Anda di halaman 1dari 26

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

SEJARAH ASIA TENGGARA : ERA KOLONIALISME / IMPERIALISME


NAMA : ANGELINA ANAK ANSLEY NO. MATRIK : BA08110110 PENSYARAH : EN. HARI TUTORIAL : SELASA TEMPAT/MASA TUTORIAL : 1-2 pm

AJ 20603

Soalan 2 Sistem kultur ( Dasar Tanaman Paksa) yang diperkenalkan oleh Johanes Van den Bosch pada 1830 didakwa sebagai satu penindasan Belanda terhadap penduduk peribumi Jawa. Mengapakah dikatakan sedemikian dan apakah tindakan susulan yang telah diambil oleh Belanda dalam memperbaiki imej mereka ini? Soalan 2 Sistem kultur ( Dasar Tanaman Paksa) yang diperkenalkan oleh Johanes Van den Bosch pada 1830 didakwa sebagai satu penindasan Belanda terhadap penduduk peribumi Jawa. Mengapakah dikatakan sedemikian dan apakah tindakan susulan yang telah diambil oleh Belanda dalam memperbaiki imej mereka ini?

1.0 Pengenalan Sistem Pajak Tanah1 yang dilaksanakan di Jawa telah digantikan dengan Sistem Tanaman Paksa. Setelah tamatnya Perang Napoleon pada tahun 1816, Belanda telah mengambil semula Jawa daripada Inggeris.2 Sistem Pajak Tanah

gagal mengalakan petani-petani Jawa untuk meningkatkan hasil tanaman dagangan untuk dieksport. Pada tahun 1830, pemerintah Belanda yang baru iaitu Gabenor Jeneral Johanes Van Den Bosch, telah memperkenalkan Sistem Tanaman Paksa. Pada awalnya, sistem ini tidak dilihat sebagai satu penindasan terhadap rakyat Jawa, tetapi lama-kelamaan rakyat Jawa ditindas dan hidup dalam kesengsaraan kerana mengusahakan tanaman di bawah sistem ini.

Sebagai tindakan susulan, Belanda menggantikan Sistem Tanaman Paksa ini digantikan dengan Sistem Liberal. Sistem Liberal seterusnya diganti dengan Sistem Etika. Secara keseluruhannya, kedua-dua dasar ini merupakan tindakan Belanda untuk memperbaiki imej mereka. Kesemua ini akan dibincangkan kemudian.

Sistem Pajak Tanah juga dikenali sebagai Sistem Sewa Tanah atau landelijk stelsel dalam bahasa Belanda. Sistem pajak tanah telah diperkenalkan oleh Leftenan Gabenor Raffles, seorang pegawai Inggeris di Jawa yang memerintah dari tahun 1811-1816. Dalam sistem pajak tanah, tanah dianggap milik pemerintah dan tanah tersebut akan disewakan kepada ketua-ketua desa. Ketua-ketua desa pula akan memungut hasil daripada petani-petani yang mengusahakan tanah tersebut. Petani harus membayar pajak tanah dalam bentuk hasil tanaman. Hasil tersebut akan diserahkan kepada pemerintah Belanda. Pada tahun 1816, Belanda telah mengambil alih Jawa dari Inggeris. Sistem pajak tanah kemudiannya diteruskan oleh pemerintah Belanda seperti Jeneral Elout, Buyskes, Van der Cappelen dan Jeneral du Bus de Gisignies. Robert Van Niel, Sistem Tanaman Paksa di Jawa (terjemah), Indonesia: PT Pustaka LP3ES, 2003, hlm. 3. Pengambilan Jawa daripada Inggeris adalah melalui Konvensyen London pada tahun 1816 setelah berakhirnya Perang Napoleon. Koentjaningrat, Kebudayaan Jawa, Jakarta : Balai Pustaka, 1994, hlm. 67.

Foto: Gabenor Jeneral Johanes Van Den Bosch Sumber: http//:id.wikipedia.org/wiki/Berkas:Raden_Sarief_Bastaman_Saleh__Johanes_Graaf_van_den_Bosch.jpg

2.0 Perlaksanaan Sistem Tanaman Paksa Pada tahun 1830, Gabenor Jeneral Johanes Van den Bosch telah memperkenalkan Sistem Tanaman Paksa atau dikenali sebagai Cultuurstelsel dalam bahasa Belanda. Sistem tanaman paksa ini mewajibkan petani-petani Jawa menyerahkan tanaman dagangan untuk dieksport ke pasaran dunia. Van den Bosch

mewajibkan petani membayar pajak dalam bentuk barang. Pungutan daripada pajak ini akan dihantar ke negara Belanda dan seterusnya dijual kepada pembeli dari Eropah dan Amerika.
3

Sistem tanaman paksa diperkenalkan kerana Belanda menanggung hutang yang banyak dan hampir muflis. Belanda telah terlibat dalam peperangan seperti Perang Nepoleon dan Perang Belgium. Akibatnya, Belanda mengalami defisit secara berterusan sebelum tahun 1830. Semasa Perang Napoleon, Belanda telah meminjam wang daripada kerajaan Inggeris. Di Jawa pula, berlaku peperangan dengan peribumi yang dikenali sebagai Perang Diponegoro (1825-1830). Keadaan kewangan Belanda yang semakin merosot ini telah mendorong pemerintah tertinggi Belanda iaitu Gabenor Jeneral Johanes Van den Bosch melaksanakan Sistem Tanaman Paksa. Belanda berpendapat, negara-negara jajahannya perlu menanggung masalah kewangan mereka. Selain itu, kegagalan dalam

perlaksanaan Sistem Pajak Tanah juga penyebab kenapa Sistem Tanaman Paksa diperkenalkan.
3

Marwati Djoened Poesponegoro dan Nugroho Notosusanto, op. cit., hlm. 98.

