬ َ ْ َ ُ ْ ْ َ َ َ ْ ْ َ
‫ت‬ َ ‫َحبَْب‬
ْ ‫ت َم َع َم ْن أ‬َ ْ‫ال أَن‬
َ َ‫َو َر ُسولَهُ ق‬

Dari Anas ibn Malik RA bahawa seorang lelaki datang bertanya Nabi SAW : Bilakah
Qiamat wahai Rasulullah SAW ? Baginda bersabda: Apakah yang telah engkau
persiapkan untuknya ? Kata lelaki tadi: Tiadalah aku persiapkan untuknya dengan
banyak sembahyang, puasa atau sedekah. Cuma aku kasihkan Allah. Rasulullah SAW
bersabda: Engkau bersama dengan yang engkau kasihi.

Al Bukhari no. 6171 ( 8/40 ) dan Muslim no. 1239 ( 4/2032 )

Dalam salah satu riwayat Muslim, Anas berkata:

‫فما فرحنا بعد اإلسالم فرحا أشد من قول النيب صلى اهلل عليه وسلم فإنك مع من أحببت‬
‫ق ال أنس فأن ا أحب اهلل ورس وله وأب ا بك ر وعم ر ف أرجو أن أك ون معهم وإن مل أعم ل‬
‫بأعماهلم‬

Bermaksud: Tidak pernah kami bergembira selepas memeluk Islam kegembiraan


yang lebih hebat dari sabda Rasulullah SAW " Engkau bersama dengan yang engkau
kasihi ". Maka aku kasihkan Allah SWT dab RasulNya SAW, Abu Bakar dan Umar.

7 Page 1 of
Maka semoga aku akan bersama dengan mereka sekalipun aku tidaklah beramal
seperti amalan mereka.

Pengajaran hadith:

1- Hadith ini menjadi pedoman kepada manusia dalam memandu perasaan


kasih dan cinta mereka. Keimanan sebenar yang sebati dalam jiwa seseorang
menjadikan kecintaan dan kecenderungan kasihnya hanya untuk dan kerana
Allah dan RasulNya.

Sementara sesama manusia pula maka kecintaan dan kasih sayang pula adalah
untuk mereka yang taatkan Allah dan rasulNya di kalangan mereka yang
beriman. Ia menjadi bukti kemanisan dan kelazatan Iman. Dalam hadith lain
rasulullah SAW bersabda:

ِ َ‫ث من ُك َّن فِي ِه وج َد حاَل وةَ اإْلِ مي‬ َ َ‫ص لَّى اللَّهُ َعلَْي ِه َو َس لَّ َم ق‬ ِ َ‫َع ْن أَن‬
‫ان أَ ْن‬ َ َ ََ ْ َ ٌ ‫ ثَاَل‬: ‫ال‬ َ ِّ ‫س َع ْن النَّيِب‬
ِِ ِ َّ ِ‫ب إِلَْي ِه مِم َّا ِس َوامُهَا َوأَ ْن حُي‬
َ ُ‫ب الْ َم ْرءَ اَل حُي بُّهُ إِاَّل للَّه َوأَ ْن يَ ْك َر َه أَ ْن َيع‬
‫ود‬ َ ‫يَ ُكو َن اللَّهُ َو َر ُسولُهُ أ‬
َّ ‫َح‬
‫ف يِف النَّا ِر‬ َ ‫يِف الْ ُك ْف ِر َك َما يَكَْرهُ أَ ْن يُ ْق َذ‬

Bermaksud: Dari Anas dari Nabi SAW sabdaNya: Tiga pekerti jika ada dalam diri
seseorang maka dia telah mengecapi kemanisan Iman; Bahawa Allah dan
RasulNya lebih dikasihinya dari yang lain. Dia kasihkan seseorang tiada sebab lain
kecuali kerana Allah saw. Dia benci untuk kembali kepada kekufuran
sebagaimana dia bencikan jika dicampak ke neraka.

Riwayat al Bukhari no. 16 ( 1/12 ) dan Muslim no. 43 ( 1/66 ).

