Anda di halaman 1dari 5

REFLEKSI

Setelah saya menjalani pratikum, di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Simpang Lima. Saya berusaha untuk menjadi seorang guru yang baik. Untuk mencapai objektif ini, saya terlebih dahulu mengenalpasti faktor-faktor yang boleh menyumbang dalam suasana pembelajaran yang cukup menarik. Antara faktor yang dikenalpasti dapat diklasifikasikan kepada lima kategori utama. Pertama sekali iklim atau suasana pengajaran dan pembelajaran. Kedua penampilan guru. Ketiga lokasi sekolah, keempat ialah teknik pengajaran dan pembelajaran. Kelima kebijaksanaan. Berikut adalah peta minda untuk menggambarkan secara umum tentang faktor-faktor yang dikatakan tadi. kepada pengajaran dan pembelajaran yang efektif seterusnya mendorong murid untuk berada

Iklim

Lokasi

Faktor-Faktor Yang Menyumbang Kepada P&P Yang Berkesan Penampilan Kebijaksanaan Teknik

Faktor Pertama : Iklim Apa yang dimaksudkan di sini ialah keadaan persekitaran atau suasana pengajaran dan pembelajaran. Ianya dapat dilihat dari pelbagai sudut. Samada suasana di dalam bilik darjah. Susur atur meja murid dan juga guru dan sebagainya. Suasana persekitaran sekolah seperti adanya taman-taman bunga, landskap, kolam yang dihiasi dengan aneka ikan dari pelbagai spesis. Dari sudut yag lain pula, kemudahan-kemudahan asas seperti LCD, untuk memaparkan paparan Power Point dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Paling kurang pun boleh juga digunakan alat OHP. Makmal komputer juga penting apatah lagi ditambah pula dengan kemudahan internet. Ini bukan sahaja dapat mendidik atau membiasakan murid dengan dunia cyber, malah apa yang lebih penting dari itu ialah memudahkan murid-murid mendapatkan maklumat dengan hanya menggunakan jari sahaja. Makmal Sains yang dilengkapi dengan keperluan-keperluan untuk menjalankan eksperimen juga perlu. Astro yang menyajikan siaran pendidikan juga amat baik untuk P&P yang berkesan. Namun dari penelitian saya semasa menjalani pratikum di sekolah, hanya segelintir guru sahaja yang tahu menggunakan kemudahan-kemudahan yang ada. Kebanyakan daripada mereka masih menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran biasa iaitu kaedah buku dan papan hitam sahaja. Sedangkan banyak lagi pedagogi yang boleh dilaksanakan dengan segala kemudahan yang disediakan. Sedangkan mereka sendiri telah didedahkan kaedah-kaedah dan perlunya menjadi seorang guru yang baik.

Faktor Kedua : Penampilan Penampilan, gaya, imej atau apa sahaja istilah yang diaplikasikan tidak menjadi topik perbincangan yang perlu dihuraikan di sini ialah tahap perlaksanaannya. Istilah tadi menjurus kepada individu tertentu. Dalam konteks persekolahan, tentunya murid-murid dan lebih-lebih lagi guru yang difokuskan di sini. Penampilan guru terutamanya, dapat

dilihat dari sudut pemakaiannya. Perlu bagi seorang guru mencerminkan satu budaya amalan penampilan yang kemas dan rapi. Tidak perlu berpakaian yang mahal, berjenama atau pakaian buatan luar negara. Cukup sekadar melahirkan satu penampilan diri yang apabila murid-murid melihatnya, mereka merasa senang dan minat terhadapnya. Warna baju contohnya, seorang guru mestilah memakai baju yang terang warnanya. Bagi guru lelaki rambut mestilah disikat kemas, misai dicukur rapi dan sebagainya. Imej diri sentiasa kemas dan menarik minat murid-murid untuk memancing murid kepada pembelajaran. Penampilan diri seseorang guru dapat menarik perhatian murid terutamanya semasa pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Penampilan yang tidak kemas, tidak memenuhi citarasa murid akan menyebabkan mereka hilang tumpuan dan tidak minat terhadap apa yang diajarkan. Inilah gambarannya betapa pentingnya bagi seseorang guru menampilkan gaya penampilan yang menepati selera murid.