Tanaman

yang

diusahakan

sebagai

tanaman

dagangan

eksport

dikategorikan kepada dua, iaitu tanaman tahunan dan tanaman bermusim. Tanaman bermusim ditanam secara beselang-seli dengan padi dalam setahun. Contoh tanaman bermusim ialah gula, nila dan tembakau. Tanaman tahunan adalah seperti lada, kopi, teh dan sebagainya.4 2.1 Ciri-ciri Sistem Tanaman Paksa Persetujuan antara Belanda dengan petani-petani Jawa telah dibuat pada tahun 1834, iaitu beberapa tahun selepas perlaksaannya. Persetujuan ini dikenali sebagai Lembaran Negara 1834. Ciri utama sistem tanaman paksa ialah petani harus membayar pajakan berbentuk barang, iaitu dengan menyerahkan hasil tanaman mereka.

Terdapat tujuh syarat perjanjian yang dinyatakan dalam perjanjian. Pertama, satu perjanjian akan diadakan dengan penduduk supaya mereka menyediakan sebahagian dari tanahnya untuk tanaman dagangan yang

kemudiannya akan dijual di Eropah. Kedua, jumlah tanah yang diserahkan tidak boleh melebihi satu per lima dari tanah yang dimiliki oleh mereka. Ketiga, bilangan pekerja yang melakukan tanaman dagangan tidak boleh melebihi bilangan pekerja yang mengusahakan penanaman padi. Hal ini bermaksud penanaman padi haruslah diutamakan daripada pekerjaan tanaman dagangan. Keempat, sesiapa yang menyediakan sebahagian daripada tanahnya untuk tanaman dagangan akan dikecualikan daripada membayar pajak tanah. Hanya yang tidak menyediakan tanah untuk tanaman dagangan akan dikenakan membayar pajak tanah. Kelima, petani-petani wajib menyerahkan hasil tanaman
4

Ibid., hlm. 108

yang ditanam di tanah yang disediakan untuk tanaman dagangan kepada pemerintah Belanda. Sekiranya harga hasil tanaman yang diserahkan kepada kerajaan ini melebihi pajak tanah, maka lebihan tersebut akan diserahkan kembali kepada rakyat. Keenam, segala kerugian akan ditanggung oleh kerajaan Belanda sekiranya kerugian ini bukan disebabkan oleh rakyat. Maksudnya kerugian ini bukan disebabkan petani tidak mengusahakan tanaman bersungguh-sungguh, tetapi sebab faktor lain seperti kemarau dan sebagainya. Ketujuh, penduduk desa akan mengerjakan tanaman mereka di bawah pengawasan ketua-ketua mereka. Selain itu, petani-petani hanya bekerja 66 hari dalam setahun. Mereka juga tidak dipaksa untuk mengusahakan tanaman di bawah sistem ini. 5

Jika dilihat dalam kertas, jelaslah perlaksanaan sistem tanaman paksa memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, iaitu golongan petani dan pemerintah Belanda. Tetapi, lama-kelamaaan perlaksanaan sistem tanaman paksa mulai menyimpang daripada persetujuan tersebut. Sepanjang sistem tanaman paksa ini dijalankan, pegawai-pegawai Belanda mendapat keuntungan manakala golongan petani Jawa ditindas. Dalam tempoh itu juga, muncul satu golongan iaitu ketuaketua kampung. Dalam sistem ini, golongan ketua kampung juga mendapat keuntungan.6 Dari tahun 1830 sehingga tahun 1840, sistem tanaman paksa berjalan lancar. Selepas tahun 1840, barulah timbul kelemahan daripada sistem ini. 7

Marwati Djoened Poesponegoro dan Nugroho Notosusanto, op. cit., hlm. 99-100. Di beberapa kampung, ketua-ketua ini akan dilantik setiap tiga tahun. Mereka bertugas membantu Belanda mengawasi petani-petani desa. J. Thomas Lindblad. 2000. Sejarah Ekonomi Modern Indonesia: Berbagai Tentangan Baru (terjemah). Jakarta: Pustaka LP3ES Indonesia. hlm. 217. Marwati Djoened Poesponegoro dan Nugroho Notosusanto, op. cit., hlm 109.

2.2 Sebab Sistem Tanaman Paksa Didakwa Sebagai Satu Penindasan Dari aspek ekonomi, Sistem Tanaman Paksa adalah baik. Masalah kewangan Belanda telah pulih. Pada dekad pertama perlaksanaan sistem ini, purata pendapatan kerajaan Belanda ialah 9.3 juta gulden setahun. Pada dekad kedua, purata tahunan yang dikirim ke negara Belanda berjumlah 14.1 juta gulden. Keuntungan yang diperolehi daripada sistem tanaman paksa ini bukan sahaja digunakan oleh Belanda untuk membayar hutang peperangan, tetapi digunakan untuk membangunkan negara Belanda.8

Kesan negatif daripada Sistem Tanaman Paksa berlaku ke atas kehidupan para petani dan golongan miskin di Jawa. Mereka merupakan golongan yang ditindas dan mendapat layanan buruk dalam sistem ini. Pemerintah Belanda melaksanakan Sistem Tanaman Paksa bukannya seperti apa yang telah

dipersetujui. Ketua-ketua kampung dan pegawai Belanda hanya mementingkan keuntungan daripada sistem ini tanpa memperdulikan kebajikan para petani.

Seperti yang dijanjikan, petani-petani hanya bekerja 66 hari dalam setahun, tetapi haikikatnya, tempoh mereka bekerja lebih dari itu. Menurut persetujuan itu juga, pekerjaan untuk tanaman dagangan tidak boleh melebihi tanaman padi. Petani-petani mesti bekerja untuk tanaman kerajaan sebelum mengerjakan tanaman sendiri. Akan tetapi, petani-petani ini bekerja dalam tempoh yang lama untuk tanaman dagangan sehinggakan tiada masa untuk mengusahakan tanaman mereka. Hampir semua keluarga-keluarga petani terlibat dengan penanaman dagangan ini. Sepanjang Sistem Tanaman Paksa dilaksanakan, jumlah keluarga
8

Colin Brown, A Short History of Indonesia: The Unlikely Nation?, Australia: Allen & Unwin, 2003, hlm. 84-85.

petani di Jawa yang mengikuti sistem ini sebanyak 70 peratus.9 Di Banten pada tahun 1840, jumlah yang terlibat adalah 92 peratus. Di Kedu seramai 97 peratus penduduk terlibat dalam sistem ini pada tahun 1845.10 Petani-petani yang mengerjakan tanaman tersebut akan dibayar dengan upah yang sedikit, malah ada yang tidak dibayar upah.11 Petani yang menanam tebu diberi upah bergantung kepada kuantiti gula yang dihasilkan.12

Penduduk yang mengusahakan nila di daerah Parahyangan merupakan penduduk yang ditindas dalam sistem ini. Golongan lelaki diarah untuk mengerjakan tanaman nila selama tujuh bulan. Sepanjang tempoh ini, mereka dilarang pulang ke kampung halaman. Ladang nila yang diusahakan pula terletak jauh dari kediaman mereka. Apabila mereka kembali ke kampung halaman, sawah-sawah mereka tidak terurus.13 Selain itu, pekerjaan menanam kopi pula mengambil masa sekurang-kurangnya 90 hari. Hal ini bercanggah dengan persetujuan, iaitu petani-petani harus bekerja selama 66 hari dalam setahun.

