Gejala dan wabak tidak mahu kepada anak atau tidak mahu berkahwin semakin berlel uasa di Amerika Syarikat, Perancis dan sebagainya. Fenomena ini membuahkan suatu keruntuhan kepada kekuatan sosial dan tamadun manu sia. Kaum wanita lebih suka memelihara binatang pada melahir dan memelihara anak sendiri. Bagi mereka karier atau adalah kerja lebih penting. Manakala anak-anak adalah se suatu bebanan yang menyusahkan kerana terpaksa menjaga makan minum, sakit demam dan sebagainya. Kalau dulu mereka bebas ke disko, keluar malam balik pagi, bertu kar-tukar pasangan, tetapi setelah berkahwin dan mempunyai anak, kehendak nafsu banyak tersekat. Di negara kita gejala seperti ini telah menular melanda serta menghancurkan akid ah, akhlak dan tamadun manusia semakin hebat Golongan melayu yang rata-rata meng anut islam adalah merupakan jaguh dalam banyak hal seperti ketagihan arak, khalw at, suka berkahwin, suka bercerai, zina, sumbang mahram, budaya rock, lelaki ber lagak perempuan dan sebaliknya, pemuja artis liar dan ditambah lagi dengan kes b ohsia, bohjan, anak gadis lari dari rumah, pelacuran, buang bayi, dera, murtad d an lain-lain lagi. Sidang jumaat yang dimuliakan, Di sinilah letaknya nikmat islam dan kebaikan islam. ketika dunia dalam kebingun gan, kecelaruan dan keruntuhan, maka Allah telah menyediakan pembezaan iaitu Al- Furqan. Firman Allah: [Maha berkat Allah yang menurunkan Al-Furqan kepada hambanya (Muhammad) untuk me njadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam]. (Al-Furqan:1) Manusia tidak tahu hakikat kebaikan dan apakah pula hakikat keburukan?. Apa beza diantara nikah dan zina?. Apakah anak sah dan anak luar nikah?. Apakah judi, ar ak, riba' itu baik untuk manusia?, manusia terpaksa membuat pelbagai penyelidika n untuk mencari jawapannya. Ada yang berjaya, tetapi kebanyakkannya gagal. Tetap i umat islam telah disediakan dengan jawapan yang konkrik, tepat dan bersepadu.M ana yang hak dan mana yang batal, mana yang betul atau pun yang palsu. Inilah ni kmat yang terbesar sekali yang dianugerahkan oleh Allah kepada hambanya iaitu ni kmat islam. Sidang jumaat yang dihormati sekalian, Anak adalah merupakan amanah Allah s.w.t kepada kita. Maka hendaklah kita menjag a amanah tersebut dengan sempurna. Namun begitu Allah telah pun memberikan petun juk dan pedoman untuk menjaga amanah tersebut. Terpulanglah kepada kita untuk me nerima atau menolaknya, tepuk dada tanya iman. Proses pembentukan anak yang soleh dan bertakwa bukanlah bermula pada peringkat bayi, malah bermula sebelum perkahwinan lagi. Sidang jumaat yang dimuliakan, Proses pertama: Niat Sepertimana hadis yang diriwayat oleh Bohari muslim: [Sesungguhnya setiap amalan itu adalah mengikut niat. Dan sesungguhnya bagi seti ap manusia itu mendapat apa yang diniatkan] Seseorang yang bernikah dengan niat untuk melahirkan anak yang berjaya didunia d an akhirat adalah berbeza dengan mereka yang berkahwin semata-mata untuk memuask an hawa nafsu dan tidak mengikut syariat islam. Ini berkemungkinan akan mendapat anak yang berjaya dalam bidang keduniaan semata-mata. Sidang jumaat yang dihormati, Proses kedua: Memilih pasangan yang soleh Mereka yang berkahwin kerana kecantikan semata-mata perlulah bahawa kecantikan a dalah bersifat sementara untuk beberapa tahun sahaja, selepas itu ianya akan ber kedut dan dimakan usia. Perkahwinan bukanlah merupakan kenyataan yang manusia sepanjang masa, tetapi ian ya merupakan ujian kesabaran, pengorbanan dan ujian ketahanan. Berapa ramai manu sia yang cantik-molek, gagah, kacak, kaya-raya.....berkahwin hari ini, bulan dep an bercerai. Manakala isteri yang solehah pula senang mendengar teguran dan nasihat. Mereka j uga selalunya mempunyai inisiatif