Anda di halaman 1dari 5

1.

TUGASAN BERKUMPULAN (30%)

1.1 Penilaian tugasan

Kriteria/format Peratus
1. Proposal (Pengenalan) 5%
2. Pengenalan 2%
3. Isi : 18%
-Data dan perbincangan
-penyertaan ahli kump. (dicadangkan 3-5%)
4. Kesimpulan 2%
5. Aspek teknikal (gaya penulisan ilmiah, bahasa dan 3%
rujukan)
JUMLAH 30%

1.2 Metodologi tugasan

a. Tugasan perlu disediakan secara berkumpulan; terdiri daripada 5-6 pelajar yang terdiri
pelbagai kaum dan jantina. (maksimum 6 orang & tidak dibenarkan sehingga 10 orang
pelajar dalam 1 kump) – KECUALI KAMPUS KUALA LUMPUR

b. Tajuk (fokus)

- Tajuk tugasan mesti merangkumi aspek-aspek yang melibatkan isu dan permasalahan
dalam hubungan antara etnik. Buat tajuk yang simple.
-Pelbagai aspek hubungan etnik (digalakkan aspek yang kurang popular atau etnik minoriti)
-Digalakkan ada unsur perbandingan

c. Kaedah pengumpulan maklumat untuk tugasan perlu melibatkan kajian berikut:

i. kajian perpustakaan (30-40%)

-60% - buku atau jurnal


-Bahan internet – hanya daripada sumber rasmi dan akademik sahaja

ii. kajian lapangan/survey (60-70%)

-Bentuk kajian (pilih atau kombinasi)


-a) Temuramah (kurang daripada 10 responden)
-b) Borang soalselidik
• Minimum 30 responden
• 2-3 halaman
-c) Pemerhatian langsung/observasi (lebih daripada sehari)

1
d. Tempat kajian: disyaratkan di luar PPUKM, digalakkan sekitar Cheras atau kawasan
sekitarnya. Kumpulan sasaran: bebas – tanpa batas umur, jantina, pekerjaan dll

e. Setiap kumpulan perlu menyediakan proposal tugasan dan diserahkan kepada pensyarah
untuk mendapatkan persetujuan dan pengesahan pada Minggu 3. Maklum balas akan diberikan
oleh pensyarah pada Minggu 4.

f. PROPOSAL mesti terdiri daripada 1-2 halaman yang terdiri daripada (5 markah):

a. Tajuk
b. Pengenalan
c. Permasalahan/Pernyataan masalah
d. Objektif
e. Lokasi / Skop
f. Kaedah/metodologi

g. PENULISAN TUGASAN perlu ditulis secara ilmiah dan mengikut format yang ditetapkan,
iaitu.
 Cadangan format/struktur penulisan tugasan HE ialah:

i) Jika memilih menggunakan survei/soal-selidik:


0.0 - Jadual Isi Kandungan
1.0 - Pengenalan
2.0 – Kajian Kepustakaan
3.0 - Analisis Data
4.0 - Perbincangan
5.0 - Kesimpulan
6.0 - Senarai Rujukan
7.0 - Lampiran (soal-selidik, jadual, gambar dll sekiranya ada)

ii) Jika memilih menggunakan temu ramah atau pemerhatian:


0.0 - Jadual Isi Kandungan
1.0 - Pengenalan
2.0 – Kajian Kepustakaan
3.0 – Perbincangan dapatan temu ramah / pemerhatian
4.0 - Kesimpulan
5.0 - Senarai Rujukan
6.0 - Lampiran (soalan temu ramah, jadual, gambar dll sekiranya ada)

2
iii) Jika memilih menggunakan kombinasi soal selidik dan temu ramah atau
pemerhatian:

0.0 - Jadual Isi Kandungan


1.0 - Pengenalan
2.0 – Kajian Kepustakaan
3.0 - Analisis Data dan perbincangan
4.0 – Perbincangan dapatan temu ramah / pemerhatian
5.0 - Kesimpulan
6.0 - Senarai Rujukan
7.0 - Lampiran (soal-selidik, jadual, gambar dll sekiranya ada)