Pajak tanah terus dikenakan kepada petani walaupun dalam perjanjian menyatakan bahawa sesiapa yang menyediakan tanah akan dikecualikan daripada membayarnya.14 Penerimaan kerajaan Belanda daripada pajak tanah terus meningkat. Pada tahun 1829, Belanda menerima sebanyak 3 305 698 juta gulden pada tahun 1835 jumlahnya meningkat kepada 7 679 359 juta gulden dan tahun 1840, jumlahnya ialah 9 364 907 juta gulden.15
9 10 11 12 13 14 15

Marwati Djoened Poesponegoro dan Nugroho Notosusanto, M. C. Ricklefs, 1994, Sejarah Indonesia Moden (terjemah). Marwati Djoened Poesponegoro dan Nugroho Notosusanto, Ibid., hlm. 8-9. Marwati Djoened Poesponegoro dan Nugroho Notosusanto, DGE Hall, op. cit., hlm. 676. Marwati Djoened Poesponegoro dan Nugroho Notosusanto,

op. cit., hlm. 101-104. hlm. 186. op. cit., hlm. 104. op. cit., hlm. 104. op. cit., hlm. 105.

Pegawai-pegawai Belanda menganggap tanah yang diusahakan adalah milik bersama. Oleh itu, pegawai-pegawal Belanda memaksa penduduk yang tinggal di tempat tersebut sebagai tenaga kerja dalam sistem ini. Hal ini menyebabkan pekerjaan menanam tanaman dagangan ini lebih mudah kerana bebanan untuk melaksanakan sistem ini ditanggung oleh penduduk desa. Tanah yang diambil untuk tanaman paksa adalah menyeluruh, iaitu melebihi satu per lima daripada tanah yang dimiliki penduduk desa. Pegawai Belanda beranggapan sekiranya tanah yang diambil adalah satu per lima atau kurang daripada itu, maka Belanda mengambil tempoh yang lama untuk memperolehi keuntungan. Oleh sebab itulah mereka perlu mengambil lebih daripada satu per lima daripada jumlah keluasan tanah untuk sistem tanaman paksa.16 Tetapi menurut DGE Hall, hanya tanah-tanah yang subur sahaja yang akan diambil keseluruhannya oleh kerajaan Belanda.17

Ketiadaan tanah untuk mengusahakan tanaman dan tempoh bekerja yang lama menyebabkan petani-petani tidak dapat menanam tanaman untuk menyara keluarga mereka sendiri. Kebanyakan tanaman yang diusahakan hanyalah untuk dagangan sahaja. Oleh yang demikian, berlaku masalah kebuluran dalam kalangan penduduk Jawa. Keadaan ini diburukan lagi dengan sikap pemerintah Belanda yang langsung tidak mengambil berat akan kebajikan penduduk tersebut. Walaupun terdapat laporan tentang penindasan petani-petani di Jawa, Belanda tidak memperdulikan laporan tersebut kerana sistem tersebut memberi

keuntungan kepada mereka.18


16 17 18

Marwati Djoened Poesponegoro dan Nugroho Notosusanto, op. cit., hlm. 101. DGE Hall, op. cit., hlm. 675 Koentjaningrat, Kebudayaan Jawa, Jakarta : Balai Pustaka, 1994, hlm. 68.

Di daerah Cirebon, penduduk di kawasan tersebut memberikan beras sebagai pembayaran pajakan. Akibatnya, pada tahun 1843 berlaku masalah kebuluran sehingga mengakibatkan ramai penduduk Cirebon mati. Keadaan yang sama juga berlaku di daerah Demak pada tahun 1849 dan di daerah Grobogan pada tahun 1850. Di Demak, bilangan penduduk pada tahun tersebut menurun dari 336 000 orang kepada 120 000 orang menakala di Grobogan, jumlahnya menurun dengan banyak, iaitu daripada 89 500 orang kepada 9 000 orang. Di daerah-daerah lain di Jawa Tengah, kekurangan penduduk berlaku disebabkan jangkitan wabak penyakit.19

Gabenor Jeneral Johanes Van Den Bosch menggunakan ketua-ketua kampung untuk mengawasi petani-petani ini. Menurut Marwati Djoened

Poesponegoro dan Nugroho Notosusanto (1993),

dalam hal ini pemerintah Belanda menggunakan atau menyalahgunakan kekuasaan traditional daripada ketua-ketua kampung untuk memaksa rakyat mereka menyerahkan sebahagian daripada tanah mereka untuk tujuan tanaman paksa.
20

Ketua-ketua kampung diperlukan kerana pada masa itu, penduduk di Jawa masih terikat dengan sistem feudal. Ketua-ketua kampung mampu mempengaruhi penduduk di kawasannya untuk mengerjakan tanaman eksport. Kesannya, kos pentadbiran Belanda di Jawa dapat dikurangkan dan keuntungan Belanda

19 20

Marwati Djoened Poesponegoro dan Nugroho Notosusanto, op. cit., hlm. 111-112. Marwati Djoened Poesponegoro dan Nugroho Notosusanto, op. cit., hlm. 100 - 101.

