Anda di halaman 1dari 29

TUGASAN 2 & 3 NILAI-NILAI BITARA

KKD2063

PEMBANGUNAN SAHSIAH

NAMA : KASTHURI A/P POORNA SUNDAR


NO MATRIKS : D040799
NO.KP : 801129086440

NAMA PENSYARAH : DR.AHMAD JAZIMIN BIN JUSOH


TUGASAN 2

 Huraikan lima aspek ciri guru yang berkesan dalam pengajaran

berdasarkan nilai-nilai Bitara.

PENGENALAN

Pembangunan sahsiah merangkumi penampilan fizikal, sikap, tingkah laku, pemikiran,

perasaan, sosial dan rohani individu. Berdasarkan kesemua aspek tersebut, seseorang individu

boleh dinilai sahsiahnya. Selalunya individu yang mempunyai sahsiah yang baik menunjukkan

penampilan fizikal yang kemas, sikap yang beramah mesra, tingkah laku yang boleh diterima

oleh norma dan nilai masyarakat, dapat mengawal perasaan diri, boleh bergaul mesra dengan

orang lain serta memegang kepada nilai agama sendiri. Manakala, individu yang dikatakan

mempunyai sahsiah yang bermasalah lebih cenderung kepada masalah disiplin, tingkah laku

devian, penyalahgunaan dadah dan memegang nilai-nilai atau budaya yang bercanggah dengan

norma masyarakat.

Pembangunan sahsiah merupakan satu fokus yang begitu penting terutamanya dalam

konteks pendidikan yang melibatkan para pendidik. Menurut Abdul Jalil (1998), pembangunan

sahsiah yang sempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh ajaran agama dan nilai-nilai budaya

dalam masyarakat dengan pembangunan intelektual merupakan kejayaan kepada masyarakat dan

negara. Ia merupakan satu wadah pengisian dalam kehidupan individu yang melibatkan aspek

rohani, jasmani, intelek dan emosi iaitu selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.
Sahsiah adalah perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud keperibadian atau

peribadi (Kamus Dewan, 2011). Maksud peribadi pula ialah manusia sebagai diri sendiri, sifat-

sifat (kelakuan, sikap) seseorang yang sudah sebati dengan diri sendiri untuk membentuk watak

dirinya. Ia juga menggambarkan sifat personaliti unik individu yang membezakan dirinya dengan

individu yang lain (Cloninger, 2008). Menurut Siti Fatimah (1993), sahsiah merujuk kepada

sistem tingkah laku individu. Ini bererti setiap individu ada cara bertindak yang tersendiri dan

cara bertindak itu adalah lebih kurang sama dari sehari ke sehari. Namun, Abdul Majid dan Rahil

(1995) mendefinisikan sahsiah sebagai perkaitan antara penilaian, perasaan, emosi dan perlakuan

manusia.

Sahsiah atau personaliti adalah corak keseluruhan seseorang individu yang merangkumi

cara seseorang berfikir, berasa, bertingkah laku dan berhubung dengan alam sekitarnya (Ee Ah

Meng, 1999). Selain itu, sahsiah juga merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang individu

secara keseluruhan. Ini merangkumi perangai, kecerdasan, sentimen, sikap, minat, kepercayaan,

cita-cita dan nilai-nilai. Allport (dalam Cloninger, 2008) menyatakan sahsiah adalah organisasi

dinamik sistem psikofizikal pada seseorang individu yang menentukan tingkah laku dan

fikirannya yang khusus. Sahsiah manusia boleh diperhati, dikenalpasti dan diperihalkan (Asmah

dan Herman, 1995). Pembangunan sahsiah merujuk kepada aspek perubahan pada diri manusia

itu sendiri sama ada perubahan itu ke arah positif atau negatif (Wan Azmi, 1992). Perubahan

yang positif akan membentuk individu yang berdikari dengan segala nilai positif yang murni.

Pembangunan sahsiah juga membawa makna membina akhlak, peribadi dan tingkah laku dengan

matlamat menjadikan seseorang itu bertamadun, intelek, murni dan berdaya maju (Mohd Nasir et

al. 2006). Maka, fokus pembangunan tersebut merangkumi tingkah laku secara keseluruhan sama

ada dalaman atau luaran.


 NILAI-NILAI BITARA

Bitara membawa maksud unik, unggul, tiada tolok bandingannya dan lain dari yang lain. 6 nilai

yang membentuk personaliti Bitara yang mesti dimiliki ialah integriti, profesional, semangat

berpasukan, berorientasikan pelanggan, prihatin kebajikan anggota dan bersikap kreatif dan

inovatif.

1. INTEGRITI

Integriti adalah suatu kualiti yang dimiliki secara konsisten bagi mendokong prinsip

moral tinggi atau tahap profesionalisma. Ianya merupakan satu sebati yang tidak boleh

dipisahkan, yang sempurna dan tidak boleh dirosakkan. Secara ringkasnya, ia adalah suatu

pemilikan kualiti yang konsisten. Sebagai contoh, amalan belajar adalah sebahagian daripada

ibadah kita di mana sesungguhnya setiap amal itu bermula dengan niat. Segala pemikiran,

amalan dan tingkah laku ialah ibadah jika dilakukan dengan niat kerana Tuhan. Intailah

keredhaan Tuhan setiap masa. Ini juga termaktub di dalam perkara pertama Rukun Negara kita

iaitu Kepercayaan kepada Tuhan yang perlu dipatuhi oleh semua rakyat Malaysia. Ibadah juga

membawa maksud membuat segala perkara yang baik dalam kehidupan seharian. Kita mestilah

ingat bahawa Tuhan melihat kita setiap masa, oleh itu kita tidak harus melakukan perbuatan

yang mungkar. Didiklah diri kita untuk meredhai semua ketentuan-Nya dan mengaturkan

kehidupan. Hindari segala keburukan, maksiat, kejahatan dan segala perlakuan yang merosakkan

diri kita dan juga orang lain. Sebagai ahli akademik dan guru, personaliti Bitara memainkan

peranan penting untuk menjamin masa depan yang cemerlang. Dalam membentuk personaliti

Bitara ini, nilai integriti mempunyai empat ciri guru yang berkesan iaitu bersikap adil, amanah,

akauntabiliti dan telus.


 Adil: Guru memulakan dan menamatkan pengajarannya tepat pada masanya dan dalam

tempoh yang telah ditetapkan. Guru tidak menggunakan masa yang sepatutnya untuk

“mencuri tulang” atau membuang masa dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak

berkaitan dengan hal akademik. Misalnya, membuat kerja sendiri semasa waktu mengajar.