2- Justeru itu, persoalan kasih sayang dan kecintaan amat berkait dengan
akidah iman. Iman yang benar kepada Allah dan Rasul sama sekali tidak
menumpahkan perasaan kasih kepada musuh-musuh Allah dan Rasul. Allah swt
berfirman ;

ِ ‫ال تَ ِج ُد َقوم ا ي ْؤ ِمن و َن بِاللَّ ِه والْي وِم‬


َ َ‫اد اللَّهَ َو َر ُس ولَهُ َولَ ْو َك انُوا آب‬
‫اء ُه ْم أ َْو‬ َّ ‫اآلخ ِر ُي َوادُّو َن َم ْن َح‬ َْ َ ُ ُ ًْ
‫وح ِم ْن هُ َويُ ْد ِخلُ ُه ْم‬
ٍ ‫يم ا َن َوأَيَّ َد ُه ْم بِ ُر‬ ِ ِ َ‫ك َكت‬
َ ‫ب في ُقلُ وب ِه ُم ا ِإل‬
ِ ِ
َ َ ‫اء ُه ْم أ َْو إِ ْخ َوا َن ُه ْم أ َْو َعش َيرَت ُه ْم أ ُْولَئ‬
َ َ‫أ َْبن‬
‫ب اللَّ ِه أَال‬ ِ َ ِ‫ض وا ع ْن ه أُولَئ‬ ِ ِ ‫َّات تَج ِري ِمن تَحتِها األَْنهار َخالِ ِد‬
ُ ‫ك ح ْز‬ ْ ُ َ ُ ‫ين ف َيه ا َرض َي اللَّهُ َع ْن ُه ْم َو َر‬ َ َُ َْ ْ ْ ٍ ‫َجن‬
٢٢ :‫اجملادلة‬ ‫ب اللَّ ِه ُه ُم ال ُْم ْفلِ ُحو َن‬ ِ
َ ‫إِ َّن ح ْز‬
7 Page 2 of
Maksudnya: Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah
dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang
menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang
menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka atau saudara-
saudara mereka ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah
menetapkan iman dalam hati mereka dan telah menguatkan mereka dengan
semangat pertolongan daripadaNya dan Dia akan memasukkan mereka ke
dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal
di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan
nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah.
Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-
orang yang berjaya. ( Surah al Mujadilah : 22 ).

Sementara hadith pula menegaskan ;

‫ب‬ ِ َ‫ أَوثَق ع رى ا ِإلمْي‬: ‫ قال رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم‬: ‫عن الرباء بن عازب قال‬
ُّ ُ‫ان احل‬ َُ ُ ْ
ِ ‫اهلل والب ْغض يِف‬
. ‫اهلل‬ ِ ‫يِف‬
ُ ُ َ
Dari al barra' ibn' Azib katanya: Bersabda Rasulullah saw : " Sekuat-kuat tali
simpulan iman ialah kecintaan kerana Allah dan kebencian kerana Allah.

Riwayat al Thayalisi ( 783 ), Ibn Abi Syaibah 11/41, Ahmad 30/488. Hadith
hasan lighairih.

3- Para sahabat Nabi adalah generasi contoh yang meletakkan kecintaan


tertinggi untuk Allah dan Rasul melebihi segala kecintaan lain. Ayat 22 surah al
Mujadilah di atas dikatakan turun menyanjung sebahagian para sahabat
muhajirin yang berperang di medan Badar menentang kaum kerabat sendiri.
Abu Ubaidah al Jarrah membunuh bapanya sendiri, Abu Bakar as Siddiq hampir
membunuh anaknya Abdul Rahman, Mus'ab ibn Umair membunuh saudara
kandungnya Ubaid ibn Umair, Umar al Khattab yang membunuh saudara
kerabatnya, termasuklah Hamzah, Ali dan Ubaidah ibn al harith yang masing-
masing membunuh Utbah, Shaibah dan al Walid ibn Utbah. ( Tafsir Ibn Kathir
8 / 53 ). Tindakan mereka ini adalah atas dorongan cintakan Allah dan
Rasulullah SAW yang mengatasi segala kecintaan mereka kepada keluarga dan
sanak saudara.

7 Page 3 of
4- Para Sahabat RA juga adalah manusia yang paling gembira dengan
perkhabaran bahawa kecintaan mereka kepada Rasulullah melayakkan mereka
untuk bersama dengan Rasulullah SAW. Ini dapat difahami dari ungkapan Anas
menggambarkan kegembiraan sahabat menerima berita itu.