meningkat.21 Ketua-ketua kampung dibebaskan daripada mengusahakan tanaman tanaman paksa malah mereka menikmati banyak keuntungan daripada sistem ini. Pemerintah tertinggi Belanda memberikan kuasa kepada ketua-ketua kampung dan pegawai-pegawai Belanda untuk menindas para petani. Ketua-ketua kampung dan pegawai-pegawai Belanda akan diberikan ganjaran atau Cultuurprocenten sekiranya petani-petani di bawah pengawasan mereka berjaya memberikan hasil tanaman seperti yang ditetapkan atau lebih daripada itu. Oleh yang demikian, petani-petani di bawah pengawasan mereka akan dipaksa melakukan menanam tanaman dagangan dengan paksaan. Semakin tinggi hasil yang diusahakan petani-petani tersebut, maka semakin banyak Cultuurprocenten yang mereka perolehi.22

Walaupun Johanes Van den Bosch menubuhkan Pejabat Urusan Tanaman Dagangan untuk mengawasi dan menguruskan penghasilan tanaman serta melindungi rakyat daripada tindakan pagawai-pegawai Belanda dan ketua-ketua mereka, tetapi penubuhannya tidak diperdulikan. Oleh yang demikian, petanipetani semakin ditindas kerana semakin banyak lebihan hasil tanaman, semakin banyak keuntungan yang mereka perolehi.23 Para petani di Jawa sangat menderita. Ketua-ketua kampung dan pegawai-pegawai Belanda ini hanya mementingkan keuntungan yang mereka perolehi. Van Niel menyatakan ramai penduduk di Jawa telah berhijrah keluar antara tahun 1837 hingga tahun 1851 kerana mahu mengelakkan diri daripada mengusahakan tanaman paksa. Mereka berhijrah kota-kota ataupun kawasan pantai.24
21 22 23 24

Koentjaningrat, Kebudayaan Jawa, Jakarta: Balai Pustaka, 1994, hlm. 186 - 187. Marwati Djoened Poesponegoro dan Nugroho Notosusanto, op. cit., hlm. 101 - 102. Marwati Djoened Poesponegoro dan Nugroho Notosusanto, op. cit., hlm. 103. M. C. Ricklefs, Sejarah Indonesia Moden, Gajah Mada Universiti Press, 1994, hlm. 187.

10

Pekerjaan yang paling menyeksa panduduk Jawa ialah pekerjaan sebagai buruh paksa untuk kerajaan. Mereka dipaksa untuk mengawal benteng-benteng untuk tentera koloni di tempat-tempat yang jauh. Kadang-kadang, seluruh penduduk kampung akan dikerah untuk melakukan apa sahaja tugas berat yang disuruh oleh pegawai-pegawai Belanda dan ketua-ketua kampung seperti membuat jalan, jambatan, saluran air dan sebagainya. Mereka melakukan pekerjaan ini tanpa diberi upah. Ramai yang cedera semasa melakukan kerja ini. Malah, rawatan yang diberikan tidak mencukupi. Akibatnya, ribuan pekerja mati akibat kebuluran, penyakit, kecederaan dan sebagainya.25 Menurut Gonggrijp, selama dua puluh tahun pertama iaitu 1830 hingga tahun 1850, selain tanaman paksa yang menyeksa rakyat, pekerjaan sebagai buruh paksa adalah yang paling menindas rakyat.. Kesemua pekerjaan ini mendatangkan faedah kepada pegawai Belanda ataupun ketua-ketua mereka sendiri.26 Menurut satu laporan daripada pentadbir koloni Jawa yang bertarikh 19 Januari 1835. Laporan ini ditulis semasa beliau melawat ladang nila di Jawa barat, menyatakan petani-petani bekerja keras sehingga ada yang mati. Mereka hanya dibayar dengan makanan setelah menyerahkan hasil tanaman kepada ketua mereka.27

Sistem tanaman paksa membawa keuntungan kepada Belanda. Menurut M. C. Ricklefs, pada tahun 1831, kewangan Belanda sudah seimbang dan hutanghutang juga sudah dibayar. Dari tahun 1831 hingga tahun 1877, jumlah wang yang besar telah dikirimkan ke negara Belanda, iaitu sebanyak 832 juta gulden.
25 26 27

Marwati Djoened Poesponegoro dan Nugroho Notosusanto, op. cit., hlm. 109. Ibid., hlm. 109. Colin Brown, op. cit., hlm. 86.

11

Sebelum tahun 1850, jumlah wang yang dikirim ke negara Belanda bernilai 19 peratus daripada pendapatan Belanda, dan pada tahun 1851 hingga tahun 1860, nilainya meningkat kepada 32 peratus. Hampir seseluruhan saripada keuntungan yang diperolehi daripada sistem ini digunakan untuk memajukan negara Belanda sendiri. Di negara Belanda, kubu-kubu pertahanan, terusan-terusan dan jalan kereta api telah dibina dengan menggunakan keuntungan daripada tanaman eksport. Amsterdam telah muncul sebagai pasaran dunia kerana di sinilah hasilhasil tanaman diperdagangkan kepada negara Eropah yang lain.28 Sebanyak 153 juta gulden digunakan untuk membangunkan kereta api dan 146 juta gulden untuk membina bangunan pertahanan.29 Sistem Tanaman Paksa telah

menghidupkan semula Syarikat Nederlandsche Handelmaatschappij, yang diberi hak untuk mengangkut barang-barang dagangan untuk ke Belanda.30

Menurut DGE Hall, tidak semua petan-petani Jawa ditindas oleh pegawaipegawai Belanda. Di beberapa tempat, iaitu di Jawa Timur, pegawai-pegawainya banyak menumpukan perhatian bukan sahaja kepada penanaman tebu, tetapi juga penanaman padi. Keadaannya dikatakan lebih makmur kerana masalah kebuluran dapat dielakan dengan menanam padi. Di tempat-tempat lain pula, pegawai-pegawainya hanya menumpukan usaha mereka kepada penanaman tanaman eksport dan mengabaikan penanaman padi. Di tempat tersebut berlaku masalah kebuluran. Secara keseluruhannya, hanya terdapat sedikit pegawaipegawai yang mementingkan kebajikan penduduk tempatan, kerbanyakannya hanya menindas rakyat Jawa untuk mengusahakan tanaman eksport.31
28 29

30 31

M. C. Ricklefs, Sejarah Indonesia Moden, Gajah Mada Universiti Press, 1994, hlm. 188. Marwati Djoened Poesponegoro dan Nugroho Notosusanto, Sejarah Nasional Indonesia edisi ke-5, Jakarta: Balai Pustaka, 1993, hlm. 12. DGE Hall, op. cit., hlm. 676. DGE Hall, op. cit., hlm. 676.