yang tersendiri untuk membaca, mendengar dan m encari ilmu-ilmu Islam. Sudah tentu mereka inilah yang boleh layak untuk membant u anak-anak supaya menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Sidang jumaat yang dikasihi, Proses ketiga: Menanam benih Sewaktu menanam benih (persetubuhan) hendaklah kita mengikut sunat-sunat yang di ajarkan oleh Rasul s.a.w dengan membaca doa sekurang-kurangnya. Ini adalah penting supaya benih kita mendapat mendapat keberkatan dan terhindar daripada perbuatan-perbuatan syaitan. Sesungguhnya iblis dan syaitan sentiasa bersama kita dalam setiap amalan pekerja an manusia seperti makan, minum dan dalam persetubuhan yang tidak disebut nama A llah. Dengan doa dan mengingat Allah, percampuran suami dan isteri diredhai Allah s.w. t sepanjang masa. Lupa kepada Allah, menderhaka Allah, lebih-lebih lagi benci ke pada Allah, maka itu semua akan lahir anak yang tak kenal Allah. Sidang jumaat yang dimuliakan, Proses keempat: Makanan yang halal Setiap perempuan yang sedang mengandung, mestilah menjauhi dari makanan yang ber asal dari sumber-sumber yang subhah, apatah lagi yang haram seperti perjudian, r iba, rasuah dan sebagainya. Hal ini bukan sahaja semasa mengandung, tetapi sepan jang hari, sepanjang hayat sebagai suami isteri. Untuk menjadi makanan halal dan berkat bila dimakan, hendaklah diucapkan lafaz i jab dan qabul semasa berjual beli. Harta yang dimiliki hendaklah dikeluarkan zak at supaya bersih dan halal, kerana zakat itu bermakna bersih lagi bertambah, mud ah-mudahan kehidupan suami isteri bertambah sayang dan lahir zuriat yang bersih lagi mulia akhlaknya. Disamping itu juga untuk melahirkan zuriat yang soleh, keluarga hendaklah meneka nkan kebersihan dalam makanan, contohnya makanan tidak bersih ialah makan roti c anai/murtabak menggunakan telur ayam yang tidak dibasuh terlebih dahulu, ini ker ana telur yang tidak dibasuh terlebih dahulu menyebabkan roti canai/murtabak men jadi kotor dengan najis ayam. Setiap makanan dan pakaian yang subhah dan haram akan menjadi benih-benih kita s eterusnya menjadi darah daging anak cucu kita yang akan membentuk hati dan peras aan serta akal lalu menjadikan mereka degil, keras hati, bodoh dan sebagainya. Proses kelima: Membanyakkan ibadah Ibu bapa hendaklah banyak beramal dan beribadah. Buat yang wajib dan tambah yang sunat-sunat. Terutamanya solat lima waktu, disamping membanyakkan membaca Al-Qu ran, kerana ia mempunyai kesan langsung kepada lidah, hati dan lebih-lebih lagi kepada janin anak yang sedang dikandung. Ibu bapa hendaklah menjauhi semua jenis maksiat yang boleh sampai kepada janin m elalui pancaindera seperti hiburan, filem, majalah-majalah yang melalaikan dan s ebagainya. Sidang jumaat yang dikasihi, Sebagai kesimpulannya, membentuk anak agar menjadi anak yang soleh lagi pintar d an bijaksana adalah kewajiban kita yang berat dan tidak boleh dipandang ringan k erana ia adalah perintah Allah S.W.T kepada kita. Bila disebut perintah Allah, h ikmah dan rahsianya, alangkah banyaknya jika dunia ini dihuni oleh anak-anak yan g baik tutur katanya, mulia akhlaknya, bijak fikirannya dan alangkah buruknya ji ka dunia ini ramai anak-anak yang buruk akhlaknya, kasar tutur katanya serta per buatannya. Oleh itu kita sebagai ibu bapa dan semua pihak hendaklah tunaikan per intah Allah, itulah hikmahnya, itulah rahsianya perintah dan suruhan Allah s.w.t agar dilaksanakan. Dunia aman, dunia bahagia dan akhirat memperolehi kesejahter aan. [Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup didunia; dan amal-amal so leh yang kekal faedahnya itu lebih banyak pada sisi tuhanmu sebagai pahala balas an, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan] 22.01.2001