 Amanah: Bersikap amanah tentunya adalah dengan menyampaikan fakta yang benar dalam

pengajaran. Guru juga menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan murid-murid

mengikut jadual yang ditetapkan. Guru digalakkan supaya membuat jadual waktu tersendiri

yang mengandungi masa konsultasi yang telah ditetapkan. Dengan demikian, guru dan

murid-murid dapat mengaturkan sistem pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan

melalui perancangan yang telah ditetapkan. Guru juga tidak menciplak harta intelek orang

lain dan menjaga serta menyayangi harta dan kemudahan sekolah dengan amanah.

 Telus: Petunjuk seterusnya untuk nilai integriti ialah bersikap telus. Guru mestilah

melaksanakan proses pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran secara adil dan telus

mengikut jadual dalam tempoh masa yang ditetapkan.

 Akauntabiliti: Guru juga harus mempamerkan sikap akauntabiliti dengan melaksanakan

proses pengajaran dan pembelajaran mengikut rancangan instruksi yang ditetapkan.

Sekiranya guru diarah menjalankan sesuatu program, ianya haruslah disempurnakan

mengikut masa yang ditetapkan. Segala arahan dan peraturan daripada ketua jabatan haruslah

dipatuhi dan a mestilah bertanggungjawab ke atas kesalahan yang dilakukan oleh diri sendiri

dan tidak menyalahkan mana-mana pihak.


2. PROFESIONAL

Profesional merujuk kepada kemampuan dan kemahiran dalam profesion serta

melibatkan kemahiran dan kecekapan. Nilai ini membawa maksud melatih diri agar mencapai

tahap kompetensi yang dikehendaki. Apakah tahap kompetensi yang dikehendaki dalam

profesion anda? Tidak kiralah sebagai seorang warganegara mahupun sebagai guru sekolah,

haruslah menunjukkan minat yang mendalam untuk mempelajari perkara baru dan mengikuti

sesi pengajaran dan pembelajaran dengan sepenuhnya. Hasil tugasan perlu meningkat secara

berterusan. Hampir semua syarikat swasta kini memastikan setiap pekerja menghasilkan tugasan

yang berterusan dan sekiranya tidak memenuhi piawaiannya, pekerja tersebut akan ditamatkan

kontrak. Nilai profesional mempunyai empat ciri guru yang berkesan iaitu beretika, iltizam, cinta

ilmu dan kompeten.

 Beretika: Guru mestilah sentiasa mengutamakan kepentingan organisasi. Berdasarkan

konteks ini, organisasi adalah sekolah kita. Maruah guru yang lain sebagai rakan sekerja dan

murid- murid juga mesti dijaga. Ini termasuk tidak mengaibkan markah murid-murid kepada

umum dan tidak bercakap sumbang di belakang mereka.

 Iltizam: Bersikap iltizam atau komited adalah menjalankan tugasan dengan penuh semangat

dan dedikasi. Skop tugasan guru adalah pengajaran dan pembelajaran. Tugasan ini perlu

dirancang dan dilaksanakan dengan terperinci dan teliti. Guru perlu melaksanakan tugasan

dan tanggungjawab dengan sepenuh hati tanpa mengira masa. Sebagai contoh, anda mungkin

dikehendaki menjalankan aktiviti pada hujung minggu. Usahlah menganggapnya sebagai

beban yang amat berat tetapi fikirkannya sebagai bukan selalu dan adalah sebahagian

daripada tugas anda untuk menyampaikan ilmu kepada murid-murid anda. Pastikan juga
potensi diri dapat dipupuk dan direalisasikan. Jadikan diri anda sebagai contoh dan teladan

kepada rakan sekerja terutamanya murid-murid.

 Cinta Ilmu: Guru kini dikehendaki menjalankan penyelidikan dalam bidang tugas mereka.

Maka penyelidikan haruslah dijalankan dengan sempurna di samping menghadiri sekurang-

kurangnya dua wacana ilmu setahun untuk menghasilkan tugasan dalam pelbagai bentuk.

Kaedah tugasan yang digunakan mestilah mengutamakan sumber maklumat. Berdasarkan

cara ini, anda dapat melaksanakan strategi yang boleh membangunkan minda murid-murid

dan diri sendiri. Rangkaian dengan rakan sekerja dan murid-murid juga dibina dan pastikan

diri selalu membaca dan mencari sendiri.

 Kompeten: Mempunyai sikap kompeten adalah dengan menyiapkan tugasan yang berkualiti

dan efisyen dalam jangka masa yang ditetapkan. Guru juga harus mencapai tahap kecekapan

dalam tempoh yang ditentukan. Sebagai contoh, memastikan pembelajaran yang disampai

kepada murid-murid, dapat difahami dengan baik dan diaplikasikan dalam kehidupan

seharian mereka. Guru juga digalakkan menyampaikan ilmu dan kemahiran baru kepada

rakan sekerja dan murid-murid. Tidak semestinya sebagai seorang guru hanya menggunakan

rangka instruksi dan rangka kursus yang dahulu. Untuk memastikan pembelajaran anda

adalah bersifat kontemporari dan sepanjang zaman, guru harus meningkatkan dan

memperkemas diri dengan ilmu dan kemahiran baru yang relevan dengan tajuk

pembelajaran.
3. SEMANGAT BERPASUKAN

Semangat berpasukan adalah sekelompok modal insan yang bekerja tolong-menolong di

bawah satu kepimpinan, untuk mencapai suatu matlamat dalam jangka masa tertentu dan

menggunakan kaedah tertentu. Setiap ahli kumpulan mestilah saling menghormati dan mengelak

daripada bercakap buruk atau fitnah dibelakang antara satu sama lain. Amalkan sikap

bekerjasama dalam membuat sesuatu keputusan dan bertolak-ansur antara ahli kumpulan.

Dengan menganggap mereka sebagai ahli keluarga sendiri, ianya menjadi mudah untuk menegur

secara hikmah rakan yang terpesong daripada norma kumpulan. Guru juga perlu mengingati

setiap kebaikan rakan kumpulan dan sumbangan yang mereka berikan. Terdapat empat ciri guru

yang berkesan untuk nilai semangat berpasukan iaitu muafakat, fokus matlamat, hormat-

menghormati.