12

Justeru, Sistem Tanaman Paksa ini dimansuhkan secara beransur-ansur di beberapa buah daerah selepas tahun 1867. Di beberapa daerah, seperti daerah Parahyangan, penamanan kopi masih diusahakan.32 Oleh itu tidak hairanlah kenapa Belanda masih memperolehi keuntungan walaupun tanaman yang lain sudah dimansuhkan beransur-ansur. Sebenarnya, penghapusan secara beransuransur Sistem Tanaman Paksa ini di beberapa buah daerah ini disebabkan perdebatan politik di negara Belanda itu sendiri. Penghapusan dimulai dari tanaman yang sedikit atau yang tidak mendatangkan keuntungan. Pada tahun 1862, lada dihapuskan, diikuti cengkih dan pala pada tahun 1864, kemudian nila, teh dan kayu manis dihapuskan pada tahun 1865, dan tembakau pada tahun 1866. Tanaman kopi dan gula yang menguntungkan Belanda merupakan tanaman terakhir yang dihapuskan. Undang-Undang Gula 1870 yang dikuatkuasakan menetapkan bahawa pemerintah akan menarik diri dari penanaman tebu selama 12 tahun mulai tahun 1878. Tanaman kopi di daerah Priangan dihapuskan pada tahun 1917 serta di beberapa kawasan lain di pesisiran pantai Jawa pada Jun 1919.33 Kopi merupakan tanaman terakhir yang dihapuskan kerana membawa banyak keuntungan kepada Belanda.34

3.0 Tindakan Susulan Belanda Dalam Memperbaiki Imej Dalam memperbaiki imej mereka, di sini terdapat dua tindakan susulan yang diambil, iaitu menghapuskan sistem tanaman paksa dan menggantikannya
32 33 34

Marwati Djoened Poesponegoro dan Nugroho Notosusanto, op. cit., hlm. 116. Koentjaningrat, op. cit., hlm. 189 - 190. Diantara kesemua tanaman yang dilaksanakan, eksport kopi membawa keuntungan yang tinggi kepada Belanda. pada tahun 1830, eksport kopi dari Jawa ialah 4 577 000 juta gulden dan meningkat kepada 37 368 000 juta gulden pada tahun 1840. Keuntungan yang diperolehi daripada eksport gyla ialah 1 558 000 juta gulden pada tahun 1830 dan meningkat kepada 13 782 000 juta gulden pada tahun 1840. Marwati Djoened Poesponegoro dan Nugroho Notosusanto, op. cit ., hlm. 110.

13

dengan Sistem Liberal dan seterusnya melaksanakan Dasar Etika. Setelah Sistem Tanaman Paksa dimansuhkan, sistem liberal diperkenalkan. Sistem liberal gagal memperbaiki taraf hidup rakyat Indonesia. Akibatnya, Dasar Etika atau susila telah diperkenalkan. Semasa Dasar Etika dilaksanakan, taraf hidup rakyat ditingkatkan oleh pemerintah Belanda dengan menubuhkan sekolah-sekolah, hospital dan kemudahan-kemudahan lain. Kedua-dua dasar ini akan dibincangkan.

3.1 Sistem Liberal Antara tahun 1850 hingga tahun 1860, berlaku perdebatan mengenai Sistem Tanaman Paksa di Belanda. Perdebatan ini berkaitan dengan aliran liberalisme yang berlaku di Belanda dan negara Eropah yang lain. Keuntungan-keuntungan Belanda yang semakin menurun merupakan alasan golongan liberal ini mengkritik Sistem Tanaman Paksa. Golongan liberal ini berpendapat ekonomi yang baik seharusnya diusahakan oleh pemodal swasta, dan pemerintah atau kerajaan Belanda tidak sepatutnya campur tangan. Oleh yang demikian, Belanda telah melaksanakan Sistem Liberal dalam memperbaiki imejnya.35

Adam Smith, pengikut aliran liberalisme berpendapat bahawa pemerintah hanya mengubal undang-undang dan tidak sepatutnya mencampuri ekonomi sesebuah negara. Di Belanda, parti-parti liberal telah memenangi politik negara dan mereka cuba menerapkan asas-asas liberalisme di negara jajahan. Mereka berpendapat ekonomi Belanda akan berkembang dengan sendirinya jika pemodal swasta diberi peluang untuk mengusahakannya.36

35 36

Ibid., hlm. 113. Marwati Djoened Poesponegoro dan Nugroho Notosusanto, op. cit. hlm. 121.

14

Sistem Liberal diperkenalkan pada tahun 1870 sehingga tahun 1900. Pemodal swasta dari Eropah dan Belanda diberi peluang untuk mengusahakan kegiatan pertanian di Indonesia. Dalam tempoh ini, pihak-pihak swasta mendirikan ladang-ladang kopi, teh, dan gula. Undang-Undang Agraria telah dikeluarkan pada tahun 1870 yang melindungi hak-hak para petani di Indonesia ke atas tanah mereka, khususnya penduduk Jawa. Orang luar dilarang memiliki tanah peribumi tetapi mereka hanya dibenarkan menyewa tanah dari peribumi Indonesia.37

Sistem Liberal ini ternyata menguntungkan ekonomi Indonesia dan pemodal-pemodal Barat. Tetapi pada akhir abad ke-19, taraf hidup rakyat merosot. Peribumi Jawa bekerja sebagai petani di tanah-tanah sendiri. Tanah yang disewakan juga bukannya tanah kosong, tetapi termasuk tanah-tanah yang digunakan untuk penanaman padi. Pemodal-pemodal swasta ini juga memasarkan barangan mereka dari Barat. Akibatnya, barangan tempatan tidak dapat bersaing dengan barangan import baik dari segi harga mahupun kualiti. Contohnya, barangan tekstil dihasilkan oleh industri Twente, Belanda menyebabkan pekerjaan penenunan di Indonesia terhenti. Barangan keluaran tempatan tidak dapat menyaingi barangan import dari barat. Selain itu, petani-petani Jawa juga kehilangan mata pencarian. Modal swasta telah membawa masuk orang-orang Cina untuk mengusahakan ladang kepunyaan mereka. Hal ini menyebabkan peribumi Jawa terpaksa mencari pekerjaan lain di luar bidang pertanian. 38 Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 yang memendekan jarak perjalanan antara timur dan barat mempercepatkan penghantaran hasil-hasil tanaman dari Indonesia ke Eropah.39 Walau bagaimanapun, di bawah sistem liberal, taraf
37 38 39

Ibid., hlm. 118. Marwati Djoened Poesponegoro dan Nugroho Notosusanto, op. cit., hlm. 119-121. Ibid.

