Anda di halaman 1dari 1

PERNIAGAAN AKAI SAIKURON

Cadangan Peningkatan Prestasi

A. Cadangan untuk meningkatkan Prestasi Semasa

i. Perniagaan harus menguruskan kutipan hutang dengan lebih cekap. Ini dapat
dilakukan jika perniagaan lebih cepat mengutip hutang. Perniagaan patut
menggunakan polisi kredit (dasar hutang) yang lebih ketat.

ii. Perniagaan harus menguruskan pembayaran hutang dengan lebih cekap. Ini dapat
dilakukan jika perniagaan memastikan tempoh pembayaran hutang lebih panjang.
Dengan kata lain, perniagaan menerima polisi kredit yang lebih longgar.

iii. Perniagaan wajar menguruskan stok dengan lebih cekap. Kadar pusingan ganti
stok perniagaan rendah, 0.68 kali menunjukkan stok peniagaan tidak laris. Hal ini
disebabkan perniagaan membeli barang niaga secara pukal untuk menikmati
diskaun lebih tinggi. Walaubagaimanapun, perniagaan menghadapi pengurusan
stok yang tidak cekap dan ini melibatkan kos pegangan dan kos penyimpanan
yang tinggi. Perniagaan patut membeli stok dengan kuantiti yang berpatutan dan
ideal.

B. Cadangan untuk meningkatkan Prestasi Jangka Masa Panjang

i. Perniagaan patut membuka lebid banyak cawangan terutamanya di pusat Bandar.

ii. Perniagaan patut menggaji lebih banyak pekerja.

iii. Perniagaan patut menubuhkan kelab atau persatuan supaya ‘kemudahan’ ini dapat
dinikmati pekerja, ahli perniagaan serta pelanggan setia perniagaan.

iv. Perniagaan patut melaburkan wang, dengan membeli saham syarikat atau
perniagaan lain. Ini dapat dijadikan sebagai antara sumber pendapatan perniagaan.
Hasil yang diperoleh boleh digunakan untuk menaik taraf kualiti perniagaan.

v. Wang yang diperoleh daripada jualan tunai, pendapatan lain dan untung bersih
patut disimpan di bank untuk menikmati faedah atas simpanan. Faedah atas
simpanan ini juga merupakan antara sumber pendapatan yang amat bermanfaat
untuk perkembangan perniagaan.

Anda mungkin juga menyukai