 Muafakat: Mempunyai sikap muafakat dalam kerja berkumpulan dapat menyelesaikan

masalah secara bersama. Dalam kalangan ahli rakan sekumpulan, salah faham dan prasangka

dapat dielakkan. Galakkan dan bantuan juga dapat diberikan kepada rakan sekumpulan dalam

meningkatkan pencapaian akademik. Selain itu, guru baru yang kurang pengalaman juga

dapat dibimbing serta diberi peluang kepada mereka untuk turut serta dalam kegiatan

akademik. Walaupun guru baru tiada di dalam sesuatu kelas, sebagai guru boleh membantu

murid-murid yang kurang pengalaman untuk terlibat dalam kumpulan yang lebih

berpengalaman. Anda juga digalakkan untuk menyatukan murid-murid yang berlainan

agama, bangsa dan budaya supaya persefahaman, budaya ilmu dan corak pemikiran dapat

diintegrasikan.
 Fokus Matlamat: Ahli kumpulan mestilah berkerjasama dalam melaksanakan tugas demi

menaikkan reputasi sekolah. Visi dan misi sekolah haruslah dipegang dan dilaksanakan oleh

setiap guru an murid. Matlamat jangka masa pendek dan panjang perlu dirancang dan

ditetapkan sebagai satu langkah keberkesanan dalam pencapaian.

 Hormat-Menghormati: Sikap hormat-menghormati haruslah ditanamkan di dalam setiap

ahli sekolah untuk memupuk dan mengamalkan sikap saling mempercayai dalam kalangan

rakan sekerja. Berikan penghormatan yang selayaknya kepada rakan sekerja tanpa mengira

usia dan seniority . Menghormati hak dan keistimewaan orang lain adalah sikap utama yang

dapat menangani masalah konflik dan salah faham di dalam kumpulan. Sebagai guru, harus

menghormati murid-murid dengan menggunakan bahasa yang sesuai, tidak

menyalahgunakan kuasa dan memberikan penilaian yang sewajarnya.

4. BERORIENTASIKAN PELANGGAN

Sebagai seorang guru, haruslah kita ingat dan sedar bahawa guru merupakan aset yang sangat

bernilai kepada dirinya, keluarga, bangsa, agama dan negara. Setiap perkhidmatan yang akan

diberikan perlulah sentiasa berorientasikan kepada kepuasan orang lain terutamanya dengan

ibubapa dan murid. Nilai Bitara berorientasikan pelanggan dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu

responsif, berkualiti, mesra dan proaktif.

 Responsif

Responsif bermakna tindakan yang segera dan cepat. Guru yang responsif akan

meakukan tuganya tanpa diarah dan ditegur. Guru harus mencari maklumat yang relevan

dan tepat dengan perkembangan semasa untuk melahirkan warganegara yang responsif.
 Proaktif

Proaktif perlu ditanam dalam diri seseorang guru. Guru yang proaktif bijak mengaturkan

kerjanya dengan sistematik. Individu yang proaktif juga akan sentiasa berjaga-jaga,

menyediakan strategi atau perancangan bagi menghindari sebarang halngan dalam setiap

tindakan dan tugas yang dilakukan.sebagai seorang guru, meranvang dan merangka

keperluan murid berdasarkan apa yang diperlukan dalam pasaran pekerjaan.

 Mesra

Kemesraan merupakan satu aspek penting dalam menjadi seorang guru yang mesra akan

mewujudkan persekitaran yang juga mesra dan menimbulkan suasana yang gembira di

sekolah. Guru juga akan gembira untuk datang ke sekolah bejumpa murid dan berjumpa

rakan-rakan sekerja yang lain. Sentiasa mengamalkan senyuman, mengangguk kepala

apabila berjumpa rakan sekerja, menyapa rakan-rakan dan murid apabila berjumpa dan

perlu mengamalkannya secara konsisten. Jika seseorang yang mudah mesra, murid dan

rakan-rakan guru yang lain juga akan mesra dengannya.

 Berkualiti

Melakukan sesuatu tugasan dengan berkualiti adalah petunjuk terakhir dalam nilai bitara

ini. Kerja yag berkualiti merupakan kerja yang telah dilakukan dan memberi kepuasan

kepada pelanggan dan menepati kehendak pelanggan. Kerja atau tugasan tersebut juga

dikatakan berkualiti apabila ia menepati kriteria sesuatu kerja atau standard tertentu.

Misalnya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, maklumat yang diberikan perlulah
tepat, sumber yang betul dan lengkap. Jika ,sebaliknya ia akan memberikan kesan buruk

kepada pelanggan. Terutamanya dalam kontek sekolah i akan mendatangkan salah faham

kepada murid terhadap maklumat tersebut. Dengan adanya teknologi yang semakin

canggihseprti komputer riba, kemudahan internet, telefon bimbit dan media massa yang

pelbagai guru boleh memberi maklumat dalam bentuk pelbagai media.

5. KREATIF DAN INOVATIF

Mencipta sesuatu bukan bermaksud kreatif. Malah memikirkan sesuatu idea yang bernas juga

adalah sesuatu yang dikatakan kreatif. Kreatif dimksudkan dengan kebolehan seseorang

individu untuk mengembangkan sesuatu idea baru daripada sumber asli yang serta kebolehan

untuk mencipta serta menghasilkan sesuatu idea sama ada dalam sesuatu kaedah, sistem, adat

dan sebagainya.

 Berdaya cipta

Sebagai seorang guru perlu mempunyai daya cipta yang kreatif dan inovatif agar sentiasa

akses kepada ilmu baru. Guru perlu meneroka ilmu baru dari semasa ke semasa. Guru

perlu mencari pelbagai ilmu untuk menambah ilmu yang dipelajari dalam kelas. Guru

juga harus sentiasa bijak dan kreatif untuk meneroka dan mencari ilmu tambahan bagi

menyampaikan maklumat yang betul terkini dan mantap kepada murid-murid. Guru juga

boleh menyertai pelbagai pertandingan, peraduan dan sebagainya bagi merangsang

kreativiti dan daya rekacipta dalam pelbagai bidang khususnya biddang pendidikan.
 Penambahbaikan Berterusan

Kita perlu melakukan penambahbaikan secara berterusan bagi mengelakkan rasa jemu

dan bosan apaila melakukan sesuatu kerja. Sebagai guru penambahbaikan beterusan

merangkumi cara mengajar, pendekatan baru untuk mengajar, campuran pelbagai teknik

pengajaran, latihan dan kerja secara berkumpulan.