15

kesihatan Misalnya,

peribumi

dititikberatkan. Belanda

Kadar

kematian

semakin

berkurangan. penyakit

pemerintah

menghasilkan

vaksin

terhadap

berjangkit.40

Pemodal swasta telah mengimport mesin-mesin dan peralatan lain ke Jawa. Hal ini menyebabkan hasil keluaran ditingkatkan. Menurut Marwati Djoened Poesponegoro dan Nugroho Notosusanto,
Pada tahun 1870, luas tanah di Pulau Jawa yang ditanam dengan gula berjumlah 54.176 bahu, sedangkan pada tahun 1900 jumlah itu meningkat sampai 128.301 bahu produksi gula juga meningkat dengan lebih pesat lagi, iaitu 2.440.000 pikul dalam tahun 1870 hingga 12.050.544 pikul dalam tahun 1900. 41

Begitu juga dengan tanaman gula, teh dan tembakau yang memberikan keuntungan yang banyak antara tahun 1870 hingga tahun 1885. Hasil yang diperolehi dari penanaman kopi pula tidak sebanyak seperti yang diperoleh semasa di bawah Sistem Tanaman Paksa kerana sejak tahun 1878, pokok-pokok kopi diserang penyakit berjangkit. Tetapi, selepas tahun 1885, harga kopi dan gula telah menurun. 42 Dalam sistem liberal, keadaan peribumi jawa semakin teruk. Pada tahun 1885, harga kopi dan gula di pasaran dunia jatuh, Pada tahun 1891, harga tembakau pula jatuh. Keadaan ini menyebabkan peribumi Jawa hidup dalam kesengsaraan. Pertambahan penduduk yang pesat menyebabkan keluasan tanah yang digunakan untuk pertanian semakin kurang. Pekerjaan rodi masih dilakukan
40 41 42

Ibid., hlm. 125. Ibid., hlm. 124 Ibid., hlm. 124.

16

oleh peribumi Jawa. Pada masa itu juga, berlaku Perang Acheh.43 Penduduk Jawa terpaksa menanggung perbelanjaan peperangan ini. Sistem pajakan yang diperkenalkan tidak adil. Jumlah pajakan yang dikenakan sememangnya

membebankan golongan yang miskin. Pekebun besar hanya membayar sedikit sahaja jumlah pajakan, manakala pegawai-pegawai Belanda pula ada yang membayar sedikit cukai pajakan atau tidak membayarnya.44

Walaupun tanaman paksa telah dihapuskan, tetapi kehidupan petani masih ditindas. Petani masih membayar pajak tanah. Tetapi sumber-sumber yang digunakan oleh petani untuk membayarnya telah dihapuskan. Oleh itu, petani terpaksa meminjam wang dari lintah darat. Petani-petani ini mencagarkan tanah mereka. Akibatnya, petani-petani ini kehilangan tanah mereka kerana gagal membayar hutang pinjamannya.45

Sistem liberal yang diperkenalkan gagal memperbaiki taraf hidup rakyat. Keadaan rakyat sama seperti dalam sistem tanaman paksa. Pihak yang mendapat keuntungan daripada sistem liberal sudah semestinya pemodal-pemodal swasta, manakala pihak yang menerima kesan negatif ialah peribumi Indonesia. Semasa sistem liberal diperkenalkan, ketua-ketua kampung dan pegawai-pegawai Belanda yang sebelum ini memperolehi faedah dalam sistem tanaman paksa telah mengalami kerugian. Hal ini kerana pihak kerajaan Belanda tidak dibenarkan campur tangan dalam sistem ekonomi ini.

43

44 45

Perang Acheh berlaku pada tahun 1873. Dalam perang ini, seramai 25, 000 tentera Acheh terbunuh manakala 15, 000 tentera Belanda terbunuh. Colon Brown, op. cit., hlm. 99. Ibid., hlm. 129-133. M. C. Ricklefs, op. cit., hlm. 191.

17

Walau bagaimanapun, dari segi infrastruktur, kerajaan Belanda telah melakukan beberapa kemajuan. Landasan kereta api telah dibangunkan di Jawa dan luar Jawa untuk mengangkut hasil tanaman. Pengangkutan laut seperti kapal telah dipertingkatkan. Kapal digunakan untuk menghantar hasil tanaman eksport ke Eropah dan Belanda. Sistem pendidikan yang diperkenalkan zaman liberal telah mengalami perubahan. Sekolah untuk anak-anak elit atau Hoofdenscholen telah didirikan pada tahun 1878. Anak-anak ketua kampung ini akan menjawat jawatan di pegawai rendah kerajaan.46

3.2 Dasar Etika/ Susila Dasar yang dilaksanakan oleh Belanda di Indonesia pada abad ke-20 dikenali sebagai Dasar Etika. Perubahan ini disebabkan tindakan Van Kol yang mengkritik dasar Belanda yang mengambil keuntungan daripada rakyat selama lebih satu abad tetapi tidak menggunakan keuntungan tersebut untuk membaiki taraf hidup mereka. Van Devender, telah menulis karangan dalam majalah yang bertajuk De Gids atau Hutang Kehormatan pada tahun 1899. Dalam tulisannya, beliau menyatakan keuntungan yang diperolehi daripada tanaman paksa perlulah dibayar kembali kepada Indonesia dalam apa bentuk sekalipun. Sebagai bangsa yang bermoral, adalah satu kewajiban bagi menbayar hutang tersebut dengan memajukan tarah hidup rakyat, pendidikan dan kesihatan raktyatv jajahan. Inilah yang dimaksudkan dengan hutang kehormatan.
47