‫فما فرحنا بعد اإلسالم فرحا أشد من قول النيب صلى اهلل عليه وسلم فإنك مع من أحببت‬

Bermaksud: Tidak pernah kami bergembira selepas memeluk Islam kegembiraan


yang lebih hebat dari sabda Rasulullah SAW " Engkau bersama dengan yang engkau
kasihi ".

‫يا رسول اهلل إنك ألحب‬ : ‫ جاء رجل إىل النيب صلى اهلل عليه وسلم فقال‬: ‫عائشة قالت‬
‫إيل من نفسي وإنك ألحب إيل من ولدي وإين ألكون يف البيت فأذكرك فما أصرب حىت‬
‫آيت فأنظر إليك وإذا ذكرت مويت وموتك عرفت انك إذا دخلت اجلنة رفعت مع النبيني‬
‫وأين إذا دخلت اجلنة خشيت أن ال أراك فلم يرد عليه النيب صلى اهلل عليه وسلم شيئا حىت‬
‫نزل جربيل هبذه اآلية (( ومن يطع اهلل والرسول فأولئك مع الذين أنعم اهلل عليهم )) اآلية‬

Dari Aishah RA katanya: Seorang lelaki datang bertemu Rasulullah SAW lalu
berkata: Wahai Rasulullah ! Engkaulah yang lebih aku kasihi dari diriku. Engkaulah
yang lebih aku kasihi dari anakku. Sehingga bila aku berada di rumah, aku teringatkan
engkau lalu aku datang melihatkan engkau. Namun apabila aku ingatkan kematianku,
aku telah ketahui bahawa apabila engau memasuki syurga, engkau akan diangkat
tinggi bersama para nabi-nabi. Sesungguhnya aku bimbang apabila aku memasuki
syurga, maka aku tidak lagi dapat melihat engkau. Maka Nabi SAW tidak membalas
apa-apa jawapan sehinggalah Jibril datang membawa ayat ini;

ُّ ‫ين َو‬
‫الش َه َداء‬ ِ ِّ ‫ك م ع الَّ ِذين أَْنعم اللّ هُ َعلَي ِهم ِّمن النَّبِيِّين و‬
َ ‫الص دِّيق‬ ََ َ ْ
ِ
َ َ َ َ َ َ ‫ول فَأ ُْولَـئ‬ َ ‫الر ُس‬ َّ ‫َو َمن يُ ِط ِع اللّ هَ َو‬
٦٩ :‫النساء‬ ‫ك َرفِي ًقا‬
َ ِ‫س َن أُولَـئ‬ ِ ِ َّ ‫و‬
ُ ‫ين َو َح‬
َ ‫الصالح‬ َ

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan
di Syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah
kepada mereka, iaitu Nabi-nabi dan orang-orang Siddiqiin dan orang-orang yang
Syahid, serta orang-orang yang soleh dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman
rakan (kepada orang-orang yang taat).Surah an Nisa':69 ).

7 Page 4 of
Hadith riwayat al maqdisi, at tabharani, Ibn Mardawaih. Kata al Haithami: Perawi
sanadnya semua perawi Sahih al Bukhari kecuali Abdullah ibn Imran al Abidi dia
pula thiqah. Al Maqdisi pula berkata: Aku tidak Nampak sebarang kecatatn pada
sanadnya. ( Tafsir Ibn Kathir 2/310, al Durr al manthur 4/529 ).

5- Meletakkan kasih sayang dan kecintaan kepada yang lain dari Allah swt
sehingga setanding denganNya apatah lagi melebihiNya adalah sikap syirik yang
bertentangan dengan akidah iman dan tauhid. Inilah yang menjadi kefahaman
ayat 165 surah al baqarah;

ِ ‫َش ُّد حبًّا لِّل‬ ِ َّ ِ ِّ ‫ّه أَن َداداً ي ِحبُّوَنهم َكح‬ ِ ‫ون الل‬ِ ‫َّخ ُذ ِمن ُد‬ ِ ‫َّاس من يت‬ ِ
‫ّه َول َْو َي َرى‬ ُ َ ‫آمنُواْ أ‬
َ ‫ين‬َ ‫ب اللّه َوالذ‬ ُ ُْ ُ َ َ ِ ‫َوم َن الن‬
١٦٥ :‫البقرة‬ ‫اب‬ َّ ‫َن الْ ُق َّو َة لِل ِّه َج ِميعاً َوأ‬
ِ ‫ َش ِدي ُد ال َْع َذ‬ َ‫َن اللّه‬ َ ‫ين ظَلَ ُمواْ إِ ْذ َي َرْو َن ال َْع َذ‬
َّ ‫اب أ‬ ِ َّ
َ ‫الذ‬

(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah
(untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan
mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang
beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah dan kalaulah orang-orang yang melakukan
kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak,
bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah dan
bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak
melakukan kezaliman itu).