 Rebut Peluang

Dalam bidang pendidikan sentiasa merebut peluang adalah untuk mendapatkan peluang

yang sedia ada. Terutamanya cara mendapat dan menyebar ilmu sebagai contoh iklan

mengenai seminar yang berkaitan bidang pendidikan untuk guru, guru perlu merebut

peluang yang ada untuk menimba ilmu baru. Peluang tidak selalu datang. Guru perlu

bijak merebutnya. Jika di sekolah, sering kali terdapat banyak tawaran hebat utuk

menunjukkan kreatif guru. Ambil peluang yang ada sebagai meningkatkan kreatif diri

sebagai guru. Jika terdapat tawaran untuk guru berkursus di luar daerah, jangan anggap

tawaran tersebut sebagai beban tugas tetapi anggaplah peluang tersebut sebagai cara

untuk meluaskan jaringan guru dengan pihak guru di sekolah lain atau menambahkan

kenalan dengan jabatan lain. Peluang ini tidak akan datang jika anda hanya berada di

sekolah dan mengajar.


 Nilai Tambah

Nilai tambah dalam petunjuk bitara kreatif dan inovatif bermaksud guru menggunakan

kemudahan media dan teknologi seperti kemudahan internet tanpa wayar, kemudahan

sistem portal pelajar di universiti, kemudahan telefon dalam proses pembelajaran di

universiti sebagai mungkin. Di sekolah juga sebagai guru menyebarkan ilmu baru hasil

pembacaan kepada pelajar dan rakan-rakan sejawat.


TUGASAN 3

 1(a) Huraikan satu isu yang melanggar etika profesion perguruan.

Perguruan bermaksud pekerjaan sebagai guru. Jadi ia adalah salah satu kerjaya (profesion)

sebagaimana halnya dengan kerjaya-kerjaya yang lain dalam masyarakat seperti guaman,

akauntan, perubatan, kaunseling, kejuruteraan, perniagaan dan sebagainya. Sebagai sebuah

kerjaya keguruan, ia tertakluk kepada pelbagai syarat yang dikenakan seperti kod etika dan

sebagainya yang bertujuan melahirkan modal insan guru yang berkualiti, berketerampilan, terpuji

dan dapat menjadi model yang unggul kepada pelajar-pelajarnya (Hasan, 2002)

Guru perlu mempunyai tatasusila yang tinggi dan berkomitmen menjalankan tugas

sebagai pendidik yang baik. Sepanjang tahun 1995 hingga tahun 2008, sebanyak 41 kes

keruntuhan moral membabitkan guru dilaporkan (Utusan Malaysia, 18 September 2008)

termasuklah perbuatan sumbang mahram dan bersekedudukan. Media juga turut melaporkan kes-

kes lain seperti guru memukul murid, guru besar menyembunyikan kes-kes disiplin, guru

menyebarkan ajaran anti kerajaan dan sebagainya yang telah menarik perhatian umum serta

menguji kredibiliti profesion perguruan. Pendedahan-pendedahan salah laku guru-guru boleh

mengakibatkan kewibawaan profesion perguruan tergugat pada mata umum. Hal ini

bertentangan dengan peranan dan tatasusila dan kod etika perguruan di Malaysia yang

menyatakan guru perlu mematuhi kod etika perguruan iaitu menjalankan tanggungjawabnya guru

kepada pelajar, ibu bapa pelajar, rakan sejawat dan masyarakat dan Negara.

Dewasa ini, banyak perkembangan dan pembangunan dari pelbagai aspek yang berlaku

di sekeliling kita. Sama ada kita sedar atau tidak, perkembangan dan pembangunan yang kita

lihat hari ini adalah hasil kerjasama ahli masyarakat terutamanya golongan profesional. Antara
bidang profesional yang terlibat adalah keguruan, perubatan, kejuruteraan, perundangan dan

lain-lain. Apa yang dimaksudkan dengan profesional? Menurut Ornstein dan Levine (1993),

konsep profesional merujuk kepada ciri – ciri yang terdapat dalam kalangan ahli suatu

profesion. Antara ciri-ciri yang telah dinyatakan adalah cekap dan mempunyai pengetahuan

yang mendalam dalam bidang yang diceburi dan adanya kod etika yang mengawal tingkah laku

ahli.

Guru juga adalah seorang yang profesional. Ini bermakna guru adalah seorang yang

mendapat latihan yang khusus, berpengetahuan luas dan pakar dalam bidang yang diceburi

serta ada kod etika yang tersendiri. Merujuk kepada ciri-ciri yang dinyatakan, profesion

keguruan pada hari ini dilihat semakin goyah kerana ada segelintir guru yang sanggup

melanggar kod etika keguruan yang telah sedia termaktub. Ini terbukti apabila semakin banyak

isu mengenai salah laku guru tersiar di internet dan dada-dada akhbar. Ini sudah tentu akan

menganggu gugat martabat profesion keguruan sebagai suatu profesion yang mulia. Oleh itu,

esei ini akan membincangkan mengenai dua isu salah laku guru yang melanggar kod etika

keguruan iaitu penyalahgunaan masa dan penyalahgunaan wang.

Isu pertama adalah berkenaan penyalahgunaan masa. Di Malaysia, waktu bagi satu sesi

persekolahan yang umum adalah dari pukul 7.30 pagi hingga 1.15, iaitu lebih kurang enam jam

tidak termasuk aktiviti kokurikulum pada sebelah petang. Sepanjang tempoh ini, murid – murid

dan guru terlibat secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walau

bagaimanapun, sejak kebelakangan ini timbul isu penyalahgunaan masa di kalangan guru di

sekolah. Memang benar isu penyalahgunaan ini jarang tersiar di media massa kerana ianya
lebih menjurus kepada hal ehwal dalaman sekolah, tetapi adalah penting bagi kita untuk

membendung isu ini daripada terus menular. Antara contoh penyalahgunaan masa di sekolah

adalah guru tidak menepati masa memasuki kelas, guru tidak menyampaikan isi pengajaran

dengan bersungguh-sungguh, guru mengajar tidak mengikut sukatan pelajaran yang telah

ditetapkan oleh kementerian, guru tidak menepati masa keluar daripada kelas, guru

menggunakan masa di sekolah dengan melakukan kerja yang tidak berkaitan dengan

pendidikan misalnya melayari facebook, ber’chatting’, bergosip, melepak di kantin, guru

melakukan kerja sambilan di malam hari (misalnya mengajar tuisyen, berniaga di pasar malam)

hingga menjejaskan produktivitinya dalam menyampaikan P&P di siang hari dan banyak lagi.

