Anda di halaman 1dari 7

 Bapa saudara kepada Rasulullah SAW, sebelah bapa.

 Dilahirkan pada tahun 570 masihi., Di Mekah al-Mukarramah


 Sangat rapat dengan Rasulullah sejak kecil.
 Hobinya suka memanah & memburu
 Pernah memukul Abu Jahal yang menampar Rasulullah SAW.
 Gelarannya : 'Asadullah' (bermaksud singa Allah ) kerana
keberaniannya di medan perang
 Digelar “Sayyidus Syuhada”( penghulu orang mati syahid)
kerana mati dlm peperangan Uhud.
 Gugur syahid pada tahun ke 3 hijrah & dikebumikan berdekatan
Bukit Uhud
Sangat Menjaga Tingkahlaku
 Tidak pernah terbabit dengan adab jahiliah yang buruk seperti berjudi, berzina
& berpoya-poya
Gagah dan Berani.
 Menyahut cabaran melawan 2 orang tentera musyrikin dalam perang Badar &
berjaya membunuh keduanya
 Banyak membunuh musuh dalam perang Uhud
 Pegang panji-panji tentera Islam dalam beberapa peperangan
 Melindungi Rasulullah SAW dari ancaman Kafir Quraisy.
Cekal Hati dan Pantas Bertindak.
 Ditugaskan sebagai Ketua Peninjau pergerakan musuh di antara Makkah dan
Syam.
 Dipilih Rasulullah sebagai panglima perang dalm perang Badar
Bijak mengatur strategi perang
 Beliau melancarkan serangan dgn tersusun ketika perang meletus hingga
memberikan kemenangan kpd pihak Islam
 Melindungi Rasulullah SAW dari ancaman musuh.
 Menyertai semua peperangan & memainkan peranan
penting dalam peperangan.
 Banyak berkorban untuk menegakkan agama Allah
SWT.
 Mengambil berat tentang persaudaraan tanpa
mengira kedudukan.
 Membantu perkembangan dakwah Islam hingga
dihormati masyarakat luar
 Suatu hari Abu Jahal telah menghina & mecerca Rasulullah di Bukit Safa, pada ketika
Saiyidina Hamzah sedang berburu.
 Dlm perjalanannya pulang, beliau diberitahu tentang penghinaan itu oleh 2 orang
wanita.
 Hamzah sangat marah & mencari Abu jahal yang sedang berbincang dgn pembesar
Quraisy di Masjidil Haram. Beliau memukul kepala Abu Jahal dgn busar panahnya
hingga berlumuran darah.
 Kemudian beliau berkata :" Sesiapa yg berani menghalang & mencabar aku silakan !
telah jelas kepadaku bahawa Muhammad itu ialah Rasul Allah & ajaran yg dibawanya
adalah benar. Demi Allah aku ialah pengikut Muhammad. Kalau kamu berani halanglah
aku " Inilah detik pengislaman Saiyidina Hamzah
 Sikap Hamzah ini didorong oleh perasaan kasih & cinta kpd Rasulullah & Kebenaran
yg dibawa oleh baginda. Pengislamannya ini menyebabkan umat Islam semakin kuat &
dihormati & pemimpin Quraisy tidak berani lagi penindasan umat Islam sesuka hati
mereka
 Sanggup Berkorban demi kepentingan agama
 Bersikap berani dalam menegakkan kebenaran
 Gigih berusaha untuk mencapai kejayaan dalam
hidup
 Berwaspada dengan ancaman musuh
 Sedia untuk mati Syahid
 Ditikam dengan lembing oleh Wahsyi dalam
peperangan Uhud.
 Hatinya dilapah oleh Hindun bt Utbah kerana
balas dendam di atas kematian bapanya.

Anda mungkin juga menyukai