6- Kesilapan dalam meletak tempat tumpahnya kasih dan cinta di dunia ini
adalah besar padahnya di akhirat. Kuasa, harta dan pangkat yang menjadi
tumpuan kasih sayang dan kesetian di dunia ini akhirnya menjadi sia-sia,
bahkan penyesalan terbesar di hadapan Allah swt.

Firman Allah swt:

ِ َّ َ َ‫ت بِ ِهم األَس باب * وق‬ ِ َّ ِ ِ ‫إِ ْذ َتب َّرأَ الَّ ِذ‬
ْ‫ين َّاتَبعُ وا‬
َ ‫ال الذ‬ َ ُ َ ْ ُ ْ ‫اب َوَت َقطَّ َع‬ َ ‫ين َّاتَبعُ واْ َو َرأ َُواْ ال َْع َذ‬
َ ‫ين اتُّبعُواْ م َن الذ‬
َ َ
ٍ ‫ك ي ِري ِهم اللّهُ أَ ْعم ال َُهم حس ر‬
‫ات َعلَْي ِه ْم َو َم ا ُهم‬ ِ ِ ِ َّ ‫ل َْو أ‬
ََ َ ْ َ ُ ُ َ ‫َن لَنَ ا َك َّرةً َفنَتََب َّرأَ م ْن ُه ْم َك َم ا َتَب َّر ُؤواْ منَّا َك َذل‬
١٦٧ - ١٦٦ :‫ البقرة‬.. ‫ين ِم َن النَّار‬ ِ ِ
َ ‫ب َخا ِرج‬

ketika ketua-ketua yang menjadi ikutan itu berlepas diri dari orang-orang yang
mengikutnya, sedang kedua-dua pihak melihat betapa ngerinya azab seksa itu dan
(ketika) terputusnya segala hubungan di antara mereka. Dan (pada masa yang

7 Page 5 of
mengecewakan itu) berkatalah orang-orang yang menjadi pengikut: Alangkah eloknya
kalau kami dikembalikan semula ke dunia, maka (dengan itu dapat) kami berlepas diri
daripada mereka sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami (pada saat ini)!
Demikianlah Allah perlihatkan kepada mereka amal-amal mereka (dengan rupa yang
mendatangkan) penyesalan yang amat sangat kepada mereka dan mereka pula tidak
akan dapat keluar dari Neraka.

7- Tali persahabatan dan hubungan baik sesama manusia adalah lambang


wujudnya perasaan kasih dan kecenderungan hati. Maka ia termasuk dalam
urusan yang semestinya diasaskan taqwa kepada Allah supaya ianya mendapat
keredhaan Allah dan dikira amal soleh yang berterusan ganjarannya. Maka kasih
sayang yang dijalinkan bukan sahaja menjalinkan talin persahabatan sesama
manusia, bahkan meraih kasih sayang Allah SWT.

‫ فَإذَا َفىَتً َب َّراق الثَّنَايَا َوإِ َذا‬، ‫ت َم ْس ِج َد ِد َم ْش َق‬ ُ ‫دخ ْل‬:


