Anda di halaman 1dari 3

Lampiran 2 Topik 10

PETUA PENYOALAN BERKESAN

Guru harus mengamalkan perkara-perkara berikut sehingga ia


menjadi kemahiran semula jadi kepada dirinya:

1. Kemukakan soalan yang memberangsangkan . Soalan-


soalan yang membosankan dan yang hanya menggalakkan
proses ingat kembali tidak akan mengekalkan tumpuan pelajar
terhadap pelajaran dan mungkin akan mencetus masalah
disiplin dalam kelas. Guru yang berkesan akan mengemukakan
soalan-soalan mencabar yang akan menggalakkan pelajar
berfikir dan merenung untuk menjawabnya.

2. Kemukakan soalan yang setimpal dengan kebolehan


pelajar. Soalan-soalan yang terlalu mudah atau terlalu
mencabar akan mengelirukan pelajar dan menjadikan mereka
bosan, tawar hati dan malas belajar. Perkara-perkara yang
rumit pun boleh dijawab oleh pelajar jika guru pandai
membentuk soalan yang sesuai dengan kebolehan mereka.

3. Kemukakan soalan yang relevan atau yang berkaitan


dengan pengalaman dan alam hidupan pelajar.

4. Kemukakan soalan yang berurutan. Jawapan yang diberi


harus dijadikan batu loncatan untuk berpindah ke soalan lain.
Langkah ini akan menjamin kesinambungan pembelajaran.

5. Kemukakan soalan panjang dan pendek dan pelbagaikan


tahapnya. Dengan cara ini, pelajar lemah serta pelajar cerdik
akan dirangsang untuk belajar. Guru harus meneliti perbezaan
individu dan membentuk soalan yang menunaikan keperluan
semua pelajar dalam kelasnya.

6. Kemukakan soalan yang jelas dan tidak berbelit-belit . Setiap


soalan haruslah ringkas, tepat dan mudah difahami oleh
pelajar.

7. Galakkan pelajar menyoal rakan mereka dan memberi


komen. Ini akan menjadikan pelajar lebih aktif dan

1
mengembangkan pemikiran reflektif serta semangat kerjasama
pada peringkat kognitif dan sosial. Soalan/Jawapan yang baik
akan mencetuskan soalan-soalan baru dan soalan-soalan baru
ini tidak semestinya dikemukakan oleh guru sahaja. Guru harus
galakkan pelajarnya membincang dan menyoal antara mereka
walaupun sesuatu soalan susulan itu dituju kepada guru sahaja.

8. Beri masa secukupnya untuk proses renungan dan


pembentukan jawapan. Teknik hentian amatlah perlu bagi
memberi peluang kepada pelajar memikir dan merenung
sesuatu soalan dan membentuk jawapan yang sesuai. Hentian
menunjukkan guru mengambil kira kepelbagaian kebolehan
yang terdapat di kalangan pelajarnya. Mungkin juga pelajar
tidak faham soalan asal dan guru perlu membentuknya semula.

9. Susuli jawapan salah atau kurang tepat dengan soalan


tambahan. Galakkan pelajar berfikir. Jawapan yang salah
atau kurang tepat boleh dimanfaatkan oleh guru untuk
mengemukakan soalan baru atau menghalakan pemikiran
pelajar ke arah atau sudut baru.

10. Begitu juga, susuli jawapan betul dengan soalan tambahan .


Sesuatu jawapan yang betul lazimnya memerlukan huraian
tambahan dan guru boleh menggunakan jawapan tersebut
untuk menggalakkan perbincangan dan mengemukakan
soalan-soalan pada aras yang lebih tinggi.

11. Libatkan pelajar yang enggan menjawab soalan secara


sukarela. Guru hendaklah menumpu perhatian khas kepada
pelajar-pelajar yang malu, yang khayal, yang malas, yang
tidak menumpu perhatian dalam kelas dan sebagainya.
Pelajar seperti ini memerlukan galakan, pujian, pujukan,
ugutan dan sebagainya bagi menjamin penyertaan mereka
secara aktif dalam pelajaran.

12. Libatkan pelajar yang mengganggu kelas menjawab soalan .


Seperti nombor 11 di atas, kemukakan soalan kepada pelajar
yang lazim mengganggu ketenteraman kelas. Penyertaan
pelajar seperti ini akan membantu guru mengatasi masalah
disiplin dalam kelas.

2
13. Sediakan lima atau enam soalan pokok. Sediakan beberapa
soalan utama bagi setiap pelajaran dan pastikan akhirnya ia
dapat dijawab oleh pelajar. Langkah ini akan memastikan
kesepaduan pembelajaran dan menjadikannya lebih
bermakna.

14. Tulis objektif atau isi pelajaran dalam bentuk soalan atau
masalah. Teknik ini akan menggalakkan pelajar berfikir dan
mencari jawapan-jawapan yang munasabah bagi
menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

15. Tukar posisi anda dan pindah ke tempat lain dalam kelas .
Guru tidak semestinya sentiasa berdiri tegak di hadapan kelas
semasa menyoal. Guru yang cergas, sentiasa bergerak dan
yang menggunakan teknik dampingan akan menggalakkan
penyertaan lebih aktif daripada pelajarnya dan menyuburkan
suasana rapot yang baik di dalam kelas.

Sumber: Garis panduan di atas telah diubahsuai daripada Allan C.


Ornstein, "Questioning: The Essence of Good Teaching: Part II,"
National Association of Secondary School Principals, February
1988, p.78.

Haji Abdul Aziz Sultan,


Kulliyyah Pendidikan UIAM.

petuasoalan
rev May 2011

Anda mungkin juga menyukai