Merujuk kepada permasalahan yang dinyatakan, terdapat dua punca utama kenapa

masalah ini boleh berlaku iaitu individu dan pentadbir. Pertama, indivdu dalam konteks ini iaitu

guru mempunyai sikap yang tidak seperti mempunyai sikap malas dan tidak ambil peduli,

kurang komitmen dalam kerja, kurang nilai dalam kehidupan, dan etika kerja yang lemah.

Apabila sikap ini wujud, maka individu tersebut mengambil ringan tugas yang telah

diamanahkan sehinggakan tiada lagi rasa tanggungjawab untuk bersungguh -sungguh dalam

mendidik anak bangsa dan apa yang penting bagi mereka hanyalah gaji yang bakal diterima

pada setiap bulan.

Punca seterusnya adalah daripada pihak pentadbir. Penguatkuasaan yang lemah dan

kurangnya pemantauan yang dilakukan telah mendorong kepada berlakunya permasalahan ini.

Apabila tiada pemantauan dan penguatkuasaan juga lemah, maka guru-guru menjadi lebih

berani untuk masa kerana mereka tidak perlu risau akan akibat daripada tindakan mereka.
Masalah ini jika tidak dibendung akan mendatangkan kesan yang amat buruk kepada banyak

pihak terutamanya kepada guru sebagai ahli profesional dan murid-murid. Antara kesan yang

boleh dilihat daripada permasalahan ini adalah merosotnya prestasi kerja guru dan pencapaian

pelajar di sekolah. Masyarakat juga akan memandang sinis akan profesiaon keguruan dan tidak

yakin dengan kebolehan guru dalam mendidik anak-anak mereka. Menyedari akan kesan yang

akan menimpa jika permasalahn ini tidak dibendung, maka semua pihak termasuk pihak

pentadbir, rakan sejawat, dan individu itu sendiri perlu memainkan peranan bagi memastikan

permasalahan ini tidak terus menular dan menjadi semakin teruk.

Pertama, pihak pentadbir perlulah sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa

terhadap prestasi kerja guru-guru di sekolah. Dengan adanya pemantauan secara berterusan,

maka peluang guru untuk menyalahgunakan masa di sekolah adlah terbatas. Seterusnya, pihak

pentadbir juga perlu berusaha mngenal pasti dan bersedia memberikan khidmat nasihat kepada

guru yang bermasalah. Jika pihak pentadbir tidak mampu, maka bolehlah merujuk guru tersebut

kepada kaunselor. Akhirnya, pihak pentadbir boleh mengambil tindakan tegas dengan

memberikan amaran dan mngenakan tindakan tatatertib kepada guru yang terlibat jika masalah

yang dilakukan adalah serius dan berulang. Dengan cara ini, guru – guru akan sedar akan

kesilapan diri dan tidak akan mengulanginya lagi. Rakan sejawat juga perlu memainkan peranan

dalam maenangani masalah ini yang bermasalah memberikan nasihat dan dorongan supaya guru

yang terlibat dalam penyalahgunaan masa itu dapat mengubah dirinya.

Selain itu, individu yang terlibat juga perlu memainkan peranan dalam usaha untuk

berubah menjadi lebih baik. Antara cara yang boleh dialkukan adalah dengan cara sentiasa

muhasabah diri tentang apa yang telah dilakukan. Dengan cara ini, segala kekuatan dan
kelemahan dapat dikenalpasti dan diperbaiki. Ia juga akan menimbulkan kesedaran untuk

berusaha menjadi lebih baik. Seterusnya, guru perlu bijak dalam memilih kawan yang mampu

menjadi teladan agar diri akan lebih terarah untuk mencontohi sifat - sifat yang ideal sebagai

seorang guru. Akhir sekali, guru juga boleh menyediakan log aktiviti supaya tugas dapat

dilaksanakan dengan lebih terancang dan tiada pembaziran masa.

Isu kedua adalah berkenaan penyalahgunaan wang. Sejak akhir-akhir ini, semakin

banyak isu mengenai penyalahgunaan wang di kalangan guru disiarkan dalam media massa.

Sebagai contoh, seorang guru telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana memalsukan invois dan

pesanan kerajaan yang mengandungi butir palsu (Berita Harian, 2008). Antara contoh lain

penyalahgunaan wang yang berlaku di sekolah adalah seperti memaksa murid membeli buku

aktiviti tambahan untuk dapatkan komisyen daripada pengedar, melakukan pembelian tanpa

mengikut tatacara pembelian, mengemukakan tuntutan perjalanan yang mengandungi butiran

yang palsu, guru mengutip yuran khas daripada pelajar tetapi tidak menyerahkannya kepada

pihak sekolah dengan tujuan membelanjakan wang tersebut untuk kepentingan diri, guru tidak

mengeluarkan resit bagi setiap pembayaran yang dilakukan murid dan banyak lagi Ada

beberapa sebab kenapa masalah ini berlaku. Pertama adalah berpunca dari individu yang

menguruskan wang itu sendiri. Guru yang terlibat dalam penyalahgunaan wang biasanya

mempunyai sikap tamak dan ingin hidup mewah. Apabila tamak dan kehendak yang tidak

kesampaian menguasai diri, maka guru menjadi gelap mata dan bertindak menggelapkan wang

yang telah diamanahkan kepadanya. Ini berkait rapat dengan penghayatan nilai murni dan

keimanan dalam diri. Guru yang menyalahgunakan wang tidak menghayati nilai kejujuran

dalam hidup dan lemah imannya untuk menepis godaan syaitan. Seterusnya adalah guru
tersebut kurang faham akan prosedur dalam menguruskan wang menyebabkan guru tersebut

secara sambil lewa menguruskan wang yang dikutip dan diperuntukkan. Akhir sekali, guru

tersebut biasanya lemah dalam menghayati kod etika profesionnya yang menggariskan batas-

batas tatacara pengurusan kejayanya.

Punca yang kedua mengapa masalah ini boleh berlaku adalah dari pihak pentadbir.