46 47

M. C. Ricklefs, op. cit., hlm. 196. Marwati Djoened Poesponegoro dan Nugroho Notosusanto, op. cit., hlm. 13

18

Van Devender Sumber : http://id.wikipedia.org/wiki/Berkas:Conrad_Theodor_van_Devender.jpg

Oleh yang demikian, Belanda telah menubuhkan sekolah-sekolah untuk rakyat di negara jajahan. Sekolah Kelas satu yang ditubuhkan pada tahun 1914 ditukar menjadi Sekolah Bumiputera-Belanda atau Hollandsch Inlandsche-School (HIS). Dengan pembukaan HIS, murid-murid berpeluang melanjutkan pelajaran. HIS dikenali sebagai Standenschool kerana kemasukannya melihat kepada status sosial. Tempoh belajar di HIS ditingkatkan dari lima tahun ke enam tahun. Keseluruhannya, terdapat dua jenis sekolah untuk golongan menengah iaitu Sekolah Kelas Dua dan HIS.48

Sekolah Rakyat atau Sekolah Desa atau dikenali sabagai Volksschool telah didirikan pada tahun 1907. Sekolah ini didirikan untuk anak-anak rakyat biasa yang tinggal di desa-desa. Tempoh pembelajaran di sini selama tiga tahun. Kos pembiayaan akan ditanggung oleh pemerintah setempat dengan tambahan pemerintah pusat. Ilmu yang diajar hanyalah sekadar membaca, menulis dan mengira. Sekolah ini menggunakan bahasa pengantar bahasa daerah dan

pembiayaannya diusahakan oleh desa itu sendiri. Sekolah desa pertama didirikan di Afdeeling serang, iaitu di Desa Sumurpicung Distrik Serang. Pemerintah kolonial
48

Nina Herlina, Banten Dalam Pergumulan Sejarah, Sultan, Ulama, Jawara., Indonesia: Pustaka National, 2003, hlm. 131-133.

19

juga mendirikan Vervolgschool, yang bererti sambungan atau lanjutan pada tahun 1914. Sekolah ini merupakan sekolah lanjutan daripada sekolah rakyat (Volkschool). Tempoh pembelajaran di sekolah ini adalah selama tiga tahun. Sekolah ini disediakan untuk murid-murid Sekolah Rakyat yang berprestasi.
49

Pada tahun 1920-an, pendidikan lanjutan atau MULO (Meer Uitgebreid Lager Onderwijs) yang didirikan pada tahun 1914 telah dibuka kepada bumiputera dan orang asing. Sekolah ini tidak didirikan di Banten. Pada tahun 1920, di Rangkasbitung, Sekolah Keutamaan Isteri didirikan. Sekolah ini didirikan oleh

Raden Dewi Sartika pada 16 Januari 1904. Sekolah ini adalah sekolah pertama untuk gadis-gadis peribumi. Kurikulum yang diajar disesuaikan dengan kurikulum kelas dua milik pemerintah. Mata pelajaran yang ditambah adalah seperti memasak, mencuci, menyulam dan sebagainya. Mata pelajaran agama, kesihatan, bahasa Melayu dan bahasa Belanda juga diajar.Pembelajaran adalah dalam bentuk teori dan praktikal. Sekolah pertanian atau Landbouwbedrijfschool telah didirikan oleh Bupati P.A.A pada tahun 1924.50

Dari

segi

politik sistem

dan

pemerintahan, iaitu

pemerintah memberi

Belanda

telah

memperkenalkan

desentralisasi

peluang

penduduk

tempatan mentadbir. Undang-Undang Desentralisasi telah dikuatkuasakan di daerah jajahan Belanda. Sistem desentralisasi yang dilaksanakan kurang

memuaskan. Jumlah kewangan yang diserahkan kepada kepada dewan-dewan daerah adalah sangat sedikit. Tuntutan daripada pelbagai pihak menyebabkan Belanda menubuhkan Dewan Rakyat atau Volksraad pada 18 Mei 1918.
49 50

Nina Herlina, op. cit., hlm. 134. Ibid., hlm. 134-135.

20

4.0 Penilaian Berdasarkan perbincangan, jelaslah bahawa kesan negatif daripada Sistem Tanaman Paksa adalah ke atas kehidupan para petani Indonesia, khasnya di Jawa. Manakala, golongan yang mendapat keuntungan ialah pegawai Belanda dan ketua-ketua kampung.

Sistem Tanaman Paksa merupakan satu penindasan terhadap penduduk peribumi Jawa. Kesemua isi kandungan seperti yang ditulis perjanjian tidak dipatuhi oleh pemerintah Belanda. Sebenarnya, perlaksanaan perjanjian ini merupakan satu taktik Belanda untuk mendapatkan persetujuan daripada penduduk Jawa untuk melaksanakan sistem tanaman paksa. Petani-petani Jawa terpaksa menerima sistem tanaman paksa disebabkan kekalahan mereka dalam Perang Jawa. Kekalahan mereka menentang Belanda membuatkan mereka terpaksa tunduk kepada segala dasar-dasar yang dilaksanakan Belanda. Niat sebenar Van den Bosch melaksanakan sistem tanaman paksa adalah

memperolehi keuntungan yang banyak dalan masa yang singkat. Walaupun terdapat bantahan terhadap Sistem Tanaman Paksa, tetapi Belanda tetap juga meneruskannya kerana sistem ini membawa keuntungan yang banyak kepada Belanda. Keadaan ini berterusan sehinggalah berlaku perubahan politik di negara Belanda.

Sistem tanaman paksa membawa kesan positif dan juga kesan negatif. Kesan positif daripada sistem ini dilihat dari aspek ekonomi Indonesia. Jika

21

sebelum ini penduduk Jawa tidak tahu memanfaatkan tanah dengan menanam pelbagai jenis tanaman, akan tetapi selepas sistem tanaman paksa diperkenalkan, tanah-tanah kosong yang terbiar diusahakan dengan tanaman eksport. Penduduk Jawa yang mengusahakan tanaman dengan kaedah tradisional telah beralih kepada kaedah yang lebih moden yang diperkenalkan oleh Belanda. Melalui kaedah baru ini, tanaman yang diusahakan lebih mudah dan mendatangkan hasil yang cepat. Sistem pengangkutan dan pembinaan jalan raya memudahkan penghantaran hasil tanaman. Tetapi, semua kemudahan ini tidak dinikmati oleh rakyat Jawa.