 Format Esei perlu ditaip (komputer) menggunakan tulisan: Arial saiz 11 / New Times
Roman 12 dengan baris langkau 1.5 (1.5 spacing)
 Jumlah halaman ialah di antara 15-20 halaman tidak termasuk lampiran (Lampiran jika
perlu sahaja).
 Tugasan perlu dihantar pada Minggu 11.
 Tugasan perlu dijilid mudah (memadai binding tape sahaja) dan kemas.

h. Markah untuk penyertaan (dalam markah isi = 18%) bermaksud markah


kerjasama/partisipasi antara ahli-ahli kumpulan. Cara: ketua kumpulan akan diberikan
mandat untuk memberi markah kepada ahli kumpulannya. Jika ada ahli yang tidak
memberikan kerjasama, pensyarah akan memberikan markah dengan persetujuan 3 orang
ahli kumpulan tersebut. Pemberian markah untuk penyertaan tidak diwajibkan.

i. Setiap tugasan WAJIB menggunakan sekurang-kurangnya 2 buah buku dan 2 buah


jurnal atau 2 prosiding dan 2 daripada sumber internet dan lain-lain sebagai rujukan
dan perlu disenaraikan dalam bahagian Senarai Rujukan yang disusun secara kronologi
mengikut huruf awal nama pengarang (alphabetical order). Sebarang format yang diikut
perlulah konsisten dan jelas.

3
Contoh penulisan rujukan adalah seperti berikut:
i. Buku
Ting Chew Peh (1987). Hubungan Ras dan Etnik: Suatu Pengantar. Kuala Lumpur:
Pustaka Dimensi
ii. Bab dalam Buku
Sri Rahayu Ismail, Haslinda Abdullah dan Zaid Ahmad (2003). Dimensi Psikologi
Dalam Hubungan Kaum Di Malaysia. Dalam Jayum A.Jawan dan Zaid Ahmad (eds.)
Inter Ethnic Relations, hlm 9-17. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.
iii. Majalah dan Akhbar
Kamaruddin M. Said (1992). Perlembagaan dan Pembinaan Bangsa Malaysia: Satu
Pandangan Sosiologi. Dewan Budaya, Mei: 33-37.
iv. Jurnal
Camroux, David (1996). State response to Islamic resurgence in Malaysia. Asian
Survey, 36(9): 852-868.
Hashim Fauzy Yaacob (2004). Globalisasi dan kesan negatif ke atas budaya.
Pemikir, April - Jun: 1-29.
v. Internet
Kementerian Luar Negeri (2004). Malaysia’s foreign policy. (atas talian)
http://www.kln.gov.my/english/foreignaffairs/foreignpolicy/myforeign.htm (2 Mei
2004)
Stewart, I. (2000). Singapore fires another in merotocracy row. South China
Morning Post. 26 Jan. (atas talian) http://www.singapore.window.org (5 Sept. 2002)

2. PEMBENTANGAN (20%)

Pembentangan tugasan (bermula minggu ke 11 – 14)

KRITERIA

`Kelancaran – 4m
`Isi -4m
`Bahasa -4m
`Kreativiti - 4m
`Kerjasama 4m

3. PEPERIKSAAN AKHIR (50%)

50 soalan salah benar berdasarkan kuliah, tutorial dan bahan bacaan tambahan.

4
A. CONTOH FORMAT MUKA HADAPAN TUGASAN BERTULIS

LOGO UKM

ZT 1043
HUBUNGAN ETNIK
SEMESTER ....SESI....

KUMPULAN KURSUS: ___

TAJUK TUGASAN:

AKTIVITI KOLEJ MENJANA TRANSFORMASI PERPADUAN

PENSYARAH
PM DR FAZILAH IDRIS

NAMA KUMPULAN : WIRA PEJUANG

AHLI KUMPULAN:

NAMA PELAJAR NO. MATRIK


1.
2.
3.
4.
5.

Anda mungkin juga menyukai