Antaranya ialah penguatkuasaan yang lemah dan kurangnya pemantauan yang dijalankan oleh

pihak pentadbiran terhadap pengurusan wang di sekolah. Apabila kurangnya pemantauan dan

penguatkuasaan juga adalah lemah, maka guru-guru menjadi lebih berani untuk menggelapkan

wang kerana mereka tidak perlu risau akan akibat daripada tindakan yang diambil. Tidak kurang

juga pihak pentadbir yang kurang jelas mengenai prosedur pengurusan perbelanjaan di sekolah

yang menyebabkan guru-guru mengambil kesempatan menipu atau memalsukan butir-butir

perbelanjaan untuk kepentingan diri. Masalah ini jika dibiarkan berterusan akan menjurus

kepada permasalahan yang lebih besar dan kesannya amatlah buruk. Menyedari hakikat ini,

maka langkah yang sesuai dan berkesan perlu diambil. Pertama, pihak pentadbir perlu

mempertingkatkan lagi sistem pemantauan (monitoring) dan susulan yang sedia ada supaya

lebih berkesan dan cekap dengan cara sentiasa memeriksa Buku Tunai dan Buku Resit bagi

mengelakkan daripada berlakunya penyelewengan dan penyalahgunaan wang sekolah.

Seterusnya guru besar hendaklah mengambil tindakan segera terhadap segala kelemahan yang

dibangkitkan, menyelia tugas-tugas pungutan sekolah dengan lebih cekap bagi mengelakkan

penyelewengan dan penyalahgunaan pendapatan sekolah, membuat penyelidikan yang rapi

terhadap guru-guru di bawah jagaan bagi memastikan mereka memahami undang - undang,

peraturan kewangan, pekeliling-pekeliling dan arahan - arahan yang diedarkan dari masa ke
semasa supaya dapat melaksanakan tugas dengan lebih cekap dan akhir sekali guru besar

hendaklah peka terhadap teguran dan nasihat Audit agar dapat mempertingkatkan kualiti

pengurusan kewangan di sekolah.

Rakan sejawat juga memainkan peranan penting dalam membendung masalah ini

dengan cara memberi nasihat kepada rakan yang menyalahgunakan wang supaya sedar akan

kesalahan yang telah dilakukan dan melaporkan kepada pihak pentadbiran tentang kesalahan

yang telah dilakukan oleh rakan serta tidak bersubahat dalam menyalahgunakan wang. Akhir

sekali adalah bergantung kepada individu itu sendiri untuk berubah. Guru yang terlibat dalam

penyalahgunaan wang perlu sentiasa bermuhasabah diri dan hidup mengikut kemampuan.

Seterusnya, guru perlu bijak dalam memilih kawan yang boleh menjadi teladan dan mampu

memberi nasihat agar dapat terus memperbaiki kelemahan diri, bekerja dengan ikhlas dan

tekad menolak rasuah dengan tegas.

Secara kesimpulannya, guru sebagai penjawat awam perlu berpegang teguh kepada kod

etika yang telah digariskan. Isu-isu pelanggaran kod etika keguruan seperti isu penyalahgunaan

masa dan penyalahgunaan wang di sekolah perlu dibendung daripada terus menular kerana ianya

membawa kesan yang buruk terhadap profesion keguruan, pembangunan modal insan dan masa

depan anak bangsa.

Jelasnya, guru sepatutnya tidak mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku terhadap

pelajar tetapi sebaliknya membantu mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi. Selain itu

terdapat kes di mana guru menyebarkan sesuatu yang menjejaskan keselamatan negara. Hal ini

bertentangan dengan tanggungjawab guru yang sepatutnya tidak menyebarkan sesuatu ajaran
yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau Negara (Utusan Malaysia, 18

September 2008). Oleh yang demikian, Etika Profesion Perguruan penting untuk menjadi

panduan guru-guru dalam menjalankan tugas mendidik. Bakal-bakal guru harus mengetahui kod

etika profesion perguruan serta mematuhinya demi menjamin martabat profesion perguruan

dipandang mulia. Etika yang dipegang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ialah berlandaskan

‘Tatasusila Profesion Perguruan’. Etika inilah yang menjadi landasan yang perlu diikuti dan

dihayati oleh para guru di Malaysia. Penghayatan dan pengamalan etika-etika ini akan

memartabatkan lagi kedudukan guru sebagai profesion yang dimuliakan oleh masyarakat sejak

dahulu. Kejayaan dalam melahirkan guru yang beretika bergantung kepada sejauh mana guru

komited dengan etika perguruan yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Persoalannya sekarang adakah para guru tahu dan mengamalkan etika perguruan yang ada. Ikrar

di bawah merupakan satu bentuk penyataan etika secara jelas yang dipersetujui untuk dipatuhi

oleh guru sekiranya terlibat dalam profesion perguruan.

Isu pada kini yang sering dikaitkan dengan profesion guru ialah masalah pencabulan dan

rogol terhadap murid di kalangan guru lelaki. Masalah ini adalah salah satu isu yang melanggar

etika dalam profesion perguruan. Gejala ini haruslah dibendung demi menjaga nama baik

profesion perguruan di mata masyarakat. Kita juga sering mendengar di akhbar-akhbar mengenai

isu ini. Kebiasaannya, murid-murid takut untuk melaporkan jenayah yang dilakukan oleh guru

ini kerana mereka telah diugut oleh guru supaya tidak memberitahu sesiapa akan jenayah yang

telah mereka lakukan. Perbuatan terkutuk ini haruslah dipandang serius oleh setiap lapisan

masyarakat supaya profesion perguruan akan lebih terjamin dan mempunyai nama baik.

Permasalahan yang timbul ini adalah disebabkan daripada guru itu sendiri dimana guru-guru

tidak menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka sendiri apabila memegang jawatan sebagai
seorang guru. Selain itu juga, guru-guru yang bermasalah seperti ini kurangnya pendedahan

agama yang kuat serta tidak mempunyai tanggungjawab yang tinggi terhadap anak didik mereka.

Mereka juga menganggap jawatan guru yang dipegangnya itu adalah sekadar unutk mengajar di

dalam kelas. Guru merupakan satu profesion mendidik dan membentuk modal insan yang

cemerlang serta melahirkan satu golongan yang berjaya di masa hadapan. Profesion guru bukan

untuk disalah guna dengan menganggap ia merupakan satu profesion yang mudah dan

menyenangkan. Tanggungjawab dalam membentuk modal insan adalah merangkumi semua

aspek kehidupan. Guru seharusnya memberikan masa depan yang cerah kepada anak didiknya,

bukan memberikan jalan yang gelap serta kehancuran kepada anak didik mereka.