Ketua-ketua kampung dan pegawai Belanda menikmati faedah daripada sistem tanaman paksa. Pemberian ganjaran sekiranya petani di bawah

pengawasan mereka mengusahakan lebihan tanaman yang banyak daripada jumlah yang diperuntukan menyebabkan petani-petani semakin tertindas.

Ternyata golongan ini mementingkan ganjaran yang diberikan oleh kerajaan Belanda dan mengeksploitasikan petani-petani Jawa untuk kepentingan mereka. Tetapi, sekiranya bukan kerana petani-petani Jawa bekerja keras mengusahakan tanaman tersebut, mustahil ketua-ketua kampung itu akan memperolehi

pendapatan yang lumayan.

Sistem Liberal yang diperkenalkan bukannya memperbaiki keadaan hidup golongan petani, tetapi memburukan lagi keadaan mereka. Pemerintah-

pemerintah Belanda dan ketua-ketua kampung yang sebelum ini memperolehi keuntungan daripada sistem tanaman paksa, tidak mendapat daripada Sistem Liberal. Hal ini kerana mereka tidak keuntungan untuk

dibenarkan

22

mencampuri kegiatan ekonomi di jajahannya. Tetapi, golongan yang memperolehi keuntungan ialah pemodal-pemodal swasta. Keadaan peribumi di Indonesia yang dieksploitasi oleh pemodal-pemodal swasta menimbulkan kritikan di negara Belanda. Oleh sebab itulah Sistem Liberal ini akhirnya ditentang dan digantikan dengan sistem etika.

Semasa Dasar Liberal dilaksanakan, sistem pengangkutan yang dibina semasa sebelumnya telah diperluaskan. Sistem pengangkutan seperti kereta api dan kapal-kapal yang dibina sebenarnya untuk kegunaan Belanda. Rakyat Jawa tidak berpeluang untuk menggunakan kemudahan tersebut. Melalui pembinaan sistem pengangkutan, hasil tanaman dapat dihantar dengan cepat dan mudah. Tidak semua kanak-kanak peribumi menikmati pendidikan. Bilangan penduduk yang boleh menulis dan membaca masih banyak. Peluang pelajar lepasan sekolah Belanda mendapat pekerjaan paling baik hanyalah sebagai pegawai rendah kerajaan. Jelaslah bahawa Belanda mempunyai niat di sebalik pembaharuan yang diperkenalkan.

Semasa

Dasar

Etika,

pemerintah

Belanda

telah

melakukan

banyak

perubahan dengan menubuhkan sekolah-sekolah, jalan raya, hospital dan sebagainya. Sebenarnya, pembinaan sistem pengangkutan dan sekolah-sekolah oleh pemerintah Belanda tidak ikhlas dalam menaikan taraf hidup rakyat Indonesia. Kemajuan yang dilakukan oleh pemerintah Belanda di Indonesia

23

sebenarnya satu tindakan untuk menjaga imej dan maruah mereka di Eropah. Hal ini ekoran daripada kritikan yang dimbul di negara Belanda.

5.0 Kesimpulan Sistem Tanaman Paksa merupakan satu penindasan kepada penduduk Jawa. Pada mulanya, pelaksanaan sistem ini membawa keuntungan kepada ekonomi Jawa, tetapi lama-kelamaan keuntungan yang diperolehi dari sistem ini semakin merosot. Justeru, Belanda telah mengambil tindakan dengan menggantikan sistem tanaman paksa dengan Sistem Liberal. Sistem liberal yang membawa masuk pemodal-pemodal swasta dari Eropah dan Belanda juga tidak dapat membaiki kehidupan para petani. Oleh yang demikian, Belanda telah

menggantikannya dengan Dasar Etika. Dasar Etika dilihat membawa kebaikan oleh kepada kehidupan peribumi Jawa. Banyak kemudahan dan kemajuan telah diberikan oleh pemerintah Belanda. Pada haikikatnya, pembaharuan yang dibuat oleh Belanda sebenarnya tidak ikhlas.

24

6.0 Bibliografi Buku Hall, D.G.E. 1987. Sejarah Asia Tenggara (terj). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Brown, Colin. 2003. A Short History of Indonesia: The Unlikely Nation?. Australia: Allen & Unwin Church, Peter. 1995. Focus In Southeast Asia. Singapura: Heinemann Asia. Koentjaningrat. 1994. Kebudayaan Jawa. Jakarta: Balai Pustaka. Lindblad, J. Thomas. 2000. Sejarah Ekonomi Modern Indonesia: Berbagai Tentangan Baru (terjemah). Jakarta: Pustaka LP3ES Indonesia. Marwati Djoened Poesponegoro dan Nugroho Notosusanto. 1993. Sejarah Nasional Indonesi

25

VI. Jakarta: Balai Pustaka. Marwati Djoened Poesponegoro dan Nugroho Notosusanto. 1993. Sejarah Nasional Indonesia V. Jakarta: Balai Pustaka. Nina Herlina. 2003. Banten Dalam Pergumulan Sejarah: Sultan, Ulama, Jawara. Indonesia: Pustaka National. Ricklefs, M. C. 1994. Sejarah Indonesia Moden (terjemah). Gajah Mada Universiti Press. Ricklefs, M. C. 2001. A Short History of Modern Indonesia since C. 1200 3rd edition. Hampshire: PALGRAVE. Van Niel, Robert. 2005. Sistem Tanaman Paksa di Jawa (terjemah). Indonesia: PT Pustaka LP3ES.

Internet Johanes Van den Bosch dalam http//:id.wikipedia.org/wiki/Berkas:Raden_Sarief_Bastaman_Saleh_Johanes_ Graaf_van_den_Bosch.jpg. Diakses pada 1. Feb. 2010. Van Devender dalam http://id.wikipedia.org/wiki/Berkas:Conrad_Theodor_van_Devender.jpg. Diakses pada 1. Feb. 2010.

26