َ ‫ال‬ َ َ‫ ق‬، ‫عن أَيب إدريس اخلوالين رمحه اهلل‬
ِ ٍ
‫قيل‬
َ َ‫ ف‬، ُ‫ت َعْن ه‬ ُ ْ‫ فَ َس أَل‬، ‫ص َد ُروا َع ْن َرأيِه‬
َ ‫ َو‬، ‫َسنَ ُدوهُ إِلَْيه‬ْ ‫ أ‬، ‫اخَتلَ ُفوا يف َش ْيء‬ ْ ‫ فَِإ َذا‬، ُ‫َّاس َم َعه‬
ُ ‫الن‬
‫ َف َو َج ْدتُ هُ قَ ْد‬، ‫ت‬ ِ ِ
ُ ‫ َه َّج ْر‬، ‫ َفلَ َّما َك ا َن م َن الغَ د‬. - ‫ رض ي اهلل عن ه‬- ‫ َه َذا ُم َع اذُ بْ ُن َجبَ ل‬:
، ‫ مُثَّ ِجْئتُهُ ِم ْن قِبَ ِل َو ْج ِه ِه‬، ُ‫ص التَه‬ َ ‫ضى‬ َ َ‫ فا ْنتَظَرتُهُ َحىَّت ق‬، ‫صلِّي‬ َ ُ‫وو َج ْدتُهُ ي‬
َ ، ‫َّهجري‬
ِ ِ ْ ‫َسَب َقيِن بالت‬
‫آهلل ؟‬ِ : ‫ال‬ ِ : ‫ آهلل ؟ َف ُق ْلت‬: ‫ال‬
َ ‫ َف َق‬، ‫اهلل‬ ُ َ ‫ َف َق‬، ‫ك لِله‬ ِ ‫اهلل إ أل‬
َ ُّ‫َحب‬ ِ
‫ َو يّن‬: ‫ت‬
ِ
ُ ‫ مُثَّ ُق ْل‬، ‫ت َعلَيه‬ُ ‫فَ َسلَّ ْم‬
‫ول اهلل‬ َ ‫ت َر ُس‬ ِ ِ َ ‫ َف َق‬، ‫ فجبذين إِلَي ِه‬، ‫ فَأخ َذيِن حِب ب و ِة ِردائِي‬، ‫اهلل‬ ِ : ‫َف ُق ْلت‬
ُ ‫ أبْش ْر ! ف إيِّن مَس ْع‬: ‫ال‬ ْ َ َ َْ َ ُ
، ‫يف‬ َّ ‫ت حَمَبَّيت لِْل ُمتَح ابني‬ ْ َ‫ َو َجب‬: ‫ال اهلل َت َع اىَل‬ َ َ‫ (( ق‬: ‫ يق ول‬، - ‫ ص لى اهلل علي ه وس لم‬-
‫ني يِف َّ )) ح ديث ص حيح رواه مال ك يف املوط أ‬ ِِ ِ ِ
َ ‫ َواملُتَبَ اذل‬، ‫يف‬
َّ ‫ين‬َ ‫ َواملَُت َزا ِور‬، ‫يف‬ َّ ‫ني‬َ ‫َواملُتَ َجالس‬
. ‫بإسناده الصحيح‬

Dari Abi Idris al Khaulani katanya: Aku masuk ke masjid Damshiq, tiba-tiba
aku melihat seorang anak muda yang cerah ceria seperti kerlipan kilat. Ramai
orang bersama-samanya. Apabila mereka berselisih pendapat, mereka
serahkan penyelesaiannya kepada lelaki itu. Mereka keluar dengan
pendapatnya. Aku bertanyakan tentangnya. Dikatakan bahawa itulah Muaz
ibn Jabal. Bila tiba keesokannya, aku keluar awal pagi ke masjid. Tiba-tiba dia
datang lebih awal. Aku dapati dia sedang sembahyang. Maka aku tunggu
sehingga dia menghabiskan sembahyangnya. Kemudian aku mendatanginya
dari arah mukanya. Aku member salam kepadanya. Kemudian aku berkata:

7 Page 6 of
Demi Allah, aku menyukai engkau kerana Allah. Lalu dia bertanya: Adakah
kerana Allah? Aku berkata: Allah. Dia bertanya lagi: Adakah kerana Allah?
Aku berkata: Allah. Dia memegang bajuku dan menarikku kepadanya. Dia
berkatanya: " Bergembiralah. Sebenarnya aku telah mendengar Rasulullah
SAW bersabda: " Semestinya memperolehi kasih sayangku bagi mereka yang
berkasih sayang keranaku, yang duduk bermajlis keranaku, yang saling
menziarahi keranaku dan yang saling berkorban keranaku. "

Hadith sahih diriwayatkan oleh Imam Malik dalam al Muwatta'.

( Riyadhus Shalihin 1/244 ).

7 Page 7 of

Anda mungkin juga menyukai