KUALA LUMPUR: Perlakuan guru yang mencabul pelajar sesuatu yang cukup

memalukan dan mencemarkan martabat profesion perguruan. Setiausaha Agung Kesatuan

Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Peng, berkata perkara seperti itu tidak

sepatutnya berlaku kerana guru melindungi pelajar, bukan sebaliknya.“Kejadian ini amat

memalukan dan sudah melanggar etika profesion perguruan, oleh itu jika terbukti guru terbabit

bersalah dia perlu di bawa ke muka pengadilan serta menerima hukuman setimpal atas apa yang

dilakukannya terhadap mangsa,” katanya. Semalam, Harian Metro melaporkan mengenai

tindakan seorang guru tuisyen yang mencabul pelajarnya dengan menyatakan gadis berkenaan

akan menjadi pintar sekiranya dia dibenarkan menyentuh serta membelai tubuhnya.

Jenayah berat seperti ini akan membentuk satu pandangan negatif terhadap profesion

perguruan. Isu ini merupakan salah satu daripada isu yang melanggar etika profesion perguruan

di mana isu ini merupakan satu jenayah berat dan boleh dikenakan hukuman yang berat kepada

pesalah yang melakukan jenayah ini. Justeru itu, jenayah rogol atau pencabulan yang dilakukan

oeleh guru terhadap anak murid haruslah dibendung dan dipandang serius. Semua golongan
termasuk ibu bapa, masyarakat, kementerian pelajaran serta pihak berkuasa juga

bertanggungjawab dalam membendung dan membenteras jenayah ini daripada terus berleluasa di

masa akan datang dan dikalangan guru-guru di Malaysia.


 1(b) Huraikan kesan isu tersebut kepada pembangunan sahsiah guru.

Pembangunan sahsiah merangkumi penampilan fizikal, sikap, tingkah laku, pemikiran,

perasaan, sosial dan rohani individu. Berdasarkan kesemua aspek tersebut, seseorang individu

boleh dinilai sahsiahnya. Selalunya individu yang mempunyai sahsiah yang baik menunjukkan

penampilan fizikal yang kemas, sikap yang beramah mesra, tingkah laku yang boleh diterima

oleh norma dan nilai masyarakat, dapat mengawal perasaan diri, boleh bergaul mesra dengan

orang lain serta memegang kepada nilai agama sendiri. Manakala, individu yang dikatakan

mempunyai sahsiah yang bermasalah lebih cenderung kepada masalah disiplin, tingkah laku

devian, penyalahgunaan dadah dan memegang nilai-nilai atau budaya yang bercanggah dengan

norma masyarakat.

Pembangunan sahsiah merupakan satu fokus yang begitu penting terutamanya dalam

konteks pendidikan yang melibatkan para pendidik. Menurut Abdul Jalil (1998), pembangunan

sahsiah yang sempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh ajaran agama dan nilai-nilai budaya

dalam masyarakat dengan pembangunan intelektual merupakan kejayaan kepada masyarakat dan

negara. Ia merupakan satu wadah pengisian dalam kehidupan individu yang melibatkan aspek

rohani, jasmani, intelek dan emosi iaitu selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.

Sahsiah adalah perkataan Bahasa Arab yang membawa maksud keperibadian atau

peribadi (Kamus Dewan, 2011). Maksud peribadi pula ialah manusia sebagai diri sendiri, sifat-

sifat (kelakuan, sikap) seseorang yang sudah sebati dengan diri sendiri untuk membentuk watak

dirinya. Ia juga menggambarkan sifat personaliti unik individu yang membezakan dirinya dengan

individu yang lain (Cloninger, 2008). Menurut Siti Fatimah (1993), sahsiah merujuk kepada
sistem tingkah laku individu. Ini bererti setiap individu ada cara bertindak yang tersendiri dan

cara bertindak itu adalah lebih kurang sama dari sehari ke sehari. Namun, Abdul Majid dan Rahil

(1995) mendefinisikan sahsiah sebagai perkaitan antara penilaian, perasaan, emosi dan perlakuan

manusia.

Sahsiah atau personaliti adalah corak keseluruhan seseorang individu yang merangkumi

cara seseorang berfikir, berasa, bertingkah laku dan berhubung dengan alam sekitarnya (Ee Ah

Meng, 1999). Selain itu, sahsiah juga merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang individu

secara keseluruhan. Ini merangkumi perangai, kecerdasan, sentimen, sikap, minat, kepercayaan,

cita-cita dan nilai-nilai. Allport (dalam Cloninger, 2008) menyatakan sahsiah adalah organisasi

dinamik sistem psikofizikal pada seseorang individu yang menentukan tingkah laku dan

fikirannya yang khusus. Sahsiah manusia boleh diperhati, dikenalpasti dan diperihalkan (Asmah

dan Herman, 1995). Pembangunan sahsiah merujuk kepada aspek perubahan pada diri manusia

itu sendiri sama ada perubahan itu ke arah positif atau negatif (Wan Azmi, 1992). Perubahan

yang positif akan membentuk individu yang berdikari dengan segala nilai positif yang murni.

Pembangunan sahsiah juga membawa makna membina akhlak, peribadi dan tingkah laku dengan

matlamat menjadikan seseorang itu bertamadun, intelek, murni dan berdaya maju (Mohd Nasir et

al. 2006). Maka, fokus pembangunan tersebut merangkumi tingkah laku secara keseluruhan sama

ada dalaman atau luaran.

Isu yang telah dikupas tersebut iaitu jenayah rogol dan pencabulan yang sering

diperkatakan dan terpapar di ruang akhbar pada masa sekarang memberikan kesan atau impak

yang besar serta menyeluruh dalam segala aspek. Aspek yang terlibat dan akan mendapat kesan

adalah aspek profesion perguruan itu sendiri, dimana guru merupakan individu yang dianggap

mulia oleh ibu bapa serta masyarakat. Oleh kerana isu ini dilakukan oleh guru, maka profesion
perguruan itu sendiri akan mendapat kesan di mana ibu bapa berasa curiga dan ragu untuk

menghantara nak mereka di persekolahan. Selain itu juga, masyarakat juga akan memandang

serong serta mencurigai apa yang dilakukan oleh guru terhadap anak-anak murid di

persekolahan. Keraguan dan perasaan tidak mempercayai lagi akan profesion perguruan ini

menyebabkan timbulnya isu profesion perguruan pada masa sekarang tidak lagi efisien dan

menitik beratkan maruah serta tanggungjawab yang tinggi dalamprofesion perguruan. Isu ini

akan mencalarkan nama baik guru yang dari dulu lagi profesion ini adalah satu profesion yang

mulia.