Faktor Ketiga : Lokasi Lokasi sekolah juga boleh mempengaruhi kepada P&P yang berkesan. Sesebuah sekolah haruslah didirikan di tempat yang strategik dan sesuai dengan persekitaran sekeliling. Contohnya jauh daripada jalan raya besar, hal ini boleh menyumbang kepada pengajaran yang berkesan kerana sunyi, aman dan damai kerana tidak terganggu bunyi kebisingan kenderaan. Murid-murid dapat menerima pengajaran dengan baik dan juga guru dapat mengajar dengan tenang dan selesa. Keselamatan murid-murid juga terjaga dan selamat. Sekiranya terdapat sekolah yang dibina di tepi jalan raya boleh mengganggu konsentrasi pembelajaran murid-murid kerana bunyi bising pelbagai jenis kenderaan sama ada kenderaan besar atau kecil yang lalu lalang di situ. Apabila berlaku kemalangan di jalan raya tersebut, ia boleh mengganggu konsentrasi murid untuk belajar. Malahan konsentrasi guru yang mengajar pun turut terganggu kerana terkejut dengan bunyi

dentuman yang kuat lalu bergegas keluar untuk melihat apa yang telah berlaku. Semua guru dan murid berlari-lari keluar untuk melihat kemalangan yang berlaku. Maka P&P telah tergendala kerana kejadian tersebut. Oleh yang demikian, sekolah tidak sesuai dibina di tepi jalan raya yang sibuk dengan kenderaan dan banyak kemungkinan yang akan berlaku.

Faktor Keempat : Teknik Teknik merupakan cara, langkah atau kaedah dalam sesuatu pengajaran. Guru yang menggunakan teknik yang baik dan berkesan boleh mendorong minat murid untuk belajar. Dalam pengajaran terdapat pelbagai jenis teknik dan kaedah yang boleh digunakan bagi memberi pembelajaran yang berkesan kepada murid. P&P mestilah menarik untuk menarik perhatian dan minat murid kepada pembelajaran. Ia bukan sahaja bergantung kepada buku teks dan papan hitam, malah banyak kaedah lain yang boleh digunakan. Guru hendaklah menyediakan banyak alat bantu mengajar (BBM) yang cantik dan menarik seperti carta yang bergambar, kad imbasan yang berwarna-warni, kad yang dilukis dengan kreatif dan menarik. Dengan ini menjadikan murid lebih seronok dan minat untuk belajar serta murid juga dapat mudah memahami isi pembelajaran kerana adanya BBM yang boleh membantu pembelajaran mereka. Unsur-unsur nyanyian juga merupakan salah satu teknik pengajaran yang menarik dan berkesan. Memandangkan kanak-kanak lebih suka dan cenderong kepada hiburan, maka guru hendaklah menggunakan serta memperbanyakkan unsur lagu dalam P&P. Contohnya murid-murid tahun satu sangat suka belajar dengan unsur lagu. Guru mengajar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam bentuk nyanyian dapat menghilangkan rasa bosan dan jemu serta hilang rasa mengantuk. Dengan cara ini murid dapat memberi perhatian terhadap pembelajaran kerana lebih seronok. Di samping itu, murid juga mudah mengingati isi pembelajaran dengan kaedah nyanyian.

Faktor Kelima : Kebijaksanaan Faktor kebijaksanaan juga penting dalam menyumbang kepada pengajaran berkesan bagi mendorong murid untuk belajar dengan baik.. Ini kerana seseorang guru mesti mempunyai sifat bijaksana dari sudut perilaku dan akhlak, bijaksana dari sudut budi bahasa dan percakapan. Guru mesti menjaga percakapan dengan murid, tidak terlampau dengan menggunakan perkataan atau bahasa yang kesat dan kasar sehingga boleh menyentuh perasaannya. Sekira sebaliknya ia boleh menjejaskan pembelajaran murid kerana tersimpan rasa tidak suka dan dendam terhadap guru. Maka murid tersebut akan menjadi tidak minat untuk belajar dengan guru tersebut. Di samping itu, guru juga mestilah bijaksana dalam menarik perhatian muridmurid untuk menuntut ilmu, bijaksana menegur kasalahan mereka dan sebagainya. Seseorang guru mestilah bijaksana dalam membuat keputusan bukan untuk kepentingan diri sendiri tetapi mestilah mementingkan kepentingan anak-anak murid mereka, kerana guru dipandang mulia kerana kebijaksanaan mereka. Kesimpulannya, berdasarkan faktor-faktor tersebut boleh dijadikan sebagai panduan untuk menjadi seorang guru yang baik dalam mendidik anak-anak bangsa supaya menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang di dunia dan di akhirat.

Anda mungkin juga menyukai