Apabila kita menyebut guru, kepercayaan dan kemuliaan seorang guru itu terpancar jelas

daripada raut wajag seorang guru, tetapi pada masa sekarang, guru tidak lagi dianggap

sedemikian kerana isu rogol dan pencabulan ini yang menyebababkan ia nya berlaku pada masa

sekarang. Oleh hal yang demikian, ia memberikan kesan kepada Kementerian Pelajaran

Malaysia kerana mengeluarkan produk (guru) yang tidak lagi mempunyai kriteria yang baik dan

jiwa sebagai seorang pendidik. Kementerian Pelajaran akan dipersalahkan dan masyarakat serta

orang awam akan menunding jari tepat kepada Kementerian Pelajaran kerana tidak efisien dalam

menghasilkan dan membentuk profesion perguruan. Wujud persoalan di kalangan orang awam

yang mengambil serius akan jenayah ini dimana mereka bertanyakan bahawa adakah

Kementeriana Pelajaran Malaysia melahirkan penjenayah atau melahirkan para pendidik yang

berwibawa?. Persoalan seperti ini akan memberikan impak yang besar kepada Kementerian

Pelajaran Malaysia sendiri. Oleh hal yang demikian, nama baik serta integriti Kementerian

Pelajaran Malaysia itu sendiri menjadi tercalar dan akan dipandang negatif serta dikecam hebat

orang masyarakat.
Selain daripada itu, kesan kepada pembangunan sahsiah guru di mana sahsiah ini

merupakan keperibadian, sikap dan tingkah laku guru. Apabila isu ini berlaku, keperibadian

seorang guru itu boleh disangkalkan. Sikap serta tingkah laku guru haruslah sentiasa positif dan

menjurus kepada pembangunan dan kejayaan modal insan murid-murid bukannya kepada satu

sikap yang negatif. Isu tersebut akan memberikan impak kepada sahsiah guru-guru yang lain di

mana keperibadian, sikap dan tingkah laku yang dilakukan oeleh guru dipersekolahan akan terus

dianggap negatif oleh semua lapisan masyarakat. Ini akan mengakibatkan pembangunan sahsiah

guru tidak akan meningkat dan berkembang dari semasa ke semasa kerana anggapan negatif dan

pandangan serong masyarakat serta orang awam terhadap apa sahaja tingkah laku guru yang

dilakukan. Apabila steriotaip ini menjadi kebiasaan dan melekat di minda masyarakat, perfesion

perguruan tidak lagi menjadi satu profesion yang mulia lagi di masa akan datang. Ini aka

menjejaskan kejayaan dan pembangunan dalam bidang pendidikan di negara lita. Oleh hal yang

demikian, isu pencabulan dan rogol ini haruslah dipenadang seriusa dan dititik beratkan supaya

profesion perguruan tidak akan dianggap satu profesion yang tidak efesien seperti dahulu. Guru

diibaratkan seperti lilin yang membakar dirinya sendiri untuk kejayaan anak didiknya, bukan

menjadi duri dalam daging yang akan memberikan kehancuran dan kemusnahan kepada anak

didik mereka.
 1(c) Kaitkan isu tersebut dengan satu teori pembangunan sahsiah.

Teori pembangunan sahsiah yang diguna pakai dalam membuat perkaitan mengenai isu ini

adalah pendekatan psikoanalitik Sigmund Freud. Pendekatan yang dipelopori oleh Sigmund

Freud (1856-1939) adalah pengasas pendekatan psikoanalitik dalam bidang psikologi. Menurut

pendekatan ini tingkah laku seseorang pada masa kini adalah hasil daripada pengalaman zaman

kanak-kanak, penekanan perasaan erotik dan konflik bawah sedar semasa melalui perkembangan

psikoseksual sejak lahir hingga dewasa. Oleh itu, Frued menganggap zaman kanak-kanak yang

dilalui oleh seseorang itu amatlah penting kerana beliau percaya peristiwa-peristiwa semasa kecil

mempunyai kesan sepanjang hayat kepada psikologi individu. Pendekatan ini juga menutarakan

mengenai pandangan terhadap manusia di mana, Freud mempercayai manusia dilahirkan dengan

desakan naluri yang semulajadi (inborn drives). Pendekatan ini melihat manusia sebagai tidak

rasional, tidak sosial dan penuh dengan desakan yang merosakkan dirinya dan manusia sebagai

individu tidak dapat membawa arah kepada nasib haluannya. Freud melihat sifat manusia pada

dasarnya adalah deterministik. Tingkah laku manusia pula lebih digalakkan oleh naluri

kehaiwanan (animalistic instincts) dan desakan biologikal. Desakan yang paling utama adalah

desakan mendapatkan kepuasan nafsu sendiri (self gratification). Desakan ini berlaku dalam diri

seorang sama ada lelaki atau perempuan dan mereka telah terperangkap kepada asas naluri dan

desakan yang jahat ini. Desakan-desakan kejahatan perlu dibendung dengan pengalaman-

pengalaman dalam masyarakat, seperti kekeluargaan dan sosialiasi. Sekiranya sosialiasi ini tidak

berlaku, maka individu akan berhadapan dengan ciri-ciri yang boleh merosakkan peraturan-

peraturan dalam masyarakat sendiri.


RUJUKAN

Abdul Jalil Borham (1998). Program pembangunan sahsiah pelajar dan pelaksanaannya di IPT di

Malaysia. Kertas kerja yang dibentangkan di Seminar Pengurusan Asrama Peringkat

Kebangsaan. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Abd Majid Mohd Isa & Rahil Mahyuddin (1995). Psikologi pendidikan 1: Pertumbuhan dan

perkembangan. Petaling Jaya: Longman.

Cloninger, S. (2008). Theories of personality: Understanding persons (5th Ed.). New Jersey:

Pearson Education Inc.

Ee Ah Meng (1996). Psikologi perkembangan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Schultz, D & Schultz, S.E. (2009 ). Theories of personality. (9th ed.). Australia: Wadsworth

Cengage Learning.

Siti Fatimah Abdul Rahman (1993). Asas-asas masyarakat cemerlang. Kuala Lumpur: Institut

Kefahaman Islam Malaysia.

Simanowitz, V. & Pearce, P. (2003). Personality development: Core concepts in therapy. Great

Britain: MPG Books Ltd, Bodmin, Cornwall.

Anda mungkin juga menyukai